Aduhai panjang pulak celoteh aku kali nie,..hehe..Berbalik semula kepada pengembaraan Hatyai.. Masa tu umur aku dalam 21 tahun semasa menuntut di KKI,Ipoh..Aku dapat join pun melalui kawan aku nie yang membuat percutiaan ke Hatyai.Kalau tak silap aku cuma membayar RM200 je untuk pengangkutan,Hotel dan makanan tengah hari je selama 3hari 2 malam je..Agak okeylah Hatyai nie cuma tempat nie banyak sangat pondan/maknyah dan juga pelacuran..Boleh dikatakan setiap malam di sepanjang deretan kedai mmg berlambaklah disini..Huhuhuhu...
Pintu Masuk Imigresen
Aku ke Hatyai melalui jalan darat je iaitu di sempadan Bukit Kayu Hitam..Aku kesini pun melalui bas ekspres tapi perlu berhenti di Imigresan Malaysia dgn Thailand..Kalau kat malaysia sekejap je cuma check Border Pass (pas sempadan nie untuk negeri sempadan thailand je) dan jalan..Tapi kalau kat Thailand lama sikit sbbnya kena cop masuk thai kat border pass korang dan kena bayar duit kopi RM1..What??Rasuah bodoh2 mcm tu je bayar rm1 kat dia.Sepatutnya takpayah pun tapi tu lah terpaksa juga kerana nak masuk thai punya pasal. Lagipun rm1 je pun.Cuma itulah pandangan pertama pada Thailand sangat teruk dan mungkin rasuah sangat bermaharajalela disini.Kalau kat Malaysia,confim dah kena tindakan undang-undang serta-merta..betul tak??
Berbalik pada Border Pass nie..Kalau korang penduduk asal kelantan,kedah dan Perak kira korang beruntunglah sbb boleh memohonnya kat Jabatan Imigresan je.Korang hanya perlu bayar RM10 je berbanding passport kena bayar RM100 ( utk TEMPOH 3 tahun)..Tapi border pass nie bertahan 6 bulan sahaja dari tarikh permohonan.Kelonggaran diberikan juga kalau korang yang dah menetap lebih 3 tahun disitu (misalnya macam aku...)..Dah selesai pemeriksaan Imigresan,korang akan menuju ke bandar Hatyai sejauh 60km..
Sampai je bandar Hatyai,kami dibawa ke tempat2 agensi pelancongan disini.Agak awal jugalah sampai di sini dalam pukul 9 pagi.Mujurlah kali nie aku cuma tak payah buat pape je disitu dan menunggu ketua kami mencari van mewah untuk ke tempat2 pelancongan nanti.. Agak lama jugalah sbb harga yang diberikan mahal sangat.Nasib baik lah ketua kami nie dah biasa dgn harga2 disini.
Dah selesai sewa van,kami bergerak ke hotel pulak tapi ada masalah baru pulak yang timbul..Kami hanya dibenarkan masuk hotel puko 2pm.Sekarang baru pukul 11pagi.Dah minta masuk awal tapi tak boleh juga kerana penghuni biliknya tak check out lagi.Aduhai menunggu lagi kami lah jawabnya..huhuhu..Patutlah kami disuruh tunggu dulu di kedai agensi pelancongan..Alang2 masih lambat lagi untuk check in,kami berjalan-jalan dulu di bandar Hatyai nie..Agak janggal dan jakun juga apabila berada di negara nie.Yelah bahasa,budaya,tulisan dan ragam orang sangat bbeza dgn negara kita..Dah lah kebanyakan tulisan pada kedai2,papan jalanraya dan mcm2 lagi dalam bentuk tulisan thai..bertambah jakunlah aku dibuatnya....
Hotel yang kami booking ialah Sakol Hotel yang terletak di pusat bandar Hatyai..Hurmmm sebenarnya aku dah lupa pun memori semasa berada disitu..Jadi aku tak dapat mceritakan hari demi hari aku berada disini.Harap maklum...
OKlah aku cuma dapat selitkan gambar-gambar yang sempat aku ambik dari facebook kawan aku tu.Maklum je lah gambar2 dulu dah hilang..hehehe..
Pengangkutan ..
Bot besar membawa kereta/motorsikal... jalan pintas untuk ke tempat dituju.... seronok dan tenang juga naik bot versi kenderaan |
Pengangkutan rasmi sepanjang 3 hari disini..kebanyakannya ke tempat2 jauh je... sangat mewah beb van nie dan harga pun murah je... kalah van pelancongan kat malaysia... |
Makanan
Lunch dgn masakan thai.. sedap mmg tak terhingga... harga agak mahal jugalah |
Yang nie kami makan di medan selera shopping mall... kena tanya peniaga dulu sebelum pesan... sbb makanan halal dan tak bercampur je kedai2... mee sup nie sedap juga..pedas..rasa pelik tapi halal..okey |
Yang nie makan kat warung pasar malam sekitar bandar hatyai... biasanya dibuka sekitar 6pm-11pm-- ABC versi thailand sedap..banyak bahan..halal..rasa kelainan je... Senarai tempat2 lawatan |