Ahad, 9 Jun 2013

Pertama Kali ke Luar NEGARA ( INDONESIA ) .... 0_0.....Part 3

9 JUN 2014 (Hari Ke-4)
8.00AM-3.30PM
otw ke Jakarta
Sarapan di Hotel dan bertolak semula ke Jakarta pulak. Rasanya xpuas lg mjelajah Kota Bandung nie tapi mybe next time lah kott klu ada duit/rezeki lebih...Perjalanan ke Jakarta mungkin mgambil 4 jam (itu pun klu x jem (sesak), maklum je lah Jakarta dikatakan mpunyai kepadatan Penduduk ke-2 tbesar di dunia) . Bayangkan jika dicampurkan penduduk daerah2 sekitar Jakarta dikenali sbg JABOTABEK (singkatan Jakarta-Bogor-Tangerang-Bekasi) hampir mcecah 28 juta hampir myamai keseluruhan penduduk di Malaysia.. Trip utk Hari ini lebih kpd mjelajah Jakarta

 Tugu Monas


Monumen Nasional atau nama singkatan Monas atau Tugu Monas adalah monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang peperangan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan Hindia Belanda. Pembangunan monumen ini dimulai pada tanggal 17 Ogos 1961 di bawah perintah presiden Sukarno, dan dibuka untuk umum pada 12 Julai 1975. Tugu ini dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala. Monumen Nasional terletak di tengah Lapangan Medan MerdekaJakarta Pusat









Masjid Terbesar di Asia Tenggara



Masjid Istiqlal yang terletak di JakartaIndonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 100,000 jemaah pada satu masa. Siap pada 1961, Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia. Kerana itulah ia dinamakan ”Istiqlal” (merdeka).
yg nie Gereja Btentangan dgn Masjid Istiqlal
Bangunan masjid terdiri daripada lima tingkat dengan bangunan induk seluas satu hektar dan disokong 12 tiang utama. Diameter kubahnyaberukuran 45 meter dengan bahagian luar diliputi marmar buatan Jerman. Bahagian puncaknya dipasang hiasan khas berbentuk bulan dan bintang yang berukuran tiga meter manakala bahagian dalam kubah yang cekung berwarna kelabu kehitaman.
Seni bina masjid ini menyerupai gaya Arab dengan tangga di penjuru setiap tingkat. Lantai untuk muazin berada pada ketinggian 66.6 meter dengan halaman yang luas dan dilengkapi air pancutan di tengah kolam.






Taman Mini Indonesia Indah
Dikenali dgn singkatan tamini atau TMII menempatkan  semua tempat kebudayaan dan rumah2 tradisional di Indonesia dari kepulauan Sumatera, kepulauan Jawa, kepulauan Borneo, kepulauan Irian Jaya. 
Sebenarnya TMII nie sama je mcm kat Taman Mini Malaysia kt Melaka atau Sarawak tapi disebabkan kepelbagaian budaya/warisan/etnik kt Indo sgtlah byk sbb tu lah nampak menarik dan banyak. 
Tiket masuk pun murah sekitar IDR8k/seorang dan IDR10K/car. Manakala, untuk taman-taman dan muzium2 pulak kena bayar beb dan setiap harganya pun berbeza. Hanya rumah-rumah tradisional (disebut Anjungan) sahaja secara percuma.
Rumah-rumah yang dibina  (dipanggil sbg anjungan) bukan mini (mentang2 lah namanya mini) tetapi dibina sama seperti rumah kediaman je. Kira mcm rumah yg korang duduk skrg.. 
Kalau nak jalan2 setiap tempat2 mmg jauh sgt better korang kena naik kenderaan sendiri/kereta sewa. Naiklah CableCar (dikenali sbg kereta gantung) kalau nak tawaf satu kawasan TMII atau melihat pemandangan dari atas..
TMII dibina pada tahun 1972 dan dirasmikan pada 20 April 1975. Tokoh yang banyak memainkan perananan ke arah tercetusnya idea ini ialah Ibu Tien Soeharto, isteri bekas Presiden Indonesia, Suharto. Berbagai aspek kekayaan alam dan budaya Indonesia hinggalah pemanfaatan teknologi moden diperagakan di kawasan seluas 150 hektar.
Memang xcukup seharianlh klu nak mjelajah semua tempat2 kt sini sbb dianggarkan tdpt 69 kot taman2,anjungan,muzium dll.. Dimana korang boleh memahami atau myelami sejarah kepelbagaian kaum/bangsa atau etnik di Indonesia..Antaranya Melayu,Jawa,Banjar,Sunda,Batak,Minangkabau dll









Tiada ulasan:

Catat Ulasan