Selasa, 7 Januari 2014

Rumah Ke-2 Rumah Family...

Dalam entry sebelum nie, aku menceritakan pengalaman membeli rumah jenis Lelong...Syukur Alhamdulillah rezeki aku bertambah lagi,aku berkesempatan membeli rumah ke 2 untuk family aku.Itu pun mak aku dah merungut kononnya lecehlah menyewa rumah orang terlalu banyak karenah melayan Owner Rumah yang buat arahan2 macam mana maklumlah siapalah x syg rumah sendiri.Lagipun dah tiba masanya aku menghadiahkan sesuatu yang berharga untuk mak ayah aku nie sebelum Allah menjemputnya satu hari nanti..(Aku berdoa semoga Allah lanjutkan usia mereka dan Mak Ayah,I Love U so much wlpn aku tak pernah luahkan begini secara bsemuka)
Masa dalam proses mencari rumah nie sangatlah susah dan betul2 mencabar emosi kerana :


contoh pelan sekitar  bkt tinggi

tapak pasar malam mak ayah 


  1. Mak aku nak rumah sekitar Bukit Tinggi je sbb situ je paling selamat dan dekat dengan bandar klang (padahal dah jatuh cinta tempat tu tapi mak aku xnak mengaku pulak,,hahaha).Lagipun situ berdekatan dgn masjid,Hospital TAR,Giant,Tesco,JJ Aeon,GM dan dkt dgn tapak pasar malam mak aku hari selasa.
  2. Rumah yang dijual kat situ kebanyaknya lebih dari RM250k keatas (bajet aku cuma bawah RM250k je)
  3. sibuk dgn kerja dan tak de masa nak mencari rumah sekitar tu.(maklumlah aku duduk kl tapi nak cari rumah sekitar Bukit Tinggi je )
  4. Tuan Rumah dah bagi sign minta family aku pindah sebelum bulan januari 2014 kononnya family aku ramai kanak2 pasti rumah dia rosak,(xboleh nak salahkan dia coz tu kan rumah dia dan dia berhak bagi arahan )
Disebabkan sbb2 nie lah,aku mula ( mencari dalam bulan 1/10/2013) dan kebanyakan rumah yang aku jumpa mesti mak n ayah aku akan berjumpa dgn Agen rumah tu sbbnya aku ada kat kl dan sibuk berkerja.( minta maaf mak n ayah )..Hampir lebih dari 10 buah rumah yang mak ayah aku jumpa tapi semuanya tak berkenan di hati mereka..Syukur Alhamdulillah pada 11/11/13,cari punya cari akhirnya dapatlh juga rumah memenuhi syarat2 aku dan mak ayah Iaitu
  • Berdekatan je dgn rumah sewa yang family aku duduk skrg di No :XX,Lorong Seri Sarawak 29,Taman Sri Andalas
  • Berkeluasan 1000 sq dan berharga RM200k
  • Rumah 2 tingkat (3 bilik tidur dan 1 tandas)
  • Freehold tapi x bestnya Bumi lot (maknanya aku kena jual dengan Bumiputera je )
  • Itu pun aku jumpa kat mudah.com.my
Lepas je jumpa rumah ni,terus aku jumpa Agen Rumah tu dan bayar terus deposit 3% berjumlah RM6k berbentuk bank draf Bank Rakyat kat shah alam..Syukur masa tu duit simpan aku mencukupi sbbnya kalau nak beli rumah 2nd nie wajib ada simpanan dlm 20% dari harga jualan rumah atau mungkin lebih.Apa yang aku tau,untuk membeli rumah 2nd nie sangatlah leceh coz banyak benda yang kena buat.Syukur Alhamdulillah semuanya Agen rumah tu yang settlekan dan kerja aku cuma tunggu feedback/arahan dari dia je dari A to Z..Sekarang aku dah bayar deposit 10 % dan Bank yang approve loan aku pulak ialah Cimb Islamic.Aku dah 
sign Letter Offer Bank kat McD seksyen 
7,Shah Alam  pada 12/12/13 dan syukur Alhamdulillah semuanya bank cimb cover termasuklah
  • 90 % dari harga rumah , insurans MRTA , Valuation dan Lawyer fee untuk Perjanjian berjumlah RM190k.
  • Jumlah bayaran sebulan mengikut BLR semasa 6.6 % ialah -RM950/bulan selama 35 tahun
  • Cimb Bank terletak di Centro Mall NO.8,Jalan Batu 3 Lama,41300,Klang
Untuk  SNP pulak kena bayar dlm +RM5k dan paling bestnya aku menggunakan lawyer yang sama yang menguruskan Loan Bank.So xpayahlah lah aku ke hulur-hilir untuk sign agrement..InysaAllah semua prosedur ini akan settle awal bulan 3 dan sebaik saja dapat kunci rumah terus je aku suruh family aku pindah ke rumah milik sendiri..
Pasal Owner rumah sewa yang family aku duduk skrg dah bagi peluang untuk duduk sampai bulan 4 je..Syukur permulaan tahun 2014 semuanya berjalan dgn baik dan berharap semuanya akan sempurna sebelum bulan 4...AMIN....  =)


1 ulasan: