Khamis, 14 Jun 2012

....May 2012....

tahun 2012 nie byk masalah aku timbul...maklumlah shj tpaksa memikirkan masa depan kelak,terlalu byk perancangan aku lakarankan tapi semuanya sekadar rancangan sahaja sbb aku sendiri hancurkannya..=( DUNIA CINTA....aku sudah rimas dgn dunia percintaan ini,aku xtau sebenarnya apa kehendak aku dalam dunia ini??Hurmm,pilihan aku sebenarnya simple aja iaitu sedap mata memandang,berkerjaya dan mudah medampingi aku...tapi sampai skrg belum ada yang bkenan.Adakah sbb aku terlalu memilih atau aku mmg xmampu memilikinya apa yang aku inginkan..Sebenarnya aku dh ada kapel sebenarnya,dia ada ciri2 fizikal yang aku inginkan tapi malangnya dia gagal dalam tingkahlaku..Dia seorg penipu,pandai mereka cerita (aku tau dia menipu tapi aku senyum shj)dan curang.Mungkin semulajadi usia sebegini tak mudah untuk setia dan jujur dalam percintaan.Sering kali aku membuat dia menangis dan insiden ini membuat aku mempercayai cintanya tapi rupa-rupanya sekadar sandiwara supaya aku tidak melepaskannya.Aku akui aku benar2 cintakan dia tapi dia sering kali membuat aku kecewa teramat sgt.Mulai saat itu aku mganggap dia sekadar ADIK yang memerlukan kasih sayang sbg seorg abang bukannya kekasih.Mungkin dgn cara ini aku takkan selalu kecewa,sakit hati dan emosional dgn tingkahlakunya yang menghancurkan perasaan cinta aku seperti dahulu percintaan kami.Biarlah dia dgn sikapnya suka mendampingi orang lain drpd aku melihat tangisan palsunya sekali lagi...=) DUNIA KERJA....aku baru mgerti kadangkala perbuatan buruk penah kita lakukan pada org lain akan kembali pada tuannya sendiri.Mcm tulah apa yang aku lihat dalam persekitaran kerja aku skrg.Ada kelompok yang suka mgumpat,menjadi astro ketua dan suka memburukkan seseorg akhirnya secara tidak sedar menerima pembalasannya.Benarlah kata mummy,sabar aja lah daniel dgn perbuatan buruk org tapi sepatutnya kita bsyukur kerna tidak menjadi seperti mereka.Setiap perbuatan jahat mereka pada aku dahulu sebenarnya sudah dibalas oleh ALLAH cumanya aku tidak menyedari bagaimana rupa balasan itu.Cukuplah hati aku mengetahui bahawa tiada manusia boleh lari dari pembalasan atas dosa mereka sendiri.Kadangkala aku kecewa dgn sesetgh individu,mulanya terlalu rapat dgn kita,byk habiskan masa berkongsi minat,kerja dan masalah dan bgurau senda bagaikan dunia ini kita yang punya dimana akhirnya sudah berubah paksinya.Bagaikan ada magnet pada mulanya saling menarik antara satu sama lain dan akhirnya menolak kerna bbeza paksi.Kadangkala kita terpikir dimana silap kita sampai hubungan dahulu kala berubah drastik seperti skrg.Bukan aku myatakan kami sudah bermusuhan atau bergaduh tapi apa yang aku ingin katakan disini ialah hubungan kami sama seperti kenalan biasa.Mungkin beginilah manusia sebenarnya,pada mulanya mencari keserasian sahaja.Tapi biasalah lumrah manuasia,berubah sama seperti masa.Tidak mengapalah jikalau aku tiada kwn sekeja yang terlalu rapat dgn aku kerna aku masih ada keluarga yang sangat sygkan aku dan kawan baik sentiasa disini aku...=)..Mulai saat itu,aku berkerja kerna ALLAH dan memikirkan kepentingan diri aku yang tidak akan menyusahkan orang lain...=)