Aku kesini seperti biasalah Kapal Terbang coz masa tu aku dapat tiket murah punya dalam RM70/ sehala..Pergi-balik je cuma RM140 je dgn AirAsia dan mengambil masa sejam penerbangan.Walaupun agak mahal sikit tapi kalau dipikirkan balik lebih baik cari nie. Sbbnya harga tiket Bas Ekspress dari KL ke Kuala Perlis dah mencecah +RM40/sehala tak termasuk perjalanan 9 jam lagi dan tambang feri pulak dalam +RM18 tak termasuk dgn kesesakan orang ramai pada cuti sekolah.. So pilihlah perjalanan anda dengan Bijaksana
Hari Pertama

Soal Hotel pulak aku pilih 2 hotel berbeza iaitu satu di Pekan Kuah untuk aktiviti menjelajah langkawi dan satu lagi di Pantai Cenang untutk jelajah pulau lah beb... Kami tiba di langkawi agak lewat malam kerana masing2 masih berkerja di siang hari semata-mata taknak menggunakan cuti tahunan yang sedikit je...
Hotel yang aku booking kt pekan Kuah ialah DNC Bay Hotel (melalui booking.com) coz lokasinya betul2 berada di tengah2 pekan kuah dan berhampiran dengan Langkawi Parade (motifnya nak tengok wayang Ninja Turtle nanti) .Harga pun berbaloi juga satu malam cuma RM60 je tapi cukuplah sekadar buat tempat tidur je.
Hari Ke-2
Makam Mahsuri
Lokasi pertama adalah makam mahsuri,perjalanan ke sini termasuk sesat lagi dalam 30 minit juga.Kalau berpandukan gps cuma 12km je tapi taktahu lah mcm mana boleh sesat..hehehe
Gerai Nasi Dagang Pak Malau
Gerai nie kami singgah masa otw balik dari makam mahsuri.Gerai dia betul2 di tepi jalan.Gerai nie menjual nasi dagang je yea dengan lauk ayam/ikan kari je..Memang sedap jugalah tauke dia masak dan paling bestnya korang boleh menikmati sawah padi yang luas terbentang di hadapan gerai nie..
Terletak di Padang Mat Sirat dan merupakan tapak beras simpanan yang terbakar selepas tertewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan langkawi drpd Siam. Takde pape pun disini selain dari melihat sebuah tapak kecik yang siap dgn berpagar dan betul2 dihadapan rumah orang..hehe..Rasanya xpayahlah kot dtg sini sbbnya mungkin orang ramai datang kerana gerai2 souvier je yang berlambak di sekitarnya..
Oriental Village
Tempat nie tak jauh pun dari telaga harbour dan betul2 besebelahan dengan Terminal Kereta Kabel Langkawi yang terkenal tu..Tempat nie memang wajiblah untuk korang datang coz senibina bangunan dan infrastukturnya betul2 cantik dan menarik..Siap ada kolam/tasek lagi dan terdapat jambatan besar merentasinya.. Kebanyakan kedai2 disini lebih banyak menjual souvier. Sesuailah untuk korang melepak sambil tunggu giliran menaiki kereta kabel,,,
Tempat nie tak jauh pun dari Oriental Village..Tapi serius aku cakap tempat nie sesuai untuk mereka suka naik tangga beratus2 atau mendaki bukit.Sbbnya makk aiiii banyaknya tangga kena mendaki untuk sampai ke air terjun tu...Air terjun berada dibawah je tapi kalau masih gagah bolehlah mendaki sampai ke puncaknya coz disitu terdapat 7 punca mata air yang mengalir ke 7 telaga secara semulajadi.. Sangat sesuai untuk korang bergambar berlatarkan puncak gunung. Tempat nie adalah tempat terakhir untuk hari nie..So berpatahbalik semulalah ke Pekan Kuah pulak yang sangat memenatkan dan kesejukan kerana hujan..Sampai ke hotel je bersiap2 pulak untuk ke Langkawi Parade yang tak jauh dari Hotel untuk tgk wayang Ninja Turtle.
Hari Ke-3
Hari nie aku bertolak ke Pantai Cenang je coz khabarnya disitulah paling femes dikunjungi orang ramai untuk island tour (jelajah pulau2 utama),snorkeling,Mangrove Tour ( menjelajah Gua2 selama 5 jam kott ) atau berkelah di tepi pantai. Pagi2 lagi kami dah bergerak awal untuk ke pantai cenang sbbnya nak mengejar island tour sesi pagi (dlm sehari ada 2 je sesi iaitu pagi dan petang dan berkongsi bot dgn org lain). Sampai je Pantai Cenang terus pergi ke AB Hotel sbb ada blogger kata pakej hotel tu paling murah di langkawi. RM25/seorang jika dibanding harga lain sekitar RM30-RM40. Tetapi sayang gilee sesi pagi katanya dah penuh . Terpaksa ambik sesi ptg je puko 2pm.huhuhu.Jadi aku nasihatkn kpd semua lebih baik booking sehari sebelum trip korang untuk elakkan kejadian spt kami berlaku.. =)
Yang nie memang menjadi tempat wajib untuk kunjungi dan korang akan diberi masa sejam je berada disini. Sebelum smpi kat sini,abg bot tu akan tunjukkan kat korang bentuk Bukit menyerupai perempuan mengandung. Didalam pulau ini terdapat tasik air tawar yang sangat cantik dan dalam. Lepas tu,ada jambatan lagi di sekeliling tasik nie..Kalau nak pergi ke tasik nie,korang terpaksa mendaki berpuluh2 tangga dulu yg curam dan kena berjaga-jaga jugalah dgn monyet/beruk di sekelilingnya..Make sure jgn bawa makananlah coz takot nanti korang diserang pulak.Kat tasik nie korang boleh je berenang dan kpd yg xgeti berenang pun xpe sbbnya terdapat juga kolam kecik disediakan. Kat tasik nie terdapat juga kedai2 menjual makanan ringan,souvier dan servis bergambar dan bot kayuh menggunakan kaki tapi harga paham2 sendirilah.
Sesiapa yg jakun xpenah tgk melihat helang makan di depan mata bolehlah korang tgk puas2 okey..Tapi tak dibenarkan memberi makanan atas faktor keselamatan beb.. Kita duduk didalam bot je sambil melihat demostrasi helang makan..Disini paling ramai helang berkumpul..Tak lama pun kat sini dalam 15minit dan seterusnya bergerak ke lokasi terakhir...
Pulau Beras Basah
Berakhirlah pengembaraan kami ke pulau2 terkenal disini. Balik semula ke hotel untuk bersiap2 untuk makam malam pulak kat Restaurant Haji Ramli.. Lokasinya takdelah jauh pun dari Cenang Mall dan sangat besar. Semua masakan ada samaada masakan thai,western,ikan bakar dan mcm2 ada. Tapi harga agak mahal sikit dan rasanya lebih mahal dari harga kat sekitar kl..hurmm..
Hari Ke-4
Cukup rasanya berehat semalam dan hari nie ingin meneruskan lagi menjelajah langkawi nie. Seronok juga rasanya dapat bercuti2 begini tapi bukan selalulah..hehehe..
Laman Padi
Tak sempat securiti tu buka pintu,kami dah pun masuk..hehe..Takde pape pun disini sebenarnya tapi disebabkan nak mpkenalkan ekonomi utama kedah kpd kawan aku nie mbuatkan aku beria-ria datang..Tempat nie sunyi je rasanya tapi pemandangan sawah padi yang luas terbentang dapat menyejukkan fikiran..Masuk pun percuma aja dan korang bebas kemana aja tanpa bayaran..Muzium pun ada kalau nak mengenali sejarah dulu bersawah padi..
Dataran Lang
Taman Lagenda Langkawi
Yang nie sama je mcm taman botani seperti tempat2 lain cuma membezakannya adalah setiap landskap taman menceritakan peristiwa yang bersejarah dan lagenda yang berlaku di langkawi..Sambil2 korang jogging or beriadah bolehlah korang melihat arca2 patung atau landskap taman kebun yang menghidupkan kembali peristiwa2 atau lagenda disitu..Sbb tu mendapat jolokan Lagenda dalam Taman..Besar jugalah taman nie dab cantik je..Semput juga aku nak mengelilingi taman nie..
Kalau korang dh berada disini jgnlh lepaskan membeli coklat2 berjenama yang aku rasa sangat2 murah dan bermacam2 aneka coklat yang ada..hehe..
Kalau korang berada area Cenang disitu ada 2 kompleks coklat yang paling murah iaitu kat sebelah Waterworld dan Cenang Mall..Kalau kat area Pekan Kuah nie ada satu kedai coklat yang paling terbesar punya di Langkawi dan pelbagai coklat dijual disini iaitu Haji Ismail Group. Disini korang boleh memilih pelbagai coklat berjenama yang tak pernah korang tahu pun..Hampir RM200+ jugalah aku habiskan coz terlalu banyak sangat pilihan beb..hehehe..,.