Melaka nie sebenarnya sesuai untuk mereka sukakan sejarah dulu.Sbbnya disini banyak peninggalan sejarah2 dulu spt kesultanan melayu melaka dan juga muzium2.
Oklah dah banyak sangat aku bercerita tirai blog nie...Jom ikuti percutian aku kali ini di kampung halaman sendiri..
Hari 1
Hari 2:Jelajah Bandar Hilir Melaka
Terlupa pulak aku nak beritahu kenapa aku mencari hotel di sekitar Dataran Pahlawan Mall..hehehe.. Seperti biasalah malamnya nanti aku nak pergi tengok wayanglah jawabnya,hahaha..Itu tujuan sampingan je dan sebabnya ialah tempat2 menarik kat melaka nie berada disekitarnya je (kawasan bandar hilir melaka ) dan korang boleh menjelajahi hampir kesemuanya dalam satu hari je secara berjalan kaki..Hari tu kami tak dapat mencari sewa basikal yang murah disekitar situ kerana kebanyakan kedai2 yang kami jumpa semuanya caj RM50/seharian sedangkan blogger2 ckp dlm lingkungan rm10-20 je...lebih baik jalan kaki je drpd sewa sebuah basikal dah kena bayar rm50...membazir je rasanya..Tapi sebelum balik tu terjumpalah kedai sewa basikal yang kami nakkan tu iaitu sebelah je Mahkota Parade.Aduhai menyesal rasanya tak berjalan2 area situ dulu..huhuhuhu.Untuk makluman Dataran Pahlawan Mall nie bertentangan je dgn Mahkota Parade..Oklah jom ikutan pengembaraan kami dengan berjalan kaki aja...JOM!!!!
Ini adalah lokasi pertama permulaan kami di Melaka ini. Sbbnya nak mengetahui kedudukan lokasi tempat2 pengembaraan kami di situ.Mula2 aku ingatkan kena naik lif untuk ke puncak menara tu tapi rupa-rupanya korang kena masuk dalam ruang bulatan tu dan seterusnya bulatan tu akan naik sampai ke puncaknya dan berpusing 360*..Mak aiiii!!!Rasa gugup jugalah masa mula2 naik ke puncak atas tu..Dengan ketinggian 80 meter mampu melihat pemandangan bandar melaka ini secara 360..Bayaran pun agak mahal sikitlah dalam RM20/seorg dengan diberikan sedikit cenderahati..Durasi pun dalam 7 minit lebih je (2 minit utk turun/naik dan 5 minit je utk berada di puncak atas).. Lokasinya betul2 di hujung Dataran Pahlawan Mall dan berdekatan dengan sungai melaka..
Dikenali sbg muzium kapal selam dimana korang boleh melihat struktur senibina kapal TLDM dan kapal perang Portugis yang dinamakan Kapal Flo De La Mar. Lokasinya bersebelahan dgn menara taming sari je dan betul2 berada di muara sungai melaka..Bayaran pun murah je RM3 untuk mengunjungi kapal2 nie berserta muzium2nya..Murah x?
MUZIUM KASTAM
Yang nie percuma je dan hanya tulis nama je dalam buku besar kat pintu masuk..muzium nie bersebelahan je dgn muzium samudera dan tepi muara sungai..Aku masuk kat sini pun terpaksa je sebenarnya sbbnya nak berteduh dari panas terik kat melaka nie..hahahaha...
MUARA SG MELAKA
BANGUNAN STADTHUYS
JONKER WALL
Dari luar jalan nie kelihatan senibina bangunan lama2 mewujudkan lagi suasana pada zaman dahulu kala..Tempat nie sangat sesuai kepada mereka pengumpul barang2 lama..Aku datang kesini sebenarnya nak bergambar je dgn patung Datuk Wira Dr Gan Boon Leong yang ramai blogger bergambar tu..Sambil2 tu aku lunch kat kedai Maggie Cef Ismail yang bagi aku sangatlah mahal dan tak kenyang sangat pun...Niat mula-mulanya nak mencari asam pedas yang terkenal di sekitar situ tapi sayangnya tak jumpa pun tempat tu..
MASJID KG KELING
GEREJA ST. PAUL
Yang nie bersebelahan je dgn Bangunan Stadthuys tapi korang kena mendaki bukit lagi untuk sampai ke sini...Aduhai memang memenatkan jugalah..Gereja nie sebenarnya sebahagian dari kawasan Kota A famosa tapi kedudukannya diatas kaki bukit..Apabila sampai ke pintu masuk je korang akan jumpa patung St Francis Xavier..Tentang seorang mubaligh kristian yang bertanggungjawab menyebarkan agama kristian ke Asia Tenggara.Pada mulanya tempat nie dijadikan gereja oleh Portugis dan selepas diambik oleh Belanda,mereka menjadikan sbg tempat persemadian bangsawan..
MUZIUM KESULTANAN MELAYU MELAKA
Tempat terakhir kami adalah disini dan lokasinya bersebelahan je dgn A Famosa.Merupakan replika istana melaka yang sebenar dan menyerupai Istana Sultan Mansur Shah.. Tiket masuk pun cuma RM2/sekepala..Disini korang boleh melihat artifak seperti kelengkapan diraja,barangan kemas,senjata2 dan figura2 merakamkan peristiwa sejarah serta lagenda yang berlaku seperti pertempuran Hang Tuah dgn Hang Jebat...
KOTA A FAMOSA
Tempat inilah menjadi lambang utama pengenalan tentang Melaka..Kota nie dibina oleh Portugis sbg benteng pertahanan dari Belanda yang bertahan selama 130tahun...Fuyooo kuat gilee kot kubu nie..Struktur sebenarnya ialah kota ini mempunyai tembok yang panjang dan 8 menara kawalan setinggi bangunan 4 tingkat,70 meriam menghala semua arah serta dikawal oleh 80 orang pengawal bersenjata lengkap..Tetapi sebahagian kota nie telah dimusnahkan semasa zaman inggeris akibat takut sejarah berulang kembali..Apa yang tinggal sekarang adalah pintu gerbang kota sahaja.
Hari 3:Jelajah Ayer Keruh
Seperti biasalah bangun pagi2 bersarapan dulu di hotel sebelum meneruskan pengembaraan seterusnya..Pengembaraan kami seterusnya ke Ayer Keruh pulak dengan menaiki bas Rapid je..Mulanya aku mencari sewa motorsikal di sekitar melaka tapi takde langsung kott.Mungkin kerana yang nie bukan kawasan pulak dan takde sambutan pun kalau buat sewa motor..Terpaksalah naik bas je kalau nak pergi mana2 je..Kalau boleh aku nak pergi ke Pantai Klebang untuk merasai Coconut Shake yang terkenal tu tapi apakah daya terpaksa merasa coconut shake yang terdapat di Jonker street je..Kalau nak pergi ke ayer keruh,kami menaiki bas Rapid dulu untuk ke Melaka Sentral dan dari situ ambik bas ke sana...Tambang bas pun dalam rm2/seorg untuk ke melaka sentral dan korang tunggu bas nie kat depan pintu masuk bahagian tengah Dataran Pahlawan Mall..
TAMAN MINI MALAYSIA DAN ASEAN
TAMAN BUAYA
ZOO MELAKA DAN NIGHT SAFARI
Tiket masuk dalam rm15 kot hari tu.. Sesi membakar lemak masih diteruskan disini kerana korang akan berjalan jauh mengeliling zoo nie..Kalau taklarat sangat boleh je menaiki trem berharga rm2/seorg ataupun sewa kereta mini berharga rm7/sebuah..
PLANETARIUM
Tiket masuk untuk planetarium nie adalah percuma tapi kalau nak menonton tayangan 3D kena bayarlah yang berharga rm15/seorg.Merupakan planetarium tercanggih di Malaysia dan terbesar di Asia.Bangunan 3 tingkat ini menjanjikan pengalaman penuh dgn pameran pendidikan astronomi dan sains aeroangkasa.
Untuk pengetahuan tempat nie bukan aku yang pilih tapi kawan aku nie sebenarnya (mungkin dia peminat dunia angkasa kot).hehehe..Disini yang menjadi menarik perhatian aku ialah tayangan filem mengenai angkasa di teater angkasa 3D yang sangat menakjubkan yang pernah aku tengok tanpa perlu memakai cermin mata 3D.Padahal aku sebenarnya tertidur sepanjang teater ini ditayangkan (kalau tak silap 45minit kot)..hahahaha...Tapi tayangan nie ada juga masa2 tertentu tayangan,jadi sebelum datang sini silalah rujuk jadualnya untuk memudahkan korang merancang masa dgn baik..
Selesai sudah pengembaraan kami di area ayer keruh.Hurmm....akibat terkena bahana teksi mahal,kami terpaksalah berjalan kaki lagi untuk ke bus stop Rapid yang terletak di Mydin MITC...Takpelah aku sanggup kot berjalan kaki dari terpaksa bayar mahal2 lagi...Untuk pengetahuan,bas nie takdelah terus ke Dataran Pahlawan Mall tapi korang kena tukar bas lagi di Melaka Sentral nanti..
MELAKA RIVER CRUISE
Inilah saat2 yang aku tunggu selama berada di sini iaitu menyusuri sungai melaka yang pernah terkenal sebagai perlabuhan perdagangan di asia tenggara dulu.Sebenarnya waktu malam nie lah sesuai untuk river cruise kerana udaranya yang sejuk dan nyaman serta kerlipan lampu2 warna-warni mencantikkan lagi pemandangan di sepanjang sg melaka ini...Sesuai untuk mereka yang mahu mewujudkan suasana romantik semasa bulan madu ataupun kenangan terindah..Terminalnya terletak di muara sg melaka bersebelah kapal perang Portugis (Muzium Samudera) dan tiket berharga rm10/seorg
Hari 4:Lawatan sambil belajar ke Muzium2
Hari terakhir nie sebelum kami berangkat pulang ke tempat masing2 banyak kami habiskan untuk menjelajah muzium2 yang terdapat di bandar hilir ini..Tapi yang menjadi masalahnya pulak ialah membawa beg2 besar nie..Mujurlah kat Mahkota Parade nie terdapat loker untuk menyimpan helmet (disalahgunakan oleh kami pulak...hahaha) yang terletak di pintu blkgnya. Tapi menjadi masalah baru pulak iaitu loker nie jenis yang bayar guna duit syiling 50sen lama.Aduhai...!!Hampir seluruh mahkota parade kami pusing untuk mendapatkan duit syiling tu.. Nasib baiklah dapat tukar kat kaunter pertanyaan wlpn terpaksalah menipu mereka kononnya nak simpan helmet padahal nak simpan beg...hehehehe
Dah settle soal beg besarnya dan lawatan sambil belajar muzium ini dimulakan :
BALAI SENI LUKIS |
MUZIUM DUNIA MELAYU DAN DUNIA ISLAM |
MUZIUM SENIBINA MALAYSIA |
MUZIUM RAKYAT |