Day 1-Jelajah 7 Pulau
Hari tu aku selamat tiba ke Krabi pada pukul 8am. Waktu Krabi dgn KL nie tak sama ye sbbnya lewat 1 jam dari kita.Untuk ke Pantai Ao Nang,korang boleh buat 2 pilihan iaitu dgn Bas je mcm yang kami buat nie ataupun kalau berempat tu better ambik teksi je.Sbbnya tambang bas cuma 150batt/seorg manakala sebuah teksi pulak dlm 600batt. Perjalanan ke pantai Ao Nang dalam satu jam je. Kaunter tiket bas/teksi nie betul2 berada di pintu keluar Airport..Sebelum sampai tu,bas nie akan berhenti di depan agensi pelancongan diorang dan seterusnya ke pantai Ao Nang..Kalau korang jenis muka tak malu boleh je korang ajak orang lain kongsi teksi bersama korang...hehehe..Kalau jenis mcm aku nie (pemalu dan sombong gilee) terpaksalah naik bas dan tunggu sehingga semuanya penuh..Memang ramai gilee orang kita bercuti di Krabi..Dah rasa mcm negara sendiri pulak boleh cakap melayu je...
Bas pun berhenti betul2 di depan hotel kami J Hotel...Hotel nie memang mendapat rate tertinggi dlm Booking.com dan juga Agoda.com...Harga pun berpatotan (rm90/mlm) dan sangat dekat dgn pantai Ao Nang (Jalan kaki 5 minit je rasanya)..
Sekarang kami mencari pakej2 murah pulak di sekitar pantai Ao Nang.Di krabi nie mmg terkenal dgn jelajah pulau2 disekitarnya.Pulau2 disini mmg betul2 cantik,jernih dan banyak.Ada juga jelajah tempat2 tarikan di krabi ni..Tapi kebanyakan yang datang ke krabi nie adalah menikmati keindahan pulau2 nya yang sangat mengoda dan mempersonakan..
Memang berlambak jugalah agen2 pakej pelancongan disini dan korang kena pandai tawar-menawar berani mati supaya dapat yang murah punya..Mcm kami hari tu,kawan aku nie memang terbaik punya bab2 tawar menawar nie...hehehe..Kami dapat beli 3 pakej utk 3 hari disini berjumlah 2000batt je...murah tak??!!! Untuk makluman utk setiap pakej2 yang ada semuanya bermula jam 8.00am..Ada juga pakej2 pukul 2.00pm tapi jumlahnya sangat sedikitlah..Mcm apa yang berlaku hari tu,kami ambik pakej 7 island tour utk hari pertama,Jungle Trekking utk hari ke2 dan Phi Phi Island Tour utk hari ke3..
Okeylah untuk hari pertama kami menjelajah 7 island dulu..Antara pulau2 yang kami jelajah ialah
Chicken island-pulau yang menyerupai bentuk ayam je..Disini memang sesuai sangat untuk aktiviti snorkeling.. |
Poda island-melihat matahari terbenam dan makan malam disini..Makanan dia mestilah halal okey dan sedap juga..Banyak juga masa dihabiskan disini kerana menunggu matahari terbenam. |
Phra Nang Cave-bentuk gua yang agak menakutkan..hehe..Sesuai untuk mereka yang suka memajat bukit |
Aduhai agak memenatkan jugalah hari pertama kami dengan 7 pulau nie...Lagi teruk dengan menaiki Longtail boat..Taubat aku taknak naik dah bot mcm nie..Hampir termuntah aku dibuatnya.Jadi aku nasihatkan kepada sesiapa yang naik longtail boat nie lebih baik korang jangan berada terlalu lama diatasnya semasa bot berhenti.Kerana bot nie akan terumbang-ambing mengikut arus ombak yang boleh membuat korang muntah.Tapi kalau speed bot rasanya takde masalah punya..Dan lagi satu,naik muak pulak aku dengan jelajah banyak2 pulau mcm nie dan tak cukup rasanya tenaga nak menghabiskan semuanya..Sbb tu aku berada diatas bot je untuk selebihnya tapi nak muntah pulak jadinya. Mana taknya selain 7 pulau nie terdapat juga snorkeling kat tempat2 lain ataupun berenang..Hari yang betul2 sangat memenatkan dalam hidup aku..Sebelah malam pulak,kami makan malam di sekitar masjid di Ao Nang kerana memang berlambak disitu restaurant halal berbanding di sekitar pantai..Ada juga restaurant halal di sekitar pantai cuma harganya mahal gilee..
Day 2-Jungle Trekking
Hot Spring-memang bestlah berenang dalam kolam air panas..tak payah pergi sauna semata nak mandi air panas |
Elephant Trekking-pengalaman dalam hidup aku naik diatas gajah sambil merestasi hutan..Tapi yang tak bestnya pendek sangat jaraknya. |
Aktiviti hari nie walaupun berjalan kaki jauh2 tapi takdelah sepenat hari pertama.Hari pertama memang betul2 penat nak mampus punya..hehehe..Disebabkan masih gagal mencari Yamilah Pancake pada hari pertama,misi diteruskan lagi pada hari ke-2..Akhirnya kami berjaya menjumpainya apabila berjalan kaki sejauh 3km dari hotel kami mengelilingi pinggir pantai Ao Nang.Gerai nie memang sebaris dengan gerai2 makanan halal dan dia paling hujung sekali..Memang sedap jugalah makanan wajib krabi nie..Pancake yang paling aku suka perisa banana+cheese.. Yamilah Pancake nie memang sangat terkenal di kalangan blogger2 yang pernah ke krabi..Best sangat rasanya apabila menikmati pancake sambil melihat derauan ombak memukul pantai..Rasa tenang je rasanya dan nyaman.Malam tu juga kami berjalan-jalan mencari t-shirt yang murah,fridge magnet dan juga key chain di sekitar Walking Street Ao Nang tapi aduhai mahalnya..Takpe esok ada sempat lagi kot misi mencari souvier yang murah...hehehe
Day 3-Phi Phi Island
Hari ke 3 adalah menjelajah phi phi island yang sangat terkenal tu..Rata-rata pelancong disini akan memilih kesini kerana keindahan pulau phi phi yang sangat menakjubkan dan menarik perhatian.Rugi je rasanya kalau korang tak berkesempatan kesini..hehehhe..Jadi jangan lepaskan peluang korang menikmati phi phi island nie...Kalau bermalam disini pun boleh sbbnya phi phi island dah macam pekan pun.Berlambak hotel2 murah,kedai2 makan dan sebagainya berada disini..Umpama seperti Pulau Pangkor lah senang cerita.
Lupa pulak nak beritahu,.jelajah pulau2 phi phi nie kami takdelah menaiki longtail boat lagi seperti hari pertama tu tapi dengan speed bot mewah okey!!!...Dimana terdapat banyak syarat2 dikenakan oleh pemilik speed bot nie seperti kena cuci selipar dgn kaki dulu sebelum naik bot dia,dilarang berjalan2 didalam bot semasa bergerak dan macam2 lagi..hehehe...Aku pun tak sangka pulak kena marah dengan Dia nie. Sbbnya aku dah lah tak tahu berenang tapi taknak pulak pegang tali yang dia suruh semasa snorkeling.. Hahahahaha.Sebenarnya aku tak dengar pun dia cakap dan aku nie pun bukannya paham sangat faham bahasa Inggeris.. Mujurlah masa tu bukan aku seorang je yang kena marah tapi hampir 5 orang jugalah kena dgn dia...Fuuhhhh Nasib baik sgt...Kalau tak memang malu besarlah jawabnya..
Memandangkan esok pagi waktu flight kami pada pukul 7.50am jadi kami terpaksalah sewa teksi untuk ke airport.Sebernarnya boleh je menaiki bas awam jikalau nak jimat.Tapi takot tak sempat pulak dan tak berani nak ambik risiko..Harga teksi pun dalam 500batt je...Kalau korang nak mencari sewa teksi nie boleh je korang pergi mana2 agensi pelancong disekitar pantai Ao Nang ataupun hotel juga ada...So tak payahlah korang bermalam di bandar Krabi semata-mata takot tertinggal flight...hehehe...
Selamat Tinggal Krabi..Terima Kasih untuk pengalaman terindah ini...
Huhu... tulisannya membuat aku mau pergi kesanaa... Krabi!!
BalasPadamDan sudah banyak seh pergi backpacker di 2014...great!!
Nice posts...
hahaha...kamu aja yang menjadi teman setia membacanya...0_0
PadamAahhhh, this post makes me wanna go there now! As in now! Haha
BalasPadam