Jumaat, 18 September 2020

UiTM diHatiku...Kehidupan sebagai Pelajar PJJ Degree Nursing

Kenapa Memilih UiTM sebagai platform e-PJJ Ijazah Sains Kejuruawatan.

Lamanya aku tak menaip dalam blog ini..Maklum sahajalah sikap malas sudah memuncak apabila dah masuk 30-an ni..Sudah tua pun aku sekarang. Blog kali ini, aku akan menceritakan pengalaman aku berjaya masuk ke UiTM untuk melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sains Kejuruawatan secara PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) dengan jayanya. Aku dah nak masuk semester 3 pun atau dalam program e-pjj dah masuk semester 6 (aku dapat pengecualian kredit dan korang boleh melompat ke semester 4 terus) baru ada hati nak menaip blog ini.. Hahahahahaha 
Sebenarnya susah juga nak masuk Uitm ni sebenarnya kerana aku dah mohon hampir 4 kali jugalah tapi selalu gagal. Alhamdulillah untuk tahun 2019, aku berjaya meluluskan diri dengan lancarnya. Kenapa aku memilih uitm ini kerana seperti berikut:
  • Terpengaruh rakan sebaya aku yang bernama Fauzee Mazlan (dia banyak membantu aku tanpa jemu) kerana dia dah hampir nak habis ijazah dia. Kiranya pengalaman dia memotivasikan aku untuk sambung disitu.
  • Jaraknya dari rumah aku yang tidak jauh pun (KL-Puncak Alam). Sebenarnya amat jauh juga klu diikutkan tapi demi masa depan yang gemilang.
  • Satu-satunya IPTA yang membuka Ijazah Kejururawatan secara e-PJJ di Malaysia ni. 
  • Kos pengajian dia yang sangat murah weii...Sekitar RM20k dan boleh bayar secara ansuran pun (3kali xsilap aku). Jika dibandingkan dengan swasta macam OUM tu pun dah mencecah RM35k-RM40k dan Mahsa pun dengar ceritanya lagi mahal dari OUM. Untuk makluman hanya 2 IPTS ni sahaja yang diperakui Ijazah Kejururawatan (korang kena tengak persijilan MQA sudah tamat temnpoh atau tidak) oleh KKM. Maklum sahajalah, aku nak menjadi Matron U41 kenalah ada ijazah kejururawatan yang diiktiraf oleh KKM supaya melayakkan diri untuk memohon jawatan tersebut.
  • Kelas dia tak banyak pun dalam setiap semester. Tak silap aku hanya 10-12 hari je untuk satu semester. Dibandingkan dengan mahsa dan oum memang banyak gila kelas2 yang korang kena hadir.
  • Kelas diadakan pada hari sabtu dan ahad sahaja (kiranya untunglah aku sebabnya tak payah mohon CR tapi hari peperiksaan dia diadakan pada hari bekerja yee).
Permulaan perjalanan melayakkan diri ke UiTM
Terlalu banyak liku-liku perjalanan untuk menembusi pintu gerbang UiTM ni..Aku kadang2 dah putus asa berharap dengan memohon PJJ kt UiTM ni. Tapi demi mendapatkan Matron U41 sebelum pencen, aku gagahkan juga untuk mencuba banyak kali. Oh yee, sebelum korang nak masuk uitm untuk program ijazah kejururawatan secara PJJ ni, korang kena melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dan juga syarat2 wajib di tempat kerja korang dahulu (ni lah masalah dunia kejururawatan yang tak nak jururawat berkembang):

SYARAT-SYARAT UITM
  1. Lepasan Diploma Kejururawatan 
  2. Mempunyai pengalaman kerja 3-5 tahun (alaa ada je yang baru keje 2 tahun pun dah boleh mohon wei...Tapi yang keje swasta lah. Kalau bawah KKM memang ko kena rejek awal2 dah dengan sister/matron yang menyelia ko.
  3. Mesti ada MUET sekurang-kurangnya band 3. (sembang je memanjang uitm ni, hari tu masa lapor diri macam separuh dari batch aku tak ambik lagi MUET pun dan Band 2 pun dah diterima oleh pihak pentadbiran uitm).
SYARAT-SYARAT WAJIB kalau korang keje bawah KKM (macam aku lah katakan).
  1. Pengalamana kerja melebihi 5 tahun (kalau kat HKL memang mcm lahanat je puak2 ni sebabnya aku dah kerja lebih 5 tahun pun masih tak dapat kelulusan Ketua Matron masa itu. Matron aku sokong je aku pergi belajar tapi sampai ke Ketua Matron terus rejek dengan alasan aku nak minta transfer KKKL tapi borang permohonan dlm sistem HRMIS ditendangnya begitu sahaja).
  2. Kelulusan Ketua Matron. Tujuan dia adalah untuk korang memohon Cuti Tanpa Rekod (untuk hari menjawab peperiksaan akhir nanti) dan Cuti Menghadiri Kelas (yang ini jarang aku ambik sebabnya kelas dia kebanyakkannya pada hari sabtu dan ahad sahaja). Sebab ke-2 ini, memang aku jujurlah dan dengan bangganya aku menyatakan yang aku tidak mendapat kelulusan dari Ketua Matron masa tu tapi aku teruskan juga. Sebab aku teruskan juga kerana kelas diadakan pada hari sabtu dan ahad je cuma aku kena tahan diri dari ambik CR (digunakan untuk hari peperiksaan) untuk jawab exam nanti. Tak silap aku exam dia tak tetap dan kadang2 jarak antara kertas peperiksaan dalam 2-4 hari. Sangat menyeksakan jiwa dan raga lah sebab aku tak boleh bercuti. Tapi untuk semester 3 (atau semester 6 kalau ikut program pjj), Ketua Matron luluskan juga permohonan aku untuk ambik CTR untuk jawab peperiksaan akhir nanti.. Alhamdulillah
  3. Transkrip diploma. Kalau yang belajar diploma dulu dan tiada transkrip diploma ni, korang kena minta kat KKM lah wei di Kompleks Bangunan Kerajaan Putrajaya. Transkrip ini sangat penting untuk korang yang berhasrat nak sambung belajar Ijazah Kejururawatan macam aku ni.Follow je surat yang aku ambik dari kawan batch aku yang suka jadi public figure dalam sosmed (harap2 dia tak baca blog aku ni, hahahahha).
  4. Wajib ada Postbasik/diploma lanjutan. Yang ni semua sandiwara sahaja geng2 matron (sebenarnya alasan mereka je) masa nak memohon dengan mereka. Sebenarnya ada je yang pergi tanpa postbasik tapi ikut tempat korang bekerja lah...Kalau dapat matron mcm aku ni, memang jahanamlah niat ko nak sambung ijazah kejururawatan tu...Hampehhh..Kalau korang nak tahu, ada je kawan aku pergi senyap2 belajar kat UiTM ni tanpa kebenaran geng2 matron dan sister ni dan tidak memenuhi syarat wajib ni (kecuali transkrip diploma). Hebat gilaa dia....
Langkah pertama memulakan perjalanan ke UiTM.

Untuk memohon uitm ni, korang kena rajin lihat kat laman sesawang dia bila tawaran pengajian pjj dia buka sebabnya permohonan dia melalui atas talian (online). Untuk makluman, pengambilan pelajar baru hanya setahun sekali sahaja iaitu bulan september. Kiranya permohonan dia dalam bulan 12 hingga bulan 3 tahun seterusnya (tak menentu). Korang tengok laman sesawang dia https://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=I selalu yeaaa.. Bila tawaran dia dah buka, korang kena beli nombor pin terlebih dahulu samaada kena pergi ke Bank BSN ataupun belian online pun boleh (macam aku buat,lecehlah buang masa pergi bank BSN). Harga dah lupa berapa (dah nyanyuk kan) tapi rasanya sekitar RM10-RM20 je. Untuk makluman korang, hanya UiTM Puncak Alam sahaja kampus untuk program Ijazah sarjana muda Kejururawatan secara PJJ yang ada. Jadi kena tahu jalan pergi kalau korang dah berjaya lepas tapisan permohonan online ni...

Keputusan biasanya akan dimaklumkan melalui EMAIL sahaja wei..Pihak Uitm ni takdenya nak telepon ko atau hantar surat tawaran temuduga ni. Jadi korang kena ingat, selalu sahaja periksa email korang untuk memastikan korang tidak terlepas dengan tarikh temuduga dia. Macam aku hari tu, temuduga dia pada bulan Julai dan dalam surat itu, korang kena sediakan dokumen-dokumen berikut:

Antara sijil yang diperlukan (asli dan fotostat) dan juga FAIL PERIBADI untuk membuat orang yang temuduga berasa kagum melihat fail peribadi korang seperti berikut (yang ini lebih bagus, korang photostat 3 keping setiap satu untuk hari lapor diri nanti jika korang berjaya temuduga ini) :
  1. Sijil lahir
  2. Kad pengenalan diri
  3. Sijil lahir ibu bapa atau waris
  4. Sijil SPM
  5. Sijil Diploma
  6. Sijil Pendaftaran Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)
  7. Sijil Annual Practicing Certificate (terbaru)
  8. Transkrip Akademik Diploma
  9. Sijil Postbasik/Diploma Lanjutan (inilah penyelamatan aku supaya dapat potong Q walaupun datang lambat masa tu..Hahahahaha).
  10. Sijil Malaysian University English Test (MUET). Kononnya nak muet tapi aku tengok ramai je tak ambik muet pun lagi.
  11. Empat (4) keping gambar berukuran passpot.
  12. Sijil yang berkenaan macam sijil penyertaan,perhargaan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang (kononnya aku nak bodek jurutemuduga nanti) dan sebagainya (yang ni semua tak payah potostat yeaaa sebab pihak uitm tak minta pun).
Sebelum terlupa, pastikan korang sudah mengisi kehadiran (balas melalui email yang dia hantar tu) dengan kadar segera supaya nama korang tersenarai dalm sesi temuduga itu nanti. Masa korang tengok surat tawaran temuduga tu, korang tengok tempat dan masa temuduga diadakan supaya korang tak lambat nanti (macam aku lah senang cerita). Tempat temuduga aku hari tu kat Uitm Shah Alam, seksyen 7 di Institut Pendidikan Neo (iNed), Aras 2, Uitm-MTDC Technopreneur Centre Uitm pada pukul 8.30 pagi.. Masa aku nak pergi sana, aku terlupa nak bawa transkrip diploma aku (aku dah masukkan dalam kereta tapi takde pulak masa nak pergi tu), terpaksalah aku cari cybercafe untuk print transkrip tu yang aku dah save dalam bentuk pdf dalam gmail aku. Jadinya, aku memang datang lambat wei pada hari temuduga tu.
Apabila aku sampai kat sana, mujurlah orang tengah beratur panjang lagi (tak silap aku dalam 120 orang tapi dia ambik 90 orang sahaja). Aku pun beraturlah juga dan aku adalah orang ke2 terakhir masa tu. Punyalah mesra alam aku ni, berkenalan lah dengan budak belakang aku ni yang katakan bini dia sakit jadi dia yang beratur bagi pihak bini dia. Kebetulan weiii, suami dibelakang aku tu adalah budak MA yang keje HKL juga kt Unit Transplant (kecik betul dunia ni).
YANG SEBENARNYA, korang kena hantar senarai dokumen2 yang dia nak tu kat kaunter depan sekali (sebelum pintu masuk bilik temuduga) baru beratur...Masya Allah, mujurlah staf yang menjaga tu pergi ke belakang untuk tanyakan sesiapa lagi belum hantar borang. Punyalah gelabah masa tu..Hahahahaha...
Lepas je hantar borang ke kaunter tu, tak sampai 10 minit nama aku dengan bini budak MA ni dipanggil serta-merta untuk masuk bilik temuduga...Fulamak bangga gilaaa sial aku masa tu sebab berjaya potong Q yang panjang sedangkan kami adalah orang terakhir sekali...Hehehehe... Masuk je bilik temuduga tu, terus orang penemuduga minta fail yang aku dah sediakan.. OMG...please speak in english language...Aduhai mati mak nakkkk...Tutur bahasa aku memang mcm Phua Chu Kang lah (rojak stail)..Pertanyaan dia bukan macam pergi mohon kerja yee tapi ada 5 soalan sahaja ditanya mereka....Antara soalan yang ditanya:
  1. Kenapa ko pilih UITM sebagai platform sambung belajar..Jawapan aku adalah sebab murah, ada pengalaman dari kawan2 kerja yang dah nak hbs kat sini dan jawapan paling hebat aku bagi adalah MENDAPAT PENGIKTIRAF MQA yang diperakui oleh KKM.,.hebat tak jawapan aku?
  2. Kali ke berapa korang mengisi borang uitm?..jawpan aku adalah 4kali bahhhh
  3. Adakah mendapat kelulusan Ketua Matron.?Masa ni aku tak tahu lagi keputusan ketua matron aku (padahal dia rejek dah pun tapi lambat hantar kt matron aku), jadi aku jawab SUDAHHH..
  4. Mampu ke bayar yuran UITM ni??ofcos lah mampuuu tapi aku dah pasang niat mohon PTPTN nanti...hihihihihi...
  5. Sanggup ke menghadapi perjalanan sebagai pelajar nanti?GIve to me, madammm...im already since 4 yearss agoo....
  6. Soalan khas untuk aku (tak tahu lah knp aku selalu jadi mangsa)...susah tak jadi Diabetic Educator kat HKL dan apa health education selalu ko bagi kat pesakit....sukaaa sangatttt (dalam hati menyumpah2 je sebabnya aku kan keje Klinik Staf yang tiada Pakar FMS, mananya nak doktor2 kt situ nak rujuk kat aku pun untuk bagi diabetic kaunseling).
Hari Menjejak kaki ke UITM sebagai pelajar baru...

Syukur Alhamdulillah, aku berjaya menjejakkan kaki ke Uitm dengan berjayanya...Yahoooo...Berbaloilah usaha aku selama ini...Untuk tawaran kali ini, korang akan mendapat surat tawaran bertulis yang akan dihantar terus ke rumah korang dan juga EMAIL (selalu check email yeee sampai akhir bulan september). Dalam surat tawaran tu, pihak uitm ada bagi dokumen2 yang korang perlu lengkapkan sebelum hari melapor diri nanti.

Untuk pendaftaran pelajar baru biasanya lebih awal sebelum sesi kelas bermula (kebiasannya kelas bermula pada bulan september). Macam aku hari tu, pihak uitm suruh lapor diri pada 18 Ogos 2019 (Ahad) pada pukul 8.00 pagi di Dewan Agong Tunku Counselor (DATC), Uitm Shah Alam *(seksyen 7 taw)...Dalam tawaran tersebut, pihak uitm ada suruh sediakan dokumen-dokumen penting (sama je macam dokumen yang uitm minta masa temuduga) dan pemeriksaan perubatan (full medical checkup). Memandanng aku keje kat klinik staf, semua menjadi mudah seperti ABC untuk lengkapkan medical checkup aku dalam seminggu (HIV,Hep B,Hep C dan urine drug serta CXR with reporting). Kalau korang ada penyakit NCD mcm darah tinggi,diabetes dan sebagainya. JANGAN RISAU, korang boleh je teruskan pengajian uitm ini pun.Kalau ada HIV, Hep B,Hep C dan urine for drug adalah POSITIF sahaja akan ditolak tawarannya dengan serta-merta..
Masa aku lapor diri ni, dia bagi beg kain tu secara percuma dan juga borang2 uitm yang perlu korang isi..Banyak juga program pengajian selain Nursing yang ada masa tu,, Jadi korang kena tengok kod pengajian korang iaitu HS240 (ni korang boleh tengok dalam surat tawaran dia)... Dalam dewan ni memang bisinglah macam kat Terminal Bus station je dan korang kena lengkapkan station2 yang telah ditetapkan seperti berikut:
  1. Station taklimat pengajian dan penyerahan fail peribadi uitm (yang ni korang kena masukkan dokumen2 dan juga letak gambar kt depan fail tu).
  2. Station Pembayaran Yuran.. yang ni korang boleh inform yang korang boleh minta bayar 3 kali atau tunggu tawaran PTPTN. Kalau korang selesai bayar yuran ni, korang dapat beg UITM secara percuma (hadiah sebab bayar yuran penuh).
  3. Station membuat Kad Pelajar Uitm. Kat sini ada 2 keje yang ko kena buat iaitu sesi foto dan sesi menunggu kad pelajar siappp...Seronok je rasa bila aku tengok kad pelajar uitm aku ni..BTW, yang ni korang kena bayar tunai dalam RM30 tak silap aku (*dah lupalah sebab dah setahun lebih).
  4. Sation Penyerahan Dokumen dan Fail Peribadi. Kat sini lah aku berjaya serahkan SEMUA dokumen2 yang uitm nak dengan lengkap sekali...yahoooooo...
  5. SELESAI.....balik ke rumahhh...

Pengalaman menjadi pelajar Uitm bagi Ijazah Kejururawatan

Untuk menjadi pelajar ijazah kejururawatan secara pjj di uitm ini memang benar2 menguji jiwa dan fikiran aku wei sepanjang pengajian aku (sehingga hari ini, September 2020)...Terlebih dahulu, aku cerita serbah sedikit pasal program pengajian aku:
  • Kampus pengajian aku terletak di UiTM puncak alam yeee bukan di Uitm Shah Alam
  • Ada 9 semester tapi kalau korang lepasan diploma macam aku, korang boleh melompat terus ke semester 4.Jadi ada 6 semester je yang korang kena habiskan.
  • Satu semester bersamaan dengan 6 bulan. Kiranya ada 3 tahun untuk korang habiskan pengajian ini.
  • Setiap semester tu kos pengajian sekitar RM1900-RM2500 saja.
  • Kuliah korang berada di bangunan Fakulti Sains Kesihatan (FSK 7 kott).Semester 5 ak tak pergi kelas pun gara2 COVID-19 ni jadi dah lupa FSK brp dahhh....
  • Laman web sebagai pelajar yang paling kerap korang rajin online adalah ICLASS,UFUTURE dan ILEARN.Katanya nanti pengajar akan bagi markah kesian kalau korang tak cukup markah untuk lulus EXAM FINAL jika korang aktif.. Semua sesi perbelajaran (nanti pengajar akan bagi soalan2 untuk korang jawab) dan juga test online semua menggunakan laman sesawang ni. Tapi ada juga laman web yang lain (apabila perlu) yang digunakan masa pendaftaran,bayaran yuran,daftar kod subjek,daftar slip peperiksaan dan tengok keputusan exam final.
  • Setiap aturcara program pengajian dan juga subjek sentiasa dirombak dan tidak akan sama pun dengan senior korang yang lepas2 punya..Kira korang kena tanya senior yang beza 1 atau 2 semester je kalau nak minta nota2 yang sama dengan semester korang.
  • Ada 10-15 hari je untuk kelas dan juga bergantung kepada program pengajian korang yeaaa...Tak banyak pun kelas yang korang hadir dalam satu semester tu. Kalau OUM dan MAHSA memang banyak kelas korang kena hadir dalam setiap semester tu.
  • Permarkahan pulak masih bergantung kepada FINAL EXAM kalau nak cemerlang. Permarkahan dibahagikan kepada 2 iaitu 30% carried mark utk asignment dan 70% untuk final exam (bergantung kepada semester juga).
  • Yang betul2 menguji jiwa dan menyakitkan hati adalah sesi pengajaran dan pembelajaran secara PJJ ni... Korang kena belajar sendiri yeaaaa.. Pengajar yang masuk pun kadang2 tak mengajar pun dan mengajar pun setakat yang mampu je (yelah nak habiskan semua subjek dalam waktu singkat memang begitulah caranya).SEMUANYA korang kena selfstudy sahaja yeaa..Macam cara aku,memang banyak tanya kawan2 satu batch kalau ada nota-nota senior, soalan past year (lama gilaa punya soalan final yg aku dapat,sekitar tahun 2005-2010) dan tengok youtube je.
Rasanya sampai disini sahaja lah blog perkongsian aku tentang pengalaman menjadi pelajar UITM ini. Aku harap boleh membantu korang serbah sedikit tentang gambaran kepada sesiapa yang nak menjejak kaki sebagai pelajar macam aku ni iaitu Ijazah Sains Kejururawatan (Kepujian) di UITM Puncak Alam ini. Kalau rasa nak tanya soalan, jangan segan meninggalkan komen dibawah ni..Insya Allah akan aku jawab untuk korang semua....Seronok sebenarnya belajar balik sebagai pelajar IPTA ni jika dibandingkan belajar kat Kolej Kejururawatan dibawah KKM nie... Kali ini lagi dahsyat gilaaa dan perjalanan sangat berliku-liku untuk lulus (dengan cemerlangnya,,AMINNN) dalam program pengajian uitm ini...JOM semua,marilah kita belajar Ijazah Kejururawatan supaya boleh mohon jadi Matron U41 ataupun kalau berminat mengajar pun boleh mohon sebagai pengajar di kolej sains kesihatan bersekutu bawah KKM nanti....

Khamis, 3 September 2020

Pulau Perhentian...Percutian musim Covid-19


Sudah lama rasanya tidak menaip dalam blogger ini. Maklum sahaja sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak lelaki yang comel dan banyak karenahnya (mybe masa kecil aku mmg banyak songeh kot....hahahahaha). Bulan 11 ni tahun 2020 dah setahun pun...perhhhhh mcm2 perangai kena menghadap anak laki aku ni. Aduhai anakkk..
Berbaik kepada tajuk blog ni, aku ingin berkongsi pengalaman dan bajet mahal sepanjang bercuti di Pulau Perhentian yang sudah lama aku idamkan selama ini.. Alhamdulillah termakbul juga hajat yang sudah lama terpendam selama ini.Bersempena juga dgn pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia.
Jom ikuti pengembaraan aku dengan bajet mahal serta mewah di PULAU PERHENTIAN...yeahhhh

DAY 1 (4-5/9/2020)

Kami bertolak ke sana dengan menaiki bas je  (nak jimat katanya) iaitu BAS SANI EKSPRESS pada pukul 11.30 pm dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS-BTS) dgn harga RM45/seorang. TERLEBIH dahulu, jangan lupa booking siap2 dengan agen2 yang dipercayai sebelum korang berhajat ke Pulau Perhentian. Sebabnya, korang tak boleh booking melalui laman web mcm agoda,booking,Trivago dll kerana banyak chalet yang tak berdaftar dengan laman2 web taw.. 
Alhamdulillah aku sempat tanya kwn2 aku yang pergi sana menggunakan AGEN2 yang boleh dipercayai. Nama agen ni Pakej Pulau Perhentian HANA (no telepon dia nanti minta komen kat bawah yee sebab SULIT )...Tak pasal2 aku kena maki berjemaah sbb bagi no telepon dia dlm blog aku ni..HAHAHAHAH...Tapi servis agen HANA ni memang terbaik sbb dia akan bimbing ko sepanjang ko berada di pulau perhentian nie. Siap dapat diskaun lagi kt Kedai Makan ILHAM (tapi sedihhh aku tak dapat pun).Chalet yang kami pilih adalah Beach Guesthouse yang berharga RM258/seorang (tidak termasuk makan dan minum yee).
Untuk bercuti di Pulau Perhentian ini, korang kena pilih ikut citarasa korang..sbb ada 2 pulau yang korang boleh pilih..Ada pulau kecik dan pulau besar.. Macam aku mmg suka tempat2 yang meriah dan ramai orang, jadi aku pilih sekitar LONGBEACH di pulau kecik..

TIPS PENTING Pulau Perhentian
Aku bagi cadangan untuk pertama kali pergi mcm aku ke Pulau Perhentian ni, pilihlah chalet sekitar LONGBEACH jeee sebab semua kemudahan ada dan wisata pun dekat je (nanti aku cete wisata2 menarik di sekitar Longbeach).Tapi kalau korang sukakan kedamaian dan ketenangan, pilihlah chalet di sekitar Pulau Besar sbb situ tak ramai orang yang pilih dan sunyi je tempat dia bila waktu malam. Jadi, pilihlah chalet sekitar Longbeach je, ok!!!!
Untuk makluman,bila ko pilih pakej Hana, dia akan bagi ko senarai chalet2 yang masih kosong sebab cepat habis dibooking. Tetapi kalau ko diberi pilihan, carilah chalet yang tandas di dalamnya sebabnya tak payah nak berebut dgn penghuni yang lain..DAN paling penting sekali, carilah chalet yang 24jam ada elektriknya. Kebanyakkan chalet sini mmg tidak ada elektrik waktu tengah hari sampai pukul 7.00 malam...JANGAN lupa beli air mineral 5Liter kalau korang pergi ramai2 sbbnya air mineral kt sini dah sama harga dengan air minuman dia...pokaiiii weiii...

Berbalik kepada hari pertama aku ke sana, kami menaiki bas je ke Kuala Besut yeee sebab berdekatan je dengan jeti pulau perhentian. Kami sampai ke sana dalam puko 6.30 pagi tapi sayang betul.  berhenti kat Bus Station Kuala Besut bukannya jeti.. Jadi kenalah berjalan kaki sejarak 1 KM ke jeti kuala besut tu..Aduhai nasib. Kalau nak naik teksi memang dia paww ko RM7 weiiii sedangkan dekat je pun. Grabcar pulak mcm tak laku kt sini sbb kami ada booking tapi tak LAYAN. Mybe mereka ambik yang jarak jauh je kot..
Apabila sampai kat jeti selepas penat berjalan kaki, misi mencari makan pun bermula. Terjumplah satu kedai ni yang buat aku rasa NASI LEMAK dia paling sedapp selama aku hidup di dunia ni..Kedai Makan dia betul2 blkg tembok besar tulisan Selamat Datang ke Kuala Besut tu. Macam2 ada meniu yang dijual kt sini seperti nasi lemak, nasi dagang,nasi minyak,roti canai dan macam2 lagi..Harga pun takdelah mahal sgt mcm kt KL tu.. Yang penting sambal nasi lemak dia memang sedap dan lain dari yang lain. Sebelum balik pun sempatlah juga makan kt sini lagi sebelum berangkat ke KL balik..JADI jangan lepaskan peluang anda merasai masakan org TERENGGANU pulakk.
Hari pertama kami pun bermula lah selepas sarapan pagi yang sangat lazat ni. Kami menunggu agen pakej Hana yang bertugas kt jeti kuala besut supaya memberi tiket transfer boat ke Longbeach, Perhentian Kecik (termasuk dalam pakej Hana). Untuk masuk ke Pulau Perhentian ni, korang kena bayar lagi yee RM5/seorang untuk pintu masuk sebelum korang dibenarkan masuk ke dalam Transit boat tu. 
Fulamak tengok laut kt jeti ni pun dah jernih weii apatah lagi bila kat pulau kecik nanti. Mesti lagi jernih....Ramai juga orang ramai  yang bercuti musim PKPP ni. Maklumlah semua nak balas dendam sebab terkurung berbulan-bulan kat rumah sejak covid-19 sedang mengganas kt Malaysia ni. Nak pergi luar negara memang TAK BOLeh pulak...Jadi, marilah kita menyahut seruan pelancongan Malaysia kita....Cuti-cuti di dalam Malaysia ajaa lahhhhh....hihihihihi...Sementara menunggu boat kami ni, aku berjaya menghasut rombongan aku utk membeli sarung untuk telepon supaya bolehlah ambik gambar atau video bila pergi snorkeling anti. YESS!!!. 
TAPIIII...rupa-rupanyaa pakej Hana dengan baik hatinya bagi kami PERCUMA je weiiii sarung telepon tu kerana sebagai cenderahati sbb tukar chalet kami last minutes.. Sepatutnya kami dapat Awatif Chalet tapi sehari sebelum bertolak, kami diberikan Beach GuestHouse Chalet sebabny Boss Awatif chalet tak beritahu awal2 agen Hana yg chalet dia FULL HOUSE .. Tak kisahlah wei janji dapat juga sekitar Longbeach je.. Tapi itulah sayang duit aku dah melayang RM15 woooooooo semata-mata nak beli sarung telepon sedangkan boleh dapat FREE je weiii...
KALAULAH aku boleh bersabarrr....HUHUHUHUHU....Jadi nasihat aku kepada semua yang ambik pakej Hana atau mana2 pakej, silalah bertanya dahulu sebelum membeli....
Sebenarnya okey je Beach Guesthouse Chalet ni sbb bilik dia bagi betul2 depan pantai cumanya tandasnya jauh banget pulak...Terpaksa merentas jalan2 berpasir (kawasan pantai) klu nak ke tandas tu..Lepas tu kena cuci kaki pulak sebelum nak masuk bilik dia. Harga semalam termasuk pakej snoorkeling murah je dalam RM258/seorang..Elektrik takde pulak waktu tengah hari sehingga pukul 7.00 malam.
Seronok je rasa bila korang menaiki bot ke Longbeach sambil melihat kejernihan lautan sampai korang boleh melihat ikan berenang lagi. Menyesal tak pergi pulau perhentian ni. Agen Hana tu cakap kalau bulan November hingga Februari memang pulau perhentian ini ditutup kerana ombak bergeloran masa tu. Jadi korang tanya dulu ye agen yang korang pilih tu supaya tak menyesal di kemudian hari. 
Perjalanan ke Longbeach ni mengambil masa hampir 45 minit. Bot akan berhenti mana2 perhentian sebelum sampai ke Longbeach. Cara terbaik adalah banyak bertanya kepada pemandu bot tu supaya korang tidak tersalah turun.
Sampai je ke Jeti Longbeach,korang akan jumpa Hotel Mimpi dulu sebelum korang berjalan jauh di panas matahari yang terik ke Chalet korang tu. Banyak juga kedai2 makan, kedai runcit,surau dan chalet2 di Longbeach ni. Kalau bukan musim covid confim mesti ramai mat/minah salleh berjemur di sekitar pantai sekarang ni..Memang meriah jugalah Longbeach ni dengan orang ramai jika dibandingkan dengan yang lain. DAN paling penting sekali di Longbeach ini ada Kincir  Angin yang wajib korang pergi apabila sampai ke Pulau Perhentian. 
Sampai je di Longbeach,berpeluh mencari chalet kami dengan panas terik lagi.. Tapi memang mcm Krabi je rasa bila lihat permandangan di sekitar Longbeach ni. Lautan yang jernih dan biru serta decoration kedai2 makan dan chalet2 yang cantik membuatkan kita terlupa sekejap masalah2 yang dihadapi masa tu. Sampai je kt chalet kami ni terus dibenarkan check in walaupun jam baru puko 11.00 pagi....
Yahoooooo...letak beg semua bagai dan bersiap2 untuk makan tengah hari kt Kedai Makan Ilham yang kononnya dapat diskaun.Tapi hakikatnya takdapat pun...mybe tiada rezeki masa tu..Huhuhuhuhu
Harga makanan kat sini memang mahal teramat banget tapi nak buat macm mana.
Harga nescafa ais je sekitar RM4-RM6 dan nasi goreng dia pulak sekitar RM8-RM15. Bolehlah kalau sekadar nak mengisi perut. Tapi kalau makan malam, kami dah jumpa kedai makan yang paling murah antara semua kedai2 makan kt sini iaitu KEDAI MAKAN KAK YAH (lupalah nama kedai tu). Kedai makan ni betul2 kat belakang chalet kami (Beach GuestHouse) dan jalan menghala ke Coral Bay.
Harga murah sikitlah dari kedai2 makan yang lain tapi masa tu, kedai makan ni tak buka waktu pagi. Hanya buka waktu malam je bermula 7.00 malam. Kat sini ada pilihan pakej seafood bakar sekali dengan air yang berharga RM20/seorang.
Hari pertama kami di Longbeach ni banyak habiskan masa dengan mendaki bukit untuk ke Kincir Angin (Hiking Windmills kata mereka). Sebenarnya matlamat hiking ni bukanlah nak tengok kincir angin pun tapi ada jambatan yang menghadap lautan untuk korang bergambar berlatarbelakang pemandangan laut. Nak hiking bukit ni pun betul2 mencabar jiwa dan tenaga. Katanya 15 minit tapi masa tu aku mendaki memang sejam weiii (mybe aku lembik kot bila aktiviti hiking ni)...Sangat memenatkan. Untuk pergi ke Kincir angin ni, korang kena cari dulu Syukur Chalet sebelum korang meneruskan hiking korang mendaki bukit....Memang cantik gambar ko kat jambatan ni...bolehlah upload dalam Facebook,Instagram aku...Hihihihihi.


Lepas dah puashati bergambar dan melepak kt jambatan ni..Destinasi seterusnya adalah melihat pemandangan kt Coral Bay yang kononnya disini memang banyak kulit batu karang di persisiran pantai. Untuk ke destinasi ini, kami kena balik semula ke chalet kami ( Beach Guesthouse) kerana laluan utama ke Coral Bay ini mesti melalui chalet kami dan juga kedai makan Kak Yah yang aku cakap makanan paling murah sekali di Longbeach ni.




Cukuplah aktiviti kami pada hari pertama disini. Sebelum balik ke Chalet kami,sempatlah juga mandi laut sebelum makan malam nanti kat Kedai Makan Kak Yah untuk menikmati pakej seafood bakar yang harga RM20 tu... Sebenarnya kami dapat percuma Kayak Transparent tapi dia bagi 30 minit je untuk berkayak di sekitar Longbeach tu..Takpelah berenang lagi seronok weii daripada berkayak.

DAY 2 (6/9/2020)

Inilah hari yang ditunggu-tunggu iaitu SNORKELING full day. Tapi sebelum nak pergi tu, bergaduh pulak dengan team2 aku ni yang banyak drama Queen sangat..Mujurlah snoorkeling diteruskan, kalau tak memang membazir je lah pergi pulau perhentian ni..huhuhuhuhu.
Antara tempat-tempat snorkeling dan juga makan tengah hari merangkap minum petang kami adalah seperti berikut:
  1. Berkumpul di Kedai Makan Ilham (kedai yang aku tak dapat diskaun ni)..
  2. Snorkeling 3+1 point iaitu Teluk Keke, Turtle Point,Fish Point dan Coral Point.
  3. Snorkeling Shark Point
  4. Mandi air sejuk kat Lata Air Berani (sejuk gilaa air dia weii)
  5. Lunch dan minum petang di Kampung Nelayan (makan sotong celup tepong yang besar dan sedap berharga RM25, harga sama je wei macam kat Kedai Makan Kak Yah)







Memang seronok gila weiii snoorkeling disini. Buat pertama kalinya dalam hidup aku menggunakan sarung telepon itu sambil merakam video atau bergambar di dalam laut..Perhhh jakun sangat hidup aku selama ni sebab tak pernah guna benda ni untuk merakam video atau ambik gambar dalam laut. Hahahahahaha....
Memang bahagia sangat hidup aku apabila bercuti di pulau perhentian ni.. Walaupun duit banyak habis tapi berbaloi lah dengan pengalaman terindah disini..Terima kasih Pulau Perhentian..
Untuk sebelah malam pulak, aku banyak menghabiskan masa melihat derauan ombak kecil memukul pantai dan keindahan pantulan cahaya bulan ke laut..Bestnya masa ni...Boleh lupa semua masalah-masalah yang aku tinggalkan di KL tu...



DAY 3 (7/9/2020)

Sayangnya nak tinggalkan pulau ni..Tak puas lagi rasanya nak snoorkeling lagi di sini dan mandi laut sampai terbakar kulit aku. Tapi sudah tiba masanya meneruskan lagi kehidupan yang realiti di KL dan kembali semula ke pangkal jalan yang sebenarnya..Hehehehe..Jom balik KL....
Makluman semuanya, kami diberitahu bahawa untuk balik ke jeti Kuala Besut hanya ada 3 waktu je iaitu pukul 8.00 pagi, 12.30 tengah hari dan  4.00 petang sahaja. Memandang Bas SANI ekspress kami bertolak pukul 1.30 petang. Terpaksalah booking waktu 8.00 pagi sahaja supaya takde lah kelam kabut nanti..Untuk berurusan dengan boat transfer ni, korang boleh berurusan je dengan agen yang korang pilih. Macam aku memang dah booking siap2 kat agen Hana nie..Dia banyak membantu kami sepanjang berada disini siap ada whatsap group lagi untuk kami berurusan dengan sesiapa yang terlibat dalam pakej percutian kami. Truster Agen sangatttt

Selamat tinggal kenanganku di Pulau Perhentian, aku pasti kembali lagi disini..Aminnn