Sabtu, 29 April 2023

BANGKOK… BackparkerLIFE dan Researcher (PART 2)


DAY 4: Kanchanaburi
Hari ke-3 conferences adalah hari melancong ke tempat pelancongan di Bangkok tapi memandangkan aku tidak mengambil pakej yang ditawarkan oleh pihak penganjur, maka aku mengambil keputusan sendiri untuk menjelajah ke kawasan Kanchanaburi. Di Kanchanaburi ini menjadi tarikan pelancong adalah The Dead Railway Kanchanaburi iaitu satu landasan keretapi yang dibina di atas landasan jambatan kayu dan juga korang boleh menyaksikan muara sungai yang terdapat di sekitar landasan keretapi ini. Sebenarnya tiada yang menarik pun disini selain korang bergambar di jambatan kayu landasan keretapi ini. Tetapi pemandangan di sepanjang jalan ke sana yang dikeliling dengan kebun ganja, gunung-ganang, beberapa jambatan kayu dan juga menyusuri jambatan di muara sungai. Yang paling penting pengalaman yang tidak dapat digambarkan apabila korang dapat menaiki keretapi awam yang klasik iaitu tingkap yang terbuka tanpa ada aircond. Bolehlah korang bergambar seolah-olah cerita Bolloywood sambil menikmati keindahan pemandangan yang terbentang luas disepanjang ke sana. 
Perjalanan ke sana mengambil masa 2-3 jam, jadi pastikan korang sudah membeli dan membawa banyak kudapan dan makanan sepanjang perjalanan keretapi ke sana. Pada hari itu, aku dah bangun awal pada pukul 5.30 pagi supaya selamat sampai disini. Untuk kesini, aku perlu mengambil BTS dari Phaya Thai station ke Mo Chit Station (BTS Khu Khot Line) dengan kadar bayaran THB43/seorg. Pada hari itu, aku tidak membeli One Day Pass kerana jelajah aku kali ini hanya di Kanchaburi sahaja. Selepas itu, aku perlu ke MRT Chatuchak station bersebelah je dengan BTS Mo Chit Station iaitu di tingkat bawah selepas korang keluar dari BTS Mo Chit Station. Selepas itu, korang perlu menaiki MRT Chatuchak station ke MRT Bang Khun Non (Blue Line) yang berharga THB36/seorg. Apabila sampai di MRT Bang Khun Non, korang perlu menaiki GrabBike yang sudah tersedia di hadapan station untuk menuju ke Station Keretapi Thonburi untuk dengan kadar bayaran THB20. Sila pastikan korang berada di station ini sebelum jam 7.30 pagi untuk trip yang paling awal ke sana. Stesen dia mcam station biasa je taw bukan yang jenis ada terminal dalam besar.
Sangat seronok rasanya apabila menikmati pemandangan sepanjang perjalanan ke sana dengan tingkap terbuka membuatkan aku yang jakun ini sangat bertuah diberikan peluang menikmati pengalaman sebegini. Yelah kat KL, keretapi samaada ETS,KTM dan sebagainya semuanya sudah bertutup dan beraircond berbanding yang aku naik disini memang betul2 klasik sangat. Bunyi honnn2 versi keretapi lama. Ditambah pulak dengan landasan ini akan melalui jambatan kayu di muara sungai bangkok. Di dalam keretapi ini juga ada peniaga membawa makanan ke hulur-hilir menjual makanan cuma aku nasihatkan korang beli buah sahaja ataupun minuman bertin kerana dikhuatiri tidak halal. Yang bestnya, peniaga disini ada menyediakan ais batu dalam cawan yang sesuai untuk korang menikmati minuman sejuk. Sebelum keretapi ini berlepas, aku sempat juga membeli kopi AMAZON di Station Keretapi Thonburi tapi disebabkan masa nak membeli pun macam itik dan ayam berkomunikasi menyebabkan aku terbeli banyak kopi latte. Hahahahahaha. 
Keretapi ini tiada nombor seat jadi korang bebas nak duduk mana sahaja korang suka nak duduk. Macam aku hari itu, aku duduk di kabin last sekali kerana tempat duduknya macam LRT Putra di KL yang luas dan sangat selesa kerana korang tidak diperhatikan oleh orang dihadapan korang. 
Apabila sampai di Death Railway Kanchanaburi, korang bolehlah bergambar di sepanjang landasan keretapi di atas jambatan kayu disitu. Di situ juga, terdapat tebing sungai yang sangat tinggi untuk korang mengabadikan potret gambar korang berlatarbelakangkan pemandangan atas jambatan landasan keretapi dengan tebing sungai. Jangan lepaskan peluang bergambar diatas landasan keretapi di atas jambatan kayu ini. Disini juga terdapat kedai2 menjual cenderahati, kedai2 makan dan juga tandas (seksalah wei sesiapa nak terberak disini kerana kotor sangat airnya). Macam aku hari itu, mujurlah bawa satu botol besar air untuk cuci tapi yang menyedihkannya mangkuk tandasnya tiada pump air untuk mengosongkan mangkuk tandasnya. Aduhaipun, malunya aku masa itu dan cepat melarikan diri supaya tak kanto..Hahahahahaha. Tapi kan aku memang perasan, budaya tandas disini memang tiada paip air beb untuk cuci kerana kebanyakkan mall ataupun tandas awam hanya menyediakan tisu tandas sahaja. Jadi nasihat aku, belilah botol air sekiranya korang ingin berak. Huhuhuhu…
Selepas puas berjalan-jalan di Dead Railway, aku kembali semula ke Bangkok iaitu MRT Bang Khun Non. Makluman, kalau nak beli tiket keretapi di Death Railway Kanachanaburi, memang takde kaunter jual tiket kerana korang perlu membayarnya di atas keretapi nanti. Jadi takyah pening mencari mana kaunter jual tiket. Apabila sampai di MRT Bang Khun Non, korang perlu menaiki MRT ke MRT Chatuchak Park untuk meneruskan misi tawaf satu Pasar Chatuchak dan juga makan malam disini.
Di Pasar Chatuchak ini, korang boleh membeli apa-apa sahaja yang korang suka dan nak kerana hampir kesemua barang-barang ada dijual disini. Pada hari itu, aku sempat dapat membeli cover Passport yang sudah lama aku idamkan yang ada ukir nama dan juga boleh letak berapa banyak icon yang korang nak tampal di cover passport itu. Harga pun dalam THB100/satu termasuk ukir nama dan juga icon2 yang korang nak tampalkan. Seterusnya untuk makan malam pulak, kami makan malam di SAMAN ISLAM di section 16 soi 24. Yang menjadi perbualan para backparker di kedai makan ini adalah jangan lepaskan peluang menikmati bakso dia dan juga nasi goreng dia yang sedap. Harga berpatutan juga lah jika dibandingkan dengan Yana Restaurant di MBK Market Mall itu. Cuma bezanya menu kedai makan ini tak banyak pilihan. Yang paling penting adalah Nescafa ais ada dijual disini (sesuai untuk mereka yang hantu nescafa ais).

DAY 5: Phaya Thai ke KLIA2
Memandangkan tiket flight kami pada pukul 7.30 petang, maka kami tidak melepaskan lagi peluang untuk hari terakhir kami disini dengan menjelajah tempat2 pelancongan sekitar bandar Bangkok pulak. Yang paling penting sekali adalah aku perlu mencari oleh-oleh yang perlu dibawa kepada kawan2 kerja aku nanti. Justeru itu, kami bersiap-siap awal dan juga menyimpan beg kami di hotel ini sahaja selepas check out. Mujurlah hotel ini sangat peramah dan dibenarkan meletakkan beg2 kami tanpa kena bayaran. Syukur Alhamdulillah.
Destinasi pertama kami adalah Yana Restaurant di MBK Market Mall yang aku still nak repeat Kari Hijau dia dan juga ikan siakap goreng masak herbal dia yang sangat sedapp. Walaupun harga agak mahal tapi sekurang-kurangnya rasanya sedap dan juga kuantiti lauk yang banyak. Macam biasalah untuk ke MBK Market Mall ini dari hotel kami itu, kami perlu menaiki BTS Phaya Thai dengan membeli One Day Pass yang berharga THB150/seorang menuju ke BTS Siam station (BTS Khu Khot Line). Lepas itu, naik esklator untuk menaiki BTS National Stadium Line menuju National Stadium station. Lepas sampai je korang di National Stadium Station, MBK Central Mall betul2 di sebelahnya dan korang perlu naik sampai ke tingkat 5 berdekatan dengan imigresan. Disitulah, Yana Restaurant terletakkannya.
Lepas sahaja kenyang, kami menuju ke beberapa mall yang berdekatan dengan BTS Chit Lom station (BTS Kheha Line) untuk membeli oleh-oleh yang dikatakan murah-murah. Sebenarnya boleh je beli kat Chatuchak Market semalam tapi tak sempat dan aku tak tahu waktu operasi pasar ini kerana semalam semua kedai dah nak tutup walaupun jam baru pukul 8.00 malam. Aku nasihatkan sesiapa nak pergi Chatuchak Market, datanglah waktu siang iaitu bermula jam 10.00 pagi setiap hari tapi ada yang cakap buka pada hari cuti (Jumaat, sabtu dan ahad sahaja).
Kesimpulannya, aku terpaksa ke tempat lain untuk membeli oleh-oleh Thailand iaitu di beberapa mall yang berhampiran dengan BTS Chit Lom station. Mall yang kami pergi adalah Platinum Mall kerana mall ini sama je seperti GM Klang yang menjual barang-barang murah secara borong. Tapi kat sini takde pulak menjual oleh-oleh macam keychin atau beg2 kerana kebanyakkan banyak menjual baju2, beg2 dan sebagainya. Di sini aku hanya membeli beg galas untuk hadiah kawan seperjuangan researcher aku sahaja yang berharga THB200. Seterusnya kami meneruskan jelajah ke mall seterusnya iaitu Big C mall iaitu mall ini sama macam tesco, giant dan AEON yang menjual barang2 makanan, pakaian dan sebagainya. Syukur disini aku dapat juga membeli oleh-oleh untuk kawan2 kerja aku serta diri aku sendiri dan banyak pilihan pulak tu.
Untuk makluman, bangunan mall yang aku pergi ini adalah sebahagian daripada beberapa mall di sekitar BTS Chit Lom station dan korang perlu menaiki jambatan yang dikhaskan untuk perjalan kaki dimana laluan pejalan kaki ini adalah jambatan di atas jalan raya besar yang menghubungkan beberapa mall. Jadi tak payah korang susah payah lintas jalan raya. Selain itu, korang boleh sahaja jalan kaki dari mall ini ke BTS Siam Station tanpa perlu menaiki BTS Chit Lom sekiranya korang sanggup berjalan kaki sejauh 700 meter ke BTS Siam Station. Ada je sebenarnya jambatan pejalan kaki khas yang menghubungkan BTS Chit Lom station sehingga ke BTS Siam station. Inilah yang mejadi kelebihan bandar bangkok ini dibandingka di bandar KL kerana terdapat laluan khas pejalan kaki diatas jalan raya besar yang menghubungkan bangunan mall dan juga setiap BTS station tertentu. 
Macam aku hari itu, aku berjalan kaki je dari Big C mall sehingga ke BTS Siam station kerana hanya BTS Siam station ini sahaja boleh interchange ke BTS Bang SkyTrain Sukhumvit Line dan juga BTS SkyTrain Silom Line. 
Apabila sampai di BTS Siam station, aku menaiki BTS Bang Wa Line untuk menuju BTS Saphan Taksin station untuk menikmati menaiki feri 2 tingkat sambil menyusuri sungai bangkok. Harga seorang dalam THB150/seorg dan korang perlu membeli tiket di kaunter Chao Phraya Tourist Boat. Inilah destinasi terakhir aku kali ini iaitu menikmati pemandangan menyusuri sungai bangkok di atas feri 2 tingkat. Pastikan korang berada menaiki feri 2 tingkat dan terus naik satu tangga ke atas tingkat 2 feri jikalau betul2 nak menikmati pemandangan sungai bangkok ini. Sebenarnya, harga pakej ini sudah termasuk untuk unlimited entry jikalau korang ingin berjalan-jalan di sekitar terminal feri ini berhenti. Misalnya The Grand Palace iaitu bangunan yang sarat dengan sejarah masa lalu untuk kediaman Maharaja Siam dan juga pusat pentadbirannya. Tetapi pada masa itu, kami hanya berada di atas feri sahaja memandangkan masa yang sangat terhad. Oklah beb daripada takde, lagipun mana dapat lagi peluang naik feri 2 tingkat ini sambil melintasi jambatan jalan raya, pemandangan The Grand Palace, menyusuri sungai bangkok dan juga menikmati tiupan angin sungai. Sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan ini. 
Sebelum terlupa, pastikan korang menyimpan tiket feri kerana terdapat pemeriksa tiket yang akan memeriksa tiket korang di atas feri itu nanti. Macam hari itu, aku boleh terlupa dimana aku letak tiket feri aku.. Rupa-rupanya di atas seat yang pertama kali aku duduk dan dijumpai oleh akak pemeriksa tiket itu. Mujurlah weii dia tak marah atau minta suruh bayar balik THB150. Kap khun krap, Akak..
Selepas korang dah puas hati naik feri 2 tingkat itu, pastikan korang turun di terminal pertama kali korang naik iaitu Chao Phraya
Selesai sahaja kami puas menaiki feri itu, sudah tiba masanya kami ke Don Mueng Airport untuk pulang ke tanah air (KLIA2). Untuk ke terminal ini dari BTS Saphan Taksin, korang perlu interchange di BTS Siam station untuk naik BTS Line Hijau cair ke BTS Mo Chit station (BTS Khu Khot Line). Apabila sampai di Mo Chit station, pastikan korang turun di sebelah jalan berdekatan Chatuchak Market kerana disitu terdapat bus stop menuju ke Don Mueng Airport. Tunggulah bas bernombor A1 sahaja bersebelah dengan jambatan BTS Mo Chit station dan harga tiket bas dalam THB30/seorang
Syukur ALHAMDULILLAH kami dalam keadaan selamat dan semua perancangan berjalan lancar sepanjang berada di Bangkok ini. Tak sangka aku berjaya menjelajah kembali secara backparker di Bangkok yang sudah lama aku idamkan selama ini dan juga sekaligus menjadi presentar untuk Conferences International buat kali ke-2 pada tahun ini. Semoga masih ada peluang untuk aku mengembangkan kertas kajian aku seperti ini di masa depan kelak. AMINN…

Rabu, 26 April 2023

BANGKOK… BackparkerLIFE dan Researcher (PART 1)

Permulaan tahun 2023 sangat indah dengan menyahut cabaran hidup dan di luar kemampuan sendiri. Mana tidaknya, pada tahun ini sahaja sudah 2 Conferences International untuk kertas kajian  yang sudah disertai. Tapi ada juga sedihnya dimana Colloqium Nursing Malaysia yang dibawah anjuran Nursing Division KKM yang diadakan di NIH Puncak Alam menolak mentah2 DUA paper kajian saya kerana tidak mencapai piawai dan pelbagai lagi alasan yang diberikan tapi takpelah takde rezeki aku nak bertanding dalam Colloqium anjuran nursing KKM sendiri anjurkan. Namun begitu, kertas kajian aku ini diterima di luar bidang nursing iaitu Association of Malaysia Environment-Behaviour Interntional Research yang dihadiri 19 negara yang bertanding termasuk Negara China yang dianjurkan di Al-Meroz Hotel Bangkok, Thailand pada 28-30 April 2023. Jadi blog kali ini akan aku menceritakan pengalaman aku menjadi presenter dan juga sebagai backparkerLife yang sudah lama aku tinggalkan selepas berkahwin ini..JOM JELAJAH BANGKOK pulak.

PERSIAPAN KE BANGKOK
Sebenarnya aku banyak bersyukur kepada supervisor kajian aku yang banyak membantu dan juga memberi peluang kepada aku untuk menyertai Conferences International Research. Masa supervisor aku ckp berminat ke nak try international conferences lagi selepas kejayaan kami bertanding untuk Conferences Nursing International masa bulan Februari hari ini. Aku apalagi, mestilah nak kerana kalau boleh aku nak terbitkan kertas kajian ini dalam mana-mana jurnal. Akan tetapi, sebenarnya kami dikejutkan lagi dengan berita gembira dimana kajian ini sudah pun menang dan terpilih untuk diterbitkan di dalam jurnal berimpak yang menjadi idamanku iaitu Malaysian Jurnal Nursing (MJN) masa penyertaan kami pada pertama conferences international bulan februari lagi. Aku berbelah bagi samaada nak terbitkan dalam MJN ataupun teruskan je conferences kat bangkok tu. Akhirnya kami memilih untuk menyertai dan menerbitkan kertas kajian ini di conferences bangkok itu je lah.
Langkah pertama yang aku buat adalah mencari tiket penerbangan dan juga hotel sekitar conferences. Nak menginap kat hotel conferences itu diadakan, perhhhh mahal beb. Dah lah masa itu, musim raya puasa lagi. Tiket penerbangan pulak semuanya harga RM1000. Pokailah aku weii..Tapi syukur alhamdulillah, masa aku godek mengodek AirAsia dptlah tiket pergi-balik dalam RM750 cuma aku kena terpaksa pilih waktu penerbangan yang telah ditetapkan.
Seterusnya, misi mencari hotel pulak. Memandangkan hotel Al-Meroz ini terletak berhampiran dengan stesen Ramkhamhaeng station (AirportRail Link) maka aku mencari hotel disekitar Phaya Thai station (BTS Sukhumvit Line). Untuk pengetahuan semua, kat bangkok ini semua stesen train samaada BTS, MRT, Airport Link dan sebagainya tidak bergabung ye dan korang kena keluar station kalau nak ubah dari BTS ke MRT. Hotel yang aku pilih adalah Florida Hotel Bangkok dengan rate semalaman RM136 termasuk cukai. TAPI memandangkan kewangan yang darurat aku membuat keputusan membayar ansuran secara ATOME apps, siap dapat diskaun lagi (-RM45). Jadi semalaman aku cuma bayar RM125 je.
Last and not least (ayat2 researcher pulak, hahahaha), jangan lupa tukar duit RM korang kepada THB, macam biasalah, tempat yang selalu aku tukar duit adalah di Midvalley berdekatan KFC lowerground. Pada masa itu, nilai RM agak jatuh dimana ak cuma dapat THB15k dengan bayaran RM1956.60 (0.13044). Aku rasa cukup je THB15k untuk 2 orang memandangkan hotel dan juga tiket flight sudah pun dibayar.

DAY 1: KLIA2 ke Phaya Thai station
Memandangkan tiket balik aku akan tiba pada waktu tengah malam, jadi aku membuat keputusan membawa kereta sahaja dan parking di Salak Tinggi ERL station. Tak sangka parking kat Salak Tinggi ERL station dah penuh menyebabkan aku sukar mencari parking kereta dan mujurlah ada juga boleh parking walaupun terpaksa berjalan kaki hampir 1km ke ERL Salak Tinggi station. Rate parking kereta pulak mengikut waktu mereka dimana rate siang cuma RM3 sahaja dan rate bermalam perlu bayar RM5 (24jam dikenakan RM8), aku cuma bayar RM35 sahaja untuk 5 hari 4 malam. Untuk membeli tiket ERL ini, saya galakkan korang pakai kad debit BANK ISLAM sahaja kerana korang hanya perlu bayar sebanyak RM3.90 ataupun beli secara online sebanyak RM4.40 tapi kalau korang tak kisah sangat nak bayar RM4.90 terserah.
Apabila sampai ke KLIA2 terpaksa berlari2 untuk sampai ke pintu berlepas iaitu P7. Macam biasalah kena merempuh 2 station pemeriksaan imigresan sebelum sampai ke pintu berlepas. Aku nasihatkan korang bawalah botol air kosong kerana di sekitar pintu berlepas disediakan coway untuk korang isi air minuman untuk bekalan korang samaada di dalam flight ataupun menunggu kelewatan kapal terbang korang. Macam aku hari tu, delay pulak 2 jam 15 minit. Kalau masih delay 15 minit lagi bolehlah claim insurans perjalanan yang aku sudah beli jikalau penerbangan lewat 2 jam 30 minit (Etiqa insurans). Hahahahaha….
Penerbangan ke bangkok mengambil masa hanya 2 jam dan korang akan tiba di Terminal Don Mueng (DMK). Di bangkok ini ada 2 terminal (Don Mueng dan juga Suvarnabumi Airport) dan terminal yang aku tiba ini memang tiada stesen BTS. Jadi dari sini, korang perlu menaiki bas bernombor A1  (THB30/org) dan akan turun di Mo Chit station (BTS line hijau cair) yang bus stop terminal ini berada di luar terminal. Dekat Mo Chit station dah dekat sebenarnya dengan pasar terpanjang dan terbesar di Bangkok iaitu Chatuchak Night Market tapi pada hari itu, aku dah kepenatan dan perlu bersedia di conferences esoknya. 

Sebelum aku pulang ke hotel, aku berhenti dahulu di station Ratchathewi station dengan menaik BTS dari Mo Chitt station ke Ratchathewi station (BTS Kheha Line) dengan harga THB30/org untuk makan malam di Nissa Reen Restaurant yang dikatakan sekitar sini banyak kedai makan halal. Aku nak try kari hijau yang dah lama aku idamkan selama ini apabila berada di Thailand. Makanan boleh tahanlah dan yang peliknya kedai ini, korang perlu naik ke atas tingkat 2 dan apabila membayarnya korang perlu turun di bawah rumah itu. Makanan dia sedap jugalah dan berbaloi dengan harganya. Yang penting kuantiti lauknya banyak berbanding kedai2 siam yang berada di KL. 

DAY 2: Phyra Thai station ke Al-Meroz Hotel
Memandangkan dalam tentatif conferences ini bermula jam 9.00 am waktu thailand (sejam lewat dari waktu Malaysia), aku bergegas ke conferences. Mujurlah hotel yang aku pilih berada di 2 station iaitu BTS Skyline dan juga Airport Rail Line memudahkan aku menjelajah bangkok dan juga sekaligus perlu hadir ke conferences. Sekitar hotel ini juga ada banyak kemudahan seperti kedai 7e dan betul2 bersebelah dengan station sahaja. Untuk ke hotel Al-Meroz, aku perlu menaiki train airport (Line merah) dari Phaya Thai ke Ramkhamhaeng station  (Suvanabhumi Airport Line) yang berharga THB25/org. Apabila tiba disini, aku perlu menaiki motorsikal (GrabBike= THB20/org) yang sudah bersedia di hadapan station memandangkan jarak ke hotel itu dalam 700 meter jaraknya.
Apabila tiba di conferences, aku dimaklumkan bahawa pada hari ini conferences secara virtual sahaja dan tidak perlu berada di hotel Al-Meroz. Aku apalagi, aku memulakan misi menjelajah bangkok aku dan pada masa yang sama menyertai conferences secara virtual. Aku boleh je online virtual menggunakan telepon dan pada masa sama aku jelajah bangkok. Tapi sebelum bermula, perut aku sudah berbunyi menandakan aku perlu mengambil sarapan pagi dengan segera. Hahahahahaha….
Jelajah pertama aku adalah ke MBK central mall yang dikatakan disitu terdapat kedai makan yang wajib dicuba apabila sampai di bangkok iaitu Yana Restaurant dan juga membeli barangan yang murah2. Memandangkan aku berada di Ramkhamhaeng station, aku pergi ke Phaya station  (BTS Khu Khot Line) semula untuk tukar train kepada BTS untuk menuju ke Siam station  (BTS Kheha Line). Apabila sampai di Siam station  (BTS Kheha Line), sebenarnya korang hanya perlu naik ke atas tingkat sahaja untuk menaiki interchange BTS Skytrain Silom Line untuk menuju ke National Stadium station (Line Hijau muda). Dimana station ini betul2 berada di sebelah sahaja pintu masuk ke MBK Central Mall. Tapi memandangkan aku tak tahu, jadinya aku terpaksa keluar dari Siam station dan berjalan kaki sejauh 1km ke MBK Central Mall ini. Perhhh penat gilaa dan ditambah pulak dengan perut lapar. Sebelum terlupa, sebenarnya aku dah beli One Day Pass berharga THB150 kat Phaya Thai Station yang akan digunakan untuk BTS line sahaja. Korang boleh pakai kemana sahaja train BTS line yang korang nak pergi tanpa perlu memikirkan harga setiap station BTS.
Alhamdulillah sampai juga aku di Yana Restaurant, aku memesan Kari Hijau ayam seperti biasa dan juga makanan2 lain seperti ikan siakap goreng masak herbal dan juga kerabu mangga. Harga makanan agak mahal sedikit berbanding di luar tapi kuantiti lauk dia memang banyak beb. Tak rugi pun kalau korangkan habiskan duit disini. Jangan lepaskan peluang makan BAKSO dia kat sini sebab sangat digalakkan untuk cuba….
Perut pun dah kenyang maka jelajah bangkok pun sudah bermula. Sebenarnya bangkok ini sangatlah mudah kerana dengan adanya kemudahan awam seperti BTS, MRT, Airport Train, FERI dan juga SRT. Kebanyakkan tempat pelancongan sangat berhampiran dengan semua pengangkutan awam yang korang tak perlu menyewa teksi, van ataupun tuk-tuk. Lokasi kedua yang tersenarai dalam list aku adalah Mae Klong Market dan juga Amphawa Floating Market yang terletak di Samut Songkhram (sangat jauh beb dalam 90km dari bandar bangkok, umpama dari KL ke Melaka jaraknya). 
Kat sini ada kenangan pahit dan juga kenangan manis sebenarnya kerana kami terlepas van terakhir ke bangkok iaitu jam 6.00pm. Mujurlah ada abang security yang menjaga bus stesen daerah ini yang baik hati menumpangkan kami dengan motornya dan membawa kami ke agensi yang menawarkan van ke bangkok. Walaupun kena caj THB2000 tapi bersyukur amat sangat kerana selamat sampai dan tidak perlu bermalam di daerah ini. Tambahan lagi, esoknya aku kena hadir ke conferences pulak di hotel Al-Meroz. Aku dah cuba menggunakan apps Grabcar tapi dah dekat sejam tiada pun driver yang ambik kami. 
Jadi nasihat aku, kalau korang nak pergi sini, sila pastikan korang balik sebelum jam 5.00pm kerana risau jadi seperti kami pulak. Pastikan korang mencari bus stesen mereka yang terletak bersebelah dengan tokong dan aku dimaklumkan hanya SATU van sahaja yang menuju ke Bangkok Bus Terminal South (Sai Tai Mai). Mungkin ada juga van lain tapi masa aku mencari kaunter tapi aku dimaklumkan hanya satu kaunter sahaja yang jual tiket van itu dan last van terakhir adalah pukul 6.00pm. Aduhaipun, memang risau gilaa juga masa itu sebab tiket van ke Bangkok sudah habis dan pada masa yang sama aku perlu hadir ke conferences pada ke-esokan harinya. Jadi korang kena pastikan korang balik dari sini sebelum jam 5.00pm lagi kalau tidak terpaksalah korang bermalam disini.
Untuk ke sini sebenarnya ada cara mudah iaitu  je mengambil pakej ataupun menaiki keretapi sahaja. Kami pulak menggunakan cara backparker iaitu dengn BTS, bas awam dan juga Grabcar. Pertamanya adalah dari National Stadium station (BTS Bang Wa Line) dimana tempat kami makan di Yana Restaurant di MBK Centrel Mall terus menaiki BTS menuju ke Bang Wa station. Selepas sampai ke Bang Wa station, korang perlu menaiki grabcar menuju ke Bangkok Bus Terminal (South) atau bahasa siamnya Sai Tai Mai (THB128), lepas itu korang perlu cari kaunter kecil berhadapan dengan terminal bus station ini menuju ke Mae Klong Market yang bernombor 996. Harga tiket THB60/orang dan perjalanan dia mengambil masa hampir 2 jam perjalanan. Yang tak tahannya, bukan naik bas pun tetapi van pelancong yang seksa rasanya apabila berada di dalam van ini sebab aircond macam haram kurang berfungsi. Bolehlah merasa mcm duduk dalam neraka dunia sekejap. Nasihat aku, bawalah kipas kecil kalau korang taknak bermandi peluh sepanjang perjalanannya. Walaupun beraircond tapi macam kedekut sangat sebab tak terasa pun aircondnya. Takpelah, memang begitulah kalau melancong backparker style. Hadam je lah semuanya asalkan selamat sampai di destinasi.
Alhamdulillah selamat juga sampai di Mae Klong Market yang menjadi popular dan menjadi tempat wajib apabila berada di Bangkok. Sepanjang landasan keretapi ini terdapat pasar yang menjual pelbagai makanan ataupun cenderahati. Menariknya pasar ini adalah apabila waktu keretapi melaluinya, semua pasar ini akan menutup semua kedai2 mereka sementara dan mengalihkan semua barangan yang diletakkan di sepanjang laluan keretapi. Agak menarik juga sebabnya korang boleh melihat keunikan cara mereka berniaga di atas landasan sambil melihat keretapi melaluinya. Waktu keretapi melaluinya adalah bermula jam 6.20am, 8.30am, 9.00am, 11.10am, 11.30am, 2.30pm, 3.30pm dan 5.40pm. Jadi pastikan korang berada di waktu2 berikut jikalau korang ingin melihat keunikan mereka berniaga.
Seterusnya, kami menuju ke Amphawa Floating Market yang tidak jauh dari sini juga tapi korang perlu menaiki GrabCar untuk sampai disini. Harga grab dalam THB100 sahaja. Di Floating Market ini sebenarnya korang kena scam kerana SEBENARNYA mereka menjual di sekitar sungai ini sahaja dan tidak berada di boat mereka masing-masing seperti di Hatyai tu. Hahahahaha. Pasar ini macam pasar biasa sahaja dan tidak menjual sebarang makanan eksotik (lipas,katak,cicak dan sebagainya) seperti floating market di Hatyai tu. Cenderahati pun takde yang menarik perhatian aku kecuali bantal ikan masin tu. Hehehe.. Ingakan ikan masin size besar dan dibungkus dalam plastik, sekali hanya bantal sahaja.

Seterusnya tiba masanya kami pulang ke Bang Wa station (BTS National Stadium Line) semula walaupun terpaksa membayar THB2000 tapi syukur Alhamdulillah kami selamat sampai di Bang Wa station semula selepas ketinggalan van terakhir. Memandangkan perut pun dah lapar kerana seharian berada di jalan raya dan juga tiada kedai makan halal berhampiran tempat kami pergi. Jadi, kami berhenti sebentar di BTS Ratchathewi (BTS Khu Khot Line) untuk makan malam di Farida Fatornee Restaurant yang berdekatan sahaja dengan kedai makan Nissa Reen. Untuk ke sini, dari Bang Wa station (BTS National Stadium Line), korang perlu transit di Siam Station (BTS National Stadium Line) untuk menaiki BTS Khu Khot Line. Apabila sampai di Siam Station (BTS National Stadium Line), korang cari ke BTS Khu Khot Line (BTS Hijau Cair Line) untuk turun di Ratchatthewi station (BTS Khu Khot Line). Makanan boleh tahanlah dan yang penting nescafa ais ada. Tauke ini pun sangat peramah dan fasih cakap melayu dengan kami.
Sebelum mengakhiri jelajah bangkok aku pada hari ini, aku masih lagi gagahkan diri ke Chatuchak Night Market yang terletak di Mo Chit station (BTS Khu Khot Line). Pasar ini memang pasar terbesar dan terpanjang di Bangkok, jadi jangan mimpilah kalau korang semua nak tawaf semua kedai-kedai disini sebab memang tak cukup kaki nak jalan semuanya. Lepas itu, kalau nak beli barang, pastikan korang beli je mana-mana kedai yang korang jumpa sebabnya nak patah balik ke kedai yang korang dah cop tu memang penat weiii.. Entah2 korang dah lupa dimana lokasi kedainya.
Hari itu, aku sekadar cuci mata sahaja dan tak habis tawaf semua pun kerana sudah seharian aku berjalan di bangkok ini. Nanti sambung balik sebab aku nak beli cenderahati dan juga cover passport aku yang sudah lama aku idam selama ini.

DAY 3: Conferences All-days di Meroz Hotel
Hari ke-3 aku banyak diluangkan masa dengan conferences day bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pm yang sangat pack dengan pembentangan kajian saintifik dan juga bakal diterbitkan di dalam Jurnal Environment Behaviour Proceedings. Terasa kerdil sangat aku berada disini kerana kebanyakkan mereka bertaraf doktor, phd dan juga pengajar IPTA/IPTS. Aku je yang masuk bertanding dengan membawa kertas kajian aku yang berada di level beginner berbanding mereka yang sudah OTAI di dalam bidang kajian. Syukur sangat2 diberikan peluang membentangkan kajian aku walaupun aku rasa kajian aku ini cuma jenis kajian biasa-biasa sahaja dan tak layak bertanding dengan mereka. Tak kisahlah beb, janji kertas kajian aku ini diterbitkan dalam jurnal bertaraf antarabangsa.
Oklah sampai disini sahaja blog jelajah bangkok kali ini. Sampai jumpa lagi di dalam blog seterusnya.


Sabtu, 30 April 2022

Melabur duit di IKEA

 
Syukur alhamdulillah saya masih dikurniakan kesihatan yang baik dan juga nyawa yang masih panjang oleh Allah SWT..Catatan kali ini, aku akan menceritakan pengalaman aku membeli perabut mahal2 di ikea (aduhaipun, berlagak gila aku skrg…hahaha). Dah lama sebenarnya aku nak membeli perabut ikea ini tapi disebabkan aku takde kad kredit (sbb aku nak buat ansuran mudah selama 6 bulan beb, x mampu bayar penuh) aku gagahkan diri membeli barangan ikea buat kali pertamanya. Aku tak galakkan sangat korang membeli perabut kat Ikea kerana harganya yang mahal dan korang kena layan diri dimana korang kena dapatkan sendiri perabut yang korang nak di gudang tingkat bawah mereka. Lepas tu kena bayar transport lagi kalau kereta xmuat dan juga upah pemasangan pulak.. Macam orang kaya lah senang cerita. Tapi sebenarnya aku dah lama teringin nak ada pengalaman membeli perabut ikea ini dan bantai je lah weiii..Duit boleh dicari tapi pengalaman mcm ni kena ada seumur hidup sebelum kita ke dunia kekal abadi kelak..Hahahahahaha

STEP 1:DOWNLOAD apps IKEA dalam tepon anda.
Lepas korang dah hbs tawaf berkali-kali dan dah tekad nak membeli perabut ikea juga, korang kena download dulu apps dia dlm tepon anda. Pastikan anda menekan lokasi ikea yang korang berkenan tu supaya tahu stok sediaada dan pencarian nanti. Dalam apps ni juga nanti ada ukuran, saiz dan warna perabut yang korang nak.. Bagus juga apps ni sebabnya tak payah susah2 p ikea utk ketahui stok sediaada dan buat ukuran. Macam aku hari tu, aku memang berkenan dengan perabut buku (KALLAX 16 hole), meja study (Thyge) yang boleh selaras tinggi rendahnya dan 2 set kerusi bar stool (Sandsberg). Dah lama mengidam bertahun-tahun setiap kali tawaf ikea kat damansara ni.

STEP 2: PENCARIAN perabut ikea.
Lepas korang dh puashati dan hbs bertekak lidah dengan orang rumah korang. Pergilah ke ikea yang stok tu ada. Kalau tinggal kat KL ni ada 2 lokasi je iaitu IKEA DAMANSARA dan IKEA CHERAS. Ak x galakkan sangat p IKEA CHERAS kerana terlalu ramai sangat orang datang kat situ. Macam aku hari tu memang aku suka pergi Ikea Damanasara sebabnya kat situ ada MYLORRY (nanti aku cerita). Untuk makluman semua, kalau sesiapa yang tidak pergi ke ikea, marilah aku cerita sedikit selok belok ikea ni. Kalau macam ikea di sekitar KL memang ada 2 tingkat iaitu di 
  • Tingkat 1 adalah showroom mereka, lokasi ni lah menjadi hobi orang ramai memikirkan konsep rumahku idamanku mereka dan kadang2 sesuai untuk cuci mata sahaja dimana ambik gambar dan pilih perabut murah kat luar je. Showroom mereka memang besar gilaa dan banyak konsep dan dekorasi menggunakan perabut mereka. Tapi aku rasa ramai je yang datang ke sini sekadar nak mencari ilham dan idea dekorasi rumah mereka dan beli seakan-akan sama serta murah kat luar. Kat showroom ni memang tiada kaunter bayaran ye jadi korang beli je sambar mana2 barang/ikea dan membuat bayaran di tingkat bawah nanti. Kat showroom ni juga ada kedai makan ikea yang selalu orang buat stories dalam sosmed mereka. Aku paling suka makan meatball dan juga chicken wings…Sedapppp.
  • Tingkat bawah adalah gudang segala perabut mereka. Jadi kalau korang malas nak jalan2 kat showroom mereka, terus je ke tingkat bawah dan terus sambar barang/perabut yang ikea nak. Bermula dari pintu masuk tingkat bawah ni sehingga ke bahagian tengah adalah barang2 ikea yang korang boleh bawa tangan je mcm cermin, perkakas dapur, langsir dan sebagainya. Sampai je kat gudang perabut, jangan lupa ambik trolley yang panjang tu dan mulalah mencari perabut yang korang nak. Kat sini lah part apps IKEA tepon korang digunakan. Ada 2 perkar penting yang korang kena lihat iaitu Rack dan Section. Mula2 tengok rack ke-berapa baru masuk lorong rack dan seterusnya cari pulak section ke berapa. Dah jumpa tengok berapa kotak satu set dan warnanya. Kat sini kena hati2 lah memilih kerana semuanya adalah layan diri yeee.. Ada perabut yang 2-3 kotak, jadi jangan tertinggal memilih. Pastikan warna perabut pun betul kerana boleh jadi mcm aku hari tu kena datang ikea balik untuk pulangkan dan tukar balik warna yang nak. 2-3 kali kerja pulak. Kat depan kaunter ni, dorang ada buat jualan makanan secara kaunter sahaja. Harga pun murah2 gilaa dan air pulak boleh refill (tapi air dia healthy sangat). Aku selalu wajib bawa balik karipada 6 ketul.
STEP 3: BUAT PEMBAYARAN
Yang ini memang best kalau korang beli perabut ikea. Korang boleh beli byk2 perabut yang korang nak (satukan semua dalam satu jumlah) tu dan buat pembayaran secara ansuran mudah CARD CREDIT WITH  ZERO INTEREST (selama 3 bulan, 6 bulan atau setahun) mengikut bajet bulanan korang. Macam aku hari tu, memang aku buat ansur mudah kad kredit maybank selama 6 bulan memandangkan banyak lagi keperluan yang perlu aku beli untuk rumah baru aku nanti. Alang-alang boleh bayar ansuran mudah, tu yang aku terus sambar 4 perabut ikea ni walaupun aku tahu harga dia mcm orang kayangan je.. Hahahahahahaha. Tapi hari tu, aku tengok orang ramai relax je beli sampai 2-3 trolley panjang aku tengok..Perhhhh..kaya..kaya… 

STEP 4: PENGHANTARAN jika muatan besar.
Ikea yang aku pergi adalah IKEA Damansara dan disini Ada 2 cara penghantaran yang korang boleh pilih iaitu dengan  Penghantaran ikea (harga dalam RM75 dan harga mungkin berubah mengikut destinasi korang) tapi cara ni ambik masa dalam 3-5 hari waktu pejabat. Atau pun cara aku adalah menggunakan MYLORRY dimana mereka akan hantar sekarang atau hari esok mengikut masa yang korang nak. MYLORRY kaunter ni ada di sebelah kiri selepas kaunter bayaran dan menghala ke IPC mall tu. Kaunter dia betul2 bersebelah dengan kaunter ikea yang Click and Collect. Jadi korang tolak je trolley korang tu sampai ke kaunter MYLORRY dan pilihlah masa/tarikh yang korang nak mereka hantar. Harga agak mahal sikit dari Ikea punya dan mungkin berbeza mengikut destinasi rumah korang. Mereka akan hantar perabut/barang2 ikea korang terus ke depan rumah walaupun rumah korang takde lif pun. Jadi agak senanglah keje korang kalau korang takde transport dan tenaga kerja nak hantar ke rumah korang. MUDAH, CEPAT dan TIDAK MEMENATKAN. Harga MYLORRY yang aku kena dalam RM85 je iaitu dari IKEA Damansara ke Bandar Baru Sentul, KL (dalam 16km jauhnya).

STEP 5: PEMASANGAN PERABUT
Kalau korang ada kepakaran memasang perabut sendiri, jadi tak payah ikut step ni kerana step ini sesuai kepada mereka yang takde skill/ilmu memasang perabut..Hehehehehe.. Ada banyak sebenarnya servis upah pemasangan perabut ikea ni dalam internet. Nak yang mahal ada nak yang murah pun ada… Macam aku hari tu, aku dapat yang berpatutan je dalam RM105 utk kos datang ke rumah dan pemasangan 4 perabut ikea yang aku beli.. Cepat dan tangkas dorang sebab dalam masa 30 minit dah siap beb…TERBAIK. Nama upah pasang ikea tu adalah Milwaukee dan korang boleh hubungi mereka di talian 016-9372870. Mereka memang mahir dan harga pun berpatutan je..

STEP 6: PEMULANGAN PERABUT IKEA
Macam aku hari tu, aduhaipun aku tersalah pilih warna perabut pulak..Mybe sebab aku tengah berpuasa kot dan dalam mood excited beli perabut ikea.. Nak xnk terpaksalah aku minta mak aku datang ke KL semata-mata nak penukaran perabut ikea yang aku nak tu. Aduhaipun, membazir je bayar MYLORRY tapi kesudahannya kena hantar balik pulak..Dah lah aku pulangkan pada HARI PENGISTIHARAN tarikh raya  mengejut tu (PANIC RAYA). Dugaan puasa dan hari raya syawal yang menjadi memori terindah aku.. Apabila korang dah sampai ke tingkat parking kereta, pastikan korang cari lif Penukaran dan Pemulangan br korang naik ke atas tingkat bawah Ikea Damansara. Lepas tu korang cari mesin nombor giliran dan tekan butang Exchange and Returned dan tunggu giliran korang dipanggil. Lepas nombor korang dipanggil, staf ikea akan lakukan pemeriksaan samaada boleh refund 100% atau berapa peratus je dibenarkan. Untuk makluman korang, pemulangan dan penukaran barang2/perabut ikea ini boleh dilakukan selama 365 hari ok.. Jadi klu ada kerosakan atau kekurangan barang, korang boleh refund balik.. Kot2 korang tak jadi beli pun boleh je korang pulangkan balik. Untuk prosedur refund ini, mereka akan beri 2 pilihan iaitu 
    • Bayaran balik ke akaun kad kredit/debit tapi mengambil masa 3-5 hari waktu kerja.
    • Pemberian kad kupon mengikut nilai barangan yang tiada tempoh masa.
    Untuk makluman korang, kalau nak tukar perabut ikea ni sangat melecehkan kerana dorang takkan ambik dari gudang dan beri kepada korang. Tetapi mereka akan bagi korang 2 prosedur refund ni dan korang sendiri kena masuk ke dalam gudang untuk ambik. Lepas tu kena beratur balik mcm hari pertama korang beli perabut ni dan buat pembayaran.. Leceh betul weiii…

    THE END
    Seronok sebenarnya kalau beli perabut/barang ikea asalkan korang berduit..Hehehehehe.. Hari tu total kos aku agak banyak juga tapi memang aku akan repeat lagi beli perabut ikea lepas dah habis bayar hutang kad kredit ikea ni.. Yelah kalau ko beli perabut ikea, dorang ada buat aksesori/barang/produk yang sesuai dengan saiz dan tema perabut mereka. Jadi korang boleh lakukan dekorasi mengikut citarasa korang.
    Oklah ak selitkan jumlah keseluruhan kos melabur duit di IKEA untuk korang supaya korang boleh pikirkan jalan terbaik untuk pelaburan dekorasi rumah korang..
    • 1 perabut almari buku ,KALLAX (RM459.00)
    • 1 perabut meja study, THYGE (RM399.00)
    • 2 kerusi panjang, SANDSBERG (RM115.00 x 2 = RM230)
    • Kos hantar, MYLORRY (RM85.00)
    • Kos pemasangan semua perabut dan datang ke rumah (RM105.00)
                                                                                                            TOTAL RM1278.00