Jadi,blog kali ini saya akan menghimpunankan tempat2 yang sempat saya jelajah sepanjang tahun nie..
Taman Wisata Alam Angke Kapuk
Waterbom Pantai Indah Kapuk
Kota Tua Jakarta
Tempat ini boleh dikatakan tempat paling wajib setiap kali aku datang ke Jakarta.Tak kiralah malam atau siang,aku mesti singgah sebentar disini. Tempat ini memang sesuai untuk melepak atau beriadah bersama keluarga sambil menikmati pemandangan bangunan bersejarah iaitu bekas balai kota peninggalan ( juga dikenali Stadhius Batavia) gabenor VOC.. Tempat ini ala2 mcm Dataran Merdeka KL atau Dataran Pahlawan Melaka dimana tempat ini sesak dengan orang2 tempatan.. Tak susah pun kalau korang nak datang kerana disinilah tempat terakhir Busway Transjakarta berpusat dan juga Stasiun Keretapi pun ada.. Memang seronok juga kalau korang melepak sekitar sini kerana dari sini lah kjorang boleh melihat gelagat/persekitaran masyarakat tempatan..Tapi paling tak bestnya,masa korang tengah melepak mesti diganggu oleh gelendangan/pemuzik jalanan yang kerap kali datang kat aku tanpa dijemput pun..Lebih baik korang sediakan duit siling banyak2 ye...!!!!Sebenarnya ada juga yang part paling best iaitu korang boleh melawat muzium2 yang berhampiran sekitar tempat ini. Tapi ada masa dan hari tertentu je museum2 nie buka,(mungkin waktu pejabat sahaja rasanya).Memang banyak gila muzium2 yang ada disini iaitu
Taman Margasatwa Ragunan
Tempat ini umpama kebun binatang yang menempatkan +2000 spesis binatang yang mengekalkan kehidupan habitatnya hakiki..Tempat ini mcm zoo negara lah cuma yang membezakan kebanyakan zoo yang lain ialah tempat ini mempunyai Pusat Primata Schmutzer. Iaitu pusat pemeliharan dan pemulihan habitat terutamanya spesis monyet,gorila,beruk,orang utan dan seumpamanya yang mengekalkan struktur kehidupan mereka yang sebenarnya..Tiket masuk pulak,korang kena bayar 2 kali iaitu masa masuk pintu utama Taman Ragunan sebanyak Rp4000-Rp5000 dan juga pintu masuk ke Pusat Primata Schmutzer sebanyak Rp6000-Rp7500.Paling menarik disini ialah korang boleh melihat kehidupan Gorila yang hidup bebas dan tidak dikurung seperti kebanyakan zoo. Dimana Gorila ini ditempatkan didalam kiub gergasi/kandang yang sangat besar..Korang boleh melihat gorila ini di atas jejantas yang menyeberangi kiub ini ataupun di bawahnya sahaja..Hurmmm,rasanya aku nak melihat Gorila nie je sebenarnya..Untuk kesini memang senang je kerana korang boleh menaiki busway transjakarta yang menuju ke Halte Busway Ragunan. Tempat ini betul2 berhadapan dengan Halte/bus stesen Ragunan...MONAS @ MOnumen NASional
Aku dah pernah datang kesini semasa pertama kali datang ke Jakarta dahulu...boleh rujuk blog aku yang sebelum ini..pertama kali ke jakarta..monanumen nasional atau nama panggilannya monas atau tugu monas adalah tanda peringatan perjuangan rakyat indonesia menuntut kemerdekaan dahulu. Monas didirikan setinggi 132 meter dan Bentuk Lidah Api atau obor di puncak tugu ini diselaputi emas yang mencapai 38kg..
Masuk di pekarangan tugu monas ini adalah percuma sahaja tetapi untuk masuk ke muzium di bawah tugu monas ini mungkin dikenakan bayaran sebanyak Rp20 000.. Selain itu,korang boleh juga pergi ke puncak tugu monas nie yang dikenakan tiket masuk sebanyak Rp7 500. Dari puncak ini,korang bolehlah melihat pemandangan bandar jakarta.. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sekitar tugu monas ini untuk menandakan korang sudah berada di Jakarta,Indonesia.. Tak susah pun untuk datang ke sini kerana terdapat banyak pengangkutan untuk kesini..Sama ada dengan transjakarta busway,stesen keretapi ataupun Bas Damri dari Soakerno Airport.. Terdapat juga muzium yang korang boleh kunjungi jiakalau korang peminat sejarah/muzium seperti
Muzium Nasional ataupun muzium Gajah yang terletak di sebelah Halte/stesen busway monas. Muzium in banyak mempamerkan arca/artifak/perabot/seramik/muzik tradisional/perhiasan/kain dan lain2 koleksi milik negara Indonesia yang terbesar. Terutamanya patong/arca berbentuk Gajah..