Jumaat, 18 September 2020

UiTM diHatiku...Kehidupan sebagai Pelajar PJJ Degree Nursing

Kenapa Memilih UiTM sebagai platform e-PJJ Ijazah Sains Kejuruawatan.

Lamanya aku tak menaip dalam blog ini..Maklum sahajalah sikap malas sudah memuncak apabila dah masuk 30-an ni..Sudah tua pun aku sekarang. Blog kali ini, aku akan menceritakan pengalaman aku berjaya masuk ke UiTM untuk melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sains Kejuruawatan secara PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) dengan jayanya. Aku dah nak masuk semester 3 pun atau dalam program e-pjj dah masuk semester 6 (aku dapat pengecualian kredit dan korang boleh melompat ke semester 4 terus) baru ada hati nak menaip blog ini.. Hahahahahaha 
Sebenarnya susah juga nak masuk Uitm ni sebenarnya kerana aku dah mohon hampir 4 kali jugalah tapi selalu gagal. Alhamdulillah untuk tahun 2019, aku berjaya meluluskan diri dengan lancarnya. Kenapa aku memilih uitm ini kerana seperti berikut:
  • Terpengaruh rakan sebaya aku yang bernama Fauzee Mazlan (dia banyak membantu aku tanpa jemu) kerana dia dah hampir nak habis ijazah dia. Kiranya pengalaman dia memotivasikan aku untuk sambung disitu.
  • Jaraknya dari rumah aku yang tidak jauh pun (KL-Puncak Alam). Sebenarnya amat jauh juga klu diikutkan tapi demi masa depan yang gemilang.
  • Satu-satunya IPTA yang membuka Ijazah Kejururawatan secara e-PJJ di Malaysia ni. 
  • Kos pengajian dia yang sangat murah weii...Sekitar RM20k dan boleh bayar secara ansuran pun (3kali xsilap aku). Jika dibandingkan dengan swasta macam OUM tu pun dah mencecah RM35k-RM40k dan Mahsa pun dengar ceritanya lagi mahal dari OUM. Untuk makluman hanya 2 IPTS ni sahaja yang diperakui Ijazah Kejururawatan (korang kena tengak persijilan MQA sudah tamat temnpoh atau tidak) oleh KKM. Maklum sahajalah, aku nak menjadi Matron U41 kenalah ada ijazah kejururawatan yang diiktiraf oleh KKM supaya melayakkan diri untuk memohon jawatan tersebut.
  • Kelas dia tak banyak pun dalam setiap semester. Tak silap aku hanya 10-12 hari je untuk satu semester. Dibandingkan dengan mahsa dan oum memang banyak gila kelas2 yang korang kena hadir.
  • Kelas diadakan pada hari sabtu dan ahad sahaja (kiranya untunglah aku sebabnya tak payah mohon CR tapi hari peperiksaan dia diadakan pada hari bekerja yee).
Permulaan perjalanan melayakkan diri ke UiTM
Terlalu banyak liku-liku perjalanan untuk menembusi pintu gerbang UiTM ni..Aku kadang2 dah putus asa berharap dengan memohon PJJ kt UiTM ni. Tapi demi mendapatkan Matron U41 sebelum pencen, aku gagahkan juga untuk mencuba banyak kali. Oh yee, sebelum korang nak masuk uitm untuk program ijazah kejururawatan secara PJJ ni, korang kena melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dan juga syarat2 wajib di tempat kerja korang dahulu (ni lah masalah dunia kejururawatan yang tak nak jururawat berkembang):

SYARAT-SYARAT UITM
  1. Lepasan Diploma Kejururawatan 
  2. Mempunyai pengalaman kerja 3-5 tahun (alaa ada je yang baru keje 2 tahun pun dah boleh mohon wei...Tapi yang keje swasta lah. Kalau bawah KKM memang ko kena rejek awal2 dah dengan sister/matron yang menyelia ko.
  3. Mesti ada MUET sekurang-kurangnya band 3. (sembang je memanjang uitm ni, hari tu masa lapor diri macam separuh dari batch aku tak ambik lagi MUET pun dan Band 2 pun dah diterima oleh pihak pentadbiran uitm).
SYARAT-SYARAT WAJIB kalau korang keje bawah KKM (macam aku lah katakan).
  1. Pengalamana kerja melebihi 5 tahun (kalau kat HKL memang mcm lahanat je puak2 ni sebabnya aku dah kerja lebih 5 tahun pun masih tak dapat kelulusan Ketua Matron masa itu. Matron aku sokong je aku pergi belajar tapi sampai ke Ketua Matron terus rejek dengan alasan aku nak minta transfer KKKL tapi borang permohonan dlm sistem HRMIS ditendangnya begitu sahaja).
  2. Kelulusan Ketua Matron. Tujuan dia adalah untuk korang memohon Cuti Tanpa Rekod (untuk hari menjawab peperiksaan akhir nanti) dan Cuti Menghadiri Kelas (yang ini jarang aku ambik sebabnya kelas dia kebanyakkannya pada hari sabtu dan ahad sahaja). Sebab ke-2 ini, memang aku jujurlah dan dengan bangganya aku menyatakan yang aku tidak mendapat kelulusan dari Ketua Matron masa tu tapi aku teruskan juga. Sebab aku teruskan juga kerana kelas diadakan pada hari sabtu dan ahad je cuma aku kena tahan diri dari ambik CR (digunakan untuk hari peperiksaan) untuk jawab exam nanti. Tak silap aku exam dia tak tetap dan kadang2 jarak antara kertas peperiksaan dalam 2-4 hari. Sangat menyeksakan jiwa dan raga lah sebab aku tak boleh bercuti. Tapi untuk semester 3 (atau semester 6 kalau ikut program pjj), Ketua Matron luluskan juga permohonan aku untuk ambik CTR untuk jawab peperiksaan akhir nanti.. Alhamdulillah
  3. Transkrip diploma. Kalau yang belajar diploma dulu dan tiada transkrip diploma ni, korang kena minta kat KKM lah wei di Kompleks Bangunan Kerajaan Putrajaya. Transkrip ini sangat penting untuk korang yang berhasrat nak sambung belajar Ijazah Kejururawatan macam aku ni.Follow je surat yang aku ambik dari kawan batch aku yang suka jadi public figure dalam sosmed (harap2 dia tak baca blog aku ni, hahahahha).
  4. Wajib ada Postbasik/diploma lanjutan. Yang ni semua sandiwara sahaja geng2 matron (sebenarnya alasan mereka je) masa nak memohon dengan mereka. Sebenarnya ada je yang pergi tanpa postbasik tapi ikut tempat korang bekerja lah...Kalau dapat matron mcm aku ni, memang jahanamlah niat ko nak sambung ijazah kejururawatan tu...Hampehhh..Kalau korang nak tahu, ada je kawan aku pergi senyap2 belajar kat UiTM ni tanpa kebenaran geng2 matron dan sister ni dan tidak memenuhi syarat wajib ni (kecuali transkrip diploma). Hebat gilaa dia....
Langkah pertama memulakan perjalanan ke UiTM.

Untuk memohon uitm ni, korang kena rajin lihat kat laman sesawang dia bila tawaran pengajian pjj dia buka sebabnya permohonan dia melalui atas talian (online). Untuk makluman, pengambilan pelajar baru hanya setahun sekali sahaja iaitu bulan september. Kiranya permohonan dia dalam bulan 12 hingga bulan 3 tahun seterusnya (tak menentu). Korang tengok laman sesawang dia https://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=I selalu yeaaa.. Bila tawaran dia dah buka, korang kena beli nombor pin terlebih dahulu samaada kena pergi ke Bank BSN ataupun belian online pun boleh (macam aku buat,lecehlah buang masa pergi bank BSN). Harga dah lupa berapa (dah nyanyuk kan) tapi rasanya sekitar RM10-RM20 je. Untuk makluman korang, hanya UiTM Puncak Alam sahaja kampus untuk program Ijazah sarjana muda Kejururawatan secara PJJ yang ada. Jadi kena tahu jalan pergi kalau korang dah berjaya lepas tapisan permohonan online ni...

Keputusan biasanya akan dimaklumkan melalui EMAIL sahaja wei..Pihak Uitm ni takdenya nak telepon ko atau hantar surat tawaran temuduga ni. Jadi korang kena ingat, selalu sahaja periksa email korang untuk memastikan korang tidak terlepas dengan tarikh temuduga dia. Macam aku hari tu, temuduga dia pada bulan Julai dan dalam surat itu, korang kena sediakan dokumen-dokumen berikut:

Antara sijil yang diperlukan (asli dan fotostat) dan juga FAIL PERIBADI untuk membuat orang yang temuduga berasa kagum melihat fail peribadi korang seperti berikut (yang ini lebih bagus, korang photostat 3 keping setiap satu untuk hari lapor diri nanti jika korang berjaya temuduga ini) :
  1. Sijil lahir
  2. Kad pengenalan diri
  3. Sijil lahir ibu bapa atau waris
  4. Sijil SPM
  5. Sijil Diploma
  6. Sijil Pendaftaran Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)
  7. Sijil Annual Practicing Certificate (terbaru)
  8. Transkrip Akademik Diploma
  9. Sijil Postbasik/Diploma Lanjutan (inilah penyelamatan aku supaya dapat potong Q walaupun datang lambat masa tu..Hahahahaha).
  10. Sijil Malaysian University English Test (MUET). Kononnya nak muet tapi aku tengok ramai je tak ambik muet pun lagi.
  11. Empat (4) keping gambar berukuran passpot.
  12. Sijil yang berkenaan macam sijil penyertaan,perhargaan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang (kononnya aku nak bodek jurutemuduga nanti) dan sebagainya (yang ni semua tak payah potostat yeaaa sebab pihak uitm tak minta pun).
Sebelum terlupa, pastikan korang sudah mengisi kehadiran (balas melalui email yang dia hantar tu) dengan kadar segera supaya nama korang tersenarai dalm sesi temuduga itu nanti. Masa korang tengok surat tawaran temuduga tu, korang tengok tempat dan masa temuduga diadakan supaya korang tak lambat nanti (macam aku lah senang cerita). Tempat temuduga aku hari tu kat Uitm Shah Alam, seksyen 7 di Institut Pendidikan Neo (iNed), Aras 2, Uitm-MTDC Technopreneur Centre Uitm pada pukul 8.30 pagi.. Masa aku nak pergi sana, aku terlupa nak bawa transkrip diploma aku (aku dah masukkan dalam kereta tapi takde pulak masa nak pergi tu), terpaksalah aku cari cybercafe untuk print transkrip tu yang aku dah save dalam bentuk pdf dalam gmail aku. Jadinya, aku memang datang lambat wei pada hari temuduga tu.
Apabila aku sampai kat sana, mujurlah orang tengah beratur panjang lagi (tak silap aku dalam 120 orang tapi dia ambik 90 orang sahaja). Aku pun beraturlah juga dan aku adalah orang ke2 terakhir masa tu. Punyalah mesra alam aku ni, berkenalan lah dengan budak belakang aku ni yang katakan bini dia sakit jadi dia yang beratur bagi pihak bini dia. Kebetulan weiii, suami dibelakang aku tu adalah budak MA yang keje HKL juga kt Unit Transplant (kecik betul dunia ni).
YANG SEBENARNYA, korang kena hantar senarai dokumen2 yang dia nak tu kat kaunter depan sekali (sebelum pintu masuk bilik temuduga) baru beratur...Masya Allah, mujurlah staf yang menjaga tu pergi ke belakang untuk tanyakan sesiapa lagi belum hantar borang. Punyalah gelabah masa tu..Hahahahaha...
Lepas je hantar borang ke kaunter tu, tak sampai 10 minit nama aku dengan bini budak MA ni dipanggil serta-merta untuk masuk bilik temuduga...Fulamak bangga gilaaa sial aku masa tu sebab berjaya potong Q yang panjang sedangkan kami adalah orang terakhir sekali...Hehehehe... Masuk je bilik temuduga tu, terus orang penemuduga minta fail yang aku dah sediakan.. OMG...please speak in english language...Aduhai mati mak nakkkk...Tutur bahasa aku memang mcm Phua Chu Kang lah (rojak stail)..Pertanyaan dia bukan macam pergi mohon kerja yee tapi ada 5 soalan sahaja ditanya mereka....Antara soalan yang ditanya:
  1. Kenapa ko pilih UITM sebagai platform sambung belajar..Jawapan aku adalah sebab murah, ada pengalaman dari kawan2 kerja yang dah nak hbs kat sini dan jawapan paling hebat aku bagi adalah MENDAPAT PENGIKTIRAF MQA yang diperakui oleh KKM.,.hebat tak jawapan aku?
  2. Kali ke berapa korang mengisi borang uitm?..jawpan aku adalah 4kali bahhhh
  3. Adakah mendapat kelulusan Ketua Matron.?Masa ni aku tak tahu lagi keputusan ketua matron aku (padahal dia rejek dah pun tapi lambat hantar kt matron aku), jadi aku jawab SUDAHHH..
  4. Mampu ke bayar yuran UITM ni??ofcos lah mampuuu tapi aku dah pasang niat mohon PTPTN nanti...hihihihihi...
  5. Sanggup ke menghadapi perjalanan sebagai pelajar nanti?GIve to me, madammm...im already since 4 yearss agoo....
  6. Soalan khas untuk aku (tak tahu lah knp aku selalu jadi mangsa)...susah tak jadi Diabetic Educator kat HKL dan apa health education selalu ko bagi kat pesakit....sukaaa sangatttt (dalam hati menyumpah2 je sebabnya aku kan keje Klinik Staf yang tiada Pakar FMS, mananya nak doktor2 kt situ nak rujuk kat aku pun untuk bagi diabetic kaunseling).
Hari Menjejak kaki ke UITM sebagai pelajar baru...

Syukur Alhamdulillah, aku berjaya menjejakkan kaki ke Uitm dengan berjayanya...Yahoooo...Berbaloilah usaha aku selama ini...Untuk tawaran kali ini, korang akan mendapat surat tawaran bertulis yang akan dihantar terus ke rumah korang dan juga EMAIL (selalu check email yeee sampai akhir bulan september). Dalam surat tawaran tu, pihak uitm ada bagi dokumen2 yang korang perlu lengkapkan sebelum hari melapor diri nanti.

Untuk pendaftaran pelajar baru biasanya lebih awal sebelum sesi kelas bermula (kebiasannya kelas bermula pada bulan september). Macam aku hari tu, pihak uitm suruh lapor diri pada 18 Ogos 2019 (Ahad) pada pukul 8.00 pagi di Dewan Agong Tunku Counselor (DATC), Uitm Shah Alam *(seksyen 7 taw)...Dalam tawaran tersebut, pihak uitm ada suruh sediakan dokumen-dokumen penting (sama je macam dokumen yang uitm minta masa temuduga) dan pemeriksaan perubatan (full medical checkup). Memandanng aku keje kat klinik staf, semua menjadi mudah seperti ABC untuk lengkapkan medical checkup aku dalam seminggu (HIV,Hep B,Hep C dan urine drug serta CXR with reporting). Kalau korang ada penyakit NCD mcm darah tinggi,diabetes dan sebagainya. JANGAN RISAU, korang boleh je teruskan pengajian uitm ini pun.Kalau ada HIV, Hep B,Hep C dan urine for drug adalah POSITIF sahaja akan ditolak tawarannya dengan serta-merta..
Masa aku lapor diri ni, dia bagi beg kain tu secara percuma dan juga borang2 uitm yang perlu korang isi..Banyak juga program pengajian selain Nursing yang ada masa tu,, Jadi korang kena tengok kod pengajian korang iaitu HS240 (ni korang boleh tengok dalam surat tawaran dia)... Dalam dewan ni memang bisinglah macam kat Terminal Bus station je dan korang kena lengkapkan station2 yang telah ditetapkan seperti berikut:
  1. Station taklimat pengajian dan penyerahan fail peribadi uitm (yang ni korang kena masukkan dokumen2 dan juga letak gambar kt depan fail tu).
  2. Station Pembayaran Yuran.. yang ni korang boleh inform yang korang boleh minta bayar 3 kali atau tunggu tawaran PTPTN. Kalau korang selesai bayar yuran ni, korang dapat beg UITM secara percuma (hadiah sebab bayar yuran penuh).
  3. Station membuat Kad Pelajar Uitm. Kat sini ada 2 keje yang ko kena buat iaitu sesi foto dan sesi menunggu kad pelajar siappp...Seronok je rasa bila aku tengok kad pelajar uitm aku ni..BTW, yang ni korang kena bayar tunai dalam RM30 tak silap aku (*dah lupalah sebab dah setahun lebih).
  4. Sation Penyerahan Dokumen dan Fail Peribadi. Kat sini lah aku berjaya serahkan SEMUA dokumen2 yang uitm nak dengan lengkap sekali...yahoooooo...
  5. SELESAI.....balik ke rumahhh...

Pengalaman menjadi pelajar Uitm bagi Ijazah Kejururawatan

Untuk menjadi pelajar ijazah kejururawatan secara pjj di uitm ini memang benar2 menguji jiwa dan fikiran aku wei sepanjang pengajian aku (sehingga hari ini, September 2020)...Terlebih dahulu, aku cerita serbah sedikit pasal program pengajian aku:
  • Kampus pengajian aku terletak di UiTM puncak alam yeee bukan di Uitm Shah Alam
  • Ada 9 semester tapi kalau korang lepasan diploma macam aku, korang boleh melompat terus ke semester 4.Jadi ada 6 semester je yang korang kena habiskan.
  • Satu semester bersamaan dengan 6 bulan. Kiranya ada 3 tahun untuk korang habiskan pengajian ini.
  • Setiap semester tu kos pengajian sekitar RM1900-RM2500 saja.
  • Kuliah korang berada di bangunan Fakulti Sains Kesihatan (FSK 7 kott).Semester 5 ak tak pergi kelas pun gara2 COVID-19 ni jadi dah lupa FSK brp dahhh....
  • Laman web sebagai pelajar yang paling kerap korang rajin online adalah ICLASS,UFUTURE dan ILEARN.Katanya nanti pengajar akan bagi markah kesian kalau korang tak cukup markah untuk lulus EXAM FINAL jika korang aktif.. Semua sesi perbelajaran (nanti pengajar akan bagi soalan2 untuk korang jawab) dan juga test online semua menggunakan laman sesawang ni. Tapi ada juga laman web yang lain (apabila perlu) yang digunakan masa pendaftaran,bayaran yuran,daftar kod subjek,daftar slip peperiksaan dan tengok keputusan exam final.
  • Setiap aturcara program pengajian dan juga subjek sentiasa dirombak dan tidak akan sama pun dengan senior korang yang lepas2 punya..Kira korang kena tanya senior yang beza 1 atau 2 semester je kalau nak minta nota2 yang sama dengan semester korang.
  • Ada 10-15 hari je untuk kelas dan juga bergantung kepada program pengajian korang yeaaa...Tak banyak pun kelas yang korang hadir dalam satu semester tu. Kalau OUM dan MAHSA memang banyak kelas korang kena hadir dalam setiap semester tu.
  • Permarkahan pulak masih bergantung kepada FINAL EXAM kalau nak cemerlang. Permarkahan dibahagikan kepada 2 iaitu 30% carried mark utk asignment dan 70% untuk final exam (bergantung kepada semester juga).
  • Yang betul2 menguji jiwa dan menyakitkan hati adalah sesi pengajaran dan pembelajaran secara PJJ ni... Korang kena belajar sendiri yeaaaa.. Pengajar yang masuk pun kadang2 tak mengajar pun dan mengajar pun setakat yang mampu je (yelah nak habiskan semua subjek dalam waktu singkat memang begitulah caranya).SEMUANYA korang kena selfstudy sahaja yeaa..Macam cara aku,memang banyak tanya kawan2 satu batch kalau ada nota-nota senior, soalan past year (lama gilaa punya soalan final yg aku dapat,sekitar tahun 2005-2010) dan tengok youtube je.
Rasanya sampai disini sahaja lah blog perkongsian aku tentang pengalaman menjadi pelajar UITM ini. Aku harap boleh membantu korang serbah sedikit tentang gambaran kepada sesiapa yang nak menjejak kaki sebagai pelajar macam aku ni iaitu Ijazah Sains Kejururawatan (Kepujian) di UITM Puncak Alam ini. Kalau rasa nak tanya soalan, jangan segan meninggalkan komen dibawah ni..Insya Allah akan aku jawab untuk korang semua....Seronok sebenarnya belajar balik sebagai pelajar IPTA ni jika dibandingkan belajar kat Kolej Kejururawatan dibawah KKM nie... Kali ini lagi dahsyat gilaaa dan perjalanan sangat berliku-liku untuk lulus (dengan cemerlangnya,,AMINNN) dalam program pengajian uitm ini...JOM semua,marilah kita belajar Ijazah Kejururawatan supaya boleh mohon jadi Matron U41 ataupun kalau berminat mengajar pun boleh mohon sebagai pengajar di kolej sains kesihatan bersekutu bawah KKM nanti....

91 ulasan:

  1. salam. degree nursing ni ada tak dia hantar posting mana mana hospital nanti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. so far batch aku kena convert ke subjek baru dan semua kelas atau exam dlm online sahaja. Lagi teruk sekali adalah kena tambah satu semester lagi utk gantikan praktikal tu

      Padam
  2. Terima kasih atas pencerahan. Jika saya perlukan bantuan nanti, saya tanya ya

    BalasPadam
  3. Kalau pakai asasi upm boleh k? Sy asasi 2014-2015 muet band 4 tapi degree tak habis , jd ambil diploma in nursing di imc sekarang semester 6 disebabkan covid ljm tak tahu bila boleh ambil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau diploma tu boleh je pakai utk melompat semester 4 tu tapi kalau dgree yg x habis tu mmg Tak boleh dan kena ambik balik dari mula lah jawabnya...

      Padam
  4. Saya baru dapat tawaran diploma kejururawatan di uitm.Bila dah habis diploma nnti boleh tak saya smbung degree in nursing terus secara sepenuh masa ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mestilah boleh dan u akan dpt byk keistimewaan lagi..misalnya ada subjek tertentu tak perlu ambik dah..Contohnya subjek2 CTU, English dan juga bahasa (cina atau arab)...Byk keistimewaan u akan dapat nanti...

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum nak tnya, utk pengecualian kredit ..macam mna boleh dapat, sbb saya lepasn dip nursing usm, bolehkah nak mohon pjj deg nanti minta pengecualian kredit kalau saya bukan ambik dip dekat uitm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam...mestilah boleh..Nanti masa daftar semester baru akan disuruh upload transkrip diploma. Dari situ nanti ada subjek akan dapat pengecualian kredit. Macam kes saya dulu ambik diploma kat Kolej bawah KKM tetap dapat juga.

      Padam
  7. Saye dh 8 tahun service, ade pb in midwife...lepas x rase2? Pastu.... ambil ptptn yer??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Confim lepas kalau ada rezeki.. Ada je kwn ak sama hospital br 5 tahun xde postbasik pun lepas.

      Pasal ptptn tu ikut kemampuan sis..Ptptn selalu lepas je. Kalau xnak guna ptptn pun ok je.Biasanya satu sem sekitar 1900-2200 dan bboleh bayar ansuran 3 kali

      Padam
    2. oo maksudnya boleh bayar 3 kali tu untuk yuran 1 sem ye.. kusss semangat.. ingat 3 kali bayar tu untuk 20k.. matilanak… 😂

      Padam
  8. assalamualaikum..saya baru dpt tawaran masuk uitm degree nursing n berjaya interview online..saya belum beritahu sister n matron saya lagi..risau n tak tahu nak beritahu mcm mana ke dorg..minta tlg nasihat..
    1.apa dokumen yg kita kena bagi sister n matron yg menyatakan kita nak smbg study?...
    2.perlu ke surat sokongan drpd mereka utk diberi kpd pihak uitm?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah dan selamat datang diucapkan ke UiTM Puncak Alam
      1)Selalunya kena hadap sister dulu ckp saya dah berjaya dpt tawaran uitm. Kena bebel lah kejap lps tu dia akan inform Matron Kawasan dan seterusnya Perlu buat surat rasmi ke KPJ utk permohonan Cuti Tanpa Rekod (CTR) utk ambik exam dan Cuti Kursus Sambilan (CKS) utk hadir kelas nanti.
      2) Perlu dan buat satu surat je terus ke KPJ dan dlm surat tu buat salinan kepada (s.k.) sister dan matron kawasan. Surat ni penting utk u dpt cuti CTR dan CKS

      Tapi kalau takdapat surat sokongan ni.Teruskan je lah dgn ambik CR je dulu. Nanti apply lg tahun dpn smpi dapat. Sbbnya ada tahun terakhir kita kena praktikal kt hospital dlm masa 5-8 minggu. Klu xdpt juga kenalah apply cuti tanpa gaji (CTG) pulak

      Padam
  9. Bayar ansuran 3x tu untuk satu sem atau utk keseluruhan sem

    BalasPadam
    Balasan
    1. satu sem boleh bayar 3 kali tapi kena mohon ke ICEPS

      Padam
  10. Assalammualaikum.. sy nak tnya..sy brjaya msuk utk program HS240..tp masih bingung nak daftar course..nak buat pmotongan credit dlu ke..dftr new course dlu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena mohon PC dulu menggunakan transkip diploma baru dibenarkan daftar subjek utk sem tu.

      Padam
  11. Wsalam...buat pemotongan kredit dulu (PC) baru dibenarkan daftar subjek utk sem tu

    BalasPadam
  12. Hai. Nak tanya program pjj ni kita akan attend class juga keh mcm pelajar yg freshie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya mcm tu lah tapi sabtu dan ahad sahaja. Kena datang fakulti uitm puncak alam dan masuk kelas mcm biasa.

      Musim COVID-19 skrg ni mmg semua kelas online je.

      Padam
  13. Salam nak tanya. Program ni hanya terbuka untuk staff gov saja ke? Anak makcik skrg bertugas kat hospital Singapore dan sedang mencari program epjj degree di Msia. Adakah UiTM menawarkan class bersemuka wajib? Klu class online sampai bila? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepanjang musim covid19 mmg kelas,test dan exam secara online sahaja..Tetapi fasa peralihan Endemik kemungkinan besar kelas secara bersemuka sudah..Tapi rasanya boleh je dtg kelas bersemuka kerana kelasnya hanya pada sabtu dan ahad sahaja dan paling bagusnya hanya 12-15 hari sahaja dalam setiap semester

      Padam
  14. Saya xpenah ambil muet so mcm mana sy nk Amk yedkt mne kne Amk uitm tu ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muet boleh ambik secara bersendirian melalui laman web mpm.edu.my. U hanya isi borang dan mereka akan bg tarikh bila exam kena ambik..Pihak uitm xpasti adakah atau tiada menyediakan muet

      Padam
  15. Assalamualaikum, saya nak tnya saya pernah amek muet tahun 2010 masa matrik dlu..boleh guna lagi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena ambik baru tu..tempoh valid muet hnya 5 tahun sahaja..

      Padam
  16. nanti nak tanya soalan sy dtg klinik osh . haha seronok baca tapi tuuuu lahhh matron kita tetap nak ada post basic baru boleh lepas amik degree , masalahnya nak amik post basic pun berkurun nak tunggu turn .

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh aja...hahahahaha..kita serupa😅😅
      Biasalah tu klu kita keje kerajaan..semua peel pengurusan mmg mcm tu

      Padam
  17. Hi saya xda ambil MUET apa mcam ya?blh bg pencerahan apa macam applied MUET?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf lambat baca sbb sibuk dgn covid19 ..ambik muet secara persendirian je melalui iklan mereka kt laman web mpm.edu.my.
      Register dan bayar secara online je dan meraka akan bg transkrip exam nanti

      Padam
  18. Salam.. nanti perlu hadir praktikal class ke ? Berapa lama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. so far batch sy mmg takde praktikal sbbnya musim covid19. Kalau ada pun ikut senior2 ckp mungkin 8-10 minggu

      Padam
  19. Assalamu'alaikum, encik. Uitm ada pengambilan berapa kali setahun? Dan bulan berapa ya? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setahun sekali sahaja..Xpasti bulan berapa tapi kebanyakan bulan 9

      Padam
  20. assalamualaikum,nak tanya. betulka klu ada degree in nursing ni bole jd tenaga pengajar? saya sem akhir stpm thn ni, dah mohon upu utk smbg degree nursing itupun klu dptla. klu xdpt saya mohon dip in nursing shj. apaa beza atau kelebihan bljr nusing d ipta dan ipts ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam..degree ni adalah platform utk korang nak jadi matron u41 dan juga tenaga pengajar.

      Kalau belajar di IPTA byk kelebihan dari ipts seperti yuran yang sangat murah, kelayakan akreditrasi diiktiraf (MQA), tak banyak kelas kena hadir dan tak banyak birokrasi dalam semua urusan. Tapi klu xdpt ipta boleh je belajar kt ipts cuma kena banyak berkorbanlah duit dan masa.

      Padam
  21. Assalam, Tuan. Nak tanya jika fresh graduate pemegang degree nursing UITM ini nanti bolehkah terus memohon perjawatan matron U41 / tenaga pengajar? Atau perlu berkhidmat sebagai nurse biasa di gov terlebih dahulu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengiku pengalaman keje sy..klu nak keje dibwh kkm kena ada pengalaman tidak kurang 3 tahun br boleh apply..klu di bawah ipta xpasti mcm mana..mybe sama sahaja kot kena ada pengalaman keje nurses 😅😅😅

      Padam
  22. Hai tuan , mahu tanya , kalau pengalaman 3 tahun kerja boleh kah untuk apply UITM ? Mohon pencerahan ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sbb ada je kwn2 sy br keje 2 tahun dh boleh apply tp dia private hospital lah..tp semua bergantung pada rezeki tuhan dan birokrasi tempat anda berkerja 😅😅

      Padam
  23. Asalamualaikum, maksudnya kalau dari asasi tak boleh nak amik degree nursing ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syarat Am
      • Lulus SPM/ setaraf dengan baik.
      • Lulus Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013).
      • Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.
      • Lulus STPM dengan mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am dan sekurangkurangnya PNGK 2.00.
      • Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ ASASIpintar UKM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
      • Lulus Diploma dari IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
      • Malaysian University English Test (MUET) Band 1.

      Padam
  24. Nak tnya,yuran 20k tu untuk 1 sem atau sehingga hbis belajar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu pengajian bukan satu sem..
      Setiap sem tu max dlm RM2.5k dan boleh mohon ansuran 3 kali setiap semester anda

      Padam
  25. hi nk tye.. tarikh nk pohon online nursing mula bulan berapa? untuk tahun 2022? org ckp bln 3 tp sy dah cari xde kod nusing hs240? blh tlg sy?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau xde mmg xbuka lagi tu..selalu kena check dlm iceps dia tu..masukkan no ic dan cari Ijazah Muda Sains Kejuruawatan.. Gudluck for u

      Padam
  26. mantap pengalaman Bang, terbaik moga cemerlang selalu dlm mutu kerja berjaya duniaAkhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin2…..semoga kita sama2 cemerlang dalam bidang ini…

      Padam
  27. Assalamualaikum... Boleh saya dapatkan soal2 dan apa2 nota dalam bentuk soft copy untuk degree in nursing?

    Mohon email ke saya sitiyuhanih@gmail.com terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry nota sy byk berterabur..boleh x awk minta je kt senior2 dlm group besar. Sy sangat yakin mereka sudi kongsi

      Padam
  28. Salam nk tny, sy dah berkhidmat di kesihatan slma 9thun, & ada pb midwifery..rse berminat nak amek degree pulak..ada x degree kesihatan awam? Sebab kalu saya amek post basic kesihatan awam rsa mcm merugikan, jadi jika ada degree..better amek degree je terus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpasti yg tu sbb u kena cari dlm laman web dia. All the best

      Padam
    2. Boleh survey di mahsa, ad bbrp org kwn sy buat degree + phn di mahsa..

      Padam
  29. Assalamualaikum, kalau sy nak mntak nota, boleh ke🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry nota sy byk berterabur..boleh x awk minta je kt senior2 dlm group besar. Sy sangat yakin mereka sudi kongsi

      Padam
  30. Assalamualaikum, kalau awak murah hati nak share nota2 dalam bentuk soft copy, boleh tak emailkan ke sy
    @mamanuratisha@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry nota sy byk berterabur..boleh x awk minta je kt senior2 dlm group besar. Sy sangat yakin mereka sudi kongsi

      Padam
  31. Salam..nak tanya kalau saya yg bertugas di Sarawak..rasanya boleh ke apply pjj di uitm puncak alam..cuma risau kelas hjg minggu utk attend...kena pegi kl tiap hjg minggu...apa pendapat saudara..sbb berminat nak ambik degree nursing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh..kelas hanya 10-12 hari dan peperiksaan mengikut bilangan subjek diambik/hari dalam tempoh satu semester (6bulan)..Jadual dh keluar sebelum kelas bermula dan u bolehlah mencari tiket flight siap2 cuma jadual peperiksaan je biasannya sebulan sebelum br keluar.

      Padam
  32. Assalamualaikum... Boleh ke nk mnta tuan share ilmu dan soalan2 serta nota2 dalam bentuk soft copy untuk degree in nursing?
    Ini email saya .. muhammadafif13098@gmail.com ..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry nota sy byk berterabur..boleh x awk minta je kt senior2 dlm group besar. Sy sangat yakin mereka sudi kongsi

      Padam
  33. Permohonn online dia mintak no giliran masa kita bljr diploma. Mcm Sy Sy dip di kolej kerajaan n sistem conversional-lulus/gal xde sistem cgpa.. mcmner nk dptkan no giliran kita tu.. sbb dh lama sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Format baru ni sy xpasti mcm mana tp transkrip diploma wajib ada. U boleh minta kt KKM melalui surat utk dptkn transkrip diploma tu.

      Padam
  34. Assalamualaikum, kalau en xkeberatan nak mohon share nota2 dalam bentuk soft copy, boleh tak emailkan kpd sy.. muhammadhafiz5750@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry nota sy byk berterabur..boleh x awk minta je kt senior2 dlm group besar. Sy sangat yakin mereka sudi kongsi

      Padam
  35. Hai.. saya baru kerja bln 7 thun lepas.. tahun ni umur 26 lulusan dari ilkkm.. kira saya masuk ilkkm ni lmbt la umur 22.. sebelum ni pernah belajar di uitm . Sy brhasrat nk smbung blaja degree di uitm . Sbb ada tanam cita2 nk jd pngajar ilkkm.. cuma sbb ni bru tahun kedua saya bekerja.. risau matron xluluskan pulak hm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga tabah dan doakan tuhan permudahkan cita2 u apabila bergelar jururawat KKM.. Rata2 kwn sy dpt masuk uitm adalah 5 tahun keatas dan itupun slps berulang kali jumpa matron/KPJ. Doakan u berjaya. Aminnn

      Padam
  36. salam.. kalau MUET mmg perlu ada dulu ke sebelum temuduga??atau ada jer masuk daftar ambik time temph 3 thn tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. tak perlu pun takpe sbb pengalaman sy dlm group mmg ham pir 1/2 xde MUET. Tapi kalau nak ada MUET pun satu kelebihan lah utk UITM pilih u sebagai pelajar masa temuduga.

      Padam
  37. Balasan
    1. Xpasti..band 2 dah cukup kalau ikutkan pengalaman saya

      Padam
  38. Assignment dia banyak tak? Susah tak?

    BalasPadam
  39. Banyak...setiap subjek mesti ada assignment yang mewakili 40% carried mark atau mengikut silibus pemarkahan.

    BalasPadam
  40. Nak tanya kalau x berjaya kiranya bulan Julai ni x dpt sebarang email ke dari Icep Uitm?

    BalasPadam
  41. Assalamualaikum..sy nk tny sblum ni sy ad amik diploma in nursing di kolej bersekutu dgn uitm...sehingga sem 6..lagi 3 bulan nk habis diploma sy dapat tawaran dari kkm utk msuk ke ILKKM..so sy grad dari ILKKM..nk tny pihak uitm akan tgok ke rekod lm mse bljr di kolej bersekutu dgn uitm dulu...adakah risiko utk ditolak prmohonan itu tinggi..mohon pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam..yang itu tak pasti sis. Rasanya tidak menjejaskan kerana anda perlu hadir temuduga sebelum layak ambik degree

      Padam
  42. Assalamualaikum nk tnya,so if saya x da diploma nursing,then study amik apel,dpt mqa pstu trus degree xleh ka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam..maaf yang itu saya tak boleh jawab. sorry

      Padam
  43. Salam bro. Degree nursing pjj smua belaja online ke. Atau ad yg kena masuk kelas f2f. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Sekarang dah tiada online dan semuanya BERSEMUKA. huhuhuhu

      Padam
  44. Assalamualaikum en, Degree nursing ni full time pjj ke? ada praktical class ke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. UiTM punya ada je fulltime dan juga PJJ. Ikut pilihan anda. Praktikal class memang ada klu ikutkan iaitu semester terakhir. Cuma saya bernasib baik kerana COVID-19 jadi tak kena dan hanya ambik exam 100MCQ sahaja

      Padam
  45. Salam en, sy nak tanya pengalaman klinikal tu perlu di hospital shj atau pengalaman klinikal dkt klinik swasta pun boleh apply jgk utk further degree in nursing. Thankyou in advance : )

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Semua terserah pada anda tetapi fasiliti kesihatan yang anda pilih mesti ada juga kwn2 batch yang join kerana tiada one-to-one praktikal (memudahkan pihak uitm kena lantik seorg LP nanti)

      Padam
  46. Assalam,sya nk tnya …klau sya takde sains tulen time spm .saya tak bole sambung degree ke ? Atau kena ambik spm balik untuk subjek bio dan chemistry ?

    BalasPadam
  47. hai..menarik perkongsian ni.Btw tumpang ya ,sis merupakan RA atau pembantu kajian.Jika perlukan bantuan untuk menulis bagi akademik /cari jurnal or maybe critical review perspectives or thesis can wsp me at 0166371460.Sis juga menulis buku pendidikan/motivasi dan novel pendek jika nak upah boleh wsp .thnks and semoga maju jaya .

    BalasPadam
  48. Nur Hafizah Farhana16 Mac 2024 pada 12:52 PG

    Seronok baca....harap satu hari nanti Sy berpeluang ambil PJJ jg ijazah kejururawatan jg....tapi nk ambil takutlah xdpt cuti sbb selalu klinik Kesihatan x cukup org.....Sy pun Lom de LG post basic

    BalasPadam