Ahad, 25 Disember 2011

Wake Me Up When Disember End

Tahun 2011 ini banyak memori yang cukup bmakna buat aku..mana taknya tahun ini juga aku kehilangan cinta dan kehancuran hidup aku gara2 perbuatan seorang bergelar SAHABAT tapi pada tahun ini juga aku banyak mendapat keinginan yang aku inginkan selama ini..
tahun ini juga aku dah ada rumah sendiri (walaupun sewakan pada orang lain),ada rumah sewa sendiri yang cukup sempurna untuk sepasang suami isteri...hehehehe dan paling penting aku ada motor lagenda 115z milik sendiri (walaupun patah sayap kirinya gara2 langgar motor orang,oppp...minta2lah xde orang tau motor mana aku langgar,he3).Aku ada laptop sendiri dan unifi VVIP5 yang sangat laju..(puas hati aku pakai dan tiada istilah maki hamun skrg)..wow,bestkan aku tahun ini,walaupun tpaksa menelan kepahitan yang telah menghancurkan kehidupan aku tetapi muncul sinar kebahagiaan yang cukup memberi kenangan terindah dalam hidup aku...
CINTA...aku dah lama putus dgn dia sejak bulan 8 lepas gara2 aku dah bosan dengan perangai dia dan memaksa aku memilih perpisahan adalah jalan penyelesaian dalam erti kata yang sebenar.Walaupun bertahan selama 2 tahun tapi demi kebahagiaan masing2 aku memutuskan hubungan dia..Sebenarnya salah aku juga sebab tidak jujur padanya dan jarak jauh yang menyebabkan curiga dan tiada kepercayaan dalam hubungan kami.Tapi xpelah dia skrg telah aku anggap saudara kandung sendiri.Padanya,semoga berbahagia dengan orang tersayang dan aku doakan kejayaan ko sepanjang hidup ko..AMIN
CINTA BARU...aku sebenarnya masih single lg(penipu,hahahaha).Yang sebenarnya aku sedang bercinta dengan seseorang yang selama ini aku inginkan tapi lebih kepada kawan sahaja sebabnya aku tidak pernah percayakan dia dan dia memang PLAYBOY..(bodohnya aku)Xpelah sebab katanya dia sayangkan aku dan ikhlas terima aku sebagai kapelnya(boleh caya ke???)Lantaklah apa status hubungan kami sebab aku xkisah pun klu aku single dalam erti kata sebenar.Atlest aku ada teman berborak walaupun cerita dalam selimut dan paling penting DATING menjelajah dunia percintaan..Aku pantang klu kekasih aku penipu sebab aku xpenah menipu dan suka cakap besar tapi hakikatnya miskin tapi semua itu aku tak kisah sebab aku cuma nak ada seorang bergelar KEKASIH shj..Dia xdelah teruk sangat pun:good looking,bukan songsang,badan tiptop dan keje promoter je.Pape pun aku tetap kekasihmu walaupun kamu banyak menipu aku hidup2 dan suka bangga diri daripada aku (aku pun satu xgtau pun semuanya soal peribadi aku dan kerjaya aku kat dia tapi takot dia rendah diri pulak kannnnzzz...berlagaknya aku,astaga)dan baby,i love u so much walaupun u ada orang lain.
KERJAYA..aku suka kerjaya aku sekarang sebab aku dapat gaji masyuk dan paling penting keja GOVERMENT..aku keje kuli je sebenarnya dalam KKM dan penuh kesabaran serta kekuatan menghadapi pancaroba kerjaya pilihan aku ini..Walaupun dulu masa dlm pembelajaran diploma aku banyak maki2 pilihan aku ini tapi sekarang AKU SEDIA BERKHIDMAT UNTUK SEMUANYA..hahahaha...Dalam kerja aku ni kena banyak bersabar dengan perwatakan serta ragam orang,yelah siapalah manusia tau bersyukur dan berpuas hati untuk sesuatu termasuklah aku juga.Tapi xpelah demi dapatkan pahala dan niat kerna ALLAH aku telan semua kepahitan dilemparkan padaku janji tiap2 bulan gaji masuk dalam akaun bank...HAHAHAHA..
RUMAH PERTAMA....klu aku ceritakan soal ini mesti korang semua kutuk habis tindakan aku ni...(hahahahaha).Ceritanya mcm nie,aku sebenarnya sahaja je mendaftar nama untuk beli rumah lelong CIMB PROPERTY (mulanya aku memang nak beli pun sebab aku nak merasa rumah sendiri,bolehlah aku hias2 cantik2 rumah aku tapi bila aku buat perbentangan bajet barulah aku tau sebenarnya aku masih xmampu lagi)So aku pun dipanggil untuk membida rumah tu kat HOTEL ISTANA sebelah monorail Raja Chulan...Aku excited untuk kalah sebenarnya sebab aku yakin mesti ramai berminat nak beli rumah tu..Yang aku sakit hati pulak sebab masa aku mendaftar nama sebagai pemBIDA tu,aku ada tepon mangkuk cina ni (rupanya agen hartanah dan dialah settledkan soal pendaftaran aku)dan dia ikut aku sepanjang hari tu.Katanya ada 3 orang pembida yang masuk bertanding rumah ini tapi klu aku nak menang aku kena bayar RM3K pada pembida lain...Yang bodohnya aku tersebut BOLEHLAH,AKU SETUJU(ingatkan pembida lain bersungguh nak rumah tu walaupun aku bayar RM1k tiap seorg)dan tetiba berlaku sepantas kilat aku diberitahu agen hartanah tu yang dorang bersetuju tarik diri untuk betanding(betul ke ni??entah2 aku kena tipu kot dengan agen hartanah tu yang hakikatnya aku seorang je sebenarnya bertanding).Dan majlis PEMBIDAAN pun bermula,yang bestnya rumah tu yang pertama dibentangkan.TAUKE cina tu menyebut nama aku dan dia cakap ENCIK,TAHNIAH ANDA MENANG TANPA BERTANDING...(alamak,matilah aku)..Keputusannya aku dah berjaya dapatkan rumah tu dan aku terpaksa bayar RM3K pada mangkuk cina tu.Harga rumah dijual RM75K dan aku dah bayar deposit 5% sebanyak RM3750 dan diberi 90+30hari settledkan pembayarannya.Mujurlah masa tu,sahabat baik aku sanggup beri aku duit untuk bayar deposit rumah dan mangkuk cina tu..Beberapa pembentangan idea telah aku rangka dan akhirnya aku dah buat keputusan membuat overlap bank rakyat(dari rm70k kepada rm100k,dapatlah dalam RM22K untuk settledkan hutang sahabat baik aku,deposit 5% lg untuk rumah tu dan masalah keluarga aku)dan aku telah membuat pinjaman perumahan bersama CIMB ISLAMIC sebab dia beri tawaran paling hebat dari MAYBANK,RHB ISLAMIC,PUBLIC BANK dan paling senang melakukaknnya(maklumlah aku keje kerajaan tpaksa lakukan penyediaan borang paling rumit sekali).Skrg aku dah pun berjaya memiliki rumah pertamaku walaupun terpaksa sewakan untuk orang lain(yang penting dapat sikit duitnya).....hahahahahhaa
Sekian diari aku untuk bulan 11 nie dan bangunkan saya untuk DIARI DISEMBER pulak..

Sambut Birthday ke 23 di Genting Highland

WElComE tO My LIfe..
Setelah masalah kewangan aku bjaya diselesaikan, aku berhasrat utk memberi Hadiah kepada diri aku setelah bsedih dan sengsara diataskan masalah tbesar .Aku masih xdpt memaafkan diri aku lg atas kebodohan ini tapi sampai bilakan aku terus begini..Syukur kpd Allah memberi jalan penyelesaian tbaik yg aku harus aku lakukan....the end... Atas kejayaan ini maka aku harus mendapat Hadiah utk diri sendiri kerna bjaya mgharunginya wlpn pahitku rasa...Bsempena Birthday aku y ke 23 tahun ini dan kejayaan diri aku ini , maka aku memilih enjoy di Genting Highland (satu2nya Theme Park di Malaysia ) .BTW ini adalah tempat perjudiaan tbesar di Asia dan pemiliknya adalah lelaki cina Singapore


Perjalanan ke GH..
Seawal jam 8am aku sudah bertolak ke KL Sentral coz kat sini ada bas ke direct GH. Aku menaik bas Go Genting bharga RM10.30 (tmasuk tiket bas dan Skyway Transfer).Sykt bas nie ada juga mjual tiket masuk Genting sekali tapi aku rasa lebih baik beli dari sana .Nanti kalau hujan confim Outdoor Theme Park akan ditutup ( dah rugi kt situ) . Lgpn aku nak ambik All Park (kira indoor n outdoor sekali ) Jadual ini adalah senarai harga masa tahun 2011 .


Aku beli tiket Bas pukul 930am dan balik dari GH pukul 830 pm ( tiket balik kena beli awal2 coz takot nanti dah hbs dijual dah xboleh balik KL semula (dah lah Hotel kt sana confim mahal gilee kot utk satu malam)
Perjalanan ke GH (klu x sesak/jem) dalam sejam je..
inilah bentuk bas (sgt eksklusif kn) dan korang kena tunggu tingkat bawah KL Sentral
Apabila korang sampai ke GH , korang ada 2 pilihan samaada nak naik bas je direct GH (bila korang smpi je kt Skyway Terminal ,korang kena naik bas lg ke atas ) atau menaiki Skyway (kira korang naik cable car utk naik kat atas) . Aku sarankan better ambik y Skyway coz rugi beb klu xnaik dan sambil2 tu korang boleh melihat pemandangan hutan .

nasib baik aku dtg awal klu x mmg confim aku byk hbskn masa kt sini
Ni lah cable car dan utk naik korang kena beratur pjg beb (klu musim cuti lah)
inilah pemandangan semasa naik cable car
muka aku ketakutan (manalah tau tjatuh kot2 ke bwh )
Apabila korang sampai je kat GH , korang kena naik sampai tingkat atas sekali (penat juga naik eskalator berulang kali ) .Syukur Alhamdulillah masa tu xhujan pun cuma kabus je ) Sampailah aku ke tingkat atas sekali dan mbeli tiket kat kaunter dia. Yg bestnya aku dapt FREE coz Hari tu kan Birthday aku (kata kakak kaunter tu aku dpt free tiket klu dtg pada hari birthday)... Alangkah gembiranya aku masa tu coz xpayah bayar pape pun . Maka bermulalah pgembaraan aku di Genting Higland....

OUTDOOR THEME PARK

train kononnya melihat hantu (x seram mana pun)
Monorail
(korang boleh melihat sekitar outdoor )


Space Rocket
(ni games wajib naik)




INDOOR THEME PARK





 SNOW WORLD



Apabila semua games dah main confimlah lapar , Kt sini mmg xde food court pun dan makanan pun mmg mahal gilee (mybe sbb atas bukit). Kebykn western food je like Kenny Rogers , Mcd ,MerryBrown  (inilah makanan y aku pilih  coz paling murah yg aku jumpa setakat itu ) dan harga xsama pun dgn harga biasa kt KL.