Sabtu, 8 September 2007

Pulau Pangkor..Budget Murah 0_0

Aku ke Pulau Pankor dulu masa aku masih belajar Diploma kat Lumut,Perak.. Kolej aku sebenarnya xdelah tletak kat Lumut cuma cawangan je dan pusat pentadbiran semuanya kat Ipoh. Lumut nie sebenarnya sebuah daerah di Perak yg berada di pinggiran pantai..Seronok juga wei apabila korang boleh menikmati panorama pantai tiap2 hari.. Setiap petang je,aku pergi kt tepi pantai utk tenangkan fikiran yg sesak dgn study. Jarak kolej aku dgn pantai pun cuma 500 meter je coz kolej aku betul2 atas bukit dan berhampiran dgn Pengkalan Tentera. Melihat derauan ombak nie boleh membuat diri kita rasa tenang je dan ditambah pulak dgn udara persekitaran yg nyaman. Lepas itu jalan2 pulak kat WaterFront di sepanjang pinggiran pantai Lumut ni..Aduhai indahnya perasaan aku masa tu.. Btw lupa pulak nak cakap,mesti korang pelikan Apa kena mgena Lumut dgn Pangkor nie,hahahaha...? Lumut nie sebenarnya sgt dekat dgn Pulau Pangkor dan utk ke P.Pankor korang kena naik feri selama 30-40minit dari sini. Ada satu lagi Jeti utk ke Pangkor selain disini iaitu kt Jeti Marina Island betul2 berdekatan dgn Teluk Batik, 15minit dari Lumut. Cuma bezanya 2 jeti nie,kat Lumut nie meriah sikit dgn kedai2 souvier,kedai2 jual satay/keropok/ sotong dan ikan,kedai2 makan,hotel2 dan paling penting ada Terminal Bas utk public transport ataupun bas ekspress.. So sesiapa kalau nak naik bas je,maklumlah nak budget trip punya pasal bolehlah naik bas je dan terus turun kt Lumut nie. Kalau sesiapa yg bawa kete sendiri pun boleh je dan xpayah parking merata2 kt Lumut nie coz kt sini ada Kompleks Parking Bertingkat yang mana lebih besar dr tempat parking kat jeti kat Marina Island tu..

OKEY cukup cete pasal Lumut dan sekarang kita berjalan2 ke Pulau Pangkor pulak.. Tambang feri dari Lumut ke Pulau Pangkor cuma RM10/pax seorg dewasa dan kanak2 pulak ,RM5/pax tapi kalau2 budak2 bawah 4tahun free je. Terdapat 3 syarikat feri yg aku tahu lah iaitu Duta Pangkor,Pan Silver dan Mesra Feri . Masa korang nak naik feri tu,pilihlah yg ada 2 tingkat coz korang boleh je jalan2 kat deck free air kt tingkat atas feri sambil menikmati panorama laut sepanjang ke P.Pangkor nanti ( biasanya yg feri berwarna putih, Pan Silver dan warna kuning,Duta Pangkor)..Mmg rugi wei klu korang xcuba pengalaman nie tapi klu dah xde feri mcm tu xpayahlah tunggu sampai feri 2 tingkat ni muncul coz aku confim ramai gilee kot tunggu giliran nak naik feri tu..0_o
Dalam perjalanan ke sana,korang akan berhenti di 2 perhentian iaitu perhentian 1 adalah Jeti Sg.Pinang (pkampungan nelayan) dan perhentian yg terakhir jeti utama Pulau Pangkor..
Sampai je kat pulau pangkor nie,korang kena naik Van Teksi yg berwarna Pink Colour k coz situ je teksi utama yg bbeza dr tempat lain. Ada juga teksi yg biasa punya tapi susah nak dapatlah coz hampir 80% public transpot dikuasai oleh vank pink nie. Harga pun mungkin bbeza mengikut destinasi yg korang nak pergi. Masa aku pergi kat Pulau Pangkor dulu aku xdelah bermalam disana cuma mandi-manda dan berjalan2 diseluruh Pangkor nie. Masa tu aku dtg dgn kawan2 kolej aku dalam 7 org dan kami sewa van pink nie seharian je. Kalau xsilap aku kena caj RM 70 kira setiap seorg kena bayar RM10 je beb. Mula2 driver itu akan bawa kami mjelajah tempat2 yg korang nak pergi dulu dan seterusnya dia akan tinggalkan korang di tempat mandi-manda. Driver tu akan minta nombor tepon korang utk ambik korang bila korang nak balik semula ke Jeti nanti.. Kalau sesiapa yg naik berdua (honeymoon katakan) better sewa motor je beb coz lg bbaloi (sewa 24jam cuma RM30 je) beb coz sukahati korang je nak pergi mana2.. Lgpn Pangkor nie xdelah besar sgt pun mcm P.Langkawi cuma paling susah sikit adalah jalan naik/turun atas bukit je (berliku2 tajam gua ckp lu..)
Okey jom ikut aku jalan2 di Pulau Pangkor nie yg sempat kami jelajah dulu..
Kota Belanda merupakan salah satu tarikan utama bila korang berada disini. Tempat nie xdelah mcm rumah cuma struktur binaannya sgt unik beb dan terletak di Teluk Gedung.. Mengikut sejarah, Kota ini dibina oleh Syarikat Hindi Timur Belanda sbg tempat penyimpanan bijih timah tapi telah dimusnahkan.. Sbb itulah senibina pun mcm xcukup sifat je coz yg itu je sempat diselamatkan sblm diwartakan sbg monumen negara..
Berhampiran dgn tempat nie ada satu lg peninggalan sejarah iaitu Batu Bersurat. Dikatakan batu ini dipahat oleh tentera2 belanda yg penah menjaga Kota Belanda dahulu (huruf ringkas spt 'IK' 'R.O' 'VOC ) dan dgr cerita kononnya batu ini  juga dipahat oleh penduduk disitu sbg tugu peringatan peristiwa kematian seorg anak pembesar yg dimakan oleh binatang buas (harimau) kerana terdapat gambar budak dibaham harimau..
Destinasi seterusnya ada Tokong Fu Ling Kong dan dimana sgt sesuai utk ambik gambar di kawasan sekitar tokong nie. Susah taw nak jumpa Tokong Buddha yg boleh dibenarkan masuk.. Yelah itukan tempat sembahyang agama Buddha xkanlah agama lain nak masuk rumah ibadat agama lain. Nanti dorg ingat korang penganut Buddha pulak,hahaha.. Disini mmg banyak replika/senibina yg unik dan menarik  mcm Grestest Wall China.. Dan menjadi tarikan utama org ramai dtg kesini adalah disbbkan terdapat ikan besar gileee hampir 170cm panjangnya kott..Hebat betul dorg nie coz boleh bela sampai jadi besar mcm tu sekali..
Seterusnya kami ke Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin coz kononnya disinilah pembekal satay ikan/sotong.. Banyak juga aku beli coz aku nak kirim buat family aku yg dh order awal2 lg masa aku nak pergi Pangkor (sbnrnya aku minta duit sikit dari mama tersayang sbb tu kantoi..haha)
Kalau korang nak beli satay yg murah better beli je kat sini coz kebanyakan kedai2 satay pun beli kat sini juga.. Kilang nie xdelah jual satay ikan je coz dorg pun jual benda lain juga mcm satay sotong,ikan kering,keropok dan mcm2 lagi...
Dan last stop kami pergi adalah melihat burung enggang.. Susah nak cari burung enggang kat malaysia nie kecuali klu korang pergi zoo negara. Kat sini free je klu nak tgk...
Kat sini korang boleh melihat spesis burung nie bebas berterbangan terutamanya di kawasan hutan otw nak ke Teluk Nipah.. First time juga aku dpt tgk spesis burung mcm nie coz paruhnya besar gile dan jinak pulak tu. Aku siap bagi makan guna tangan lg okey..hehe!!
Tapi driver van tu cakap burung enggang nie mungkin akan pupus satu hari nanti sbb ada penduduk2 sini tangkap burung dan lepas tu jual kat.. Sayang gilee beb klu bterusan mcm nie coz mungkin Pulau Pangkor ini akan kehilangan salah satu daya tarikan utama pelancong dtg kat sini kelak..
Aktiviti seterusnya adalah aktiviti yg aku tunggu selama ini adalah mandi-manda..Dah lama aku mengidam nak mandi laut nie sejak kat Lumut lg cuma kat Lumut tu xsesuai utk mandi coz lautnya x sejernih mcm kat pulau pangkor nie..Kat P.Pangkor nie terdapat 2 tempat yg paling femes utk mandi2 iaitu Pantai Teluk Nipah dan Pantai Pasir Bogak tapi better ke Teluk Nipah coz disana lg meriah.. Hotel2/chalet pun banyak..kedai2 makan pun ada,kedai2 jual souvier pun banyak dan paling penting banyak pakej bot yg boleh korang pilih mengikut selera anda.. Hari itu aku dan kawan2 aku memilih utk meronda2 dulu lepas itu pilih tempat snorkeling..Sbb masa kami jalan2 nak pilih pakej bot kt situ ada Abg bot ini bg kitaorg harga terbaik punya,Rm10/seorg siap dgn pakej ronda2 naik bot sblm ditinggalkan kt tempat utk snorkeling .. Harga ini paling murah punya masa kami mencari (mybe sbb kami ramai kot dah cukup utk satu bot) coz rata2 kami tanya harga puratanya RM20-RM35/seorg kott.. Kat situ pun ada juga aktiviti lain seperti banana boat. Semasa membuat rondaan atas bot nie,korang boleh melihat bbagai2 bentuk batu menyerupai sesuatu.. Pandai juga penduduk sini cari keunikan batu2 terbentuk secara semulajadi siap ada cerita dongeng lg...hahaha.. Utk snorkeling pulak tempat2 yg femes spt Pulau Giam, Carol Island dan Pulau Mentagor.
Seronok juga rasanya dapat melihat ikan2 tapi kebanyaknnya kecik je beb.. Kalau korang nak bagi ikan makan atas bot pun boleh (bawalh roti xpun bawa je makanan ikan terus dari rumah,hahaha )

Batu2 myerupai sesuatu

bentul Epal dimakan separuhnya..
anjing tgh berak..haha
penyu bertelur...
batu bbentuk kaki
batu bbentuk penyu

kepala ikan Paus