Selasa, 7 Januari 2014

Rumah Ke-2 Rumah Family...

Dalam entry sebelum nie, aku menceritakan pengalaman membeli rumah jenis Lelong...Syukur Alhamdulillah rezeki aku bertambah lagi,aku berkesempatan membeli rumah ke 2 untuk family aku.Itu pun mak aku dah merungut kononnya lecehlah menyewa rumah orang terlalu banyak karenah melayan Owner Rumah yang buat arahan2 macam mana maklumlah siapalah x syg rumah sendiri.Lagipun dah tiba masanya aku menghadiahkan sesuatu yang berharga untuk mak ayah aku nie sebelum Allah menjemputnya satu hari nanti..(Aku berdoa semoga Allah lanjutkan usia mereka dan Mak Ayah,I Love U so much wlpn aku tak pernah luahkan begini secara bsemuka)
Masa dalam proses mencari rumah nie sangatlah susah dan betul2 mencabar emosi kerana :


contoh pelan sekitar  bkt tinggi

tapak pasar malam mak ayah 


  1. Mak aku nak rumah sekitar Bukit Tinggi je sbb situ je paling selamat dan dekat dengan bandar klang (padahal dah jatuh cinta tempat tu tapi mak aku xnak mengaku pulak,,hahaha).Lagipun situ berdekatan dgn masjid,Hospital TAR,Giant,Tesco,JJ Aeon,GM dan dkt dgn tapak pasar malam mak aku hari selasa.
  2. Rumah yang dijual kat situ kebanyaknya lebih dari RM250k keatas (bajet aku cuma bawah RM250k je)
  3. sibuk dgn kerja dan tak de masa nak mencari rumah sekitar tu.(maklumlah aku duduk kl tapi nak cari rumah sekitar Bukit Tinggi je )
  4. Tuan Rumah dah bagi sign minta family aku pindah sebelum bulan januari 2014 kononnya family aku ramai kanak2 pasti rumah dia rosak,(xboleh nak salahkan dia coz tu kan rumah dia dan dia berhak bagi arahan )
Disebabkan sbb2 nie lah,aku mula ( mencari dalam bulan 1/10/2013) dan kebanyakan rumah yang aku jumpa mesti mak n ayah aku akan berjumpa dgn Agen rumah tu sbbnya aku ada kat kl dan sibuk berkerja.( minta maaf mak n ayah )..Hampir lebih dari 10 buah rumah yang mak ayah aku jumpa tapi semuanya tak berkenan di hati mereka..Syukur Alhamdulillah pada 11/11/13,cari punya cari akhirnya dapatlh juga rumah memenuhi syarat2 aku dan mak ayah Iaitu
  • Berdekatan je dgn rumah sewa yang family aku duduk skrg di No :XX,Lorong Seri Sarawak 29,Taman Sri Andalas
  • Berkeluasan 1000 sq dan berharga RM200k
  • Rumah 2 tingkat (3 bilik tidur dan 1 tandas)
  • Freehold tapi x bestnya Bumi lot (maknanya aku kena jual dengan Bumiputera je )
  • Itu pun aku jumpa kat mudah.com.my
Lepas je jumpa rumah ni,terus aku jumpa Agen Rumah tu dan bayar terus deposit 3% berjumlah RM6k berbentuk bank draf Bank Rakyat kat shah alam..Syukur masa tu duit simpan aku mencukupi sbbnya kalau nak beli rumah 2nd nie wajib ada simpanan dlm 20% dari harga jualan rumah atau mungkin lebih.Apa yang aku tau,untuk membeli rumah 2nd nie sangatlah leceh coz banyak benda yang kena buat.Syukur Alhamdulillah semuanya Agen rumah tu yang settlekan dan kerja aku cuma tunggu feedback/arahan dari dia je dari A to Z..Sekarang aku dah bayar deposit 10 % dan Bank yang approve loan aku pulak ialah Cimb Islamic.Aku dah 
sign Letter Offer Bank kat McD seksyen 
7,Shah Alam  pada 12/12/13 dan syukur Alhamdulillah semuanya bank cimb cover termasuklah
  • 90 % dari harga rumah , insurans MRTA , Valuation dan Lawyer fee untuk Perjanjian berjumlah RM190k.
  • Jumlah bayaran sebulan mengikut BLR semasa 6.6 % ialah -RM950/bulan selama 35 tahun
  • Cimb Bank terletak di Centro Mall NO.8,Jalan Batu 3 Lama,41300,Klang
Untuk  SNP pulak kena bayar dlm +RM5k dan paling bestnya aku menggunakan lawyer yang sama yang menguruskan Loan Bank.So xpayahlah lah aku ke hulur-hilir untuk sign agrement..InysaAllah semua prosedur ini akan settle awal bulan 3 dan sebaik saja dapat kunci rumah terus je aku suruh family aku pindah ke rumah milik sendiri..
Pasal Owner rumah sewa yang family aku duduk skrg dah bagi peluang untuk duduk sampai bulan 4 je..Syukur permulaan tahun 2014 semuanya berjalan dgn baik dan berharap semuanya akan sempurna sebelum bulan 4...AMIN....  =)


Jumaat, 3 Januari 2014

SELAMAT DATANG KE ANCOL , JAKARTA


Kalau korang bercuti2 di Jakarta,jgn lupa untuk singgahsana di Ancol coz bg aku tempat nie wajib dikunjungi dan mmg sgt sesuai utk korang yg sukakan "Theme Park"sambil melihat keindahan pantai. Ancol ini ala2 mcm Genting Highland lah cuma bezanya tempat nie betul2 berada di pinggiran pantai dan semua theme park yg ada seperti outdoor/indoor/waterworld dan Aquarium disatukan di dalamnya.
Ancol merupakan Taman Rekreasi Terbesar dan paling popular di Jakarta. Juga lebih dikenal sebagai "Taman Impian Jaya Ancol". Lokasinya berada di Jakarta Pusat dan berdekatan dgn Mangga 2 Shopping Mall.
Terdapat banyak cara utk korang dtg disini samaada korang menaiki Teksi atau kenderaan sendiri (kalau sesiapa yg ambik pakej pelancongan ). Tapi aku sarankan korang cuba menaiki BUSWAY  sbb korang boleh try naik bas panjang dan harga tambang pun sangat murah (sebanyak Rp 3500/seorg bersamaan RM1 untuk kesemua destinasi di Jakarta ). Memang telah disediakan terminal BUSWAY utk ke Ancol dan terminal ini betul2 bersebelahan Pintu Masuk Ancol. Busway ini sama je mcm persis LRT kt KL iaitu disediakan stesen2 perhentian dan juga terowong/jejantas  di sepanjang stesen. Cuma bezanya Busway ni jenis Bas Panjang dan telah ditetapkan laluannya untuknya sahaja (kira bas2/kereta/motor xboleh memasuki laluan Busway nie coz dah diletakkan tembok kecil pemisahan dgn jalan2 yg lain)
Map Busway ke Ancol
Untuk masuk ke Ancol ,korang wajib membayar sebanyak Rp15000 (tahun 2013) kerana memasuki kawasan Pantai yang telah dipelihara dan dijadikan tarikan pelancongan utama di Jakarta. Harga mungkin berubah2 mengikut public holiday atau Hari umum. Untuk pergi ke setiap tempat rekreasi korang wajib menaiki Bas Shulter (percuma je beb) yang disediakan kerana jarak setiap tempat berbeza dan jauh (klu larat cubalah bjalan kaki). 
Sedikit TIP2 utk korang yang ingin melihat keseluruhan kawasan Ancol, korang boleh je menaiki cablecar atau dikenali sebagai Gondola (dikenali sbg kereta gantung Ancol). Bila korang naik Gondola nie korang boleh melihat hampir keseluruhan Ancol nie atau nak lg best korang naik bila matahari terbenam. Confim korang boleh pahatkan memori terindah ini dalam diari kehidupan kelak..hehehehe (cewah ayat aku mmg poyo gilee). Overall Ancol nie mmg terbaiklah pernah ada dibina di dunia masa kini coz korang xperlu ke hulu-hilir semata2 nak bersukaria di theme park lg ( rata2 theme park di Malaysia yg ada sgt berjauhan antara satu sama lain ) dan apa yg korang buat cuma bahagikan masa korang samaada nak join semuanya sekali ataupun ke tempat yg korang nak je. Oklah aku akan menceritakan pengalaman aku apabila sepanjang berada di Ancol ini :

Pantai dan Taman

Pantai merupakan tarikan utama yang mengapa tempat ini menjadi popular dan satu2 pantai yg sgt dekat dgn Bandar Jakarta. Inilah satu-satunya pantai di Indonesia yang harus dibayar jikalau mahu mengunjungi kerana duit yang dibayar akan digunakan untuk membersihkan dan penambahbaikan supaya memelihara keindahan pantai disini. Tetapi sebenarnya pantai nie xdelah jernih manapun dan hanya sesuai utk berkelah dan mandi-manda je. Kalau korang berminat utk snorkleling atau scuba disini bukan tempat yg sesuai coz lautnya xdelah sejernih mcm pulau2 yang korang pergi. Mybe klu bukan disebabkan tempat2 rekreasi yg terdapat disini,pantai ini akan menjadi percuma je.
Disepanjang pantai ini terdapat waterfront dimana korang boleh melepak2 sambil menikmati ketenangan pantai disini. Paling aku suka bila berada di tepi pantai adalah melihat matahari terbenam dan syukur Alhamdulillah aku bkesempatan melihat matahari terbenam disini.
Kat tepi pantai juga terdapat Restaurant Seafood yg cukup terkenal dan tempat ini wajib korang pergi bila berada di Ancol iaitu Resturant Bandar Jakarta. Kt sini memang ramai gile pengunjung dtg utk merasai nikmat makanan laut mengikut citarasa masakan indonesia dan korang kena beratur panjang kt sini lg beb. Tapi yg ruginya lidah aku xbolehlah terima cara masakannya dan aku cuma makan dessert je kt sini.. =(
Selain Pantai, disini terdapat juga Taman Rekreasi yang luas utk korang berjoging,kayuh basikal atau berkelah di tepi sungai buatan. Lokasi Taman ini betul2 bersebelahan dgn Dufan Tapak taman nie mmg sgt luaslah dan pemandangannya di sekitarnya sgt2 cantik.

Dufan
Dunia Fantasi yang dibuka untuk umum pada 29 Ogos 1986, dan popular dengan sebutan Dufan, merupakan theme park pertama yang dikembangkan oleh Ancol. Dufan merupakan pusat hiburan outdoor terbesar di Indonesia yang memanjakan pengunjung dengan Fantasi Keliling Dunia, melalui berbagai permainan berteknologi tinggi, yang terbagi dalam 8 kawasan, yaitu: Indonesia, Jakarta, Asia, Eropa, Amerika, Yunani, Hikayat dan Balada Kera. 
Memang panjang gile beratur disini klu korang dtg pada cuti umum coz aku penah merasa beratur hampir sejam jugalah semata2 nak beli tiket. Harga tiket mungkin bbeza mengikut dgn Hari dibuka dan kewarganegaraan. Disini korang boleh je beli Ekspress Line kalau xnak beratur pjg gile tapi cuma 6 games je yg ditawarkan. Theme park dia xdelah beza mana pun mcm theme park yg pernah aku pergi cuma suasana persekitarannya bbeza coz kapasiti pengunjungnya sgt padat/ramai.
Antara games2 yg sempat aku join dan korang wajib join iaitu Tornado , Ice Age , Halilintar dan Histeria.



Atlantis Water Adventure

Atlantis Water Adventure (AWA) merupakan theme park kedua yang dikembangkan oleh Ancol dan berdiri diatas lahan seluas 5 hektar. AWA merupakan hasil revitalisasi Taman Rekreasi Air Gelanggang Renang Ancol yang akan memberi pengunjung petualangan wisata air dengan 8 kolam utama, yaitu: Poseidon, Antila, Plaza Atlas, Aquarius, Octopus, Atlantean, dan Kiddy Pool. Ini ala2 mcm Sunway Lagoon cuma keluasaannya xdelah besar pun. Yang nie aku xpergi sbb aku bukannya suka pun permainan air nie

                      

















 Gelanggang Samudra




Gelanggang Samudra Ancol ("Samudra") merupakan theme park ketiga yang dikembangkan oleh Ancol. Samudra merupakan edutainment theme park bernuansa konservasi alam yang memberikan pengalaman kepada pengunjung untuk mengenal lebih dekat dan menyayangi aneka hidupan laut, antaranya ikan lumba-lumba,badak sumbu dan anjing laut. Di Cinema 4D atau pertunjukan 4 dimensi, Anda harus beratur untuk masuk ke dalam bangunan teater ini. Di dalam, petugas akan membagikan kacamata 3 dimensi. Setelah menunggu beberapa lama di depan pintu, penonton akan masuk ke dalam teater. Film yang disajikan berdurasi kurang lebih 15 minit. Dengan memakai kacamata 3 dimensi, Anda akan merasakan gambar ada di depan Anda dan seolah dapat disentuh, ditambah dengan kerusi yang dapat bergoyang-goyang dan semburan air atau angin pada adegan tertentu sehingga Anda dapat merasakan suasana sebenar.
Disini juga ada drama live show berkaitan dgn lanun kononnya tempatnya cuba dirampas oleh lanun2 lain. Korang akan menyaksikan persembahan tembak-menembak,letupan bom dan aksi lasak oleh pelakon2 yg terlibat dlm drama nie. Paling penting sekali apabila melihat drama ini,korang jgn sekali-kali duduk di bahagian bawah pentas coz pelakon2 terlibat sengaja membuat korang basah-kuyup nanti. Kalau boleh bawalah pakaian spare manalah tau korang cuba nak mengelak tapi terkena juga 


Sea World






Sea World adalah underwater aquarium pertama dan satu-satunya di Indonesia, dengan area seluas 2 Hektar (tahun 2013). Terdapat laluan terowong sepanjang 80 meter dimana kita akan melihat pelbagai hidupan laut. Yang ini klu sesiapa yg suka melihat kehidupan laut