Khamis, 5 Februari 2015

Jelajah Solo 2015....Kota Lahirnya Presiden Jokowi

Syukur Alhamdulillah wlpn bajet ekonomi bulan Febuari tak seberapa ada dan banyak pulak halangan semasa percutiaan nie tetap berjaya dgn lancarnya..Aduhai susah juga aku nak bercuti tahun nie,mana taknya boleh dikatakan setiap bulan aku bercuti je..Tambahan pulak cuti rehat tahunan (CR) aku tahun nie cuma 25 hari je bakinya. Menyusahkan lagi misi aku untuk menjelajah seluruh Asia Tenggara bagi permulaan tahun 2015 nie..Lantaklah semuanya kerana memang begitulah onak dan duri seorang backparker mcm aku yang berkerja nie..hehehehe...
Misi jelajah kali ini diteruskan ke Solo..Tempat lahirnya Presiden Jokowi yang memerintah Indonesia skrg..Solo ataupun dikenali sebagai Surakarta terletak di Jawa Tengah,IndonesiaHurmmm...bagi aku solo nie sesuai je untuk korang menjelajah seharian sahaja kerana takde pape pun yang menarik disini selain dari tempat2 peninggalan sejarah sahaja...Aku cadangkan satukan je trip solo nie dgn trip yang lain.Sebabnya takde pape yang menarik disini.Contohnya spt Semarang ke kerana terdapat wisata2 menarik disana...okeylah jom ikuti misi pengembaraan kami di SOLO..

DAY 1 :WELCOME TO SOLO
Untuk ke Solo nie aku transit ke jakarta dulu memandangkan tiket flightnya lagi murah berbanding terus ke Solo.Dalam 1jam je penerbangan dari jakarta ke solo. Boleh juga menaiki keretapi tapi korang terpaksa menempuh hampir 4 jam perjalanan kesana..
Hari pertama kami tiba selamat tiba di Bandara Udara Adi Soemarmo. Terminalnya agak besarlah juga dan dikatakan terminal terbersih di Indonesia..Hurmmm memang bersih pun dan takdelah serabut sangat mcm di terminal Soaekarno.. Untuk ke hotel kami takpayah risau sangat ataupun mencari teksi lagi kerana hotel ini menyediakan pengangkutan jemput-hantar secara percuma.. Hotel yang kami menginap sepanjang disana ialah Sala View Hotel.. Hotel ini memang terbaik punya kerana lokasinya yang sangat strategik dengan berhampiran wisata2 dan juga interior design yang sangat unik..Aku sangat syorkan hotel ini untuk mereka yang inginkan hotel yang murah yang lengkap dengan sarapan dan pengangkutan secara percuma.. Masa perjalanan ke hotel ini dari terminal mengambil masa dalam 20minit je.. Memandangkan kami tiba di solo pada pukul 9.00pm dan juga masih belum mendapat sewa motornya. Kami terpaksa berehat sahaja didalam hotel dan memulakan misi kami pada hari keesokannya.. = _ =


DAY 2 : Jelajah Solo Dalam Sehari
 Hari nie bermulalah misi kami menjelajah Solo seharian saja okey memandangkan takde tempat2 yang menarik pun selain dari tempat2 sejarah saja..Pagi2 lagi kami mencari sewa motor untuk memudahkan misi menjelajah solo nie..Tak susah pun nak mencari sewa motor nie kerana bersebelah je dengan hotel kami...Bestnya..
Sewa pun takdelah mahal sangat pun dalam 150 000/3 hari je dan tak payah susah nak pulangkan kerana bersebelah je dgn hotel kami..JOM ikuti pengembaraan kami di Solo
Museum Manusia Purba Sangiran
Terletak 15km dari utara Kota Solo yang mengambil masa 30minit perjalanan motor..Tempat nie dikatakan tempat yang wajib dikunjungi kerana dikatakan tempat arkeologi manusia purba sempurna yang terbesar di Asia mahupun dunia meliputi habitat,pola dan kehidupannya..Diakui oleh UNESCO Dunia sebagai World Herritage kerana memberi sumbangan terbesar terhadap perkembangan ilmu pengetahuan tentang arkeologi,geologi,paleonanthropologi dan biologi..Tempat nie agak besar gilee dan berkonsepkan menara membukit..tiket masuk dalam 5 000rp/domestik dan 11 500rp/asing. Tempat nie memang menariklah untuk korang ingin melihat kehidupan purbakala.. Selain manusia purba atau dikenali bahasa sejarahnya Homo erestus terdapat juga perjumpaan fosil binatang seperti gajah,badak,kerbau dan sebagainya yang seusia dengan manusia purba ini..Jadi jgn lepaskan peluang anda mengunjungi tempat sejarah ini..
Keraton Kasonan Surakarta Hardiningrat
Tempat nie berada di tengah kota solo dan tak jauh pun dari hotel kami..Merupakan istana resmi dan juga istana sementara proses pembaikipulih istana sediaada pada zaman kesultanan Mataram. Kerosakan istananya berpunca dari Peperangan Tionghua dgn Belanda atau dikenali Geger Pecinan 1743. Sekarang istana ini tidak lagi digunakan dan dijadikan tempat penyimpanan koleksi milik kesultanan seperti replika pusaka keraton,pemberiaan barang2 oleh eropah dan sebagainya..Tiket masuk dalam 10 000rp/seorang tapi kalau bawa camera kena caj lagi 2 000rp (lebih baik sembunyi dulu camera korang)..Waktu pembukaan keraton ini pada pukul 830am-3.00petang je. Disini terdapat pantang larang juga yang korang wajib ikut bagi menghormati tempatnya seperti memakai kasut (kalau pakai selipar.korang dipaksa berkaki ayam je,okey...mcm yang berlaku pada aku...+_+ ).tidak memakai  kacamata gelap.tidak berseluar pendek tapi kalau dah berseluar pendek,korang wajib memakai kain yang disediakan dan dililit di pinggang dan tidak memakai topi kepala..
Kalau korang pergi ketempat nie,korang akan melalui Pasar Klewer di sepanjang jalannya..Memang besar gilee lah tempat pasar nie dan terdapat pelbagai jualan disini seperti buku2,kain batik,cenderahati,pasar basah/tani dan juga sebagainya..Tempat pasar nie agak berseleraklah juga disebabkan pada tahun 2014 berlakunya kebakaran terbesar yang menghancurkan banyak kedai2 yang tersusun memanjang..Sehingga kini tempat ini masih dalam proses pembaikipulih dan juga masih ada kesan2 kebakaran di sepanjang jalan Pasar Klewer nie..Kalau korang nak membeli cenderahati yang murah2 lebih baik korang cari disini..Kalau nak mengeliling seluruh pasar nie memang koyaklah kaki korang nanti...hehehe..
Di sekitar Pasar Klewar nie jugalah korang akan menemukan tempat bersejarah juga iaitu Masjid Agung Keraton Surakarta.. Masjid ini merupakan masjid terbesar di Kota Solo dan merupakan masjid agung milik kerajaan kesultanan Mataram yang berfungsi sebagai pusat penyebaran agama islam dan juga tempat beribadat.. Dari sini korang telah menemui 3 tempat bersejarah yang berhampiran antara satu sama lain. Kalau korang rasa malas sangat nak jalan jauh,korang boleh je naik beca disini.. Harga aku tak pastilah berapa tapi rasanya tak mahal sangat pun... 
Pura Mangkunagaran 
Yang nie tak jauh juga dari Pasar Klewer dan masih berada di tengah kota solo..Merupakan istana kediaman Sri Paduka Mangkunagaran dengan megikut konsep keraton yang sangat kecik.. Masa kesini kami sesat juga nak mencari pintu masuk istana nie..Dalam 2kali pusing juga mengelilinginya baru jumpa pintu masuknya...hahaha...Tiket masuk kesini dalam 10 000rp/seorg sambil ditemani oleh seorang pengiring yang akan bersama anda mengelilingi istana ini..Sambil2 tu bolehlah dia menjadi jurugambar nanti..Untung badan dibuatnya..Waktu pembukaan tempat ini agak singkat iaitu 9.00pagi sampai 2.00 petang je..Tempat ini dikatakan menjadi tempat paling popular di kalangan pengunjung asing yang mengalahkan wisata2 di kota solo ini kerana tedapat persembahan seni tarian mahupun latihan tarian pada hari2 tertentu..
Bertentangan dgn Pura nie terdapat juga Pasar Malam yang cukup terkenal yang hanya beroperasi hujung minggu sahaja iaitu Pasar Malam Ngarsopuro. Pasar nie sama je mcm pasar malam biasa tetapi menjadi tarikannya ialah tempat dibangunkan untuk dijadikan sebagai ikon kota solo.. Dimana jalan disekitar sini ditutup setiap hujung minggu memberi peluang kepada gerai2 menjual barangan mereka. Lazimnya dijumpai disini seperti beraneka cenderahati mcm fridge magnet,baju2 dan sebagainya,makanan.kain batik dan mcm2 ada..Terdapat juga senibina patung2,tembok,topeng,lukisan mural dan juga lampu tiang yang unik disepanjang pasar malam ini.. Malah tempat ini juga dijadikan sebagai tempat event2 besar bertaraf internasional setiap tahun..

DAY 3 :Jelajah Wisata Berlibur Warga Kota
Memandangkan waktu kami agak terhad disini disebabkan flight kami pada pukul 2 petang nanti.. Kami cuma singgahsana saja di tempat2 yang selalu menjadi tempat untuk warga kota berlibur atau beriadah di sekitar Kota Solo nie...
Yang paling menariknya percutiaan kami kali ini ialah kami takpayah susah-payah nak mencari transport ke Terminal Kapal Terbang kerana Hotel yang kami duduk nie menyediakan penghantaran secara percuma....Jimat duit kami..hehehehe... 
l>.<l
JOM ikuti lawatan singgah sebentar je di tempat2 wisata paling popular untuk berlibur warga kota yang sempat kami pergi..:
Kampung Batik Laweyan
Merupakan sebuah perkampungan yang bersejarah dgn penghasilan dan penguasahaan pelbagai jenis Batik sejak dahulu sehingga sekarang..Kalau sesiapa sukakan batik yang nak buat pakaian ke bolehlah membeli-belah disini..
Taman Sriwedari
Asalnya adalah sebuah taman istirehat kerabat diraja Solo dan sekarang dibuka kpd orang ramai utk beriadah..Didalamnya terdapat Taman Hiburan Rakyat (outdoor theme park),,Stadion Sriwedari (spt stadium sukan),Kebun Binatang..Gedung Wayang Orang (mcm wayang kulit)..
Tiket masuk dalam 3 000rp/seorg je tapi kalau didalam nie ada lagi kena bayar.. Contohnya kalau nak main outdoor kena caj setiap satu permainan..
Museum Radya Pustaka
Bersebelahan je dgn Taman Sriwedari
Merupakan museum pertama di Indonesia yang memiliki koleksi berbagai macam arca,harta pusaka Adat,wayang kulit dan buku2 Kuno..
Tiket masuk dalam 5 000rp/seorang


6 ulasan:

  1. singkat wisatanya,,, tapi dapat banyak tempat ye.
    best lah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann..
      ayuhh kita jelajah lagi...hehe

      Padam
  2. Nice article my Bro,..thanks a lot has been visited one of our city, Solo.

    BalasPadam
  3. sure...love to travel in Indonesia

    BalasPadam