Ahad, 2 Februari 2014

Shopping Gila2 di Johor Premium Outlet (JPO)




Masa aku balik dari singapore hari tu,tdetik juga nak shoppg seakan kat JB nie,banyak blog2 mceritakan rugi kalau dtg JB tp xsinggah JPO ni..So alang2 dah tlanjur berada di JB nie apa salahnya singgah shoppg kat JPO kononnya gedung mbeli-belah butik2 bjenama dan y penting harganya murah...Hampir RM500 lebih aku habiskan shoppg kt sini...



APA ITU JPO...
Serbah sedikit ttg JPO ini yang sempat aku copypaste dr blog2 org (ni lah kelebihan aku bab2 copypaste nie sbb tu aku dpt pointer 4.00 utk keja khusus masa zama kolej dulu,hahahha)
JPO atau dikenali Johor Premium Outlet merupakan pusat membeli belah diskaun utk produk terkemuka dimana kita boleh membeli secara bhemah (kononnya lah klu dh byk sgt murah pasti borong jwbnya).Ia terletak di Kulaijaya iaitu di persisiran Lebuhraya Utara Selatan dengan ruang perniagaan seluas 175,000 kaki persegi.Dirasmikan pada 11 Disember 2011 oleh PM skrg,Dato Seri Najib.Premis itu diurus oleh Genting Simon Sdn Bhd, unit milik penuh Simon Genting Ltd, iaitu usaha sama 50:50 antara Azzon Ltd Genting Plantation dan Premium Outlets, satu bahagian dalam Simon Property Group.


PERJALANAN KE SANA..

Masa tu,aku cuma naik bas je kat JB Sentral bernombor JPO1,klu x silap harga dalam 
RM4.50 / seorg dan mengambil masa 40 minit kot..Gambar kat bawah nie adalah cara2 klu naik Bas Awam  atau kenderaan sendiri..
Kalau y bawa kereta tu bolehlah parking kat sini coz bayaran mauk xdelah mahal sgt mcm korang parking kt shoppg complex...iaitu sby RM3 / entry.





Dari Singapura melalui WoodlandsSingapura → Sultan Iskandar Ciq JB → Jalan Yahya Aldatar → Lebuhraya Tebrau → Lebuhraya Utara Selatan → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO)
Dari Singapura melalui 2nd LinkSingapura → Tuas → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO)
Dari Kuala LumpurKuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO)


APA YANG BEST KAT SINI...?


 JPO ini menghimpunkan Jenama-jenama barangan terkenal di bawah satu bumbung. Antaranya Adidas, Armani, DKNY, Burberry, Canali, Coach, Ermenegildo Zegna, Gap, Guess, Lacoste, Michael Kors, Nike, Oroton, Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo, Padini, Timberlands dan banyak lagi.
Apa yang menariknya kat JPO ini adalah diskaun yang amat menarik sekali ditawarkan  dari 25% - 65% pada setiap hari melalui harga penjimatan terus drpd kilang (factory direct savings).Kunjungan ke sini seakan melihat panorama seakan factory outlet di Bridgton UK tp kat sini cuma 2 tingkat sahaja dan senibina butik seakan sama

Tapi yang x bestnya kat sini mahal sgt makanan yang dijual,cthnya air coca-cola satu gelas RM3.90 kot (klu xde ais agak2 separuh je isinya)..Kalau nak makan,solat,toilet atau nak simpan barang2 (ada loker bbayar ikut jam brp kita guna) semuanya ada kat sblh Food Court .FYI kt sini xde fastfood like KFC,McD dll ye,..y ada Food Court y bagi aku sgtlah mahal mcm singapore.





2 ulasan: