Baru je 2 minggu lepas berada di Solo dan sekarang pulak ke Malang...Memang kaya gilee aku nie beb..Percutian kali ini betul-betul mencabar fizikal dan mental aku sepanjang hidup aku..Hehehe..Mantel atau emosinya kerana cuti aku tak diberi oleh Ketua aku yang kononnya aku dah pun bercuti tapi skrg memohon cuti lagi..Memang kecewa jugalah kerana ketidakadilan pemberian cuti dan aku betul-betul buntu memikirkan soal nie...Syukur Alhamdulillah aku diberikan kawan2 sekerja yang berjiwa mulia sanggup menggantikan kerja double shift kerana aku... Memang terharu tahap gaban lah aku masa tu dan kesanggupan mereka nie tidak dapat aku lupakan..Souvier dari Malang buatmu kawan2ku..
Fizikalnya pulak ialah misi pengembaraan ini bermula lewat malam sehingga petang esoknya diteruskan tanpa henti...Memang seksalah ketahanan fizikal aku hari tu...
Malang nie memang terkenal dengan wisata gunungnya iaitu Gunung Bromo yang selalu menjadi igauan setiap pelancong..Selain itu disana juga terdapat wisata2 yang lain yang menjadi tarikan pelancong2 asing seperti kami nie..Ayuhhh ikuti pengembaraan kami ke daerah Malang ini...bak kata pepatah aku..,Malang yang berbau wisata yang menarik orang ramai berpusu-pusu mengunjunginya...
DAY 1-SURABAYA KE BATU
Masih teringat lagi insiden mengerikan pernah berlaku dalam dunia penerbangan Malaysia iaitu Flight AirAsia terhempas ke dalam laut semasa perjalanan Surabaya ke Singapura, membuatkan aku tidak mengambil perjalanan terus ke Surabaya dari KLIA 2...Transit dari Jakarta dulu baru ke Surabaya..Tapi kenapa tak ambik terus ke Malang je??Mana taknya,tiket flight dari Jakarta ke Malang 2xganda harganya berbanding ke Surabaya..Remember,ini backparker punya stail..kena cari harga paling murah punya..
Macam biasa perjalanan ke KLIA 2-Jakarta mengambil masa 2 jam manakala Jakarta ke Surabaya pulak dalam sejam lebih perjalanan...Syukur Alhamdulillah kami selamat mendarat di Juanda Airport,Surabaya...Airport agak besar juga dan takdelah serabut pun mcm tempat lain.. Memandangkan kami berada di Surabaya,kami terpaksa mencari pengangkutan ke Malangn pulak..Jarak ke sana pun mengambil masa 2 jam lebih jugalah..Mujurlah kami dah tempah awal kereta kongsi sebelum kesini..Kalau bidan terjun je memang terpaksalah cari teksi je dan rasanya memang mahal juga bayarnya nanti..Sebab itu perancangan awal wajib dilakukan sebelum melakukan pengembaraan backparker..Harga tambang yang kami bayar utk sekepala cuma 75 000rp dan terus dihantarkan ke hotel penginapan kami iaitu The Batu Villas.
Untuk makluman,hotel ini terletak di daerah Batu yang mengambil masa sejam perjalanannya lagi ke Malang.. Kami ingin menjelajah Batu dahulu disebabkan terlalu banyak tempat2 menarik disini berbanding Malang yang sekadar bandar saja.. Sepanjang perjalanan dari surabaya airport ke Batu memang sangat menyeksakan kerana selalu je terperangkap dalam kesesakan lalulintas..Syukur Alhamdulillah kami selamat sampai ke hotel kami sekitar jam 11am tapi masih tak boleh check in disebabkan biliknya masih berpenghuni lagi.Kami dibenarkan masuk pun dalam pukul 1-2 petang je. Motorsikal yang kami booking pulak akan dihantar ke hotel pada pukul 2pm .huhuhu...sedihnya...
Tak kisahlah semuanya tu kerana berhampiran hotel kami nie boleh je jalan kaki sekitar 1km ke wisata yang baru sahaja dibuka tahun lepas iaitu
Pasar Apung
Dah namanya pasar memang mcm pasarlah tempatnya nie.hehehe...Cuma bezanya pasar apung nie banyak menjual cenderahati/souvier dan juga makanan je bukannya mcm pasar tani/ikan/borong.. Memang struktur dan senibinanya bercirikan pasar diatas sungai buatan atau pasar terapung yang sangat unik dan cantik gilee beb..Masuk pun percuma je dan korang bolehlah bergambar seakan disini..
Museum Angkut
Tempat nie bersebelahan je dengan pasar apung..Hari tu kami tak dapat masuk kerana memang full house gileee sambutannya..
Tak sanggup rasanya nak beratur panjang semata-mata nak masuk museum je..
Museum angkut nie banyak mempamerkan pelbagai jenis kenderaan darat,laut dan udara seluruh dunia yang meliputi kenderaan zaman dahulu,sekarang mahupun kereta movie star seperti mr Bean, ataupun superhero spt Batman... Harga masuk berbeza mengikut harinya dan mungkin sekitar 50 000rp-100 000rp /seorang.. Aku nasihatkan korang datanglah pada hari bukan cuti kerana jumlah pengunjunginya memang memeranjatkan korang nanti..haha... Disebabkan kami tak dapat memasuki museum angkut nie,terpaksalah kami habiskan masa di Pasar Apung je...
Lepas je check in dan motor yang kami booking pun dah sampai maka pengembaraan Batu diteruskan...ayuhh ikuti pengembaraan kami di sekitar Batu ini...:
Pemandian Tirta Nirwana
Terletak di kaki pergunungan dan tak jauh pun dari hotel kami..Tempat nie memang sesuai utk mereka suka berenang atau pun berendam dalam kolam air panas..Tak dikenakan bayaran pun kalau korang sekadar berjalan-jalan sekitar tempat nie tapi kalau nak mandi kolam tu memang patotlah kena bayar...heheheh..Tapi aku baca dalam blog2 yang pernah pergi kesitu ada dikenakan bayaran masuk sekitar 10 000rp-15 000rp/seorang.. Mungkin rezeki aku kot tak payah bayar pape pun kecuali bayar parking motor je sebanyak 2 000rp..
Di sekitar sini memang banyak kedai2/toko2 menjual cenderahati/souvier ,makanan,pasar tani/basah atau perkakas pun ada..Memang besar juga pasar disini bersesuaian dengan kepadatan pengunjung yang datang kesini...Kolam air panas dari sumber mata air panas semulajadi pun ada iaitu Papa Songgorita yang yang bersebelahan dengan Candi Songgoriti..
Candi sanggariti atau dikenali juga songgoriti merupakan candi tertua di jawa tengah dan didirikan disitu dengan harapan penduduknya mampu meraih kemakmuran..Bersesuaian dengan kedudukannya berdekatan dengan punca sumber air panas...
Alun-alun Kota Wisata Batu
Merupakan ikon kota batu dan tempat yang wajib dikunjungi.Tempat nie mcm tempat melepak bersama keluarga/kawan2 atau pun nak berdating pun boleh.. Tiada sebarang bayaran dikenakan kecuali kalau naik alun-alun.. Disini memang lengkap dengan taman permainan,air pancut,taman dan yang menjadi tarikan ialah Alun-alun..Merupakan satu-satunya di Indonesia yang memiliki Ferris Wheel atau roda pintal. Tapi hari tu ditutuplah disebabkan hujan yang berterusan..huhuhu...sedihnya...
Harga bayaran untuk naik alun-alun nie dalam 3 000rp-5 000rp/seorang .. Tempat nie memang dijaga bersih punya kerana terdapat security menjadi pemerhati kebersihan dan juga juruheboh yang selalu mengingati orang ramai menjaga kebersihan..
Batu Night SpecktacularHarga bayaran untuk naik alun-alun nie dalam 3 000rp-5 000rp/seorang .. Tempat nie memang dijaga bersih punya kerana terdapat security menjadi pemerhati kebersihan dan juga juruheboh yang selalu mengingati orang ramai menjaga kebersihan..
Merupakan theme park yang beroperasi sehingga lewat malam dalam pukul 1200 pagi..Tempat nie pun takdelah jauh pun dari kota batu dan memang ramai gilee pengunjung yang datang disini..Bayaran masuk dalam 12 500rp-15 000rp.. Tapi ini cuma bayaran masuk je dan kalau nak main permainan disitu korang kena bayar setiap permainan.. Memang berbaloi kalau cara mcm nie kerana takdelah membazir duit nanti kalau taknak main/sekadar masuk saja atau fobia nak main permainan tu (macam aku..hahaha).. Selain themes park terdapat juga Lampion Garden (kota lampu mcm i-city shah alam) yang dikenakan bayaran masuk 10 000rp-15 o00rp dan juga kedai2/toko2 menjual cenderahati/makanan di pintu keluar nanti... Cukuplah untuk hari nie yang agak memenatkan tapi seronok kerana dapat melawat kesemua tempat2 yang kami nak pergi..hehehe...
DAY 2 - JELAJAH KOTA BATU DAN SETERUSNYA KE KOTA MALANG
Hari ini diteruskan lagi misi menjelajah kota batu yang tak sempat kami kunjungi semalam sebelum bertolak semula ke kota malang.. Sarapan dulu di hotel dan check out siap2 sebelum meneruskan misi...Syukurlah hotel nie boleh simpan beg2 kami sampai jam 2pm walaupun sudah check out..
Air Terjun Coban RondeSalah satu wisata alam yang wajib dikunjungi apabila berada di kota batu nie.. Air terjun disini bukan untuk mandi-manda tapi sekadar melihat wisata alam semulajadi yang sangat unik dan cantik.. Air terjunnya jatuh sangat tinggi dan memang sakit gilee lah kalau korang sanggup berani berdiri dibawahnya..Tambahan pulak suhu disekitar air terjun nie yang sangatlah sejuk.Bayaran masuknya 10 000rp-15 000rp/seorang.. Kalau nak pergi ke tempat nie korang harus menempuh jalan hutan dahulu yang agak jauh.. Coban ronde nie terletak pada ketinggian 1135 meter dari permukaan laut dan memiliki ketinggian curahnya sebanyak 85 meter.. Harus diingatkan,jangan membawa sebarang makanan atau plastik yang ada makanan kalau korang tak mahu berebut dengan spesis monyet yang banyak berkeliaran di sepanjang jalan ke air terjun nie.. Trauma aku dibuatnya insiden berebut dengan spesis monyet nie...
Jawa Timur Park
Juga dikenali sebagai Jatim Park. Merupakan theme park terbesar di jawa timur dan paling ramai dikunjungi orang ramai apabila berada di kota malang.. Tempat nie memang menjadi wisata wajib dikunjungi apabila berada di Malang dan rasanya tak lengkap percutian ke Malang korang kalau tak pergi tempat nie.. Dulu cuma ada Jawa timur park 1 sekadar theme park games outdoor sahaja dan seterusnya dikembangkan lagi dengan pembinaan taman tema yang baru yang dirangkumkan dalam Jawa timur park 2..Meliputi museum satwa dan Batu Secret Zoo Park.. Selain Jatim 1 dan 2 nie terdapat juga taman tema yang lain iaitu Eco Garden Park,museum tubuh dan juga Pohon Inn.. Memang besar gilee tempat ni dan aku gerenti punya tak cukup sehari untuk korang kunjungi kesemuanya..Aku pun dapat pergi ke museum satwa dan batu secret zoo je.Itu pun dah seharian kami habiskan masa untuk ke2 tempat nie..Jatim Park 1 memang tak pergi pun sbbnya aku tak suka themes park pun.Aku memang anti-theme park sejak kecik lagi,..haha..Harga tiket mungkin berbeza setiap tempat2 ini dan rasanya korang boleh memilih pakej2 yang ditawarkan mengikut pilihan tempat yang korang nak..hahaha.. okeylah jom aku ceritakan setiap tempat nie supaya korang boleh memilih yang mana menjadi pilihan hatimu..hehehe...
Pohon Inn nie cuma hotel saja yang senibinanya menyerupai pohon.. Berada di tengah2 antara Batu Secret Zoo dengan Museum Satwa.. |
DAY 3 :Jelajah Kota Malang dan Gunung Bromo
Lepas kami menghabiskan menjelajah seharian suntuk di Kota Batu,kami bergerak terus ke Malang pulak untuk misi seterusnya menjelajah Gunung Bromo. Perjalanan dari Kota Batu ke malang mengambil masa sejam lebih jugalah.. Syukur alhamdulillah kami selamat sampai di hotel kami iaitu Merbabu Guest House..Kadar rate semalam hotel nie dalam RM110 dengan percuma breakfast dan tea time.. Hotel nie memang terbaiklah sbbnya struktur interior design sangat unik dan modern yang membuatkan kita seperti berada di rumah sendiri..hehehe.. Untuk makluman,hotel nie berkonsepkan guest house ye dan bukannya hotel yang biasa korang pergi tu.. Sebelum kami meneruskan trip ke Gunung Bromo pada pukul 1130malam.. Kami menjelajah dahulu kota malang nie...Ayuhh ikutan pengembaraan yang kami sempat pergi sebelum trip ke Gunung Bromo....:
Bakso President
Yang nie wisata kuliner yang cukup terkenal dan merupakan tempat wajib untuk peminat2 bakso seperti aku nie.. Malang memang terkenal dengan keenakan dan kelazatan bakso aslinya.. Korang akan menemuikan bakso dijual dimana-mana sahaja sekitar kota malang samaada Gerobak sampai ke shopping mall.. Bakso President namanya tersohor dengan kelazatan baksonya dan juga lokasinya yang sangat unik iaitu disebelah landasan keretapi.. Maknanya sambil2 korang makan bakso bolehlah korang tengok keretapi melaluinya nanti..hehehe.. Harga bakso disini takdelah mahal pun sekitar 10 000rp-25 000rp/semangkuk mengikut citarasa masing2..
Taman Tugu Balai Kota Malang
Merupakan ikon utama dan juga simbolik kepada pengenalan kota Malang nie..
Turut dikenali dengan istilah Alun-alun Bunder,Taman Tugu Bunder ataupun Alun-Alun tugu.. Terletak di sekitar Balai Kota Malang atau bahasa mudahnya pejabat pemerintah kota malang yang merupakan bangunan peninggalan zaman Belanda.. Taman Tugu ini berbentuk bulatan besar dan pusatnya terdapat monumen tugu yang meperingkatkan kemerdekaan Kota Malang.. Disekeliling tugu ini juga terdapat lingkungan beralaskan kolam air dengan teratai yang mekar yang tumbuh segar.. Lingkuangan seterusnya adalah sebuah taman tanaman hiasan dan bunga... Pada waktu malam pulak mcm yang kami pergi hari tu,terdapat lampu hiasan yang merangkai monumen tugu dan juga sekeliling taman nie..
Inggil Museum Resto
Kalau namanya pelik mesti korang ingat ini adalah muzium sejarahkan?Hehehe...sebenarnya tempat nie adalah sebuah restaurant berkonsepkan muzium didalam restaurant yang sangat unik dan klasik.. Bolehlah korang menikmati makan malam korang sambil melihat keunikan senibina bangunannya dan koleksi barang2 antik yang berasal dari nusantara Jawa sehingga ke pengaruh Belanda.. Yang lagi romantiknya, makan malam korang akan ditemani oleh persembahan nyanyian lagu jawa dengan menggunakan alatan muzik tradisional jawa.. Kalau sesiapa belum pernah dengar lagu jawa bolehlah menikmatinya disini.. Cuma harganya agak mahal sikitlah mengikut kemampuan ekonomi akulah ..hehehe
Toko Oen
Lepas kami makan makanan malam,kami terus pulak ke restaurant ais krim yang sangat lagenda ataupun bersejarah di kota Malang iaitu Toko Oen.. Toko Oen ini adalah restaurant ais krim yang mulai beroperasi sejak tahun 1930... Mak aikkkk,dah berapa generasi2 kot restaurant ini diwarisi sehingga sekarang..hehehe...
Disini memang ais krim mereka memang dibuat mengikut resepi sendiri sehingga mampu bertahan sehingga sekarang.. Keuzuran restaurant ini sangat terasa dari arsitekturnya yang berkonsepkan pengaruh Belanda... Harga ais krim pun takdelah mahal sangat pun sekitar 20 000rp-50 000rp je dan nama menunya pun macam bahasa belanda je rasanya..hehehehe..
Tempat nie memang sangat popular dan sering menjadi kunjungi orang ramai untuk mencuba ais krim ciptaan mereka yang sangat legendaris ini... Jangan lupa untuk datang kesini nanti... Tempat ini adalah tempat terakhir untuk jelajah kami di kota malang nie.. Masih banyak lagi tempat yang korang kunjungi mengikut citarasa korang..Jadi pandai2 lah mencari dalam Mr Google..okey.. Kami balik ke hotel semula untuk berehat sebelum meneruskan plan kemuncak kami iaitu jelajah Gunung Bromo...
Untuk makluman,trip kami ke Gn Bromo kami menggunakan pakej kerana memang tak boleh beb kalau korang pergi mcm tu je kerana Gn Bromo ni adalah khazanah kerajaan,Taman Nasional Bromo Tengger Semeru dimana ada protokol/syarat2nya..Lagipun kalau nak pergi ke sana memang kena guna Jeep beb dan memang susah gilee nanti kalau teringin juga bawa kenderaan sendiri.Untuk itu,Kami menggunakan pakej melalui nusantaratrip.com yang berharga 350 000rp/seorang tapi kalau warga asing kena topup 300 000rp lagi.. Satu jeep boleh muat dalam 6 orang je..Harga nie pun dah merangkumi kesemuanya iaitu
- pengangkutan pergi-balik hotel (dari Malang ke Gn Bromo)
- Tiket masuk Gn Bromo
- Jeep
- makanan tengah hari
- jelajah tempat2 sekitar Gn Bromo
Inilah kali pertama dalam hidup aku menjelajah gunung bromo tanpa perlu mendaki puncaknya tetapi dengan menaiki Jeep sahaja. Kami akan bergerak ke sana pada pukul 11 malam nanti kerana kami harus tiba awal di Pos Wonokriti,sebuah tempat untuk transit pintu masuk Gn.Bromo untuk melihat sunrise di puncak Gn Bromo nanti.. Hurmmm janjinya puko 1130malam akan dijemput di Hotel tapi hari tu,mereka datang puko 12malam baru sampai..Biasalah mungkin ada sebab kot mereka lewat...hehehehehe.. Ingatkan diorang terus ambik dengan kereta jeep tapi rupanya dengan kereta minivan okey...
Perjalanan dari Malang ke Gn Bromo mengambil masa 2 jam juga lah..Syukurlah jalan takdelah sesak sangat sepanjang ke sana kerana kami dimaklumkan hari tu memang banyak gilee orang nak ke Gn Bromo nanti.. Sampai di Pos Wonokriti,kami dikehendaki menunggu giliran pulak untuk menaiki jeep untuk ke Puncak Penanjakan Gn Bromo....okey lah jom ikuti pengembaraan kami sepanjang berada di Gunung Bromo ini..
Lautan Pasir @ataupun dikenali sebagai Pasir Berbisik.. Jangan lupa bergambar dengan kawah Gn Bromo yee..hehe Rasa mcm berada di padang pasir je mcm kt Mesir tu cuma bezanya pasir sini lembap |
Padang Savvanah @teletubbie yang penuh dengan tumbuhan hijau tumbuh membukit. Bolehlah bermimpi mcm dalam dunia teletubbies |
menuju ke kawah Gn Bromo yang agak jauh.. Disini terdapat Pura Poten yang masih aktif digunakan oleh suku Tengger |
Alhamdulilah sepanjang berada disini,kami selamat dari kemalangan dan malapetaka.. AMIN
Agak seronok juga trip menjelajah Gunung Bromo nie walaupun seharian kami tak tidur pun.. Pengalaman takdapat dilupakan sampai mengucap banyak kali ialah dengan perjalanan menaiki Jeep nie.. Aduhai rasa mcm nak terbalik je rasanya Jeep yang kami naiki nie semasa melalui jalan yang berlubang/berkopak di sekitar pasir berbisik dengan padang savvanah.. Yang paling menakutkan melalui lereng gunung yang agak curam.. Semua ini telah berbayar dengan melihat keindahan alam semulajadi di sepanjang melalui jalan Gunung Bromo ini.. Rasa mcm berada di syurga je rasanya apabila melihat betapa hebatnya ciptaan Yang Maha Esa...Syukur masih diberikan kesempatan merasai pengalaman sebegini..
Trip ini adalah trip terakhir kami berada di kota malang dan juga penutupan sementara misi menjelajah kami di sekitar Asia Tenggara.. MISI MENJELAJAH seterusnya akan diteruskan lagi apabila ekonomi sudah pun stabil..Huhuhuhu... =_+