Sabtu, 29 April 2023

BANGKOK… BackparkerLIFE dan Researcher (PART 2)


DAY 4: Kanchanaburi
Hari ke-3 conferences adalah hari melancong ke tempat pelancongan di Bangkok tapi memandangkan aku tidak mengambil pakej yang ditawarkan oleh pihak penganjur, maka aku mengambil keputusan sendiri untuk menjelajah ke kawasan Kanchanaburi. Di Kanchanaburi ini menjadi tarikan pelancong adalah The Dead Railway Kanchanaburi iaitu satu landasan keretapi yang dibina di atas landasan jambatan kayu dan juga korang boleh menyaksikan muara sungai yang terdapat di sekitar landasan keretapi ini. Sebenarnya tiada yang menarik pun disini selain korang bergambar di jambatan kayu landasan keretapi ini. Tetapi pemandangan di sepanjang jalan ke sana yang dikeliling dengan kebun ganja, gunung-ganang, beberapa jambatan kayu dan juga menyusuri jambatan di muara sungai. Yang paling penting pengalaman yang tidak dapat digambarkan apabila korang dapat menaiki keretapi awam yang klasik iaitu tingkap yang terbuka tanpa ada aircond. Bolehlah korang bergambar seolah-olah cerita Bolloywood sambil menikmati keindahan pemandangan yang terbentang luas disepanjang ke sana. 
Perjalanan ke sana mengambil masa 2-3 jam, jadi pastikan korang sudah membeli dan membawa banyak kudapan dan makanan sepanjang perjalanan keretapi ke sana. Pada hari itu, aku dah bangun awal pada pukul 5.30 pagi supaya selamat sampai disini. Untuk kesini, aku perlu mengambil BTS dari Phaya Thai station ke Mo Chit Station (BTS Khu Khot Line) dengan kadar bayaran THB43/seorg. Pada hari itu, aku tidak membeli One Day Pass kerana jelajah aku kali ini hanya di Kanchaburi sahaja. Selepas itu, aku perlu ke MRT Chatuchak station bersebelah je dengan BTS Mo Chit Station iaitu di tingkat bawah selepas korang keluar dari BTS Mo Chit Station. Selepas itu, korang perlu menaiki MRT Chatuchak station ke MRT Bang Khun Non (Blue Line) yang berharga THB36/seorg. Apabila sampai di MRT Bang Khun Non, korang perlu menaiki GrabBike yang sudah tersedia di hadapan station untuk menuju ke Station Keretapi Thonburi untuk dengan kadar bayaran THB20. Sila pastikan korang berada di station ini sebelum jam 7.30 pagi untuk trip yang paling awal ke sana. Stesen dia mcam station biasa je taw bukan yang jenis ada terminal dalam besar.
Sangat seronok rasanya apabila menikmati pemandangan sepanjang perjalanan ke sana dengan tingkap terbuka membuatkan aku yang jakun ini sangat bertuah diberikan peluang menikmati pengalaman sebegini. Yelah kat KL, keretapi samaada ETS,KTM dan sebagainya semuanya sudah bertutup dan beraircond berbanding yang aku naik disini memang betul2 klasik sangat. Bunyi honnn2 versi keretapi lama. Ditambah pulak dengan landasan ini akan melalui jambatan kayu di muara sungai bangkok. Di dalam keretapi ini juga ada peniaga membawa makanan ke hulur-hilir menjual makanan cuma aku nasihatkan korang beli buah sahaja ataupun minuman bertin kerana dikhuatiri tidak halal. Yang bestnya, peniaga disini ada menyediakan ais batu dalam cawan yang sesuai untuk korang menikmati minuman sejuk. Sebelum keretapi ini berlepas, aku sempat juga membeli kopi AMAZON di Station Keretapi Thonburi tapi disebabkan masa nak membeli pun macam itik dan ayam berkomunikasi menyebabkan aku terbeli banyak kopi latte. Hahahahahaha. 
Keretapi ini tiada nombor seat jadi korang bebas nak duduk mana sahaja korang suka nak duduk. Macam aku hari itu, aku duduk di kabin last sekali kerana tempat duduknya macam LRT Putra di KL yang luas dan sangat selesa kerana korang tidak diperhatikan oleh orang dihadapan korang. 
Apabila sampai di Death Railway Kanchanaburi, korang bolehlah bergambar di sepanjang landasan keretapi di atas jambatan kayu disitu. Di situ juga, terdapat tebing sungai yang sangat tinggi untuk korang mengabadikan potret gambar korang berlatarbelakangkan pemandangan atas jambatan landasan keretapi dengan tebing sungai. Jangan lepaskan peluang bergambar diatas landasan keretapi di atas jambatan kayu ini. Disini juga terdapat kedai2 menjual cenderahati, kedai2 makan dan juga tandas (seksalah wei sesiapa nak terberak disini kerana kotor sangat airnya). Macam aku hari itu, mujurlah bawa satu botol besar air untuk cuci tapi yang menyedihkannya mangkuk tandasnya tiada pump air untuk mengosongkan mangkuk tandasnya. Aduhaipun, malunya aku masa itu dan cepat melarikan diri supaya tak kanto..Hahahahahaha. Tapi kan aku memang perasan, budaya tandas disini memang tiada paip air beb untuk cuci kerana kebanyakkan mall ataupun tandas awam hanya menyediakan tisu tandas sahaja. Jadi nasihat aku, belilah botol air sekiranya korang ingin berak. Huhuhuhu…
Selepas puas berjalan-jalan di Dead Railway, aku kembali semula ke Bangkok iaitu MRT Bang Khun Non. Makluman, kalau nak beli tiket keretapi di Death Railway Kanachanaburi, memang takde kaunter jual tiket kerana korang perlu membayarnya di atas keretapi nanti. Jadi takyah pening mencari mana kaunter jual tiket. Apabila sampai di MRT Bang Khun Non, korang perlu menaiki MRT ke MRT Chatuchak Park untuk meneruskan misi tawaf satu Pasar Chatuchak dan juga makan malam disini.
Di Pasar Chatuchak ini, korang boleh membeli apa-apa sahaja yang korang suka dan nak kerana hampir kesemua barang-barang ada dijual disini. Pada hari itu, aku sempat dapat membeli cover Passport yang sudah lama aku idamkan yang ada ukir nama dan juga boleh letak berapa banyak icon yang korang nak tampal di cover passport itu. Harga pun dalam THB100/satu termasuk ukir nama dan juga icon2 yang korang nak tampalkan. Seterusnya untuk makan malam pulak, kami makan malam di SAMAN ISLAM di section 16 soi 24. Yang menjadi perbualan para backparker di kedai makan ini adalah jangan lepaskan peluang menikmati bakso dia dan juga nasi goreng dia yang sedap. Harga berpatutan juga lah jika dibandingkan dengan Yana Restaurant di MBK Market Mall itu. Cuma bezanya menu kedai makan ini tak banyak pilihan. Yang paling penting adalah Nescafa ais ada dijual disini (sesuai untuk mereka yang hantu nescafa ais).

DAY 5: Phaya Thai ke KLIA2
Memandangkan tiket flight kami pada pukul 7.30 petang, maka kami tidak melepaskan lagi peluang untuk hari terakhir kami disini dengan menjelajah tempat2 pelancongan sekitar bandar Bangkok pulak. Yang paling penting sekali adalah aku perlu mencari oleh-oleh yang perlu dibawa kepada kawan2 kerja aku nanti. Justeru itu, kami bersiap-siap awal dan juga menyimpan beg kami di hotel ini sahaja selepas check out. Mujurlah hotel ini sangat peramah dan dibenarkan meletakkan beg2 kami tanpa kena bayaran. Syukur Alhamdulillah.
Destinasi pertama kami adalah Yana Restaurant di MBK Market Mall yang aku still nak repeat Kari Hijau dia dan juga ikan siakap goreng masak herbal dia yang sangat sedapp. Walaupun harga agak mahal tapi sekurang-kurangnya rasanya sedap dan juga kuantiti lauk yang banyak. Macam biasalah untuk ke MBK Market Mall ini dari hotel kami itu, kami perlu menaiki BTS Phaya Thai dengan membeli One Day Pass yang berharga THB150/seorang menuju ke BTS Siam station (BTS Khu Khot Line). Lepas itu, naik esklator untuk menaiki BTS National Stadium Line menuju National Stadium station. Lepas sampai je korang di National Stadium Station, MBK Central Mall betul2 di sebelahnya dan korang perlu naik sampai ke tingkat 5 berdekatan dengan imigresan. Disitulah, Yana Restaurant terletakkannya.
Lepas sahaja kenyang, kami menuju ke beberapa mall yang berdekatan dengan BTS Chit Lom station (BTS Kheha Line) untuk membeli oleh-oleh yang dikatakan murah-murah. Sebenarnya boleh je beli kat Chatuchak Market semalam tapi tak sempat dan aku tak tahu waktu operasi pasar ini kerana semalam semua kedai dah nak tutup walaupun jam baru pukul 8.00 malam. Aku nasihatkan sesiapa nak pergi Chatuchak Market, datanglah waktu siang iaitu bermula jam 10.00 pagi setiap hari tapi ada yang cakap buka pada hari cuti (Jumaat, sabtu dan ahad sahaja).
Kesimpulannya, aku terpaksa ke tempat lain untuk membeli oleh-oleh Thailand iaitu di beberapa mall yang berhampiran dengan BTS Chit Lom station. Mall yang kami pergi adalah Platinum Mall kerana mall ini sama je seperti GM Klang yang menjual barang-barang murah secara borong. Tapi kat sini takde pulak menjual oleh-oleh macam keychin atau beg2 kerana kebanyakkan banyak menjual baju2, beg2 dan sebagainya. Di sini aku hanya membeli beg galas untuk hadiah kawan seperjuangan researcher aku sahaja yang berharga THB200. Seterusnya kami meneruskan jelajah ke mall seterusnya iaitu Big C mall iaitu mall ini sama macam tesco, giant dan AEON yang menjual barang2 makanan, pakaian dan sebagainya. Syukur disini aku dapat juga membeli oleh-oleh untuk kawan2 kerja aku serta diri aku sendiri dan banyak pilihan pulak tu.
Untuk makluman, bangunan mall yang aku pergi ini adalah sebahagian daripada beberapa mall di sekitar BTS Chit Lom station dan korang perlu menaiki jambatan yang dikhaskan untuk perjalan kaki dimana laluan pejalan kaki ini adalah jambatan di atas jalan raya besar yang menghubungkan beberapa mall. Jadi tak payah korang susah payah lintas jalan raya. Selain itu, korang boleh sahaja jalan kaki dari mall ini ke BTS Siam Station tanpa perlu menaiki BTS Chit Lom sekiranya korang sanggup berjalan kaki sejauh 700 meter ke BTS Siam Station. Ada je sebenarnya jambatan pejalan kaki khas yang menghubungkan BTS Chit Lom station sehingga ke BTS Siam station. Inilah yang mejadi kelebihan bandar bangkok ini dibandingka di bandar KL kerana terdapat laluan khas pejalan kaki diatas jalan raya besar yang menghubungkan bangunan mall dan juga setiap BTS station tertentu. 
Macam aku hari itu, aku berjalan kaki je dari Big C mall sehingga ke BTS Siam station kerana hanya BTS Siam station ini sahaja boleh interchange ke BTS Bang SkyTrain Sukhumvit Line dan juga BTS SkyTrain Silom Line. 
Apabila sampai di BTS Siam station, aku menaiki BTS Bang Wa Line untuk menuju BTS Saphan Taksin station untuk menikmati menaiki feri 2 tingkat sambil menyusuri sungai bangkok. Harga seorang dalam THB150/seorg dan korang perlu membeli tiket di kaunter Chao Phraya Tourist Boat. Inilah destinasi terakhir aku kali ini iaitu menikmati pemandangan menyusuri sungai bangkok di atas feri 2 tingkat. Pastikan korang berada menaiki feri 2 tingkat dan terus naik satu tangga ke atas tingkat 2 feri jikalau betul2 nak menikmati pemandangan sungai bangkok ini. Sebenarnya, harga pakej ini sudah termasuk untuk unlimited entry jikalau korang ingin berjalan-jalan di sekitar terminal feri ini berhenti. Misalnya The Grand Palace iaitu bangunan yang sarat dengan sejarah masa lalu untuk kediaman Maharaja Siam dan juga pusat pentadbirannya. Tetapi pada masa itu, kami hanya berada di atas feri sahaja memandangkan masa yang sangat terhad. Oklah beb daripada takde, lagipun mana dapat lagi peluang naik feri 2 tingkat ini sambil melintasi jambatan jalan raya, pemandangan The Grand Palace, menyusuri sungai bangkok dan juga menikmati tiupan angin sungai. Sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan ini. 
Sebelum terlupa, pastikan korang menyimpan tiket feri kerana terdapat pemeriksa tiket yang akan memeriksa tiket korang di atas feri itu nanti. Macam hari itu, aku boleh terlupa dimana aku letak tiket feri aku.. Rupa-rupanya di atas seat yang pertama kali aku duduk dan dijumpai oleh akak pemeriksa tiket itu. Mujurlah weii dia tak marah atau minta suruh bayar balik THB150. Kap khun krap, Akak..
Selepas korang dah puas hati naik feri 2 tingkat itu, pastikan korang turun di terminal pertama kali korang naik iaitu Chao Phraya
Selesai sahaja kami puas menaiki feri itu, sudah tiba masanya kami ke Don Mueng Airport untuk pulang ke tanah air (KLIA2). Untuk ke terminal ini dari BTS Saphan Taksin, korang perlu interchange di BTS Siam station untuk naik BTS Line Hijau cair ke BTS Mo Chit station (BTS Khu Khot Line). Apabila sampai di Mo Chit station, pastikan korang turun di sebelah jalan berdekatan Chatuchak Market kerana disitu terdapat bus stop menuju ke Don Mueng Airport. Tunggulah bas bernombor A1 sahaja bersebelah dengan jambatan BTS Mo Chit station dan harga tiket bas dalam THB30/seorang
Syukur ALHAMDULILLAH kami dalam keadaan selamat dan semua perancangan berjalan lancar sepanjang berada di Bangkok ini. Tak sangka aku berjaya menjelajah kembali secara backparker di Bangkok yang sudah lama aku idamkan selama ini dan juga sekaligus menjadi presentar untuk Conferences International buat kali ke-2 pada tahun ini. Semoga masih ada peluang untuk aku mengembangkan kertas kajian aku seperti ini di masa depan kelak. AMINN…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan