Jumaat, 20 Jun 2014

Jelajah Penang 2014...

Aku sebenarnya xde niat pun nak dtg ke penang nie tapi disbbkan seseorg yg teringin sangat nak mjelajah penang nie lah aku berjaya bertapak disitu.Katanya nak pergi bergambar dgn lukisan jalanan lah,Lps tu nak nak merentasi Jambatan lah.Nak makan jeruk buah lah,pasembor lah,nasi kandar lah dan mcm2.Bila dia bercerita mcm tu,aku pun termakanlah pujukannya..Hehehe...=_0
Walaupun masa tu keadaan kewangan aku dalam ketandusan tetap tidak mematahkan semangat aku utk mjelajah penang nie.Ikutkan hati xnak je pergi tapi disbbkan aku dah beli tiket flight semua dan booking hotel guna agoda,rasanya rugi pulak kalau aku cancell trip nie.Nak claim balik semuanya confim xdpt punya..Nak xnak xde pilihan terpaksa juga aku pergi.. =(
Pengalaman berada di Penang nie mmg best dan seronok..Aku berjaya mjelajah satu penang dgn motorsikal je beb..Nak sewa kereta confimlah xnak coz sesak/jem kot dan aku pun xpandai sgt bawa kereta..(hahaha)
Penang nie kecik je pun dan banyak jalan sehala..Kalau korang sesat pun confim korang boleh jumpa balik jalan yg korang nak pergi. Jom aku ceritakan pengalaman ataupun sedikit ilimu sepjg berada di penang

Hari-1
Aku ke sana dgn menaiki flight je coz xsanggup nak bertapa lama dalam Bas Ekpress.Lps tu menjadi masalah pulak apabila terasa nak terkencing atau terberak masa tu. Kalau melepas dlm Bas confim esk jadi Berita Utama dlm media massa..hahaha. Aku beli tiket Malindo Air sbb masa tu malindo je ada promosi iaitu tambangnya cuma RM84 je (pergi-balik) kalau nak dibandingkan dgn AirAsia (harga dalam RM130+ kott).Perjalanan pun mengambil masa sejam kott dan selamat mendarat di Bayan Lepas.Kat airport ( dikenali PIA@Penang Airport Internasional ) nie byk agen kereta sewa klu korang nak,tapi hari tu aku naik Bas Rapid je beb coz bajet pun xbrp ada..Klu korang nak tau,kat penang nie hanya Bas Rapid je yg ada dan semuanya berpusat di Komtar dan jeti penang..
Dari Airport aku terus menuju ke Batu Feringgi dgn menaiki bas rapid 102. Aku ingin bermalam dulu kt Bt Feringgi coz kt situ byk tempat2 tarikan yg berhampirannya dan sambil menikmati pemandangan tepi pantai..Agak lama  jugalah perjalanan ke situ klu xsilap aku hampir sejam perjalanan juga.Hotel yg aku tempah iaitu ET Budget Guest House pun betul2 mhadap laut.So xpayah jauh2 jalan kaki sgt klu nak bersantai sambil tgk susnset..Pemiliknya ialah Tauke cina dan sgt peramah orgnya. Kadar bayaran pun RM90/semalam dan paling penting ada toilet dlm bilik. Aku pilih hotel nie sbb  mendapat Rate tinggi dlm Agoda.Kedai2 makan pun dekat je
Oklah jom aku ceritakan tempat2 pelancongan yg sempat aku pergi hari tu..+_+
Masjid Terapung
Yg nie xdelah tletak kt Batu Feringgi tapi kt Tanjung Bunga iaitu otw ke Bt Feringgi. Masjid ini dibina betul2 di tepi pantai..Masjid 2 tingkat mampu memuatkan 1500 jemaah dan lengkap dgn semua kemudahan ssbuah masjid.Yg menjadi kejadian yg menakjubkan ialah masjid ini tetap berdiri teguh dan tidak terjejas sedikitpun semasa Tsunami 24 Disember 2004..
Butterfly Farm
Yg nie sebenarnya nak memenuhi permintaan kwn aku yg teringin sgt nak tgk rama2..Hehe...Kadar bayaran pun sgtlah mahal dlm RM18/dewasa dan terdapat pelbagai jenis2 spesis rama2 dlm tu..Tempat nie xdelah jauh sgt dari hotel kami iaitu terletak di Teluk Bahang dan dlm 10minit perjalanan..
Hard Rock Hotel Bt Feringgi
Hotel nie mmg terkenal di Malaysia  dan tempat wajib korang pergi walaupun sekadar lawatan saja.. Tapi kalau korang mampu bayar bolehlh bermalam disitu.Kalau xsilap aku kadar semalaman dlm purata RM400 above (mahal gilee kott)...Hotel nie mmg terbaiklah coz kesemua kemudahan2 dlm nie mmg super2 terbaekk dan mewah gilee..Terutama swimming pool dia mmg betul2 paling hebat penah aku tgk dlm hidup ini coz ada bar lg sambil berendam dalam air..Apabila korang dah berada disini jgn lupa bergambar dgn patung2/arca yeaa..Hari tu aku pergi kesana dgn berjalan kaki aja kott sbbnya aku ikut jalan tepi pantai je.Almaklumlah hotel nie betul2 menghadap tepi pantai je..
Taman Negara Pulau Pinang
Yg nie aku xlama sgt coz xbrp minat jelajah hutan2 nie..Kalau sesiapa yg suka jungle traking or aktiviti2 hutan boleh datang kesini..Utk makluman nie terletak di Teluk Bahang dan merupakan Perlindungan Hidupan Laut dan juga Taman Negara. Terdapat 2 tempat terkenal disini iaitu Sg Tukun (ambik masa 15minit) dan Pantai Kerachut (dlm 1-2 jam) kalau melalui aktiviti jungle tracking.Kalau nak cepat atau xbrp suka aktiviti hutan bolehlah cuba menaiki bot je tapi harga agak mahal sikitlah..Aku nasihatkan better pergi ramai2 coz harga tu xdelah caj sekepala tapi harga satu bot je...JIMAT tu!!!!
Night Market Bt Feringgi
Pasar malam nie tiap2 malam ada dan bermula pukul 7pm sampai 12am. Lokasinya di sepanjang jalan Bt Feringgi dan mmg panjang jugalah tapi berselerak.Maklum je lah pasar nie betul2 berada di bahu jalan sebelah kiri yg myebabkan kesesakan lalulintas di sepjgnya tetapi meriah gilee kot. Harga2 kt sini pulak agak mahal sikitlah tapi terlalu banyak pilihan..Kalau sekadar nak beli souvier,aku nasihatkan lebih baik beli Pasar Chowrasta Georgtown je..

Hari Ke-2
Hari ke2 aku nie aku banyak habiskan menjelajah sekitar bandar georgtown je coz kebanyakan tempat2 menarik pun disini.. Hotel yg aku menginap mmg terbaiklah dan murah pulak tu iaitu Tune Hotel Downtown.Harga utk sebilik double twin sekitar RM80/sehari je termasuklah free parking dan Room Servis (kira boleh kemas katil berkali2 pun xpe..haha).Dalam bilik nie mmg lengkaplah sama spt Hotel mewah je.Aku nasihatkan better beli guna online dari kau beli direct Hotel sbbnya harganya lg murah.. Untuk sewa motorsikal pulak aku mencari disekitar Jalan Chulia coz disitu mmg femes dgn kedai sewa kenderaan dan hotel budget murah.Tapi yg menjadi masalahnya pulak ialah aku cuma berjalan kaki dari Hotel selama 20 minit jugalah untuk sampai kesini..hebat x?? Kedai sewa motor yg aku jumpa nie ialah La Bella dan kedainya betul2 dekat dgn nasi kandar beratur.Mmg sgt murahlah jika dibandingkan kedai2 yg lain iaitu dlm RM30/sehari dan deposit cuma RM150 je. Purata sewa motor shooter sekitar penang nie RM50/sehari..Lps tu kena bayar deposit RM300 dan ada juga kedai xpayah bayar deposit tapi kena guna kad kredit yeaa..Dah jumpa hotel dan lps tu dah jumpa motor,so apa lg merempitlah kita sekitar penang nie..
Nasi Kandar Line Clear
Sblm sampai ke jalan chulia,kami berhenti singgah makan kat situ..Tempat nie mmg femes lah dan wajib mencuba apabila korang dah berada disini..Ada juga nasi kandar yg lain paling femes dari nie iaitu Nasi Kandar Beratur tapi masalahnya kedai tu start buka pukul 10pm beb..Kalau kedai Line Clear nie buka 24jam dan mmg ramai gilee makan kat sini..Makanan mmg sedap gilee terutama ayam goreng dia tapi harga pun mmg mahal kott..Takpelah sekali sekala hbskn RM25 untuk seorang makan pun xpe asalkan dapatlah merasa nasi kandar made in Penang yg popular di Malaysia nie... 0_0
P.Ramlee House
Agak jauh sikitlah dari Georgtown dan terletak di jalan p.ramlee.
Telah dibina dan dipulihara oleh Jabatan Arkib Negara dgn mengekalkan senibina bentuk rumah sebenar P.Ramlee dahulu.Masuk pun percuma je tapi tidak dibenarkan ambik gambar kot dalam rumah nie..Tapi aku peduli apa yang penting ada kenangan terindah bergambar disitu..
Muzium Negara Penang
Tempat nie aku xpilih ye tapi kawan aku pulak berminat mengetahui sejarah pulau pinang nie..hehehe..Macam lawatan sambil belajar lah pulak trip aku kali nie..Tapi xpelah yg penting bolehlah juga berteduh di tempat beraircond coz kat penang nie mmg panas gilee kott...Masuk pun cuma bayar RM1/seorg..
Kota Cornwallis
Terletak di Padang Kota Lama dan betul2 berada di pinggiran pantai.. Untuk makluman padang kota lama mmg femes dgn kedai2 makanan terutama Pasembur dan Laksa Penang. Tapi aku lebih suka makan Pasembur berdekatan Gurney Drive coz lg sedap. Tapi kawan aku cakap kat sini lg sedap dari Gurney Drive..hahaha..Lantaklah yg penting ikut selera masing2.Tetiba merepak soal makanan padahal nak cerita pasal Kota Cornwallis nie..hahahaha.. Kota Cornwalis nie merupakan benteng pertahanan yg dibina oleh Sir Francis Light dari serangan Perancis dan salah satu tapak peninggalan sejarah yg dipelihara oleh Malaysia..Tiket masuk pun murah je iaitu RM2/seorg..
Kuil Kok Lok Si
Terletak di Ayer Hitam dan berada di puncak bukit penang..Kuil nie merupakan yg terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara.Daya tarikan kuil ini adalah senibinanya sgt unik dan patung besar Dewa Kuan Yin yg terletak di puncak bukit..Tiket masuknya percuma je tapi ada bahagian kuil kena bayar kalau nak masuk..Kalau dah berada disini jgn lupa mencuba kereta kabel utk smpai ke puncak atas tapi kalau ikut jalan raya pun boleh..Tiketnya cuma RM3/sehala..So kalau pergi balik kena bayar RM6/seorg
Bukit Bendera Penang
Inilah tempat yg aku tunggu sejak berada disini..Yelah selama nie aku dgr je cerita dari kwn2 aku dan baca blog2 org betapa bestnya berada di puncaknya melihat bandar dan lautan penang. Dan yg paling myeronokkan menaiki keretapi menyusuri bukit bendera nie..Stesen dia dekat je dgn Kuil Kok Lok Si..Tambang dlm Rm8/seorg je dan wajib tunjuk mykad okey.Agak seronok jugalh apabila berada di puncak bukit tu..dgn suhu yg sejuk dan tgk pemandangan penang memang melekakan..Di atas puncak tu,ada satu bangunan ala2 mcm rumah jambatan 3 tingkat utk kedai2 makan/souvier,muzium burung hantu, masjid kecik (xpayah risau solat kalau nak duduk lama2 ),kuil india dan sebuah hotel..

Hari ke-3
Semalam sebenarnya xhbs lg menjelajah penang nie dan diteruskan lg pada hari ini..Tapi matlamat utk hari nie sebenarnya adalah menyusuri jambatan penang dan juga menaiki feri. Sebenarnya nak juga mencuba jambatan ke 2 penang hari tu tapi jarak kesana makk aiiii jauh kott ( dekat dgn Batu Maung dan Bayan Lepas).Nanti xsempat pulak nak pergi tempat2 lain dan paling malang pulak nanti ialah sesat..hahahaha..cancell trip ke jambatan ke2..
Tapi sebelum tu,kami bersarapan dahaulu di warung roti canai tepi jalan Transfer..Katanya warung nie mmg popular disini dan paling sedap.. Hurmm..betullah memang sedap dgn kari ayamnya dan ramai org makan disitu.. Tapi tempatnya pulak aduhai kotor gilee..takpelah katanya sedap dan popular,tutup mata je lah soal kebersihan tu..0_0
OKey perut dah kenyang.here we go..Memandangkan terminal feri dekat je dgn Georgtown, so my plan is naik feri ke seberang dan balik ke penang dgn jambatan..Lps tu patahbalik semula ke jambatan  lps tu pulang semula ke penang dgn Feri.Bijak x?hehehe.2 2 dapat merasa serentak...Sambil2 tu kami bolehlah singgah sebentar di tempat2 tarikan di sepjg perjalanan nanti.
Terminal Feri
Terminal Feri yg di pulau nie disebut Terminal Feri Raja Tun Uda manakala terminal di tanah besar disebut Terminal Sultan Abdul Halim.. Tiket feri nie kalau pergi ke tanah besar free je tapi kalau pulang ke pulau kena bayarlah..Kalau dulu aku cuma naik feri kecik je utk ke pulau tapi skrg aku dapat merasa pengalaman menaiki feri versi kenderaan pulak..Agak seronok jugalah dapat merasa udara laut dan tgk pemandangannya..tenang dan nyaman je rasanya....
Jambatan Penang
Pengalaman menyusuri jambatan tu betul2 mencabar jiwa dan kejantanan aku..Mana taknya dgn angin yg kuat,kereta2 pulak bawa mcm litar sepang gayanya dan gegaran pun ada.Tapi yg paling penting pengalaman tu beb iaitu menyusuri jambatan diatas lautan yg sgt dalam..Plaza tol nanti korang kena masa nak masuk ke pulau je..
Snake Temple
Lps je kami menyusuri jambatan penang terus ke snake temple yg dekat je Bayan Lepas..Tarikan utama temple nie adalah pelbagai spesis ular je sebenarnya..Temple tu sama je mcm temple buddha yg lain..Taknak pergi pun sebenarnya tempat nie tapi alang2 dh smpi bayan lepas,pergi je lah...Tiket masuk RM3/seorg dan sgt sesuai utk melihat sendiri jenis2 ular yg ada kat dunia terutama Ular Sawa..besar dan panjang gilee kott..
Lepas tgk ular nie,kami teruslh ke Airport utk check in tiket Malindo supaya taklah terkejar2 ke airport esok.. Maklum je lah kena check in 40 minit sbelum kalau tak tiket burn mcm tu je..
Taman Burung Pulau Pinang
Lepas kami tgk ular dan check in tiket,kami menyusuri balik jambatan penang pulak..Best x??Dapat merasa pergi-balik melalui jambatan penang nie..hehe..Kalau tadi kami tgk spesis ular dan kami tgk spesis burung pulak..Terletak di Seberang Jaya,Butterworth dan berhampiran je dgn Jeti Sultan Abdul Halim. Dianggarkan lebih 3000 spesis burung terpelihara disini dan ada juga binatang lain spt buaya,kura-kura,ular dll.. Paling bestnya,kat sini ada korang boleh memegang dan sentuh burung2 (kalau beranilah) coz ada sangkar yang korang boleh masuk sesuka hati..Maklumlah ada konsep "0pen and Friendly" maksudnya korang boleh masuk sangkar tu dan boleh sentuh/pegang burung2..Tapi serius aku cakap,aku pun lari kalau binatang nie dekat..hahaha..
Made In Penang Interactive Museum
Muzium nie merupakan muzium interactive 3D yang berkonsepkan budaya dan tradisi rakyat serta sebagainya.Terletak di Pengkalan Weld dan betul2 dekat dgn Terminal Raja Tun Uda..Yang nie mmg antara tempat yang paling best aku pergi coz korang boleh abadikan gambar2 korang dgn seni photography 3D yang sgt menakjubkan dan seolah2 betul je gambar tu beb...Agak lama jugalah aku berada disini..Mana taknya semua lukisan2 3D aku wajib bergambar..haha.. Memang tak rugi korang bayar (RM15/seorg) coz hampir semua lukisan 3D disitu mmg menakjubkan dan seakan mcm realiti je..
Street Art Penang
Yang ini menjadi tarikan utama mengapa ramai ingin datang ke penang nie??..Yelah takde tempat lain kat Malaysia nie yang sehebat lukisan disini..Untuk makluman kebanyakn lukisan jalanan nie bersepak di seluruh penang tapi paling banyak di sekitar Jalan Armanian..Terdapat 2 jenis lukisan jalanan iaitu yg jenis art jenis lukisan cat dan art jenis kimpalan besi.Better cari yg Art jenis cat coz lukisannya sgt cantik dan seakan2 betul je..Masjid Kapitan Keling pun berhampiran di sekitar situ..Pulak,tetiba sebut nama masjid nie kenapa??Hehehe...kalau nak tau,Nasi Kandar Beratur betul2 bersebelahan dgn masjid nie...Dikatakan kedai makan nie mmg paling popular disini beb tapi sayangnya kedai nie buka start 10pm..
Taman Botani Penang
Juga dikenali Taman Kebun Bunga mmg sesuai utk beriadah dan bersiar2 melihat pelbagai tumbuhan tropika..Mmg untunglah sesiapa duduk penang nie sbb ada tempat jogging dan beriadah waktu petang..Dah lah besar dan sgt luas..Memang penat gilee bersiar-siar mengeliling taman nie..tercungap-cunggap aku dibuatnya..mybe dah tua kot aku nie coz dah xlarat/kuat mcm zaman muda dulu..
Gurney Drive
Tempat nie lebih kepada tempat2 makan je sama macam padang kota lama.Tapi kat sini paling terbesar dgn gerai2 makanan dan berhampiran dengan pinggiran pantai..Hurmm,..sbnrnya gerai2 cina je berlambak kat sini dan kedai melayunya pulak sikit sgt..Paling popular gerai Pasembor yg pernah masuk dalam suratkhabar MetroShopping dulu.Korang cam gerai Pasembor nie,ada keratan suratkhabar tu kat gerai dia.First time makan pasembor mmg sedap gilee tapi harganya makkk aiii mahal kott...Ambik 5 cucuk tambah timun hiris dan juga kuahnya sekali berjumlah RM15..Nasi Lemak pun sedap juga siap ada ramai orang beratur lagi..Shopping Complex pun ada di sepanjang jalan nie.. Serius aku cakap,jgnlah datang disini dgn kereta coz jalannya sgt sesak/jem gilee..

Hari Ke-4
Fuhhh memang memenatkan percutiaan kali nie coz hampir kesemua tempat2 menarik sudah aku jelajahi.. Aduhaii seronok gilee dapat bercuti2 mcm nie.
Memandangkan flight kami pukul 930am,kami terpaksalah menaiki teksi je...Mujurlah kat Tune Hotel nie ada servis teksi 24jam..xpayah susah mencari teksi or jalan kaki jauh2 bagai...Turun je dari Hotel terus ada teksi menunggu kami...So aku cadangkan Tune Hotel nie adalah hotel yang strategik dan terbaikk untuk Hotel Budget Murah..kedai 7eleven pun bawah hotel nie je..Mcm promoter pulak gayanya...
Bye-bye Penang...Bandar Warisan Dunia...terima kasih untuk memori terindah... =)

8 ulasan:

  1. One of Unesco Heritage Site... And one of Best street art, mural, nature i ever seen. Kaya budaya!! :)

    BalasPadam
  2. brpe ringgit tambang bas dari airport to batu feringghi

    BalasPadam
  3. boss pm no hp...whatssapp sy 0127124898( aizat) ..nk bercuti di penang lepas raya cina 2016 ni..

    BalasPadam
  4. klau kita sewa moto 3 hari, kira rm 90 jea, apesal kena deposit 150?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Deposit wajib bro klu ada pape kerosakan nanti kena tolak nanti...ko cari je yg minta deposit murah sekitar situ

      Padam
    2. Tolong kasi no owner sewa moto area bukit bendera blh? puas cari smp skg x jmp...

      Padam
    3. kat area bukit bendera xde cik tapi kalau area GeorgeTown,

      La Belle Rent a Car Sdn Bhd
      48 Leith Street,
      10200 Penang,
      Malaysia.

      Tel: 604-264 2717
      Fax: 604-264 4717
      Mobile: Fateha - 016-416 0617
      Mobile: Feroz - 016-416 0717
      E-mail: labellerentacar@gmail.com

      Padam