Rabu, 14 Mei 2014

Jelajah JOGJA @ Yogyakarta 2014

Terlalu byk nama utk Jogja nie seperti Yogja,Yogyakarta atau Jogjakarta . Jadi xpayah nak pening2 apabila org sebut nama2 tu sbb semuanya sama je cuma ikut suka hati org lah nak panggil apa,,,
Jogja juga dikenali sebagai Daerah Istimewa di indonesia kerana satu2 daerah yang diperintah oleh sultan.Kira kat sini masih lagi mengamalkan kuasa kesultanan seperti Brunei. 
Pengalaman menjelajah jogja nie mmg memori yang tidak dapat dilupakan sampai bila2 sbbnya perasaan kesakitan dan keseronokan menjadi satu (nanti aku ceritakan kenapa jadi mcm nie? hahahah...)
Cuti2 kat sini pun xdelah perlukan bajet mahal sgt pun dan kalau sesiapa yang citarasanya mcm aku iaitu mjelajahi tempat2 menarik je ataupun mengenali budaya/sejarah dunia luar MAKA Jogja adalah pilihan yang tepat. Kt sini xsesuai utk yg kaki shoppg coz shoppg complex yg tbesar pun cuma satu je kot..
Percutiaan nie dah lama aku rancang dlm masa 2 bulan juga kot sbbnya aku dapat merebut tiket flight AirAsia pergi-balik je xsampai RM200 je beb . Dan paling penting cuti2 nie pun aku amalkan prinsip Backpacker bermaksud semuanya bajet murah je..Rasanya jumlah kos aku kesana termasuk tiket flight cuma -RM800 (selama 5Hari 4malam je ) pulak tu..Betul2 jimat beb... Tapi perkara paling penting sebelum korang pergi kesana rajin2 lah membaca blog2 berkaitan jogja coz sekurang2nya korang ada pengetahuan serbah sedikit
Oklah aku akan mceritakan apa yg menarik sgt atau tempat2 yg wajib korang pergi apabila berada disana...!!!

HARI PERTAMA
Btw aku ambik flight xdelah terus ke jogja tapi ke jakarta dahulu sbbnya ada seseorg mcadangkan mencuba menaiki Keretapi Intercity dari Jkt ke Jogja coz kononnya kita boleh melihat permandangan di sepanjang perjalanan nanti..Okey lah apa salahnya aku try keretapi made in Indo pulak...Harga pun boleh tahan mahal jugalah dlm IDR400K dan perjalanan kesana mgambil masa 4jam lamanya.. Stesen keretapi yg aku naik bdekatan je dgn Tugu Monas iaitu Stesen Gambir. Dlm 30minit jugalah jauhnya dari Airport Soekarno 3 tapi kalau trafficjem/macet mungkin mengambil masa sejam jugalah mcm apa yang berlaku pada aku masa tu.Mujurlah kami sempat naik keretapi yang masa yang kami ada tu mcm nyawa2 ikan je. Mujurlah driver taxi tu yg mmg sgt cekap dan terer melepasi kesesakan hari tu..AMIN...Bravo..
Masa aku dalam keretapi nie,adalah seorang petugas memeriksa tiket2penumpang tapi yang pelik bin ajaibnya dia siap ada escort 2 org Polis okey...Tujuannya melindungi dirinya apabila ada penumpang2 xde tiket..Hehehe...confim xdenya orang berani naik kalau xde tiket..
Smpi je kat bandar jogja korang akan turun di Stesen Tugu Jogja. FYI stesen ini berhampiran dgn Jalan Malioboro yang sangat terkenal disitu dan diantara tempat yg wajib dikunjungi..Jalan Malioboro nie sama je mcm Danau Kota kt setapak,kl cuma bezanya disini banyak menjual souvier2,kain2 tenum,batik dan hotel2 pun belambak je disini..So kalau korang nak membeli souvier2 murah better beli disini dan harga pun korang boleh tawar-menawar smpi 80% pun boleh... Kat sini jgn lupa mencuba makanan2 tradisi org2 indo seperti Bakso (aduhai nie lah fovoret aku smpi makan bkali2),Ronde (sup halia) dan gudeg (mknan tradisi jogja yg ada nasi,nangka,telur) ,Batagor (mcm rojak je),satay dan mcm2 lagi..Semuanya korang boleh je beli kat Gerobak Beroda di tepi2 jalan je ataupun kedai2 makan ..Di sini terdapat banyak kereta berkuda dan juga Beca (basikal ataupun motor)
Sepanjang jalan Malioboro nie mmg sesak dgn orang ramai walaupun sudah lewat malam. Seronok je rasanya apabila boleh melepak kat tepi2 jalan lepas tu melihat gelagat orang sambil tu mencuba makanan masakan Indo yg ada di sepanjang jalan nie...

HARI KE-2
Trip hari ini aku namakan mengenal Sejarah Jogja dimana disini terdapat banyak tempat2 peninggalan sejarah dan kraton2 kesultanan jogja dahulu iaitu kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat.BTW terlupa pulak nak beritahu yang sebenarnya kami menyewa Motorsikal sepanjang kami akan berada disini. Harga pun xdelah mahal sgt dlm IDR50K je utk sehari (total IDR150K utk 4hari). Lagipun kawan aku nie penduduk asal jakarta dan selalu je datang disini lagilah memudahkan misi Bajet Murah aku mjelajah jogja nie..Dgn bbekalkan pengalaman dia aku xperlu risau kalau sesat ataupun memahami bahasa indo kat sini..(bestkann...).Oklah jom ikut aku mjelajah tempat2 bsejarah disini..
Muzium Benteng Vredeburg
Benteng nie xdelah jauh sgt dr Jln Malioboro dan kalau jalan kaki pun boleh je xde masalah pun.Tiket masuk cuma IDR5k je tapi itu harga warga indo tapi kalau pelancong mybe mahal kot.. Kat sini korang boleh melawat bangunan2 yg memaparkan patung2 kecik,lukisan,gambar2 dan arca yg mceritakan tentang sejarah jogja dulu. Benteng ini dibina oleh Belanda sbg pertahanan dan pemerintahannya..
Keraton2
Merupakan rumah resmi kesulatanan dulu atau istana bahasa mudahnya. Tapi sekarang dijadikan muzium utk penyimpanan koleksi2 milik sultan2 dahulu seperti pemberiaan dari raja-raja eropah,upacara istiadat dan barang2 muzik...Kraton nie dibahagikan kepada 2 bahagian dan setiap bahagian korang wajib membayar tiket masuk. Kira total semua IDR10k/seorg..Disini lebih kepada sejarah kesultanan dahulu kala coz almaklumlah smpi skrg jogja nie masih diperintah oleh sultan..
Taman Sari
Yg nie paling cantik dan antara tempat2 sejarah yang wajib korang pergi coz pemandangan disini mmg sgt cantik dan keunikan senibinanya.Tiket masuk cuma IDR5k.Taman Sari nie merupakan bekas taman atau kebun istana kesultanan dahulu kononnya utk tempat2 kaum kerabat diraja beristirehat.Dan jgn sesekali lupa utk mengunjungi Masjid Bawah Tanah Sumur Gumuling yang tak jauh dari situ.Masjid ini dibina sbg benteng perlindungan dan dibina di bawah tanah kerana apabila azan akan kedengaran diseluruh pelosok setempat...Agak jauh jugalah korang kena berjalan kaki dan terpaksa melalui jalan2 kampung disitu..Aku doakan agar korang jgn sesat sudah coz jalan2 kampung disitu berliku2..
Masjid  Gedhe Kauman
Yg nie percuma je okey coz rumah ibadat xkan kena caj pulak kalau nak singgah solat disini..Masjid nie adalah masjid besar jogja dan kepunyaan sultan jogja
Selesai satu hari beb aku menjelajah tempat2 bersejarah disini dan destinasi seterusnya kami ke persisiran pantai pulak coz aku nak melihat ombak dari Lautan Hindi. Dan Pantai yg kami pergi bukanlah Pantai Parangtritis yg terkenal tu tapi Pantai Sundak sbbnya kawan aku ckp pantai kat Parangtritis dh kotor dan xbyk sgt pun kawasan2 pantai yg ada berhampirannya..Aduhai perjalanan kesana pun mengambil masa 2jam jugalah dan xtahannya naik motorlah beb..Naik kemetu bontot aku dibuatnya.Sampai kat sana pun hampir malam jugalah dan paling menakutkan xde lampu jalanraya pun sepjg kesana..So aku nasihatkan better korang bertolak dr bandar jogja ke Pantai Kukup pukul 3pm. Sbbnya pukul 6pm matahari dah terbenam pun mcm kat sabah/swk..Sampai je Pintu Gerbang kawasan Pantai nie korang kena berhenti untuk membayar Tiket Masuk sbyk IDR19k/seorg coz dgn tiket nie korang dilindungi insurans sepjg berada di kawasan pantai kelak.

Hari ke-3
PANTAI INDRAYANTI
PANTAI SUNDAK
PANTAI KUKUP
PANTAI KRAKAL
Trip ini aku namakan trip Menjelajah Pantai2 jogja coz hari ini aku akan mengelilingi kawasan pantai je di jogja nie..Ombak kat sini mmg ganas gile dan xsesuai utk mandi or aktiviti laut.Tapi kalau nak mandi tepi2 je tu bolehlah kot.Kalau nak bermalam disini lebih baik cari sekitar Pantai Sundak (disinilah terletaknya Pantai Indryanti ) je coz disini lebih meriah dan ramai pengunjung. Hotel pun berlambak je kat sini dan kedai makan pun ada yg buka 24jam..
PANTAI KUKUP
Selain Pantai Sundak ada juga pantai2 yg lain berdekatannya seperti Pantai Baron (yg nie kawasan nelayan sbb byk bot2 nelayan parking disini),Pantai Krakal,Pantai Slili dan Pantai yang paling aku suka dan paling tercantik diantara semuanya adalah Pantai Kukup. Pantai Kukup ini terdapat sebuah Pondok Kecil dibina diatas puncak bukit dan seterusnya dibina lagi jambatan ke pondoktersebut.Perhhhh pemandangan diatas pondok itu mmg betul2 menakjubkan dan perasaan tenang je..Melihat pukulan ombak ke bukit dan percikan air laut mmg memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan..Agak lama jugalah aku berada disitu sambil melihat keganasan ombak2 dari Lautan Hindi nie..So jgn lepaskan peluang apabila korang sudah berada disini...So hari itu aku byk berjalan2 je kelilingi kawasan2 yg pantai je..Jarak setiap Pantai pun xdelah jauh sgt dan jalanraya xdelah sesak/macet mcm kt bandar jogja..Aku xdapat nak mandi laut sbbnya xkan nak mandi tepi2 laut je mcm budak2 kecik pulak.Paling kurang pun menyelam sampai ke lautan dalam..Hahaha..
Tiba2 nak dijadikan cerita baru dan terciptanya sejarah baru dlm hidup aku,masa nak otw balik semula ke bandar jogja,dgn tiba-tibanya kami excident lah pulak..Puncanya kawan aku nie bawa motorsikal laju2 lps tu tekan break kat jalan berpasir..So apa lagi,bergeseklah kami dgn jalan tar...Perhhh sakit gilee siot bila cuci luka
 dgn air...Kawan aku pulak kena bawa ke klinik swasta lps tu kena 6 jahitan betul2 dekat dgn mata.Semuanya kena caj IDR200k.Kesian dia mcm orang sakit pulak aku tengok hari tu...terpaksalah aku bawa motor ke jogja.Sebelum sampai jogja,kami singgah sebentar kat tepi pinggiran bukit (dikenali sbg Bukit Bintang) untuk makan jagung bakar..Kononnya wajib singgah disini kerana disini boleh tengok pemandangan bandar jogja dari puncak bukit..Kira mcm kt Bukit Ampang tu yg boleh kita tgk bandar kl dari puncak bukit...hehehe.....Jagung bakar dia ada byk perisa spt manis,masin dan pedas...Sedap juga rasanya makan sambil2 tu tgk pemandangan dari atas bukit Kota Jogja..

HARI KE-4
Trip hari nie aku namakan mjelajah Temple coz aku akan mjelajah temple2 yg terdapat disini..Dikatakan senibina dan struktur candirnya sgt2 unik dan merupakan peninggalan sejarah zaman dulu...Sebenarnya kalau boleh nak pergi semua temple yg ada tapi hari tu kami dlm kesakitan (yelah luka2 besar2 kot).So kami pergi je ke temple yg terkenal disini iaitu :
Candi Borobudur 
CANDI MENDUT
Temple nie adalah agama Buddha tapi ada byk blogger cerita bahawa temple nie dikatakan sejak zaman peninggalan Nabi Sulaiman lagi kerana terdapat simbol2 islam dalam senibinannya.
CANDI BOROBUDUR
Jarak kesana agak jauh jugalah dari bandar jogja dan mungin mengambil masa sejam kalau menaiki motor.Cara kesana ialah korang ambik jalan ke Mageleng yang terletak di jawa tengah dan seterusnya sampai ke Muntilan dan baru cari disekitar daerah itu.Sebelum jumpa candi tu,korang akan jumpa Candi Mendut.Bentuk Candi Mendut nie sama je mcm Candi Borobudur cuma bentuknya sgt kecik..Tiket bayaran Candi Borobudur sbyk IDR30k utk warga indo tapi klu pelancong kena caj mahal kott..Aku dpt tiket warga indo sbbnya kawan aku asal disini okey...hehehe....Kalau korang nak masuk ke dlm Candi nie korang diwajibkan memakai selendang sbg tanda menghormati tempat ibadat mereka....Cuaca disiitu mmg panas nak mampus,so aku nasihatkan bawalah payung. Mmg sgt unik dan besar gile candi nie..
CANDI PRAMBANAN
Candi Prambanan
Merupakan candi Hindu terbesar di Indonesia dan juga Asia Tenggara.Terdapat 8 candi utama terbina melambangkan dewa2 mereka.Terletak 18km dari bandar jogja dan mungkin mengambil masa setengah jam jugalah kalau menaiki motor.Cuaca disini sama je panasnya kt Borobudur jadi silalah bawa payung ye..Disini pun still juga kena pakai selendang sbg tanda mghormati candi mereka..Tiket masuk pun dalam sekitar IDR25k /seorg..Tapi xtahannya kalau nak keluar dari candi nie korang terpaksa berjalan jauh nak mampus smpilah korang akan jumpa gerai2 menjual cendahati dan kedai2 makan lepas tu barulah jumpa Pintu Keluarnya.
KERATON RATU BOKO
Disini juga korang boleh membeli tiket ke Keraton Ratu Boko yang terletak 2 km dari Candi ini dan berada diatas bukit.Korang xperlu risau soal transport coz mereka memang myediakan Van untuk pergi dan balik..Nak lagi jimat better beli yg pakej punya (Melawat Candi Prambanan dgn Keraton Ratu Boko sekali) berharga IDR45K..Mengikut sejarahnya Keraton (ataupun dikenali sbg istana) dimiliki oleh Ratu Boko yang termewah terbina diatas bukit sekitar abad ke-8..Sehingga skrg misteri pembinaannya belum terjawab samaada sbg candi keagaman,istana kerajaan ataupun benteng pertahanan.Senibinanya banyak terpengaruh dgn Hindu dan Buddha dgn penemuan tulisan tahunnya..Takde pape pun kat sini selain dari serpihan2 bangunan yang tertinggal dan tapaknya pulak seperti sebuah taman yang kosong je.Dah lah kena naik tangga untuk sampai ke puncaknya..Aduhai penatnya mmg xterkata.Tapi tempatnya mmg strategik untuk bergambar apabila waktu petang. Coz panorama dan pemandangan sekitarnya sgt cantik berlatarbelakang kota jogja,Candi Prambanan ataupun Gunung Merapi..
Cukup penat gile seharian hari nie ditambah pulak dgn menahan kesakitan akibat luka2 excident...Ya Allah..!!Bayangkan perasaan aku masa itu dimana perasaan seronok,penat dan sakit menjadi satu??..hahaha..
Sebelah malamnya pulak,aku bergambar di Tugu Jogja sebagai simbolik kota Jogja.Tugu ini dibina sbg saksi pemerintahan kesultanan disini..Jaraknya pun tidak jauh dari Jalan Malioboro.Agak ekstrem jugalah kalau nak berada disini coz terletak di bulatan jalanraya dimana korang harus melintas jalanraya yg sesak.So better pergi pada waktu lewat malam je.
Seterusnya menghabiskan masa sehingga ke pukul 12am melepak di Jalan Malioboro..Makan bakso lagi lah jawabnya..hehehe..sambil2 tu cuci mata melihat gelagat org2 disana..

HARI KE-5
Memandangkan tiket flight aku pada pukul 5pm,jadi kami pergi ke Candi Prambanan sekali lagi untuk bergambar puas2..Semalam bateri camera dah habis sbb tu xdapatlah nak bergambar kat sekitar situ. Kali nie agak berbeza sedikit transport kami iaitu dengan menaiki Busway je (dikenali sbg Trans Jogja)..
Motor yang kami sewa tu dah dipulangkan semula pada owner.Disbbkan kami excident hari tu kenalah bayar pulak gantiruginya. Mujurlah owner tu xmarah tapi dia kesian dgn keadaan kami. Dia siap bagi diskaun lagi..hehehe.Sepatutnya kami kena bayar IDR500k tapi lepas kena pujuk rayu malah menagih simpati padanya kena caj IDR350k je okey...Fuhhh..Lega rasanya..huhuhuhu...
Kalau nak naik Busway nie kenalah rajin tanya orang coz takot sesat pulak. Tiket pulak untuk semua destinasi cuma IDR3k je.(murahkann..) .Sampai je kat Stesen Prambanan,kami mencuba menaiki kereta berkuda (kena bayar IDR20k) untuk ke Candi Prambanan dan baliknya pulak menaiki Beca Bermotor (kena caj IDR15K). Mulanya masa balik tu nak naik beca basikal je tapi larat ke orang itu nak mengayuh becanya dgn berat badan aku yang berlebihan nie.Silap2 pengsan tengah jalan akibat kepenatan.hahaha. Dah lama aku nak mencuba menaiki 2 kenderaan nie,masa kat Jalan Malioboro lagi tapi mcm xde sbb pulak kalau nak naik saja2 je.Dah lah mahal better aku jalan kaki je.Tapi kali nie aku terpaksa sbbnya jarak ke Candi Prambanan tu mmg jauh gilee kot..Nak jalan kaki tu boleh je tapi xlaratlah sbb banyak barang2 kami bawa....