Masa dalam proses mencari rumah nie sangatlah susah dan betul2 mencabar emosi kerana :
contoh pelan sekitar bkt tinggi |
tapak pasar malam mak ayah |
- Mak aku nak rumah sekitar Bukit Tinggi je sbb situ je paling selamat dan dekat dengan bandar klang (padahal dah jatuh cinta tempat tu tapi mak aku xnak mengaku pulak,,hahaha).Lagipun situ berdekatan dgn masjid,Hospital TAR,Giant,Tesco,JJ Aeon,GM dan dkt dgn tapak pasar malam mak aku hari selasa.
- Rumah yang dijual kat situ kebanyaknya lebih dari RM250k keatas (bajet aku cuma bawah RM250k je)
- sibuk dgn kerja dan tak de masa nak mencari rumah sekitar tu.(maklumlah aku duduk kl tapi nak cari rumah sekitar Bukit Tinggi je )
- Tuan Rumah dah bagi sign minta family aku pindah sebelum bulan januari 2014 kononnya family aku ramai kanak2 pasti rumah dia rosak,(xboleh nak salahkan dia coz tu kan rumah dia dan dia berhak bagi arahan )
- Berdekatan je dgn rumah sewa yang family aku duduk skrg di No :XX,Lorong Seri Sarawak 29,Taman Sri Andalas
- Berkeluasan 1000 sq dan berharga RM200k
- Rumah 2 tingkat (3 bilik tidur dan 1 tandas)
- Freehold tapi x bestnya Bumi lot (maknanya aku kena jual dengan Bumiputera je )
- Itu pun aku jumpa kat mudah.com.my
sign Letter Offer Bank kat McD seksyen
7,Shah Alam pada 12/12/13 dan syukur Alhamdulillah semuanya bank cimb cover termasuklah
- 90 % dari harga rumah , insurans MRTA , Valuation dan Lawyer fee untuk Perjanjian berjumlah RM190k.
- Jumlah bayaran sebulan mengikut BLR semasa 6.6 % ialah -RM950/bulan selama 35 tahun
- Cimb Bank terletak di Centro Mall NO.8,Jalan Batu 3 Lama,41300,Klang
Pasal Owner rumah sewa yang family aku duduk skrg dah bagi peluang untuk duduk sampai bulan 4 je..Syukur permulaan tahun 2014 semuanya berjalan dgn baik dan berharap semuanya akan sempurna sebelum bulan 4...AMIN.... =)