Ahad, 21 September 2014

Jelajah MELAKA 2014...Kampung Halamanku

Seronok rasanya apabila dapat kembali semula ke tempat pertama aku dan keluarga aku mulai bertapak di Semanjung ini..Kenangan2 lama dahulu secara tiba-tiba mengimbau memori yang pernah tercipta disini..Dulu masa tahun 2001,bandar melaka nie takdelah semegah seperti sekarang. Ingat lg Terminal Bas dulu berhadapan Pasaraya Ocean.. Tapi sekarang semuanya berpusat di Melaka Sentral yang sangat besar dan selesa. Dulu masa kecik takdelah berminat sangat berjalan-jalan kat melaka nie dan keluarga aku pun dulu tak berapa suka sangat melancong..Cukuplah sekadar shopping2 dan jalani rutin harian sahaja,, Rumah kami dahulu kat Taman Pahlawan yang berhampiran dengan kem Terendak Permai.Kami tinggal disini selama 5 tahun jugalah dan mulai bersekolah rendah di SK Sg Udang.. Ingat lagi dulu masa kecik curi2 sangat masuk Kem Terendak semata-mata nak mandi kolam renang..Aduhai kenapalah aku bercerita pulak zaman kanak2 aku nie..hehehe..Memori kanak2 nie membuat aku sebak dan sedih pulak rasanya.. =(
Melaka nie sebenarnya sesuai untuk mereka sukakan sejarah dulu.Sbbnya disini banyak peninggalan sejarah2 dulu spt kesultanan melayu melaka dan juga muzium2.
Oklah dah banyak sangat aku bercerita tirai blog nie...Jom ikuti percutian aku kali ini di kampung halaman sendiri..
Hari 1
Kali nie aku tak naik lagi kapal terbang seperti sebelum nie disbbkan jarak melaka dgn kl dekat je dan mungkin dalam 2 jam perjalanan. Aku menaiki Bas Transnasional kat Terminal BTS terus ke Melaka Sentral yang bertolak pada pukul 850pm.. Sampai je kat Melaka Sentral dalam pukul 11pm dah sunyi sepi pun terminal nie.. Berkejar2 aku dgn kawan aku nie semata-mata nak naik bas awam tapi rupa-rupanya perkhimatannya sampai pukul 11 malam je.. Tanya orang2 disekitar situ bas2 awam kat melaka nie telah dimonopoli oleh syarikat Rapid dan memang dahulu perkhimatannya sampai pukul 12malam tapi disebabkan kurang sambutan,mereka menghadkan smpi 10malam je..Aduhai terpaksalah kami menaiki teksi untuk ke hotel..Rata2 teksi2 yang aku tanya,mereka minta RM30 untuk sekitar Dataran Pahlawan...Makk aiiii mahal gilee. Kalau kat KL takdelah semahal nie..Bila minta guna meter naik angin pulak pakcik2 teksi nie. Hotel yang kami booking melalui booking.com ialah Hotel Euro Rich yang kedudukannya betul2 di tepi pantai (tapi pantainya telah ditambak pun dan takboleh masuk)..Kadar semalam dalam RM90 untuk double bed termasuk sarapan percuma. Biliknya memang sangat besar dan eksklusif beb...Yang paling aku suka sarapan paginya memang sedap gilee dan banyak pilihan lagi..

Hari 2:Jelajah Bandar Hilir Melaka
Terlupa pulak aku nak beritahu kenapa aku mencari hotel di sekitar Dataran Pahlawan Mall..hehehe.. Seperti biasalah malamnya nanti aku nak pergi tengok wayanglah jawabnya,hahaha..Itu tujuan sampingan je dan sebabnya ialah tempat2 menarik kat melaka nie berada disekitarnya je (kawasan bandar hilir melaka ) dan korang boleh menjelajahi hampir kesemuanya dalam satu hari je secara berjalan kaki..Hari tu kami tak dapat mencari sewa basikal yang murah disekitar situ kerana kebanyakan kedai2 yang kami jumpa semuanya caj RM50/seharian sedangkan blogger2 ckp dlm lingkungan rm10-20 je...lebih baik jalan kaki je drpd sewa sebuah basikal dah kena bayar rm50...membazir je rasanya..Tapi sebelum balik tu terjumpalah kedai sewa basikal yang kami nakkan tu iaitu sebelah je Mahkota Parade.Aduhai menyesal rasanya tak berjalan2 area situ dulu..huhuhuhu.Untuk makluman Dataran Pahlawan Mall nie bertentangan je dgn Mahkota Parade..Oklah jom ikutan pengembaraan kami dengan berjalan kaki aja...JOM!!!!
MENARA TAMING SARI
Ini adalah lokasi pertama permulaan kami di Melaka ini. Sbbnya nak mengetahui kedudukan lokasi tempat2 pengembaraan kami di situ.Mula2 aku ingatkan kena naik lif untuk ke puncak menara tu tapi rupa-rupanya korang kena masuk dalam ruang bulatan tu dan seterusnya bulatan tu akan naik sampai ke puncaknya dan berpusing 360*..Mak aiiii!!!Rasa gugup jugalah masa mula2 naik ke puncak atas tu..Dengan ketinggian 80 meter mampu melihat pemandangan bandar melaka ini secara 360..Bayaran pun agak mahal sikitlah dalam RM20/seorg dengan diberikan sedikit cenderahati..Durasi pun dalam 7 minit lebih je (2 minit utk turun/naik dan 5 minit je utk berada di puncak atas).. Lokasinya betul2 di hujung Dataran Pahlawan Mall dan berdekatan dengan sungai melaka..
MUZIUM SAMUDERA
Dikenali sbg muzium kapal selam dimana korang boleh melihat struktur senibina kapal TLDM dan kapal perang Portugis yang dinamakan Kapal Flo De La Mar. Lokasinya bersebelahan dgn menara taming sari je dan betul2 berada di muara sungai melaka..Bayaran pun murah je RM3 untuk mengunjungi kapal2 nie berserta muzium2nya..Murah x?
Di dalamnya nanti korang berpeluang mengetahui peta2 sejarah maritam di Melaka,matawang dahulu,meriam dan paling penting sejarah orang melayu pertama mengelilingi dunia iaitu Panglima Awang.. 
MUZIUM KASTAM
Yang nie percuma je dan hanya tulis nama je dalam buku besar kat pintu masuk..muzium nie bersebelahan je dgn muzium samudera dan tepi muara sungai..Aku masuk kat sini pun terpaksa je sebenarnya sbbnya nak berteduh dari panas terik kat melaka nie..hahahaha...
MUARA SG MELAKA
Memang cantik dan nyaman je rasanya apabila berjalan2 disepanjang muara sungai nie.Ditambahkan pulak kemudahan Laluan Perjalan Kaki yang bagus dan moden membuatkan pemandangan di tepi muara sungai nie sangat cantik je..Aku rasa mcm setaraf dgn infrastruktur luar negara je...Jangan lepaskan peluang bergambar disini terutamanya di sekitar kincir air dan kubu pertahanan persis sungai..
BANGUNAN STADTHUYS
Yang nie menjadi salah satu lambang utama pengenalan Melaka dan merupakan binaan bersejarah yang terletak bersebelahan dgn Gereja Christ di Jln Laksamana..Lokasinya betul2 bertentangan dgn jambatan ke Jongker Street yang terletak di Jln Hang Jebat...Bangunan serbah kemerahan dan dilengkapi dgn sebuah menara jam..Nama Stadthuys berasal dari bahasa belanda yang bermaksud Dewan Perbandaran..Merupakan bangunan pertama yang dibina oleh Belanda untuk kediaman Gabenor dan seterusnya sebagai pentadbirannya..Dalam bangunan nie menempatkan beberapa muzium tentang zaman pemerintahan melaka seperti Muzium Sejarah dan Etnografi,Galeri Laksamana Cheng Ho,Muzium Pemerintahan Demokrasi dan Muzium Yg di-pertuan Negeri...Tapi muzium nie kami tak pergi pun sbbnya macam budak2 sekolah pulak rasanya yang sedang membuat lawatan sambil belajar..hahahaha..
JONKER WALL
Yang nie sama je mcm Petaling Street kat KL dimana kebanyakkan peniaga2 cina menguasainya.Jadi disini hampir  kesemuanya pengunjung yang datang disini adalah berbangsa cina..Rasanya mcm suasana di Chinatown pulak..
Dari luar jalan nie kelihatan senibina bangunan lama2  mewujudkan lagi suasana pada zaman dahulu kala..Tempat nie sangat sesuai kepada mereka pengumpul barang2 lama..Aku datang kesini sebenarnya nak bergambar je dgn patung Datuk Wira Dr Gan Boon Leong yang ramai blogger bergambar tu..Sambil2 tu aku lunch kat kedai Maggie Cef Ismail yang bagi aku sangatlah mahal dan tak kenyang sangat pun...Niat mula-mulanya nak mencari asam pedas yang terkenal di sekitar situ tapi sayangnya tak jumpa pun tempat tu..
MASJID KG KELING
Masjid ini menjadi tempat bersejarah kerana pembinaannya di zaman pemerintahan Belanda lagi. Yang menjadi menariknya adalah senibina Masjid ini adalah gabungan gaya 3 bangsa utama iaitu melayu,cina dan india...Yang menjadi harmoni pulak sampai nama jalan pun diberikan Jln Harmoni disebabkan adanya 3 tempat beribadah berhampiran satu sama lain iaitu Tokong Hindu dan Tokong Buddha..Kira mcm satu malaysia gitu kan??!!!

GEREJA ST. PAUL
Yang nie bersebelahan je dgn Bangunan Stadthuys tapi korang kena mendaki bukit lagi untuk sampai ke sini...Aduhai memang memenatkan jugalah..Gereja nie sebenarnya sebahagian dari kawasan Kota A famosa tapi kedudukannya diatas kaki bukit..Apabila sampai ke pintu masuk je korang akan jumpa patung St Francis Xavier..Tentang seorang mubaligh kristian yang bertanggungjawab menyebarkan agama kristian ke Asia Tenggara.Pada mulanya tempat nie dijadikan gereja oleh Portugis dan selepas diambik oleh Belanda,mereka menjadikan sbg tempat persemadian bangsawan..
MUZIUM KESULTANAN MELAYU MELAKA
Tempat terakhir kami adalah disini dan lokasinya bersebelahan je dgn A Famosa.Merupakan replika istana melaka yang sebenar dan menyerupai Istana Sultan Mansur Shah.. Tiket masuk pun cuma RM2/sekepala..Disini korang boleh melihat artifak seperti kelengkapan diraja,barangan kemas,senjata2 dan figura2 merakamkan peristiwa sejarah serta lagenda yang berlaku seperti pertempuran Hang Tuah dgn Hang Jebat...
KOTA A FAMOSA
Tempat inilah menjadi lambang utama pengenalan tentang Melaka..Kota nie dibina oleh Portugis sbg benteng pertahanan dari Belanda yang bertahan selama 130tahun...Fuyooo kuat gilee kot kubu nie..Struktur sebenarnya ialah kota ini mempunyai tembok yang panjang dan 8 menara kawalan setinggi bangunan 4 tingkat,70 meriam menghala semua arah serta dikawal oleh 80 orang pengawal bersenjata lengkap..Tetapi sebahagian kota nie telah dimusnahkan semasa zaman inggeris akibat takut sejarah berulang kembali..Apa yang tinggal sekarang adalah pintu gerbang kota sahaja.
 
Hari 3:Jelajah Ayer Keruh 


Seperti biasalah bangun pagi2 bersarapan dulu di hotel sebelum meneruskan pengembaraan seterusnya..Pengembaraan kami seterusnya ke Ayer Keruh pulak dengan menaiki bas Rapid je..Mulanya aku mencari sewa motorsikal di sekitar melaka tapi takde langsung kott.Mungkin kerana yang nie bukan kawasan pulak dan takde sambutan pun kalau buat sewa motor..Terpaksalah naik bas je kalau nak pergi mana2 je..Kalau boleh aku nak pergi ke Pantai Klebang untuk merasai Coconut Shake yang terkenal tu tapi apakah daya terpaksa merasa coconut shake yang terdapat di Jonker street je..Kalau nak pergi ke ayer keruh,kami menaiki bas Rapid dulu untuk ke Melaka Sentral dan dari situ ambik bas ke sana...Tambang bas pun dalam rm2/seorg untuk ke melaka sentral dan korang tunggu bas nie kat depan pintu masuk bahagian tengah Dataran Pahlawan Mall.. 
PERINGATAN!!!sebelum naik bas tu pastikan korang tanya dulu driver bas tu samaada terus ke melaka sentral atau ke destinasi lain sbbnya korang akan buang masa je nanti kalau tersilap bas...
TAMAN MINI MALAYSIA DAN ASEAN
Tempat ni merupakan destinasi terakhir bas Rapid sebelum berpatahbalik semula ke Melaka Sentral..Taman nie memaparkan senibina rumah2 tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia dan mengikut saiz yang sebenar.. Di antara kesemuanya aku paling suka tengok rumah kelantan sbbnya strukturnya yang besar dan terdapat unsur keislaman..Tiket masuk dalam rm10/seorg..Selain korang tgk rumah2 tradisi nie ada juga persembahan tarian tradisional mengikut masa2 tertentu tapi tariannya mcm bosan dan hambar je (mungkin aku tak suka tarian tradisi kott)..Hurrmmm,secara keseluruhannya tempat nie agak menarik cuma kurang sambutan je sbbnya bilangan pengunjung2 yg dtg boleh dikira dgn jari je...Disini terdapat juga Taman Mini Asean tapi sayang hari tu ditutup untuk renovation pulak..
TAMAN BUAYA
Untuk ke sini,kami terpaksa berjalan kaki je beb yang tak tahu berapa jaraknya...fuyooo sesi membakar lemak je aku rasa sepanjang berada di Melaka nie..Aku tak tahu dah berapa banyak kalori dah terbakar disebabkan berjalan kaki saja..
Kat taman nie korang boleh melihat pelbagai spesis buaya2 yang terdapat di dunia.Tiket masuk pun berharga rm10/seorg dan aku nasihatkan dtglah waktu pagi kerana boleh melihat sesi pertunjukkan pakar bersama buaya.Jgn pelik kalau korang merasakan seperti melihat patung buaya je disebabkan spesis ini memang juara dalam penyamaran..Disini terdapat juga taman air untuk kanak2 saja dan juga pengalaman menaiki kereta lembu (satu kereta rm10)..
ZOO MELAKA DAN NIGHT SAFARI
Lokasinya bertentangan je dgn Taman Buaya iaitu seberang jalanraya je.Zoo nie merupakan zoo kedua terbesar di malaysia selepas zoo negara di KL..Zoo nie sama je mcm zoo2 yang lain cuma terdapat satu tarikan utama ialah lawatan waktu malam (night safari). Tapi setiap hari jumaat,sabtu dan ahad je dan diantara puko 8pm-11pm..
Tiket masuk dalam rm15 kot hari tu.. Sesi membakar lemak masih diteruskan disini kerana korang akan berjalan jauh mengeliling zoo nie..Kalau taklarat sangat boleh je menaiki trem berharga rm2/seorg ataupun sewa kereta mini berharga rm7/sebuah..
PLANETARIUM
Lokasi terakhirnya adalah disini.Tempat nie agak jauh sikitlah  yang terletak berhampiran MITC. Agak mustahil okey untuk korang berjalan kaki sahaja!!..Terpaksalah menaiki teksi yang dah sebut harga siap2 sebelum naik yang berjumlah rm15 untuk berjarak dekat je..Aduhai boleh pokai duit aku kalau mcm ni gayanya.Huhuhu...Redha je lah jawabnya...
Tiket masuk untuk planetarium nie adalah percuma tapi kalau nak menonton tayangan 3D kena bayarlah yang berharga rm15/seorg.Merupakan planetarium tercanggih di Malaysia dan terbesar di Asia.Bangunan 3 tingkat ini menjanjikan pengalaman penuh dgn pameran pendidikan astronomi dan sains aeroangkasa.
Untuk pengetahuan tempat nie bukan aku yang pilih tapi kawan aku nie sebenarnya (mungkin dia peminat dunia angkasa kot).hehehe..Disini yang menjadi menarik perhatian aku ialah tayangan filem mengenai angkasa di teater angkasa 3D yang sangat menakjubkan yang pernah aku tengok tanpa perlu memakai cermin mata 3D.Padahal aku sebenarnya tertidur sepanjang teater ini ditayangkan (kalau tak silap 45minit kot)..hahahaha...Tapi tayangan nie ada juga masa2 tertentu tayangan,jadi sebelum datang sini silalah rujuk jadualnya untuk memudahkan korang merancang masa dgn baik..
Selesai sudah pengembaraan kami di area ayer keruh.Hurmm....akibat terkena bahana teksi mahal,kami terpaksalah berjalan kaki lagi untuk ke bus stop Rapid yang terletak di Mydin MITC...Takpelah aku sanggup kot berjalan kaki dari terpaksa bayar mahal2 lagi...Untuk pengetahuan,bas nie takdelah terus ke Dataran Pahlawan Mall tapi korang kena tukar bas lagi di Melaka Sentral nanti..
MELAKA RIVER CRUISE
Inilah saat2 yang aku tunggu selama berada di sini iaitu menyusuri sungai melaka yang pernah terkenal sebagai perlabuhan perdagangan di asia tenggara dulu.Sebenarnya waktu malam nie lah sesuai untuk river cruise kerana udaranya yang sejuk dan nyaman serta kerlipan lampu2 warna-warni mencantikkan lagi pemandangan di sepanjang sg melaka ini...Sesuai untuk mereka yang mahu mewujudkan suasana romantik semasa bulan madu ataupun kenangan terindah..Terminalnya terletak di muara sg melaka bersebelah kapal perang Portugis (Muzium Samudera) dan tiket berharga rm10/seorg 

Hari 4:Lawatan sambil belajar ke Muzium2
Hari terakhir nie sebelum kami berangkat pulang ke tempat masing2 banyak kami habiskan untuk menjelajah muzium2 yang terdapat di bandar hilir ini..Tapi yang menjadi masalahnya pulak ialah membawa beg2 besar nie..Mujurlah kat Mahkota Parade nie terdapat loker untuk menyimpan helmet (disalahgunakan oleh kami pulak...hahaha) yang terletak di pintu blkgnya. Tapi menjadi masalah baru pulak iaitu loker nie jenis yang bayar guna duit syiling 50sen lama.Aduhai...!!Hampir seluruh mahkota parade kami pusing untuk mendapatkan duit syiling tu.. Nasib baiklah dapat tukar kat kaunter pertanyaan wlpn terpaksalah menipu mereka kononnya nak simpan helmet padahal nak simpan beg...hehehehe
Dah settle soal beg besarnya dan lawatan sambil belajar muzium ini dimulakan :

BALAI SENI LUKIS


 MUZIUM DUNIA MELAYU DAN DUNIA ISLAM

MUZIUM SENIBINA MALAYSIA

MUZIUM RAKYAT