Isnin, 10 Jun 2013

Pertama Kali ke Luar NEGARA ( INDONESIA ) .... 0_0.....Part 4


10 JUN 2014 ( Hari Terakhir)
8.00AM-2.30PM
Hari2 Terakhirnya aku hbskn untuk membeli souvier2 di sekitar Jakarta je coz semua org dah tau aku ke Indonesia (klu xbawa confim kena perli kaw2 punya)..Pak Indo membawa kami ke shopping complex yg sesuai utk agenda aku ini..

MANGGA DUA


Ini sama je mcm shoppg complex ala2 Berjaya Time Square kt KL cuma bezanya tempatnya besar,sesak dan terdapat byk bangunan shopgg complex skitarnya (ITC Mangga 2 ini bhubung mlalui jejantas ke Mangga 2 Square)  .Nama cukup tkenal kat Jakarta nie tapi terletak agak jauh dari Jakarta Pusat (memakan masa sejam jugalah sbb kena tempuh jalan jem)..

2.30PM-5.30PM

  • Bersiap2 ke Saekarno Hatta Airport utk balik ke KL..
  • Kena bayar IDR150k utk tax airport utk seorg
  • Naik flight dan btolak ke LCCT
  • Balik ke rumah dgn naik Bas Ekspress je ke KL Sentral..
  • Dari KL Sentral naik teksi budget (kaunter kt tingkat atas sblh Pintu Keluar) -tpaksalah beb sbb banyak barang2 nie dan badan pun xlarat nak naik LRT pulak...




Conclusion utk Pcutiaan Ke Jakarta,Bandung Indonesia


  • Percutiaan ini mmg memenatkan coz jarak setiap destinasi dituju sgtlah jauh dan xtmasuk lg tperangkap dlm traffic jem lg (masa kat Jakarta).. 
  • Sekurang2nya aku mdapat pengalaman sendiri merasa cara hidup warga indo kat sini like Pengangkutan Awam mereka spt Angkut (van membawa penumpang ke satu arah je kena caj dlm IDR3.5K) , Busway (sebuah bas aircond persis LRT iaitu bhenti pd setiap station2) ,teksi Bluebird yg membawa kereta mahal like Vios,Honda City.. 
  • Bunyi 'Honn' dh jadi gaya hidup mereka klu bawa kenderaan 
  • Lain kali pilih satu destinasi je coz xpayahlah travel jauh2 smpi 3/4 jam utk pergi tmpt2 dituju dan boleh spend time yg lama sikit.(xdelah tkejar2 masa utk pergi ke setiap tmpt)
  • Jgn lupa bawa Adopter Plug klu nak ke negara lain coz kepala plug xkan sama dgn plug yg kita pakai (nanti susahlh korang nak caj telepon,camera dll)
  • Prepare diri sejam sebelum penerbangan coz takot korang xdibenarkan masuk pulak
  • Asingkn siap2 duit utk bayar Airport Tax coz takot korang tlebih shopping smpi hbs duit di joli.. PERINGATAN..sediakan juga duit lebih2 (better dlm bentuk RM)  apabila korang berlaku kecemasan nanti spt tlepas flight ,tlebih joli seakan dll
  • Make sure Passport korang valid 6 BULAN sblm tarikh pcutiaan korang coz nanti korang xdibenarkan keluar negara oleh Imigresan pulak
  • Tetapkan selera/taste korang samaada nak shoppg ,jalan2 cari makan or sekadar mjelajah tmpt2 saja coz bolehlah korang spend masa yg lama kt tempat2 mgikut selera nakkan tu. So, tempat2 yg xbkaitan tu bolehlah traver pendekkan masa dan tumpukan pada tempat2 mgikut selera korang. Lgpn jarak setiap tempat dituju itu x semestinya sama dan mungkin mgambil masa yg lama utk smpi.. 
  • Printkan risalah/jadual convert nilai matawang ke Msia utk mjadi tatapn korang bila nak membeli barang2 kt Indonesia nanti coz korang boleh buat pbandingan harga nanti..(klu mahal sgt xpayahlah korang thegeh2 nak beli sdgkn kt Msia pun lg murah)
  • Bawa luggage/beg2 yg kecil je supaya xdikenalkan caj tambahan je bawa luggage/beg yg besar melebihi berat ditetapkan (biarlah berat asalkan muat dimasukkan dlm kabin flight nanti...hehehe )

Ahad, 9 Jun 2013

Pertama Kali ke Luar NEGARA ( INDONESIA ) .... 0_0.....Part 3

9 JUN 2014 (Hari Ke-4)
8.00AM-3.30PM
otw ke Jakarta
Sarapan di Hotel dan bertolak semula ke Jakarta pulak. Rasanya xpuas lg mjelajah Kota Bandung nie tapi mybe next time lah kott klu ada duit/rezeki lebih...Perjalanan ke Jakarta mungkin mgambil 4 jam (itu pun klu x jem (sesak), maklum je lah Jakarta dikatakan mpunyai kepadatan Penduduk ke-2 tbesar di dunia) . Bayangkan jika dicampurkan penduduk daerah2 sekitar Jakarta dikenali sbg JABOTABEK (singkatan Jakarta-Bogor-Tangerang-Bekasi) hampir mcecah 28 juta hampir myamai keseluruhan penduduk di Malaysia.. Trip utk Hari ini lebih kpd mjelajah Jakarta

 Tugu Monas


Monumen Nasional atau nama singkatan Monas atau Tugu Monas adalah monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang peperangan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan Hindia Belanda. Pembangunan monumen ini dimulai pada tanggal 17 Ogos 1961 di bawah perintah presiden Sukarno, dan dibuka untuk umum pada 12 Julai 1975. Tugu ini dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala. Monumen Nasional terletak di tengah Lapangan Medan MerdekaJakarta Pusat









Masjid Terbesar di Asia Tenggara



Masjid Istiqlal yang terletak di JakartaIndonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 100,000 jemaah pada satu masa. Siap pada 1961, Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia. Kerana itulah ia dinamakan ”Istiqlal” (merdeka).
yg nie Gereja Btentangan dgn Masjid Istiqlal
Bangunan masjid terdiri daripada lima tingkat dengan bangunan induk seluas satu hektar dan disokong 12 tiang utama. Diameter kubahnyaberukuran 45 meter dengan bahagian luar diliputi marmar buatan Jerman. Bahagian puncaknya dipasang hiasan khas berbentuk bulan dan bintang yang berukuran tiga meter manakala bahagian dalam kubah yang cekung berwarna kelabu kehitaman.
Seni bina masjid ini menyerupai gaya Arab dengan tangga di penjuru setiap tingkat. Lantai untuk muazin berada pada ketinggian 66.6 meter dengan halaman yang luas dan dilengkapi air pancutan di tengah kolam.






Taman Mini Indonesia Indah
Dikenali dgn singkatan tamini atau TMII menempatkan  semua tempat kebudayaan dan rumah2 tradisional di Indonesia dari kepulauan Sumatera, kepulauan Jawa, kepulauan Borneo, kepulauan Irian Jaya. 
Sebenarnya TMII nie sama je mcm kat Taman Mini Malaysia kt Melaka atau Sarawak tapi disebabkan kepelbagaian budaya/warisan/etnik kt Indo sgtlah byk sbb tu lah nampak menarik dan banyak. 
Tiket masuk pun murah sekitar IDR8k/seorang dan IDR10K/car. Manakala, untuk taman-taman dan muzium2 pulak kena bayar beb dan setiap harganya pun berbeza. Hanya rumah-rumah tradisional (disebut Anjungan) sahaja secara percuma.
Rumah-rumah yang dibina  (dipanggil sbg anjungan) bukan mini (mentang2 lah namanya mini) tetapi dibina sama seperti rumah kediaman je. Kira mcm rumah yg korang duduk skrg.. 
Kalau nak jalan2 setiap tempat2 mmg jauh sgt better korang kena naik kenderaan sendiri/kereta sewa. Naiklah CableCar (dikenali sbg kereta gantung) kalau nak tawaf satu kawasan TMII atau melihat pemandangan dari atas..
TMII dibina pada tahun 1972 dan dirasmikan pada 20 April 1975. Tokoh yang banyak memainkan perananan ke arah tercetusnya idea ini ialah Ibu Tien Soeharto, isteri bekas Presiden Indonesia, Suharto. Berbagai aspek kekayaan alam dan budaya Indonesia hinggalah pemanfaatan teknologi moden diperagakan di kawasan seluas 150 hektar.
Memang xcukup seharianlh klu nak mjelajah semua tempat2 kt sini sbb dianggarkan tdpt 69 kot taman2,anjungan,muzium dll.. Dimana korang boleh memahami atau myelami sejarah kepelbagaian kaum/bangsa atau etnik di Indonesia..Antaranya Melayu,Jawa,Banjar,Sunda,Batak,Minangkabau dll









Sabtu, 8 Jun 2013

Pertama Kali ke Luar NEGARA ( INDONESIA ) .... 0_0.....Part 2

8 JUN 2013 (Hari ke-2 )
8.00AM-12.30AM
Sarapan di Hotel dan seterusnya btolak ke Gunung Tangkuban Perahu yang mungkin mgambil masa sejam jugalah dari Kota Bandung. Sedikit sebyk tentang  Gunung Tangkuban Perahu (aku copypaste je).. 
Gunung Tangkuban Parahu atau Gunung Tangkuban Perahu adalah salah satu gunung yang terletak di Provinsi Jawa BaratIndonesia. Sekitar 20 km ke arah utara Kota Bandung,. Ia merupakan Gunung Berapi yg masih Aktif lg..Mujurlah hari itu tempat tu (syukur dpt diberi kesempatan tgk mcm mana kawah gunung berapi y msh aktif) dibuka dan tiada tanda2 akan meletus.. Gunung Tangkuban Parahu mempunyai ketinggian setinggi 2.084 meterAsal-usul Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan Lagenda Sangkuriang, seorg anak kandung yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengajukan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam semalam. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang marah dan menendang perahu itu sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu. Harga masuk utk warga asing IDR50K/seorg (RM17 kott). Itu br tiket masuk sekepala tapi klu bawa kete kena caj IDR15k..Dgr cete harga tu akan berubah mulai 2014 kott..Kat sini ada juga kedai2 jual Souvier tp make sure korang kena hati2. Sbb harga yg dijual xsemestinya harga asal,so korang still boleh tawar menawar smpi dpt 50% pun boleh..
silau sgt sbb tu mata sepet (padahal mmg sepet pun)


12.30PM-8.30PM
Balik semula ke Kota Bandung untuk Lunch Hour (makan Nasi Padang beb,mmg sedap dan kena dgn selera aku).. Aktiviti seterusnya adalah shopping time coz kami akan shopping di Factory Outlets yg cukup terkenal kat Kota Bandung ini . Sbb itulah Kota Bandung ini mendapat gelaran Syurga Shopping coz kat sini terdapat banyak Factory Outlets yg berjenama antarabangsa merata2 dan boleh dikatakan Bandar Factory Outlets katakan. Bak kata pepatah english Shopping Until U Drops sbb penatlah klu nak pergi tiap2 butik,boleh hampir sebulan jugalah baru dpt tawaf semua. Tapi kat sini byk juga jenama2 yg korang sendiri pun xpenah jumpa (mybe jenama indo punya kott),so pandai2 lah korang nak pergi yg mana bkenan di Hati..
Antara2 tempat yang sempat kami tawan ialah


Rumah Mode Factory Outlets...

Terletak di Jalan Setiabudi, Bandung. Ini adalah FO wajib utk dikunjungi coz rata2 org indo dtg ke Bandung akan ke tempat ini.. Mmg kena beb dgn taste aku design baju2/seluar2 dan banyak duit aku hbskn kt sini..Tempat mmg besar coz tbahagi kpd bbrp bangunan (jual pakaian satu bangunan dan jual aksesori bangunan lain) ..Kat sini ada cafe2 dimana korang bolehlh rehat (sambil tunggu2 org lain xpuas shoppg) atau merasa kopi buatan Indo pulak..Kalau kaki dh rasa lenguh  korang boleh je cuba Refleksologi ..Kat sini ada surau dan tandas yang bersih/besar,so korang xpayah susah2 nak cari tmpt  solat.Kat sini ada juga servis potong/gunting seluar (rasanya kena caj dan kena tggu lama sikitlh sbb ramai kott y mintak).Kat sini ada juga mesin2 ATM (bg warga indo) so dorg boleh je cucuk duit klu xcukup nak bayar..

House Of Donatello
Merupakan satu satu FO di sekitar Jalan Dago. Sebenarnya butik nie hanya mjual2 pelbagai jenis kasut dan sandal kulit yg bjenama je (baik lelaki ataupun wanita). Kalau peminat kasut2 kulit wajiblah dtg kat sini coz mmg byk pilihan dan harga pun murah..Selain kasut/sandal, ada juga jual dompet,tali pingang kulit...


Pasar Baru Trade Center
Banggunan 11 tingkat termasuk tingkat parking. Menjual kain ela, baju sulam, kain sulam, telekung, jubah, kain batik,kacang2 dll..Kalau sesiapa ibu2 yg nak beli kain2 buat baju bolehlah dtg kt sini coz harga sgt murah beb jika dibandingkn dgn Msia,siap korang boleh buat tawar-menawar lg.. Kat sini aku beli T-shirt Bandung je (buat adk2 aku tsyg siap order lg nak brp setiap seorg) kt Ivan Fashion (tingkat 1 je),keychain dan souvier magnet (aku nak letak kat peti ais aku beb) aku xtau tingkat berapa coz byk sgt kedai2 kt sini.. FYI,korang kena dtg awal2 pagi lg dlm puko 8am dibuka coz mmg ramai org gileee dan kebykn kedai2 mula tutup puko 430pm.


Brownise Kartika Sari
Aku singgah kat sini sbb kononnya nie tempat wajib dtg bila kat Kota Bandung untuk mencuba brownise yang sedap. Tempat nie mmg femess kat Bandung dan ramai pulak mgunjung. Bila korang dtg kt sini trylah Brownise Bakar (mmg sedap hingga mjilat jari siott...). Selain brownise ada juga mjual roti,kek2,biskut2 (bakery product)

JETSET Factory Outlet
Sama je mcm shopping complex yg lain..kt sinilah aku beli seluar pendek jeans yg murah siap ada percuma lg beb.. Terdapat 2 tingkat dimana klu lelaki site kt tingkat atas manakala wanita/kanak2 kt tingkat bawah je..



SENARAI FACORY OUTLET DI BANDUNG
Jln Riau
Heritage No.62
Cascade No.65
Summit No.61
Renarity No.26
China Emporium No.47
Terminal Tas No.32
Galeri for Man No.36
BABE (Barang Bekas) No.111
Base (barang second) No.113

Jln Dago
Happening No.14
Rich Famous No.14
Dago Stock Export(DSE)No.52
Sollutions No.91
Up Town No.82
Donatello No.104
Raffles No.106
Glamour No.108
Blossom No.112
Jet Set No.116
Grande No.118
Coconel Shoes No.118
Victoria No.
Episode No.123
Level No.138
Edward Forrer No.151

Jalan Setiabudi
Rumah Mode @ Mode Plus
Heritage - Imitation brand
Victoria Secret
FOS Clothing
Jln Ache No, 66
Toko Anak Kecil di belakang gedung sate
byk baju bebudak
Toko Bale Anak
Fabulos byk jersi origin

Khamis, 6 Jun 2013

Pertama Kali ke Luar NEGARA ( INDONESIA ) .... 0_0.....Part 1

Inilah percutian pertama aku ke Luar Negara (asyik2 dlm Msia je apa salahnya mencuba pulak negara lain).Walaupun mghadapi kesukaran semasa membuat Passport kt Imigresan Setapak,KL sbb dorg kena call cwgn Labuan utk mendapatkan kelulusan. Akhirnya aku bjaya mendapatkannya selepas seminggu blalu.. (Amin)
Akhirnya aku mgambil pakej ke Indonesia je sbb nilai matawang sana pun murah je (kononnya kita akan merasa mcm jutawan pulak).Utk percutiaan ini sebenarnya aku membelinya kt MATTA Fair (blangsung kt PWTC ) pada bulan Mac 2013.  Sambil berjalan2 sekitar PWTC, aku ttarik dgn pakej ke Indonesia ( bg aku mampu bayar lg ) POTO Travel sbb tdapat 2 negeri utama Indonesia y dpt aku pergi sekaligus iaitu Jakarta ( Ibu negeri Indonesia) dan Bandung ( kononnya gedung shoppg ) selama 4H3M pada 7-10 Jun 2013. Alang2 dah jumpa terus aku sambar (sementara ada tgh ada duit lebih nie ). Plg myeronokkan ialah seminggu sblm btolak, aku telah diberitahu oleh pihak agensi bahawa hanya family kami je y pergi utk tarikh tsebut (lg lah bagus sbb xdelh gangguan dr org lain masa pcutian nanti...hehehe2 )
Oklah dah byk sgt aku membebel soal mcm mana tlanjur ke Indonesia ini ,(klu2 pjg2 nanti x cukup ruang pulak blog aku nie..hehe3 ). Aku akan ceritakan Hari demi Hari supaya memori masa depan nanti boleh refresh back pengalaman pertama mjelajah ke Indonesia.. (Semoga dipjgkn usia, AMIN )...


7 Jun 2014 ( Hari Pertama )

5.00am-7.00am
Semua persiapan sudah siap dan lengkap . Aku telah diberikan Tiket Pnerbangan Garuda ,Indonesia ( kapal terbang y sgt mahal tambangnya spt MAS ) dan dapat beg lg setiap seorg. Aku ke KLIA dgn menaiki KLIA Ekspress (kononnya nak mcuba train paling cepat terus ke Terminal KLIA selama 30 minit je). Korang boleh je naik kt KL Sentral klu korang kejar flight cuma harga mahal sikitlah (RM35/seorg) . Masa tu,aku gatal sgt nak mcuba wlpn sebenarnya boleh je aku naik Bas Ekspress (kt tingkat bawah KL Sentral dgn anggaran harga RM10).Sampai je kt Terminal KLIA,aku singgah dulu utk sarapan sblm Boarding Time (40 minit sblm pnerbangan). Pertama kali dtg kat KLIA  jadi bingung ,xtau mcm mana nak Boarding Pass. Rupa-rupanya aku kena naik monorail lg utk ke Terminal Antarabangsa coz Terminal y aku berada skrg utk pnerbangan dlm negeri (domestik)je.

semasa dlm KL Ekspress
otw ke Terminal Antarabangsa
flight y bakal kami naik
7.30am-9.30am
Its Boarding Time..hehe...Akhirnya aku selamat sampai utk masuk flight dan inilah kali pertama menaiki flight tambang mahal (selalunya AirAsia je). Utk ke Jakarta mengambil masa 2 jam sahaja dan paling bestnya ada makanan lg (buncit lg perut aku). Makanannya bolehlah tahan drpd xde lgsg Kami diberitahu oleh krew flight bhw pbezaan antara jam Malaysia dgn Indonesia hanyalh sejam je tetapi waktu Solat hampir sama je . Masa dlm flight nie,korang wajib mgisi 2 kad putih sblm check Imigresan kt Jakarta nanti.

Muka excited ke Indonesia
makanan yg disediakan 
pemandangan atas flight
welcome to Jakarta..


8.30am-11.30am (ikut jam Jakarta)
Welcome to Jakarta,Indonesia...hehehe3. Pertama kali mjejakan diri ke negara org confimlah excited dan takot2 pun ada (manalah tau xboleh balik pulak KL) .Alhamdulillah semua bjaya dgn lancar utk Imigresan Indonesia. Keluar je dr Pintu Ketibaan ,kami dijemput oleh seorg lelaki (klu kt indo,xleh panggil abg,encik or bro yeah...tp kena biasakan pgl Bapa,Pak, Mas ). Lepas dh jumpa orgnya, Pak Indo terus kami dibawa ke Taman Safari Indonesia (sbnrnya sama je mcm ala2 Zoo Negara kt Msia) terletak di Desa Cibeureum Kecamatan CisaruaKabupaten BogorJawa Barat atau yang lebih dikenal dengan kawasan Puncak Perjalanan ke Bogor mungkin mgambil masa 3jam tapi itu pun klu xjem lh kt Jakarta (kata driver aka pemandu sekali).

otw ke Bogor
11.30am-1.00pm
Akhirnya sampailah juga ke destinasinya ,Taman Safari Indonesia.. Aku disuruh membeli lobak merah supaya dptlh bg makanan kt binatang2 dlm Taman Safari nanti (sbnrnya aku pun xpenah masuk zoo negara, so aku xdelah pengalaman pun ). Mmg byk org2 mjual lobak merah atau pisang kt sekitar jalan. Harga satu ikat lobak IDR20k (dalam RM6). Harga masuk Taman Safari ini dlm IDR250k (dalam RM80). Ini kalau pelanconglh mcm kami nie tapi klu bumiputera dlm IDR140k je (dlm RM40). Itu baru harga masuk utk sekepala tapi kalau bawa kete/motor/bas kena caj lg. Kalau nak tau soal bayaran silalah melawat link ini http://www.tamansafari.com. Sebenarnya kitaorg xkena bayar pape pun sbb semua dah tmasuk dlm pakej.










Taman Safari ini menempatkan lebih 2,500 jenis haiwan yang tinggal di dalam habitatnya yang asal (bukan macam zoo). Korang boleh melihat haiwan-haiwan tersebut dari tingkap kenderaan atau memberi makanan (inilah pengalaman terindah beb wlpn kdg2 mcm kanak2 ribena je).Selain dari ini, kat sini pun ada juga 

  • Baby Zoo (korang boleh merasa memegang bayi haiwan2 atau binatang2 kecik mcm ular,kala jengking dll )
  • Pertunjukkan Haiwan spt Tiger Show,Elephant Show,Dolphin Show dll
  • Safari Waterpark/ Safari Funfair..
  • Menunggang Kuda,Gajah 

1.30PM-7.30PM
Setelah puas mjelajah Taman Safari tu ,kami meneruskan perjalanan ke Bandung pulak dan terus bermalam disitu. Perjalanan ke sana pun dah mgambil masa 3 jam juga (aduhai naik kematu lah bontot aku nanti..)
ttido masa tggu seluar siap potong
Tapi kata Pak Indo, dia akan bawa kami ke TOKO 3 dulu sblm check in Hotel. Toko 3 tu adalah kedai2 mjual seluar jeans (mcm Levis,Lois,Lee Cooper dll) yang tkenal kat sini. Harga sbnrnya lebih kurang je mcm kat Msia cuma murah sikitlah..Kat sini korang jgn risau soal kualiti sbb Kedai2 nie mdapat Certificate dari Levi's yg seluar2 mereka adalah original..Sedikit info utk korang 'Toko' tu mksdnya Kedai/Butik....Kat sini ada juga servis potong/gunting seluar (kalau x silap kena caj IDR10k)

patotlah nama TOKO 3 sbb gabungan 3 buah kedai seluar2 jeans

















7.30 PM-9.30PM
Balik ke Hotel dan merehatkan diri selepas seharian merantau dari Jakarta ke Bandung... (penat mmg xboleh nak ckplah....)