Sabtu, 15 Februari 2014

MEDAN..Here We Come...!!!! PART 2


15 Feb 2014 ( MEDAN - PARAPAT)
Destinasi seterusnya adalah Parapat kerana daerah inilah berada betul2 berdekatan dgn DANAU TOBA (Merupakan tasik terbesar dan terdalam se-Asia Tenggara).  Perjalanan ke sana mgambil masa 5 jam beb dari Medan (aku pun tkejut juga sbb mcm jarak dr KL ke JB je)...Sepanjang perjlnan kami diceritakan ttg sejarah org2  'Batak'. Katanya kt Medan nie merupakan tapak bermulanya org2 'Batak ' dan kebanyakannya beragama Kristian (patotlah byk gereja2 kt sini).Kira org yg beragama Islam kt sini mmg minoriti.So klu kt sini kena tanya betul2 lah makanan halal or x?
Ada code utk mgenali kedai2 makan non-halal (klu kt Indo dipanggil Rumah Makan) kt sini iaitu BPK (Babi Panggang Karo) , RM B1 (anjing) dan RM B2 (Babi) . Kelainan org2 'Batak' nie kebanyakannya akan membina kubur mereka di atas bukit kononnya dekat dgn syurga. Sepanjang perjalanan ini,korang akan melihat permandangan ladang kelapa sawit,kebun teh,koko dan sawah padi di sepanjang Pematang Siantar dan Tebing Tinggi.. Kt Pematang Siantar,kami singgah di Perusahan Kacang milik tauke cina. Kira klu korang nak beli oleh2 berasaskan Kacang bolehlah singgah kt sini. Ingatkn nama kedai je pelik, PATEN tp produk2 dia pun lg memelikkan (mybe nama2 cina kot..) Tang-tang,Tung-tung,Teng-teng... Aku xsure halal ke tak coz family kami singgah kencing/berak kt sini sbb was-was dgn cara dorg masak kacang2 kt sini (ampun dan maaf jikalau kami silap).
Setelah hampir 5 jam terperap dalam bas mini dgn aircond yg xseberapa sgt nie akhirnya sampailah juga ke Parapat (aduhai taubat beb klu diberi pilihan aku xkan naik bas mini lg klu travel jauh2 nie). Kami sampai pun dalam puko 1230pm waktu Indo. Mmg cantik dan pemandangan sgt menakjubkan apabila berada di sini (coz korang sebenarnya sudah berada di lekukan Danau Toba)...Dan paling bestnya sejuk gilee  kt sini ( lebih sejuk dr Cameron taw ) sampaikan wajib pakai baju sejuk lg beb.Panas yg terik pun masih xboleh memanaskan suhu kat sini..Confimlah klu malam2 org2 sini xpayah beli kipas/aircond sbb suhu kt sini pun dh sejuk (jimat bil elektrik).. Suasana yg sejuk dan myegarkan saja bila berada disini..Pemandangan pun terlalu indah dan cantik kerana deretan pergunungan berhutan hasil dr letupan gunung berapi dahulu kala.Kabus yg menebal menutupi sinaran cahaya matahari dan kalau xde kabus pun lekukan danau ini cudah cukup membuat permandangan di sekeliling begitu indah sekali.Panorama Danau Toba ini sudah cukup membuat aku bersyukur dan kagum dgn keindahan ciptaan Allah...
Sblm ke Destinasi seterusnya,kami singgah makan dulu...Makanan pilihan adalah Nasi Padang (nie je yg boleh aku terima)

RM Beringin Indah 2
Terkenal dgn burung gorengnya..Hahaha2 bukan burung terbang atau burung sendiri pulak...Ia adalah puyuh goreng sebenrnya..Rasa dia sama je mcm ayam goreng cuma byk tulanglah...

  



 Pemandangan Di Sekitar Danau Toba

 

Sedikit sebanyak Wikipedia ttg Danau Toba...

jeti Hotel

Danau Toba terbentuk akibat letupan Gunung Toba sekitar 800ribu tahun lalu dan merupakan letupan ke-3 terbesar di dunia.(xleh bayangkan bagaimana keadaan masa tu). Bahkan dikhabarkan mampu menutupi sinaran matahari selama 8 tahun (gileee kentang fuyoo..).Letusan yang dahsyat dan terlalu lama ini membentuk sebuah kawah. Lambat-laun kawah yang sangat besar dan dalam ini  dipenuhi air dan membentuk apa yang disebut Danau Toba..Kedalamannya pun dh mcecah 3 000 kaki.. Sekali masuk dah xtimbul lg lah jawabnya.. Sbb ini bukannya laut/sungai/kolam renang ye ada paras cetek atau rendah yg boleh kita berenang/mandi.. Dan menjadi tarikan utama kt sini adalah Pulau Samosir merupakan pulau yg terbentuk di tengah2 Danau Toba. Dikatakan keluasannya lebih dari Singapura.. Jadi destinasi seterusnya adalah Pulau Samosir. Untuk ke Pulau nie ofcos lah kena naik feri dan mungkin mengambil masa sejam jugalah. Pulau Samosir ini  merupakan tapak bermulanya sejarah org2 Batak bermula. Kira kt sini masih ada sepihan2/muzium sejarah2 org Batak spt struktur Rumah,upacara agama/tradisi/ritual,patung2 berhala dan mcm2 ada...
Setelah habis berehat,solat zohor dan makan2 semuanya...Kami bertolak ke tempat parking feri (mcm xde je jeti utama/pusat ke apa kt sini) yang terletak di Hotel Siantar Parapat.Kira koreng kena masuk dalam Hotel ini dan turun tangga sampai ke tebing Hotel (Feri betul2 parking depan Hotel nie).Klu korang nak tau Hotel nie kecik je dan dibina betul2 di tebing Danau Toba nie. Kira mcm stategiklah tapak pembinaan Hotel nie dan UNIK sgt2 (siap ada kolam renang menghadap danau)..

OnTheWay To Pulau Samosir

   




Selain family kami terdapat juga org2 Malaysia yg join sekali naik feri tu.Agak meriah jugalah sbb masing2 xsombong dan sporting gilee bila ditegur ( malaysia boleh..!!).Sepanjang perjalanan sejam kesana,kami dihiburkan oleh nyanyian live show budak2 kecik yg juga menjadi pembantu feri tersebut, tapi xsangka pulak rupa-rupanya kenalah bagi derma ikhlas sikit utk mereka buat persembahan ni (ingatkan free je...)


WelCome To Pulau Samosir
FYI, aku ada belajar bahasa Batak utk tujuan wish atau beri salam bila berkomunikasi dgn dorg iaitu HORAS (nie pun Pak yg ajarkan aku klu nak tawar-menawar/ambik hati dorg masa nak beli barang2)..
Setelah hampir sejam lebih,sampailah juga kami ke Pulau Samosir nie dan lokasi yg kami pergi adalah 
  • Tomok -Merupakan pusat utama jeti Pulau nie dan disinilah tempat makam Raja Sidabutar ditemui
  • Desa Ambarita-tempat pengadilan Raja Siallagan Kuno dimana kepala musuh2 akan dipenggal. Selain itu terdapat juga deretan Rumah Adat org2 Batak dan terdapat juga batu2 bbentuk kerusi dan meja yg menjadi persidangan Raja Siallagan (disebut Batu Kursi Raja Siallagan)
  • Tuk-tuk -yg nie lalu je coz kebanyaknya Hotel2/penginapan je dan terdapat pemandangan deretan bukit2 yg mghijau. Kt sini korang akan rasa mcm sawah yang mghampar kehijauan (mcm kt Kundasang,Sabah je)....
Selain itu terdapat juga tempat2 mandi-manda kt sini iaitu kt Pantai Parbaba (xsempat nak pergi sbb tujuan utama cuma nak jalan2 je dan terkejar2 nk lawat tempat2 lain)
Pulau Samosir nie juga dikatakan sbg 'Danau diatas Danau' sbbnya terdapat juga danau2 yg tbentuk disini spt Danau Sidihoni dan Danau Aek Natonang...Pemandangan kt danau2 sini mmg betul2 terlalu sempurna beb ciptaan Tuhan...


 












 Disinilah perkampungan org2 Batak bermula dan Tempat Hukuman Penggal Kepala

   


 

TOMOK

 
 



 



Setelah hampir 6 jam kami berada di disini, sudah tiba kami balik semula ke Parapat untuk bermalam disana. Rugi juga sbb xdpt bermalam di Pulau Samosir nie sbb boleh singgah mandi-mandi kt situ dan tgk persembahan Sigale-gele ( tarian patung mengikut muzik tradisonal org2 Batak) pada waktu malam.. Tapi kt sini susah gile nak cari toilet bersih sbb adakah patot toilet dia xde mangkuk jamban (mungkin xjumpa kott) dan tempat nak solat sbbnya majoriti kt sini beragama Kristian..Anjing2 pun berkeliaran di sekitar jalan2 kt sini..Jurujual kt sini pulak suka memaksa sgt dan hati2 juga sbb klu korang dh siap tawar menawar tapi in the end xjadi beli barang2 merah confim kena marah kaw2 punya (rasanya sama je kot klu mana2 tempat klu buat mcm ni, cthnya mcm kt Petaling Strt,KL)..
Dan paling penting pengiraan duit kt sini kena berhati-hati coz takot korang ttipu dorg tunjukkan duit yang lebih besar nilainya (almaklumlah nilai bermula IDR1000 ) dan Harga2 barang disini boleh dikurangkan sehingga 70% klu korang lebih BIJAK dr mereka..hahaha..
Jadi kami pun bermalam di Parapat dan suka citanya aku cerita kat korang yg resort penginapan kami tu mmg betul2 terbaik yg pernah aku pergi selama ini.. Resort nie betul2 diatas bukit dan sambil itu korang boleh melihat panorama keindahan Danau Toba dari puncak atas pulak...

Patra Jasa Parapat Lake Resort
nie lah resortnya

Bilik aku kt tingkat 2
pandangan dari Lobi Resort
Pandangan dari Balkoni Bilik Aku
xdpt mandi kt Pulau Samosir kt sini pun jadilah..

3 ulasan: