Ahad, 25 Disember 2011

Wake Me Up When Disember End

Tahun 2011 ini banyak memori yang cukup bmakna buat aku..mana taknya tahun ini juga aku kehilangan cinta dan kehancuran hidup aku gara2 perbuatan seorang bergelar SAHABAT tapi pada tahun ini juga aku banyak mendapat keinginan yang aku inginkan selama ini..
tahun ini juga aku dah ada rumah sendiri (walaupun sewakan pada orang lain),ada rumah sewa sendiri yang cukup sempurna untuk sepasang suami isteri...hehehehe dan paling penting aku ada motor lagenda 115z milik sendiri (walaupun patah sayap kirinya gara2 langgar motor orang,oppp...minta2lah xde orang tau motor mana aku langgar,he3).Aku ada laptop sendiri dan unifi VVIP5 yang sangat laju..(puas hati aku pakai dan tiada istilah maki hamun skrg)..wow,bestkan aku tahun ini,walaupun tpaksa menelan kepahitan yang telah menghancurkan kehidupan aku tetapi muncul sinar kebahagiaan yang cukup memberi kenangan terindah dalam hidup aku...
CINTA...aku dah lama putus dgn dia sejak bulan 8 lepas gara2 aku dah bosan dengan perangai dia dan memaksa aku memilih perpisahan adalah jalan penyelesaian dalam erti kata yang sebenar.Walaupun bertahan selama 2 tahun tapi demi kebahagiaan masing2 aku memutuskan hubungan dia..Sebenarnya salah aku juga sebab tidak jujur padanya dan jarak jauh yang menyebabkan curiga dan tiada kepercayaan dalam hubungan kami.Tapi xpelah dia skrg telah aku anggap saudara kandung sendiri.Padanya,semoga berbahagia dengan orang tersayang dan aku doakan kejayaan ko sepanjang hidup ko..AMIN
CINTA BARU...aku sebenarnya masih single lg(penipu,hahahaha).Yang sebenarnya aku sedang bercinta dengan seseorang yang selama ini aku inginkan tapi lebih kepada kawan sahaja sebabnya aku tidak pernah percayakan dia dan dia memang PLAYBOY..(bodohnya aku)Xpelah sebab katanya dia sayangkan aku dan ikhlas terima aku sebagai kapelnya(boleh caya ke???)Lantaklah apa status hubungan kami sebab aku xkisah pun klu aku single dalam erti kata sebenar.Atlest aku ada teman berborak walaupun cerita dalam selimut dan paling penting DATING menjelajah dunia percintaan..Aku pantang klu kekasih aku penipu sebab aku xpenah menipu dan suka cakap besar tapi hakikatnya miskin tapi semua itu aku tak kisah sebab aku cuma nak ada seorang bergelar KEKASIH shj..Dia xdelah teruk sangat pun:good looking,bukan songsang,badan tiptop dan keje promoter je.Pape pun aku tetap kekasihmu walaupun kamu banyak menipu aku hidup2 dan suka bangga diri daripada aku (aku pun satu xgtau pun semuanya soal peribadi aku dan kerjaya aku kat dia tapi takot dia rendah diri pulak kannnnzzz...berlagaknya aku,astaga)dan baby,i love u so much walaupun u ada orang lain.
KERJAYA..aku suka kerjaya aku sekarang sebab aku dapat gaji masyuk dan paling penting keja GOVERMENT..aku keje kuli je sebenarnya dalam KKM dan penuh kesabaran serta kekuatan menghadapi pancaroba kerjaya pilihan aku ini..Walaupun dulu masa dlm pembelajaran diploma aku banyak maki2 pilihan aku ini tapi sekarang AKU SEDIA BERKHIDMAT UNTUK SEMUANYA..hahahaha...Dalam kerja aku ni kena banyak bersabar dengan perwatakan serta ragam orang,yelah siapalah manusia tau bersyukur dan berpuas hati untuk sesuatu termasuklah aku juga.Tapi xpelah demi dapatkan pahala dan niat kerna ALLAH aku telan semua kepahitan dilemparkan padaku janji tiap2 bulan gaji masuk dalam akaun bank...HAHAHAHA..
RUMAH PERTAMA....klu aku ceritakan soal ini mesti korang semua kutuk habis tindakan aku ni...(hahahahaha).Ceritanya mcm nie,aku sebenarnya sahaja je mendaftar nama untuk beli rumah lelong CIMB PROPERTY (mulanya aku memang nak beli pun sebab aku nak merasa rumah sendiri,bolehlah aku hias2 cantik2 rumah aku tapi bila aku buat perbentangan bajet barulah aku tau sebenarnya aku masih xmampu lagi)So aku pun dipanggil untuk membida rumah tu kat HOTEL ISTANA sebelah monorail Raja Chulan...Aku excited untuk kalah sebenarnya sebab aku yakin mesti ramai berminat nak beli rumah tu..Yang aku sakit hati pulak sebab masa aku mendaftar nama sebagai pemBIDA tu,aku ada tepon mangkuk cina ni (rupanya agen hartanah dan dialah settledkan soal pendaftaran aku)dan dia ikut aku sepanjang hari tu.Katanya ada 3 orang pembida yang masuk bertanding rumah ini tapi klu aku nak menang aku kena bayar RM3K pada pembida lain...Yang bodohnya aku tersebut BOLEHLAH,AKU SETUJU(ingatkan pembida lain bersungguh nak rumah tu walaupun aku bayar RM1k tiap seorg)dan tetiba berlaku sepantas kilat aku diberitahu agen hartanah tu yang dorang bersetuju tarik diri untuk betanding(betul ke ni??entah2 aku kena tipu kot dengan agen hartanah tu yang hakikatnya aku seorang je sebenarnya bertanding).Dan majlis PEMBIDAAN pun bermula,yang bestnya rumah tu yang pertama dibentangkan.TAUKE cina tu menyebut nama aku dan dia cakap ENCIK,TAHNIAH ANDA MENANG TANPA BERTANDING...(alamak,matilah aku)..Keputusannya aku dah berjaya dapatkan rumah tu dan aku terpaksa bayar RM3K pada mangkuk cina tu.Harga rumah dijual RM75K dan aku dah bayar deposit 5% sebanyak RM3750 dan diberi 90+30hari settledkan pembayarannya.Mujurlah masa tu,sahabat baik aku sanggup beri aku duit untuk bayar deposit rumah dan mangkuk cina tu..Beberapa pembentangan idea telah aku rangka dan akhirnya aku dah buat keputusan membuat overlap bank rakyat(dari rm70k kepada rm100k,dapatlah dalam RM22K untuk settledkan hutang sahabat baik aku,deposit 5% lg untuk rumah tu dan masalah keluarga aku)dan aku telah membuat pinjaman perumahan bersama CIMB ISLAMIC sebab dia beri tawaran paling hebat dari MAYBANK,RHB ISLAMIC,PUBLIC BANK dan paling senang melakukaknnya(maklumlah aku keje kerajaan tpaksa lakukan penyediaan borang paling rumit sekali).Skrg aku dah pun berjaya memiliki rumah pertamaku walaupun terpaksa sewakan untuk orang lain(yang penting dapat sikit duitnya).....hahahahahhaa
Sekian diari aku untuk bulan 11 nie dan bangunkan saya untuk DIARI DISEMBER pulak..

Sambut Birthday ke 23 di Genting Highland

WElComE tO My LIfe..
Setelah masalah kewangan aku bjaya diselesaikan, aku berhasrat utk memberi Hadiah kepada diri aku setelah bsedih dan sengsara diataskan masalah tbesar .Aku masih xdpt memaafkan diri aku lg atas kebodohan ini tapi sampai bilakan aku terus begini..Syukur kpd Allah memberi jalan penyelesaian tbaik yg aku harus aku lakukan....the end... Atas kejayaan ini maka aku harus mendapat Hadiah utk diri sendiri kerna bjaya mgharunginya wlpn pahitku rasa...Bsempena Birthday aku y ke 23 tahun ini dan kejayaan diri aku ini , maka aku memilih enjoy di Genting Highland (satu2nya Theme Park di Malaysia ) .BTW ini adalah tempat perjudiaan tbesar di Asia dan pemiliknya adalah lelaki cina Singapore


Perjalanan ke GH..
Seawal jam 8am aku sudah bertolak ke KL Sentral coz kat sini ada bas ke direct GH. Aku menaik bas Go Genting bharga RM10.30 (tmasuk tiket bas dan Skyway Transfer).Sykt bas nie ada juga mjual tiket masuk Genting sekali tapi aku rasa lebih baik beli dari sana .Nanti kalau hujan confim Outdoor Theme Park akan ditutup ( dah rugi kt situ) . Lgpn aku nak ambik All Park (kira indoor n outdoor sekali ) Jadual ini adalah senarai harga masa tahun 2011 .


Aku beli tiket Bas pukul 930am dan balik dari GH pukul 830 pm ( tiket balik kena beli awal2 coz takot nanti dah hbs dijual dah xboleh balik KL semula (dah lah Hotel kt sana confim mahal gilee kot utk satu malam)
Perjalanan ke GH (klu x sesak/jem) dalam sejam je..
inilah bentuk bas (sgt eksklusif kn) dan korang kena tunggu tingkat bawah KL Sentral
Apabila korang sampai ke GH , korang ada 2 pilihan samaada nak naik bas je direct GH (bila korang smpi je kt Skyway Terminal ,korang kena naik bas lg ke atas ) atau menaiki Skyway (kira korang naik cable car utk naik kat atas) . Aku sarankan better ambik y Skyway coz rugi beb klu xnaik dan sambil2 tu korang boleh melihat pemandangan hutan .

nasib baik aku dtg awal klu x mmg confim aku byk hbskn masa kt sini
Ni lah cable car dan utk naik korang kena beratur pjg beb (klu musim cuti lah)
inilah pemandangan semasa naik cable car
muka aku ketakutan (manalah tau tjatuh kot2 ke bwh )
Apabila korang sampai je kat GH , korang kena naik sampai tingkat atas sekali (penat juga naik eskalator berulang kali ) .Syukur Alhamdulillah masa tu xhujan pun cuma kabus je ) Sampailah aku ke tingkat atas sekali dan mbeli tiket kat kaunter dia. Yg bestnya aku dapt FREE coz Hari tu kan Birthday aku (kata kakak kaunter tu aku dpt free tiket klu dtg pada hari birthday)... Alangkah gembiranya aku masa tu coz xpayah bayar pape pun . Maka bermulalah pgembaraan aku di Genting Higland....

OUTDOOR THEME PARK

train kononnya melihat hantu (x seram mana pun)
Monorail
(korang boleh melihat sekitar outdoor )


Space Rocket
(ni games wajib naik)




INDOOR THEME PARK





 SNOW WORLD



Apabila semua games dah main confimlah lapar , Kt sini mmg xde food court pun dan makanan pun mmg mahal gilee (mybe sbb atas bukit). Kebykn western food je like Kenny Rogers , Mcd ,MerryBrown  (inilah makanan y aku pilih  coz paling murah yg aku jumpa setakat itu ) dan harga xsama pun dgn harga biasa kt KL.

Rabu, 23 November 2011

....CIINTA dan BENCI.....

Aku telah bcinta dgn pilihan aku selama ini tapi aku terlalu curiga padanya.Yelah siapa xtahan tgk kelebihan yang dia ada dibandingkan dgn aku yang kurang sifat..Aku happy akhirnya aku dah dapat apa yang aku inginkan selama ini..(GOOD LOOKING,str8 acting dan body solid)Aku bahagia dengannya dan aku puas hati apa dia miliki tapi....
Disebalik kelebihan yang dia miliki tsimpan sejuta kelemahan,yelah siapalah sempurna kat dunia ni..Dia memang seorang penipu sangat2,apa yang dia cakap xsemuanya betul dan dia penuh kepura-puraan dalam tiap perkataannya.Mungkin naluri seorg manusia xpenah berlaku jujur dalam menceritakan dirinya untuk pengetahuan orang ramai..Siapa tak sakit hati bila kita kena tipu hidup2?Susah sangat ke nak berlaku jujur semuanya.Yea aku memang sukakan kau tapi janganlah kau seksa aku mcm nie..Tiap masa aku tfikir kau berlaku curang padaku dan tiap masa aku fikirkan kau bersama orang lain aka skandal aka abg angkat??Salahkan aku bila aku terlalu mencintaimu?Salahkah jikalau kau hanya mencintaiku sahaja?Entahlah kenapa aku terseksa sebegini dan kenapa aku terlalu bodoh menjeratkan diriku dalam dunia percintaan lagi..
Aku tahu dia memang ada LELAKI lain selain aku?Aku tahu dia tidak pernah jujur dalam hubungan ini dan Aku tahu dia hanya mempergunakan aku saja tapi salahkan aku telah jatuh cinta padanya?Aku tahu dia mudah menarik perhatian orang lain dan aku memang tidak layak bertanding dengannya tapi jujur aku katakan yang aku sudah jatuh cinta padanya..
Mungkin ini memang jalan hidup mencintainya tapi dicinta tapi tidak mengapa bagiku kerana mencintainya membuat hidupku bahagia seketika..Mungkin aku terlalu bodoh untuk mengenal dunia percintaan.Bercinta dengan orang yang salah yang membuat diriku menderita kerananya dan aku hanya dipergunakan sahaja dan ini hukuman yang harus aku terima atas mencintainya.Aku memang cintakan kau.....!!!!Kau selalu kikis duit aku dan curang dibelakang aku sedangkan aku merelakan semuanya berlaku dan setia padamu seorang sahaja.Tiap masa memikirkanmu sahaja...
TAK mengapalah sebab aku hanya ingin dicintai walaupun hanya kepalsuan sahaja dan ingin merasai dunia percintaan walaupun dengan orang yang salah asalkan aku bahagia dengan pilihan aku walaupun seketika sudah memadai buatku....

Sabtu, 23 Julai 2011

buLAn RAmadhAN....

huraaayy....!!!
bulan pose nak dekat dah,lagi beberapa hari je lagi menjelang tiba tapi aku masih belum besedialah soal zahir dan batin(oopppss..ni pun nak mention juga).Maklum je lah beban keje yang berlambak,bos yang GILA KUASA,perut buncit dahagakan makanan dan nafsu syalwat yang bertuankan SETAN...semuanya dugaan dan kegagalan menguasai diri sendiri...
Aku ingat lagi masa bulan pose tahun lepas,aku banyak ponteng pose gara2 penat keterlaluan dan tpaksa berjimat cermat gara2 baru sahaja mula bekerja di sebuah SYARIKAT yang diarahkan oleh kerajaan..adoooiiii,seksa saat masa tu,dah lah kena buli dengan senior2 dan selalu kena perli depan2 pulak tu..aku rasa nak berhenti je kerja masa tu n minta tukar tempat keje tapi kawan baik aku cakap"JANGAN LARI DARI MASALAH NESCAYA MASALAH AKAN KERJAKAN KO WALAU DIMANA PUN KO BERADA".Akhirnya aku berjaya berdepan dengan mereka dan mula berkawan dengan sesiapa yang boleh saya percayai..Cerita soal kawan setugas ni pulak,aku benar2 terasa dan tersedar dari lamunan bahawa kawan semuanya xboleh dipercayai apabila melibatkan duit...emmm,aku terkena lagi tapi xdelah aku kehilangan duit cuma aku terasa dengan perangainya yang lupa ingatan akan pertolongan aku dulu...Dulu aku selalu tolong dia dan sedaya upaya aku akan tolong(ni lah sikap aku yang susah nak kikis iaitu suka menolong orang)tapi rupa-rupanya dia burukkan aku di belakang aku n cerita keburukan pada semua rakan sekeje,YA ALLAH,ni kan balasan yang aku dapat selepas semua pertolongan aku padanya...Susahkan nak cari insan yang benar2 ikhlas kawan dengan kita....Dan perkara yang xdapat aku lupakan ialah perjalanan aku ke tempat keje teramat jauh dan menyeksa diri aku sangat2..cuba bayangkan aku tpaksa bangun sekitar 5am dan berjalan kaki untuk ke LRT dan tempat keje yang teramat jauh dan lewat sampai ke tmpt keje pulak tu..Sampai tempat keje pulak dengan blambak beban keje dan tagging dengan senior yang suka melepaskan perasaan je...balik keje pulak kena tunggu bas yang kadang2 lewat gila br sampai...memang memenatkan sangat2 bulan pose tahun lepas..!!AHHHHHH,aku berjaya juga luahkan melalui blog aku nie tentang perjalanan perit hidupku di bulan pose tahun lepas...Semuanya dugaan hidup n cabaran besar aku masa bulan pose tahun lepas yang menyebabkan aku tewas dengan godaan diri sendiri....OH TUHANKU,ampunkanlah hambaMU ini yang sangat BANYAK MELAKUKAN DOSA....AMIN.....

BULan pose tahun nie semuanya sangat baik...aku dah xde alasan bodoh yang boleh aku jadikan alasan untuk ponteng pose(padan muka aku)Walaupun hajat membeli kereta x kesampaian dan musnah gara2 masalah kewangan mendesak aku hancurkan harapan memilikinya,.Aku berharap bulan pose tahun nie akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya....aku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna agar dapat aku lalui dengan sempurna...AMIN

Rabu, 30 Mac 2011

INsidEN moTOrsikal Vs kereta SWIft


salam 1 malaysia semua walaupun aku yakin xde yang membaca blog ak nie(perasan je lebih..hehehhe)xsangka skrg nak bulan APRIL dah...aku ingatkan masih bulan JANUARI..ALHAMDULILAH aku masih sihat sepenuhnya dan aku bersyukur pada ALLAH kerana atas segalanya..bulan MAC nie aku dah beli motor baru taw,aku beli motor LAGENDA 115Z.aku beli secara tunai sebanyak RM4900 hasil dari aku buat LOAN baru2 nie..Sebenarnya aku menyesal juga mulanya sebab aku beli motor lebih daripada bajet aku iaitu bawah RM4000 je tapi biarkan aku suka pakai motor nie...atlest xdelah aku datang lewat dah masuk keje skrg.

Pada 27/3/2011,masa tu aku baru balik keje pada pukul 910pm..adalah insiden menakutkan dan buat aku trauma bawa motor mulai saat tu..macam mana aku boleh xsedar insiden nie berlaku secara tiba2 jea..huihuhuhu,pada malam insiden 2 aku baru balik keje selepas syif petang.semasa aku otw nak balik umah 2 aku ikutlah JALAN PAHANG yang teramat sibuklah masa 2..aku bawa motor pun xdelah laju sgt pun dalam 80km/jam je dah cukup sesuai sangat utk kesesakan jalan raya nie kat KL.Masa tu aku nak potong kete depan aku,so aku tgklah side miror sebelah kanan supaya xde kete or motor melintasi masa 2..Tiba2 kete depan aku nie boleh berhenti mengejut pulak 2,so aku apa lagi brek lah mengejut tapi aku tetap langgar juga belakang kete dia...(aku rasa kete dia SWIFT kot)..ALAMAK,HABISLAH AKU..2 lah dalam fikiran aku masa 2..aku cuba minta maaf kat dia tapi masa 2 aku kena HON kete belakang coz berhenti tengah jalan,pemilik kete 2 pun bg isyarat suruh aku beredar jea..so,aku jalan lah dulu,masa 2 memang banyak perkara bermain dlm fikiran aku,mcm mana ak nak bayar,agak2 dia minta berapa ganti rugi dan mesti dia tengking aku sebab cuai bawa motor..Aku pun baliklah ke rumah sebab aku xnampak kete dia berhenti mana2 pun tapi akhirnya aku ternampak kereta org 2 berhenti otw nak balik rumah aku..aku pun berhentilah kat dia dan aku bawa berbincang mcm mana nak settlekan masalah 2...Rupa2nya pemilik kereta 2 adalah lelaki dan bawa family lagi(aduh,habislah aku kena tengking nie),aku pun mulakan cerita dengan meminta maaf dan buat muka seposen supaya dia belas kasihan kat aku yang terlalu cuai bawa motor nie...SYUKUR ALHAMDULILLAH,dia x marahkan aku dan xde minta ganti rugi pun...dia cakap XPELAH ADIK,CALAR SIKIT JE NIE.LAGIPUN BUKAN SALAH ADIK SEORG JE SBB ABG PUN BERHENTI TIBA2 MASA 2..LAIN KALI BAWA MOTOR 2 JGNLAH LAJU SGT DAN HATI2...baiknya abang nie,terima kasih yea ABG SWIFT..mulai saat 2 aku dah lebih cermat bawa motor dan tegakkan slogan BERHATI-HATI DI JALANRAYA DAN INGATILAH ORANG TERSAYANG...mcm 2 lah lumrah manusia,bila dah terkena baru BERinGaT...emmmm,PADAN MUKA AKU!!..heehhehehehehe

Sabtu, 12 Mac 2011

bulan MAC..

Bulan Mac dh ke nie??hehhehhe...cepatnya masa berlalu,rasa mcm sekejap je n tak sedar pun masa berlalu pergi,unur aku pun dh bertambah iaitu tahun ni aku dah 25tahun dh,tuanya aku skrg,,,hehehe...
berbalik pada masalah LOAN tahun lepas dh pun settle,ALHAMDULLILAH,ALLAH membuka hati aku untuk melihat jalan keluar dari masalah ni,,terima kasih pada BIG BOSS aku,keluarga tersayang dan sahabat terbaik aku sebab memudahkan jalan penyelesaian aku ni..Aku telah memikirkan hampir sebulan jawabnya memikirkan jalan penyelesaian ni(padahal jalan penyelesaian dh ada cuma buat keputusan je yang makan masa lama,hehehehe)Dengan segala hormatnya dan keputusan yang muktamad aku membuat keputusan untuk melakukan proses OVERLAP bermaksud gandakan jumlah pinjaman dan pendekkan jumlah bayaran tetapi tempoh pembayaran balik selama 20tahun..emmm,klu korang dengar mesti tindakan gila kan??hehehe,xpelah itu je jalan penyelesaian yang ada daripada aku tak buat pape pun lagi menambahkan penderitaan dan sengsara jawabnya.Yelah bayangkan selama 7TAHUN aku kena bayar RM890 sedangkan melalui cara tersebut dimana aku sekadar bayar RM600je wlpn tempoh terlalu lama.Lantaklah orang nak cakap pape pun yang penting aku rasa aku dah buat keputusan yang terbaik.Lagipun aku dapat duit lebih lagi selepas aku selesaikan LOAN sebelum ni yang buat aku jadi gila dan menyumpah SETAN tu..
SYUKUR ALHAMDULILAH skrg aku dah kembali pada diri sebenar dan selesai masalah aku yang membebankan selama 3 BULAN yang berlalu.Aku dah boleh memikirkan masa depan aku dan merealisaikan impian aku sekarang.BESTNYA,terima kasih pada MAHA PENCIPTA kerana mendengar luahan perasaanku selama ini.Aku dah tak perlu bersedih lagi,perasaan aku sudah terkawal dan aku gembira menjalani kehidupan harian kelak....
AMIN...