Rabu, 26 April 2023

BANGKOK… BackparkerLIFE dan Researcher (PART 1)

Permulaan tahun 2023 sangat indah dengan menyahut cabaran hidup dan di luar kemampuan sendiri. Mana tidaknya, pada tahun ini sahaja sudah 2 Conferences International untuk kertas kajian  yang sudah disertai. Tapi ada juga sedihnya dimana Colloqium Nursing Malaysia yang dibawah anjuran Nursing Division KKM yang diadakan di NIH Puncak Alam menolak mentah2 DUA paper kajian saya kerana tidak mencapai piawai dan pelbagai lagi alasan yang diberikan tapi takpelah takde rezeki aku nak bertanding dalam Colloqium anjuran nursing KKM sendiri anjurkan. Namun begitu, kertas kajian aku ini diterima di luar bidang nursing iaitu Association of Malaysia Environment-Behaviour Interntional Research yang dihadiri 19 negara yang bertanding termasuk Negara China yang dianjurkan di Al-Meroz Hotel Bangkok, Thailand pada 28-30 April 2023. Jadi blog kali ini akan aku menceritakan pengalaman aku menjadi presenter dan juga sebagai backparkerLife yang sudah lama aku tinggalkan selepas berkahwin ini..JOM JELAJAH BANGKOK pulak.

PERSIAPAN KE BANGKOK
Sebenarnya aku banyak bersyukur kepada supervisor kajian aku yang banyak membantu dan juga memberi peluang kepada aku untuk menyertai Conferences International Research. Masa supervisor aku ckp berminat ke nak try international conferences lagi selepas kejayaan kami bertanding untuk Conferences Nursing International masa bulan Februari hari ini. Aku apalagi, mestilah nak kerana kalau boleh aku nak terbitkan kertas kajian ini dalam mana-mana jurnal. Akan tetapi, sebenarnya kami dikejutkan lagi dengan berita gembira dimana kajian ini sudah pun menang dan terpilih untuk diterbitkan di dalam jurnal berimpak yang menjadi idamanku iaitu Malaysian Jurnal Nursing (MJN) masa penyertaan kami pada pertama conferences international bulan februari lagi. Aku berbelah bagi samaada nak terbitkan dalam MJN ataupun teruskan je conferences kat bangkok tu. Akhirnya kami memilih untuk menyertai dan menerbitkan kertas kajian ini di conferences bangkok itu je lah.
Langkah pertama yang aku buat adalah mencari tiket penerbangan dan juga hotel sekitar conferences. Nak menginap kat hotel conferences itu diadakan, perhhhh mahal beb. Dah lah masa itu, musim raya puasa lagi. Tiket penerbangan pulak semuanya harga RM1000. Pokailah aku weii..Tapi syukur alhamdulillah, masa aku godek mengodek AirAsia dptlah tiket pergi-balik dalam RM750 cuma aku kena terpaksa pilih waktu penerbangan yang telah ditetapkan.
Seterusnya, misi mencari hotel pulak. Memandangkan hotel Al-Meroz ini terletak berhampiran dengan stesen Ramkhamhaeng station (AirportRail Link) maka aku mencari hotel disekitar Phaya Thai station (BTS Sukhumvit Line). Untuk pengetahuan semua, kat bangkok ini semua stesen train samaada BTS, MRT, Airport Link dan sebagainya tidak bergabung ye dan korang kena keluar station kalau nak ubah dari BTS ke MRT. Hotel yang aku pilih adalah Florida Hotel Bangkok dengan rate semalaman RM136 termasuk cukai. TAPI memandangkan kewangan yang darurat aku membuat keputusan membayar ansuran secara ATOME apps, siap dapat diskaun lagi (-RM45). Jadi semalaman aku cuma bayar RM125 je.
Last and not least (ayat2 researcher pulak, hahahaha), jangan lupa tukar duit RM korang kepada THB, macam biasalah, tempat yang selalu aku tukar duit adalah di Midvalley berdekatan KFC lowerground. Pada masa itu, nilai RM agak jatuh dimana ak cuma dapat THB15k dengan bayaran RM1956.60 (0.13044). Aku rasa cukup je THB15k untuk 2 orang memandangkan hotel dan juga tiket flight sudah pun dibayar.

DAY 1: KLIA2 ke Phaya Thai station
Memandangkan tiket balik aku akan tiba pada waktu tengah malam, jadi aku membuat keputusan membawa kereta sahaja dan parking di Salak Tinggi ERL station. Tak sangka parking kat Salak Tinggi ERL station dah penuh menyebabkan aku sukar mencari parking kereta dan mujurlah ada juga boleh parking walaupun terpaksa berjalan kaki hampir 1km ke ERL Salak Tinggi station. Rate parking kereta pulak mengikut waktu mereka dimana rate siang cuma RM3 sahaja dan rate bermalam perlu bayar RM5 (24jam dikenakan RM8), aku cuma bayar RM35 sahaja untuk 5 hari 4 malam. Untuk membeli tiket ERL ini, saya galakkan korang pakai kad debit BANK ISLAM sahaja kerana korang hanya perlu bayar sebanyak RM3.90 ataupun beli secara online sebanyak RM4.40 tapi kalau korang tak kisah sangat nak bayar RM4.90 terserah.
Apabila sampai ke KLIA2 terpaksa berlari2 untuk sampai ke pintu berlepas iaitu P7. Macam biasalah kena merempuh 2 station pemeriksaan imigresan sebelum sampai ke pintu berlepas. Aku nasihatkan korang bawalah botol air kosong kerana di sekitar pintu berlepas disediakan coway untuk korang isi air minuman untuk bekalan korang samaada di dalam flight ataupun menunggu kelewatan kapal terbang korang. Macam aku hari tu, delay pulak 2 jam 15 minit. Kalau masih delay 15 minit lagi bolehlah claim insurans perjalanan yang aku sudah beli jikalau penerbangan lewat 2 jam 30 minit (Etiqa insurans). Hahahahaha….
Penerbangan ke bangkok mengambil masa hanya 2 jam dan korang akan tiba di Terminal Don Mueng (DMK). Di bangkok ini ada 2 terminal (Don Mueng dan juga Suvarnabumi Airport) dan terminal yang aku tiba ini memang tiada stesen BTS. Jadi dari sini, korang perlu menaiki bas bernombor A1  (THB30/org) dan akan turun di Mo Chit station (BTS line hijau cair) yang bus stop terminal ini berada di luar terminal. Dekat Mo Chit station dah dekat sebenarnya dengan pasar terpanjang dan terbesar di Bangkok iaitu Chatuchak Night Market tapi pada hari itu, aku dah kepenatan dan perlu bersedia di conferences esoknya. 

Sebelum aku pulang ke hotel, aku berhenti dahulu di station Ratchathewi station dengan menaik BTS dari Mo Chitt station ke Ratchathewi station (BTS Kheha Line) dengan harga THB30/org untuk makan malam di Nissa Reen Restaurant yang dikatakan sekitar sini banyak kedai makan halal. Aku nak try kari hijau yang dah lama aku idamkan selama ini apabila berada di Thailand. Makanan boleh tahanlah dan yang peliknya kedai ini, korang perlu naik ke atas tingkat 2 dan apabila membayarnya korang perlu turun di bawah rumah itu. Makanan dia sedap jugalah dan berbaloi dengan harganya. Yang penting kuantiti lauknya banyak berbanding kedai2 siam yang berada di KL. 

DAY 2: Phyra Thai station ke Al-Meroz Hotel
Memandangkan dalam tentatif conferences ini bermula jam 9.00 am waktu thailand (sejam lewat dari waktu Malaysia), aku bergegas ke conferences. Mujurlah hotel yang aku pilih berada di 2 station iaitu BTS Skyline dan juga Airport Rail Line memudahkan aku menjelajah bangkok dan juga sekaligus perlu hadir ke conferences. Sekitar hotel ini juga ada banyak kemudahan seperti kedai 7e dan betul2 bersebelah dengan station sahaja. Untuk ke hotel Al-Meroz, aku perlu menaiki train airport (Line merah) dari Phaya Thai ke Ramkhamhaeng station  (Suvanabhumi Airport Line) yang berharga THB25/org. Apabila tiba disini, aku perlu menaiki motorsikal (GrabBike= THB20/org) yang sudah bersedia di hadapan station memandangkan jarak ke hotel itu dalam 700 meter jaraknya.
Apabila tiba di conferences, aku dimaklumkan bahawa pada hari ini conferences secara virtual sahaja dan tidak perlu berada di hotel Al-Meroz. Aku apalagi, aku memulakan misi menjelajah bangkok aku dan pada masa yang sama menyertai conferences secara virtual. Aku boleh je online virtual menggunakan telepon dan pada masa sama aku jelajah bangkok. Tapi sebelum bermula, perut aku sudah berbunyi menandakan aku perlu mengambil sarapan pagi dengan segera. Hahahahahaha….
Jelajah pertama aku adalah ke MBK central mall yang dikatakan disitu terdapat kedai makan yang wajib dicuba apabila sampai di bangkok iaitu Yana Restaurant dan juga membeli barangan yang murah2. Memandangkan aku berada di Ramkhamhaeng station, aku pergi ke Phaya station  (BTS Khu Khot Line) semula untuk tukar train kepada BTS untuk menuju ke Siam station  (BTS Kheha Line). Apabila sampai di Siam station  (BTS Kheha Line), sebenarnya korang hanya perlu naik ke atas tingkat sahaja untuk menaiki interchange BTS Skytrain Silom Line untuk menuju ke National Stadium station (Line Hijau muda). Dimana station ini betul2 berada di sebelah sahaja pintu masuk ke MBK Central Mall. Tapi memandangkan aku tak tahu, jadinya aku terpaksa keluar dari Siam station dan berjalan kaki sejauh 1km ke MBK Central Mall ini. Perhhh penat gilaa dan ditambah pulak dengan perut lapar. Sebelum terlupa, sebenarnya aku dah beli One Day Pass berharga THB150 kat Phaya Thai Station yang akan digunakan untuk BTS line sahaja. Korang boleh pakai kemana sahaja train BTS line yang korang nak pergi tanpa perlu memikirkan harga setiap station BTS.
Alhamdulillah sampai juga aku di Yana Restaurant, aku memesan Kari Hijau ayam seperti biasa dan juga makanan2 lain seperti ikan siakap goreng masak herbal dan juga kerabu mangga. Harga makanan agak mahal sedikit berbanding di luar tapi kuantiti lauk dia memang banyak beb. Tak rugi pun kalau korangkan habiskan duit disini. Jangan lepaskan peluang makan BAKSO dia kat sini sebab sangat digalakkan untuk cuba….
Perut pun dah kenyang maka jelajah bangkok pun sudah bermula. Sebenarnya bangkok ini sangatlah mudah kerana dengan adanya kemudahan awam seperti BTS, MRT, Airport Train, FERI dan juga SRT. Kebanyakkan tempat pelancongan sangat berhampiran dengan semua pengangkutan awam yang korang tak perlu menyewa teksi, van ataupun tuk-tuk. Lokasi kedua yang tersenarai dalam list aku adalah Mae Klong Market dan juga Amphawa Floating Market yang terletak di Samut Songkhram (sangat jauh beb dalam 90km dari bandar bangkok, umpama dari KL ke Melaka jaraknya). 
Kat sini ada kenangan pahit dan juga kenangan manis sebenarnya kerana kami terlepas van terakhir ke bangkok iaitu jam 6.00pm. Mujurlah ada abang security yang menjaga bus stesen daerah ini yang baik hati menumpangkan kami dengan motornya dan membawa kami ke agensi yang menawarkan van ke bangkok. Walaupun kena caj THB2000 tapi bersyukur amat sangat kerana selamat sampai dan tidak perlu bermalam di daerah ini. Tambahan lagi, esoknya aku kena hadir ke conferences pulak di hotel Al-Meroz. Aku dah cuba menggunakan apps Grabcar tapi dah dekat sejam tiada pun driver yang ambik kami. 
Jadi nasihat aku, kalau korang nak pergi sini, sila pastikan korang balik sebelum jam 5.00pm kerana risau jadi seperti kami pulak. Pastikan korang mencari bus stesen mereka yang terletak bersebelah dengan tokong dan aku dimaklumkan hanya SATU van sahaja yang menuju ke Bangkok Bus Terminal South (Sai Tai Mai). Mungkin ada juga van lain tapi masa aku mencari kaunter tapi aku dimaklumkan hanya satu kaunter sahaja yang jual tiket van itu dan last van terakhir adalah pukul 6.00pm. Aduhaipun, memang risau gilaa juga masa itu sebab tiket van ke Bangkok sudah habis dan pada masa yang sama aku perlu hadir ke conferences pada ke-esokan harinya. Jadi korang kena pastikan korang balik dari sini sebelum jam 5.00pm lagi kalau tidak terpaksalah korang bermalam disini.
Untuk ke sini sebenarnya ada cara mudah iaitu  je mengambil pakej ataupun menaiki keretapi sahaja. Kami pulak menggunakan cara backparker iaitu dengn BTS, bas awam dan juga Grabcar. Pertamanya adalah dari National Stadium station (BTS Bang Wa Line) dimana tempat kami makan di Yana Restaurant di MBK Centrel Mall terus menaiki BTS menuju ke Bang Wa station. Selepas sampai ke Bang Wa station, korang perlu menaiki grabcar menuju ke Bangkok Bus Terminal (South) atau bahasa siamnya Sai Tai Mai (THB128), lepas itu korang perlu cari kaunter kecil berhadapan dengan terminal bus station ini menuju ke Mae Klong Market yang bernombor 996. Harga tiket THB60/orang dan perjalanan dia mengambil masa hampir 2 jam perjalanan. Yang tak tahannya, bukan naik bas pun tetapi van pelancong yang seksa rasanya apabila berada di dalam van ini sebab aircond macam haram kurang berfungsi. Bolehlah merasa mcm duduk dalam neraka dunia sekejap. Nasihat aku, bawalah kipas kecil kalau korang taknak bermandi peluh sepanjang perjalanannya. Walaupun beraircond tapi macam kedekut sangat sebab tak terasa pun aircondnya. Takpelah, memang begitulah kalau melancong backparker style. Hadam je lah semuanya asalkan selamat sampai di destinasi.
Alhamdulillah selamat juga sampai di Mae Klong Market yang menjadi popular dan menjadi tempat wajib apabila berada di Bangkok. Sepanjang landasan keretapi ini terdapat pasar yang menjual pelbagai makanan ataupun cenderahati. Menariknya pasar ini adalah apabila waktu keretapi melaluinya, semua pasar ini akan menutup semua kedai2 mereka sementara dan mengalihkan semua barangan yang diletakkan di sepanjang laluan keretapi. Agak menarik juga sebabnya korang boleh melihat keunikan cara mereka berniaga di atas landasan sambil melihat keretapi melaluinya. Waktu keretapi melaluinya adalah bermula jam 6.20am, 8.30am, 9.00am, 11.10am, 11.30am, 2.30pm, 3.30pm dan 5.40pm. Jadi pastikan korang berada di waktu2 berikut jikalau korang ingin melihat keunikan mereka berniaga.
Seterusnya, kami menuju ke Amphawa Floating Market yang tidak jauh dari sini juga tapi korang perlu menaiki GrabCar untuk sampai disini. Harga grab dalam THB100 sahaja. Di Floating Market ini sebenarnya korang kena scam kerana SEBENARNYA mereka menjual di sekitar sungai ini sahaja dan tidak berada di boat mereka masing-masing seperti di Hatyai tu. Hahahahaha. Pasar ini macam pasar biasa sahaja dan tidak menjual sebarang makanan eksotik (lipas,katak,cicak dan sebagainya) seperti floating market di Hatyai tu. Cenderahati pun takde yang menarik perhatian aku kecuali bantal ikan masin tu. Hehehe.. Ingakan ikan masin size besar dan dibungkus dalam plastik, sekali hanya bantal sahaja.

Seterusnya tiba masanya kami pulang ke Bang Wa station (BTS National Stadium Line) semula walaupun terpaksa membayar THB2000 tapi syukur Alhamdulillah kami selamat sampai di Bang Wa station semula selepas ketinggalan van terakhir. Memandangkan perut pun dah lapar kerana seharian berada di jalan raya dan juga tiada kedai makan halal berhampiran tempat kami pergi. Jadi, kami berhenti sebentar di BTS Ratchathewi (BTS Khu Khot Line) untuk makan malam di Farida Fatornee Restaurant yang berdekatan sahaja dengan kedai makan Nissa Reen. Untuk ke sini, dari Bang Wa station (BTS National Stadium Line), korang perlu transit di Siam Station (BTS National Stadium Line) untuk menaiki BTS Khu Khot Line. Apabila sampai di Siam Station (BTS National Stadium Line), korang cari ke BTS Khu Khot Line (BTS Hijau Cair Line) untuk turun di Ratchatthewi station (BTS Khu Khot Line). Makanan boleh tahanlah dan yang penting nescafa ais ada. Tauke ini pun sangat peramah dan fasih cakap melayu dengan kami.
Sebelum mengakhiri jelajah bangkok aku pada hari ini, aku masih lagi gagahkan diri ke Chatuchak Night Market yang terletak di Mo Chit station (BTS Khu Khot Line). Pasar ini memang pasar terbesar dan terpanjang di Bangkok, jadi jangan mimpilah kalau korang semua nak tawaf semua kedai-kedai disini sebab memang tak cukup kaki nak jalan semuanya. Lepas itu, kalau nak beli barang, pastikan korang beli je mana-mana kedai yang korang jumpa sebabnya nak patah balik ke kedai yang korang dah cop tu memang penat weiii.. Entah2 korang dah lupa dimana lokasi kedainya.
Hari itu, aku sekadar cuci mata sahaja dan tak habis tawaf semua pun kerana sudah seharian aku berjalan di bangkok ini. Nanti sambung balik sebab aku nak beli cenderahati dan juga cover passport aku yang sudah lama aku idam selama ini.

DAY 3: Conferences All-days di Meroz Hotel
Hari ke-3 aku banyak diluangkan masa dengan conferences day bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pm yang sangat pack dengan pembentangan kajian saintifik dan juga bakal diterbitkan di dalam Jurnal Environment Behaviour Proceedings. Terasa kerdil sangat aku berada disini kerana kebanyakkan mereka bertaraf doktor, phd dan juga pengajar IPTA/IPTS. Aku je yang masuk bertanding dengan membawa kertas kajian aku yang berada di level beginner berbanding mereka yang sudah OTAI di dalam bidang kajian. Syukur sangat2 diberikan peluang membentangkan kajian aku walaupun aku rasa kajian aku ini cuma jenis kajian biasa-biasa sahaja dan tak layak bertanding dengan mereka. Tak kisahlah beb, janji kertas kajian aku ini diterbitkan dalam jurnal bertaraf antarabangsa.
Oklah sampai disini sahaja blog jelajah bangkok kali ini. Sampai jumpa lagi di dalam blog seterusnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan