Jumaat, 22 Ogos 2014

Jelajah Pulau Langkawi 2014...Mengimbau zaman study dulu

Jelajah ke Pulau Langkawi nie mengimbau semula memori aku dulu semasa rombongan kolej.. Dulu masa pergi lawatan,tak cukup duit je tapi sekarang syukur Alhamdulillah aku berkesempatan duit dh banyak bolehlah menjelajah semula hampir kesemua tempat2 menarik disitu..Tapi semuanya budget travel okey dari hotel,makan,tempat2 lawatan,pengangkutan tapi kecuali beli coklat (mak aiii kat sini coklat2 dia semuanya murah2 gilee)..tu lah prinsip aku untuk setiap kali percutiaan aku.
Pulau Langkawi nie sesuai untuk mereka bersantai atau aktiviti laut..Kalau sesiapa penggemar coklat mmg sgt dialu-alukan disini kerana hampir kesemua coklat boleh didapati disini dan paling penting murah gileee.Rasanya separuh harga kot dari harga biasa..Maklum je lah disinikan Zon Bebas Cukai bermakna kesemua barang2 yang dijual tiada cukai dikenakan,
Aku kesini seperti biasalah Kapal Terbang coz masa tu aku dapat tiket murah punya dalam RM70/ sehala..Pergi-balik je cuma RM140 je dgn AirAsia dan mengambil masa sejam penerbangan.Walaupun agak mahal sikit tapi kalau dipikirkan balik lebih baik cari nie. Sbbnya harga tiket Bas Ekspress dari KL ke Kuala Perlis dah mencecah +RM40/sehala tak termasuk perjalanan 9 jam lagi dan tambang feri pulak dalam +RM18 tak termasuk dgn kesesakan orang ramai pada cuti sekolah.. So pilihlah perjalanan anda dengan Bijaksana

Hari Pertama
Sampai je airport terus ambik teksi untuk ke hotel.Soal tambang teksi korang xperlu risau coz semua dah ditetapkan untuk kesemua destinasi..Kalau nak naik teksi nie korang perlu ke kaunter dulu terletak di pintu keluar Ketibaan Airport..Tambang teksi untuk ke pekan kuah  RM28 dan mengambil masa setengah jam perjalanan je..Kalau ke pantai cenang RM18 je coz dekat.. Kalau sesiapa nak sewa kereta pun ada tapi aku taktahu yang mana murah..hehe..
Soal Hotel pulak aku pilih 2 hotel berbeza iaitu satu di Pekan Kuah untuk aktiviti menjelajah langkawi dan satu lagi di Pantai Cenang untutk jelajah pulau lah beb... Kami tiba di langkawi agak lewat malam kerana masing2 masih berkerja di siang hari semata-mata taknak menggunakan cuti tahunan yang sedikit je...
Hotel yang aku booking kt pekan Kuah ialah DNC Bay Hotel (melalui booking.com) coz lokasinya betul2 berada di tengah2 pekan kuah dan berhampiran dengan Langkawi Parade (motifnya nak tengok wayang Ninja Turtle nanti) .Harga pun berbaloi juga satu malam cuma RM60 je tapi cukuplah sekadar buat tempat tidur je.

Hari Ke-2
Hari ke-2 nie adalah hari bermulanya pengembaraan menjelajah langkawi. Mood dah membuak2 lagi dari semalam. Tapi agak rugi jugalah kami tak booking siap2 motor sewa sebelum datang sini..Ada blogger ckp kalau nak mencari sewa motor paling murah di sekitar pantai cenang ataupun kat jeti Kuah. Tapi menjadi masalah pulak pergi ke sana coz aku tak nampak pun kelibat Bas Awam pun disitu.. Masa kat airport pun,aku mencari-cari juga sewa motor tapi sewa kereta berlambaklah... Cari punya cari  melalui Mr Google aku berjaya mendapatkn sewa motor sekali pakej hantar/ambik semula dari hotel...Perhhhh betul2 berbaloi jugalah coz sehari cuma RM30 je tapi motor EX5 je lah... Lepas dah dapat motor maka bermulalah pengembara kami berpandukan GPS yang banyak membantu kami mencari lokasi destinasi dituju..
Makam Mahsuri
Lokasi pertama adalah makam mahsuri,perjalanan ke sini termasuk sesat lagi dalam 30 minit juga.Kalau berpandukan gps cuma 12km je tapi taktahu lah mcm mana boleh sesat..hehehe
Tiket masuk dalam RM7/seorang .Disinilah terdapat lagenda tentang langkawi yang terkenal iaitu makam perempuan bernama Mahsuri. Sejarahnya bermula seorang perempuan bernama Mahsuri menyumpah langkawi tidak akan maju sehingga ke-7 generasinya akibat dia dihukum bunuh disebabkan difitnah berzina oleh saudaranya sendiri..Akibat peristiwa nie,sebuah makam telah didirikan untuknya sebagai tanda peringatan..Selain makam mahsuri,korang juga berpeluang melihat replika rumah2 kedah dan teater Lagenda Mahsuri.
Gerai Nasi Dagang Pak Malau
Gerai nie kami singgah masa otw balik dari makam mahsuri.Gerai dia betul2 di tepi jalan.Gerai nie menjual nasi dagang je yea dengan lauk ayam/ikan kari je..Memang sedap jugalah tauke dia masak dan paling bestnya korang boleh menikmati sawah padi yang luas terbentang di hadapan gerai nie..
Beras Terbakar
Terletak di Padang Mat Sirat dan merupakan tapak beras simpanan yang terbakar selepas tertewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan langkawi drpd Siam. Takde pape pun disini selain dari melihat sebuah tapak kecik yang siap dgn berpagar dan betul2 dihadapan rumah orang..hehe..Rasanya xpayahlah kot dtg sini sbbnya mungkin orang ramai datang kerana gerai2 souvier je yang berlambak di sekitarnya..
Telaga Harbour 
Lokasi nie agak jauh gilee dari makam mahsuri tadi . Sangat menyesal juga pergi kesini dulu coz lokasinya sangat jauh dari hotel kami. Dah lah naik motor pulak tu lps tu hujan pulak tu,Aduhai betul2 mencabar jiwa dan badan je. Aku nasihatkan kalau sesiapa nak kesini better dari pantai cenang je sbbnya lagi dekat.Telaga nie merupakan tapak berlabuh kapal-kapal mewah dan kebiasaannya menjadi tempat penggambaran saja..Terdapat jambatan dibina untuk kapal mewah berlabuh dan lokasinya betul2 berada di sebelah stesen minyak Petronas je.
Oriental Village
Tempat nie tak jauh pun dari telaga harbour dan betul2 besebelahan dengan Terminal Kereta Kabel Langkawi yang terkenal tu..Tempat nie memang wajiblah untuk korang datang coz senibina bangunan dan infrastukturnya betul2 cantik dan menarik..Siap ada kolam/tasek lagi dan terdapat jambatan besar merentasinya.. Kebanyakan kedai2 disini lebih banyak menjual souvier. Sesuailah untuk korang melepak sambil tunggu giliran menaiki kereta kabel,,,
Terdapat juga aktiviti2 lain yang sesuai dengan jiwa korang seperti selfie dgn binatang jinak mcm ular,arnab..mini zoo..merentasi Hutan atau mendaki gunung..cinema 6D...menaiki motorcar merentasi hutan...dan macam2 ada....Hari tu aku sempat menaiki Duck Tours yang kaunternya berada di pintu masuk.Duck Tour nie memang bestlah kerana korang akan merasai pengalaman menaiki kereta merangkap bot yang akan membawa korang berlayar di lautan dan juga berada di jalan darat...Harga dalam RM38/seorang kot tapi hari tu kami dapat special offer punya bayar RM25/seorang je...Sebabnya memenuhi kerusi yang masih kosong je.,.hahaha
Air Terjun Telaga 7
Tempat nie tak jauh pun dari Oriental Village..Tapi serius aku cakap tempat nie sesuai untuk mereka suka naik tangga beratus2 atau mendaki bukit.Sbbnya makk aiiii banyaknya tangga kena mendaki untuk sampai ke air terjun tu...Air terjun berada dibawah je tapi kalau masih gagah bolehlah mendaki sampai ke puncaknya coz disitu terdapat 7 punca mata air yang mengalir ke 7 telaga secara semulajadi.. Sangat sesuai untuk korang bergambar berlatarkan puncak gunung. Tempat nie adalah tempat terakhir untuk hari nie..So berpatahbalik semulalah ke Pekan Kuah pulak yang sangat memenatkan dan kesejukan kerana hujan..Sampai ke hotel je bersiap2 pulak untuk ke Langkawi Parade yang tak jauh dari Hotel untuk tgk wayang Ninja Turtle.

Hari Ke-3
Hari nie aku bertolak ke Pantai Cenang je coz khabarnya disitulah paling femes dikunjungi orang ramai untuk island tour (jelajah pulau2 utama),snorkeling,Mangrove Tour ( menjelajah Gua2 selama 5 jam kott ) atau berkelah di tepi pantai. Pagi2 lagi kami dah bergerak awal untuk ke pantai cenang sbbnya nak mengejar island tour sesi pagi (dlm sehari ada 2 je sesi iaitu pagi dan petang dan berkongsi bot dgn org lain). Sampai je Pantai Cenang terus pergi ke AB Hotel sbb ada blogger kata pakej hotel tu paling murah di langkawi. RM25/seorang jika dibanding harga lain sekitar RM30-RM40. Tetapi sayang gilee sesi pagi katanya dah penuh . Terpaksa ambik sesi ptg je puko 2pm.huhuhu.Jadi aku nasihatkn kpd semua lebih baik booking sehari sebelum trip korang untuk elakkan kejadian spt kami berlaku.. =)
Takpelah alang2 dah smpi cenang lebih baik habiskn masa jalan2 sekitarnya dan tempat pertama ditujunya ialah Underwater World.
Tempat nie sama je mcm Aquarium kt malaysia cuma menjadi tarikannya ialah Penguin. Kalau yg agak jakun xpenah tgk penguin tu bolehlah cuba masuk dalam.. Tiket pun dalam RM30/sekepala.Lepas je korang keluar dari Aquarium tu terus tembus ke Kompleks bebas cukai dimana barang2 dapur,coklat,perkakas rumah dan mcm2 lagi semuanya xde cukai..Tapi aku xlama pun kat sini sbb nak pergi tgk pulak Cenang Mall. Sampai je kat sana xde pape pun selain ada kfc, mcd,starbuck  dan tarikan utama blogger2 ialah kedai menjual coklat murah2 ,rokok2 dan arak2 berjenama kat tingkat atas.
Jam pun dah pukul 2pm dah tiba masanya pergi island tour pulak.. Sampai je kt tempat agensi tu korang akan dibawa menaiki van bersama dgn org2 lain ke tempat berkumpul bot2 agensi2..Sampai je kt situ korang kena tunggu giliran untuk dipanggil dan diberikan pelekat agensi untuk membezakan agensi2 lain.. Jadi korang kena dgr betul2 nama agensi yg korang pilih supaya xsilap menaiki bot pulak..Oklah jom ikut aku menjelajah pulau2 terkenal disini.
Tasik Dayang Bunting
Yang nie memang menjadi tempat wajib untuk kunjungi dan korang akan diberi masa sejam je berada disini. Sebelum smpi kat sini,abg bot tu akan tunjukkan kat korang bentuk Bukit menyerupai perempuan mengandung. Didalam pulau ini terdapat tasik air tawar yang sangat cantik dan dalam. Lepas tu,ada jambatan lagi di sekeliling tasik nie..Kalau nak pergi ke tasik nie,korang terpaksa mendaki berpuluh2 tangga dulu yg curam dan kena berjaga-jaga jugalah dgn monyet/beruk di sekelilingnya..Make sure jgn bawa makananlah coz takot nanti korang diserang pulak.Kat tasik nie korang boleh je berenang dan kpd yg xgeti berenang pun xpe sbbnya terdapat juga kolam kecik disediakan. Kat tasik nie terdapat juga kedai2 menjual makanan ringan,souvier dan servis bergambar dan bot kayuh menggunakan kaki tapi harga paham2 sendirilah.
Eagle Feeding
Sesiapa yg jakun xpenah tgk melihat helang makan di depan mata  bolehlah korang tgk puas2 okey..Tapi tak dibenarkan memberi makanan atas faktor keselamatan beb.. Kita duduk didalam bot je sambil melihat demostrasi helang makan..Disini paling ramai helang berkumpul..Tak lama pun kat sini dalam 15minit dan seterusnya bergerak ke lokasi terakhir...
Pulau Beras Basah
Korang akan diberi sejam je berada disini dan tempat nie lebih kepada aktiviti bersantai di tepi pantai je..Boleh mandi-manda,snorkeling,banana boat,dan jaket keselamatan pun boleh disewa disini..Memang jernih gilee lautnya dan pinggiran pantai yang bersih. Mana taknya terpapar denda RM1k kalau didapati sesiapa buang sampah. WARNING disini takde toilet okey.. Jadi korang bolehlah melepas kat mana2 je yg korang suka ataupun tahanlah selama sejam..hehe.. Ada juga menjual2 air tin dan snek2 tapi selain dari tu takdelah kott.. Terdapat juga villa disini tap aku tgk mcm takde penghuni pun..Mybe takde sesiapa berani bermalam disini kot..
Berakhirlah pengembaraan kami ke pulau2 terkenal disini. Balik semula ke hotel untuk bersiap2 untuk makam malam pulak kat Restaurant Haji Ramli.. Lokasinya takdelah jauh pun dari Cenang Mall dan sangat besar. Semua masakan ada samaada masakan thai,western,ikan bakar dan mcm2 ada. Tapi harga agak mahal sikit dan rasanya lebih mahal dari harga kat sekitar kl..hurmm..

Hari Ke-4
Cukup rasanya berehat semalam dan hari nie ingin meneruskan lagi menjelajah langkawi nie. Seronok juga rasanya dapat bercuti2 begini tapi bukan selalulah..hehehe..
Lokasi pertama kami berhampiran je dgn pantai cenang dan paling bestnya kami adalah orang pertama menjejak kaki kesitu..hehehe
Laman Padi
Tak sempat securiti tu buka pintu,kami dah pun masuk..hehe..Takde pape pun disini sebenarnya tapi disebabkan nak mpkenalkan ekonomi utama kedah kpd kawan aku nie mbuatkan aku beria-ria datang..Tempat nie sunyi je rasanya tapi pemandangan sawah padi yang luas terbentang dapat menyejukkan fikiran..Masuk pun percuma aja dan korang bebas kemana aja tanpa bayaran..Muzium pun ada kalau nak mengenali sejarah dulu bersawah padi..
Cable Car Langkawi
Dah lama aku tunggu Aku dah pergi pun sebenarnya tempat nie  masa hari ke 2 lagi..Tapi takdelah naik cablecar sbbnya aku taknak buang masa beratur panjang menunggu giliran..Tiket masuk RM30/seorg tapi make sure korang tunjukkan i/c supaya tak dikenakan caj warga asing.. Kalau korang banyak duit lagi,bolehlah korang ambik combo je iaitu pakej sekali dgn aktiviti lain spt cinema 3D,jungle trakking dan mcm2 lagi..Masa diambik cable car nie dalam 20minit dan terdapat 2 perhentian.Sayang betul hari tu takdapat tgk pemandangan langkawi sbbkan hujan..Dan seribu kali sayang lagi jambatan di puncaknya ditutup untuk renovation...sedih banget seh.
Dataran Lang
Aduhai kalau berpatahbalik semula dgn motor betul2 memenatkan beb..Menyesal juga datang awal2 ke sini coz banyak masa terbuang je..Takpelah sekurang-kurangnya ada pengalaman pahit kat sini..hehe.Dataran Lang nie harus menjadi salah satu dalam senarai korang coz sangat rugi wei kalau tak bergambar dgn mercu tanda langkawi ni..Kedudukan patung helang gergasi nie bersebelahan je dgn jeti utama Langkawi dan korang boleh jalan kaki je.Sekitarnya terdapat banyak shopping complex yang bebas cukai yang korang boleh kunjungi..
Taman Lagenda Langkawi
Yang nie sama je mcm taman botani seperti tempat2 lain cuma membezakannya adalah setiap landskap taman menceritakan peristiwa yang bersejarah dan lagenda yang berlaku di langkawi..Sambil2 korang jogging or beriadah bolehlah korang melihat arca2 patung atau landskap taman kebun yang menghidupkan kembali peristiwa2 atau lagenda disitu..Sbb tu mendapat jolokan Lagenda dalam Taman..Besar jugalah taman nie dab cantik je..Semput juga aku nak mengelilingi taman nie..

Kedai2 Coklat 
Kalau korang dh berada disini jgnlh lepaskan membeli coklat2 berjenama yang aku rasa sangat2 murah dan bermacam2 aneka coklat yang ada..hehe..
Kalau korang berada area Cenang disitu ada 2 kompleks coklat yang paling murah iaitu kat sebelah Waterworld dan Cenang Mall..Kalau kat area Pekan Kuah nie ada satu kedai coklat yang paling terbesar punya di Langkawi dan pelbagai coklat dijual disini iaitu Haji Ismail Group. Disini korang boleh memilih pelbagai coklat berjenama yang tak pernah korang tahu pun..Hampir RM200+ jugalah aku habiskan coz terlalu banyak sangat pilihan beb..hehehe..,.

1 ulasan:

  1. Cantik pulau pulaunya..
    Ayuh cerita lebih banyak pulau lagi..

    BalasPadam