Ahad, 16 Februari 2014

MEDAN..Here We Come...!!!! PART 3

16 Feb 2014 ( AHAD )
Check out dari Hotel dan breakfast kt situ.. Xdpt dibayangkan dgn kata2 perasaan apabila bersarapan sambil melihat pemandangan Danau Toba dari puncak bukit (memang sgt2 menakjubkan).. Destinasi kami seterusnya ke Berastagi coz kami akan dibawa ke Pasar Tani, kalau sesiapa nak beli benih2 pokok/sayur/buah kt sinilah tempatnya. Sebenarnya Pasar Buah sama je mcm Pasar Tani yg ada kat Malaysia cuma bezanya mungkin suasana/persekitaran dan jenis2 brg2 dijual. Kalau kt sini brg2 halal/non-halal mmg campurlah beb coz mereka mengamalkan masyarakat majmuk x mcm kt negara kita.. So sebelum beli better tanya dulu soal halal/haram sebelum nak sumbat dlm mulut.. Perjalanan ke sana mengambil masa 4jam juga lah beb..(Aduhai...asal jauh sgt tempat nie !!!!). Mmg benar2 memenatkanlah perjalanan ke sana-sini-situ sepanjang berada di Medan..
Sepanjang perjalanan kesana,korang memang akan melihat banyak ladang2 teh /kebun strawberry /kebun getah/jagung dan mcm2 lg. Maklum je lah tanah kt sini mmg subur (hasil dari letusan lava ) dan suhu pun sesuai utk bercucuktanam..
Setelah sejam perjalanan, kami singgah sebentar di Simarjarunjung utk merasa teh Halia/kopi panas2 dan pisang goreng. Ditambahkan pulak suhu yg sejuk disini...


     


 

Kedai nie mmg famous sbb kat depannya ramai warga indo berkelah dgn family2 atau pacaran berdating2 pun ada..Sambil2 itu melihat permandangan Danau Toba dari puncak gunung. Harga utk 3 cawan Teh Halia dan 1 cawan Teh biasa serta 8 pisang goreng,semuanya harga IDR 76 000 bersamaan RM22 kott (ikut rate 16/2/2014)... Agak mahal jugalah jikalau dibandingkan dgn harga di negara kita.. Kawasan disini pun memang sejuk dan nyaman je (mcm berada di Cameron Highland je bila melihat banyak ladang2 teh /kebun strawberry byk ditanam disini)..
Setelah hampir sejam juga lah berada disini, kami bergerak ke destinasi yg lain pulak iaitu ke Air Terjun Sipiso-piso. Dikatakan Air terjun ini merupakan tertinggi di Indonesia dan permandangan dari tebing air terjun ini pun benar2 membuat korang kagum dan speechless ..

 

     

Air terjun ini terletak di kabupaten Tanah Karo di bahagian utara Danau Toba..Ada yg cakap air terjun ini sgt2 ajaib kerana yg pertamanya airnya yg turun sgt tinggi dijangkakan sepjg 120 meter dari Utara Danau Toba (mmg sakit gile klu kena ). Lepas itu,punca airnya dari sebuah sungai bawah tanah yg keluar terus melalui gua..Nama sipiso-piso diambik dari bahasa org batak iaitu  piso yg bermaksud pisau.. Ini umpama air yang jatuh ke bwh spt berbilah-bilah pisau jatuh disebabkan ketinggiannya yg sgtlh tinggi (sanggup x bdiri kt bwh curahan air terjun nie,hahah2..). Hari itu kami xsempat nak turun ke bawah coz jarak pun jauh gile babi.. Dimana korang kena naik tangga beribu2 batu dan jalan2 pun berliku just semata2 nak mandi-manda kt situ tapi kalau naik semula ke atas mcm manalah nanti (aduhai patah kaki korang klu tetap nak cuba juga)...Kami lepak 2 jam je kat sini sbb xde pape pun yg ada kt sini selain permandangan puncak utara Danau Toba  dan tebing Air Terjun nie.. Kat sini ada jugalah kedai2 jual souvier/kedai makan tapi xbanyaklah sbb kebanyakkan digalakkan beli je kt Pasar Buah,Berastagi...

 

Disebabkan sampai malam ke Pasar Buah dah byk gerai2 yg dah tutup kt situ dan paling mgecewakan aku dah xde pun gerai2 yg menjual sauvier kt sini..Aku xdpt nak membeli sauvier/buah tangan utk family dan kawan2 aku. Confim kena carut/perli nanti sbb pulang dgn tangan kosong je.. Kat sini kami cuma makan jagung je sbb gerai2 nie je lah yg masih buka..Jagung kt sini bbeza sbb byk perasa yg ada such as jagung bakar.rebus jenis pedas/masin/manis/kosong... Sedaplah juga dan harga pun murah je beb..
Seterusnya kami balik ke Hotel utk makan malam dan istirehat..Perjalanan hari ini agak memenatkan tapi seronok...

   

 

 




Hotel ini mmg terbaiklah sbb terletak di tengah2 Bandar Berastagi.. Utk ke bilik masing2 korang kena pakai mini-car,best tu beb. Bila lagi boleh naik kete kecik nie selain dari korang jenis kaki Golf..hehehe

1 ulasan: