Jumaat, 18 September 2020

UiTM diHatiku...Kehidupan sebagai Pelajar PJJ Degree Nursing

Kenapa Memilih UiTM sebagai platform e-PJJ Ijazah Sains Kejuruawatan.

Lamanya aku tak menaip dalam blog ini..Maklum sahajalah sikap malas sudah memuncak apabila dah masuk 30-an ni..Sudah tua pun aku sekarang. Blog kali ini, aku akan menceritakan pengalaman aku berjaya masuk ke UiTM untuk melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sains Kejuruawatan secara PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) dengan jayanya. Aku dah nak masuk semester 3 pun atau dalam program e-pjj dah masuk semester 6 (aku dapat pengecualian kredit dan korang boleh melompat ke semester 4 terus) baru ada hati nak menaip blog ini.. Hahahahahaha 
Sebenarnya susah juga nak masuk Uitm ni sebenarnya kerana aku dah mohon hampir 4 kali jugalah tapi selalu gagal. Alhamdulillah untuk tahun 2019, aku berjaya meluluskan diri dengan lancarnya. Kenapa aku memilih uitm ini kerana seperti berikut:
  • Terpengaruh rakan sebaya aku yang bernama Fauzee Mazlan (dia banyak membantu aku tanpa jemu) kerana dia dah hampir nak habis ijazah dia. Kiranya pengalaman dia memotivasikan aku untuk sambung disitu.
  • Jaraknya dari rumah aku yang tidak jauh pun (KL-Puncak Alam). Sebenarnya amat jauh juga klu diikutkan tapi demi masa depan yang gemilang.
  • Satu-satunya IPTA yang membuka Ijazah Kejururawatan secara e-PJJ di Malaysia ni. 
  • Kos pengajian dia yang sangat murah weii...Sekitar RM20k dan boleh bayar secara ansuran pun (3kali xsilap aku). Jika dibandingkan dengan swasta macam OUM tu pun dah mencecah RM35k-RM40k dan Mahsa pun dengar ceritanya lagi mahal dari OUM. Untuk makluman hanya 2 IPTS ni sahaja yang diperakui Ijazah Kejururawatan (korang kena tengak persijilan MQA sudah tamat temnpoh atau tidak) oleh KKM. Maklum sahajalah, aku nak menjadi Matron U41 kenalah ada ijazah kejururawatan yang diiktiraf oleh KKM supaya melayakkan diri untuk memohon jawatan tersebut.
  • Kelas dia tak banyak pun dalam setiap semester. Tak silap aku hanya 10-12 hari je untuk satu semester. Dibandingkan dengan mahsa dan oum memang banyak gila kelas2 yang korang kena hadir.
  • Kelas diadakan pada hari sabtu dan ahad sahaja (kiranya untunglah aku sebabnya tak payah mohon CR tapi hari peperiksaan dia diadakan pada hari bekerja yee).
Permulaan perjalanan melayakkan diri ke UiTM
Terlalu banyak liku-liku perjalanan untuk menembusi pintu gerbang UiTM ni..Aku kadang2 dah putus asa berharap dengan memohon PJJ kt UiTM ni. Tapi demi mendapatkan Matron U41 sebelum pencen, aku gagahkan juga untuk mencuba banyak kali. Oh yee, sebelum korang nak masuk uitm untuk program ijazah kejururawatan secara PJJ ni, korang kena melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dan juga syarat2 wajib di tempat kerja korang dahulu (ni lah masalah dunia kejururawatan yang tak nak jururawat berkembang):

SYARAT-SYARAT UITM
  1. Lepasan Diploma Kejururawatan 
  2. Mempunyai pengalaman kerja 3-5 tahun (alaa ada je yang baru keje 2 tahun pun dah boleh mohon wei...Tapi yang keje swasta lah. Kalau bawah KKM memang ko kena rejek awal2 dah dengan sister/matron yang menyelia ko.
  3. Mesti ada MUET sekurang-kurangnya band 3. (sembang je memanjang uitm ni, hari tu masa lapor diri macam separuh dari batch aku tak ambik lagi MUET pun dan Band 2 pun dah diterima oleh pihak pentadbiran uitm).
SYARAT-SYARAT WAJIB kalau korang keje bawah KKM (macam aku lah katakan).
  1. Pengalamana kerja melebihi 5 tahun (kalau kat HKL memang mcm lahanat je puak2 ni sebabnya aku dah kerja lebih 5 tahun pun masih tak dapat kelulusan Ketua Matron masa itu. Matron aku sokong je aku pergi belajar tapi sampai ke Ketua Matron terus rejek dengan alasan aku nak minta transfer KKKL tapi borang permohonan dlm sistem HRMIS ditendangnya begitu sahaja).
  2. Kelulusan Ketua Matron. Tujuan dia adalah untuk korang memohon Cuti Tanpa Rekod (untuk hari menjawab peperiksaan akhir nanti) dan Cuti Menghadiri Kelas (yang ini jarang aku ambik sebabnya kelas dia kebanyakkannya pada hari sabtu dan ahad sahaja). Sebab ke-2 ini, memang aku jujurlah dan dengan bangganya aku menyatakan yang aku tidak mendapat kelulusan dari Ketua Matron masa tu tapi aku teruskan juga. Sebab aku teruskan juga kerana kelas diadakan pada hari sabtu dan ahad je cuma aku kena tahan diri dari ambik CR (digunakan untuk hari peperiksaan) untuk jawab exam nanti. Tak silap aku exam dia tak tetap dan kadang2 jarak antara kertas peperiksaan dalam 2-4 hari. Sangat menyeksakan jiwa dan raga lah sebab aku tak boleh bercuti. Tapi untuk semester 3 (atau semester 6 kalau ikut program pjj), Ketua Matron luluskan juga permohonan aku untuk ambik CTR untuk jawab peperiksaan akhir nanti.. Alhamdulillah
  3. Transkrip diploma. Kalau yang belajar diploma dulu dan tiada transkrip diploma ni, korang kena minta kat KKM lah wei di Kompleks Bangunan Kerajaan Putrajaya. Transkrip ini sangat penting untuk korang yang berhasrat nak sambung belajar Ijazah Kejururawatan macam aku ni.Follow je surat yang aku ambik dari kawan batch aku yang suka jadi public figure dalam sosmed (harap2 dia tak baca blog aku ni, hahahahha).
  4. Wajib ada Postbasik/diploma lanjutan. Yang ni semua sandiwara sahaja geng2 matron (sebenarnya alasan mereka je) masa nak memohon dengan mereka. Sebenarnya ada je yang pergi tanpa postbasik tapi ikut tempat korang bekerja lah...Kalau dapat matron mcm aku ni, memang jahanamlah niat ko nak sambung ijazah kejururawatan tu...Hampehhh..Kalau korang nak tahu, ada je kawan aku pergi senyap2 belajar kat UiTM ni tanpa kebenaran geng2 matron dan sister ni dan tidak memenuhi syarat wajib ni (kecuali transkrip diploma). Hebat gilaa dia....
Langkah pertama memulakan perjalanan ke UiTM.

Untuk memohon uitm ni, korang kena rajin lihat kat laman sesawang dia bila tawaran pengajian pjj dia buka sebabnya permohonan dia melalui atas talian (online). Untuk makluman, pengambilan pelajar baru hanya setahun sekali sahaja iaitu bulan september. Kiranya permohonan dia dalam bulan 12 hingga bulan 3 tahun seterusnya (tak menentu). Korang tengok laman sesawang dia https://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=I selalu yeaaa.. Bila tawaran dia dah buka, korang kena beli nombor pin terlebih dahulu samaada kena pergi ke Bank BSN ataupun belian online pun boleh (macam aku buat,lecehlah buang masa pergi bank BSN). Harga dah lupa berapa (dah nyanyuk kan) tapi rasanya sekitar RM10-RM20 je. Untuk makluman korang, hanya UiTM Puncak Alam sahaja kampus untuk program Ijazah sarjana muda Kejururawatan secara PJJ yang ada. Jadi kena tahu jalan pergi kalau korang dah berjaya lepas tapisan permohonan online ni...

Keputusan biasanya akan dimaklumkan melalui EMAIL sahaja wei..Pihak Uitm ni takdenya nak telepon ko atau hantar surat tawaran temuduga ni. Jadi korang kena ingat, selalu sahaja periksa email korang untuk memastikan korang tidak terlepas dengan tarikh temuduga dia. Macam aku hari tu, temuduga dia pada bulan Julai dan dalam surat itu, korang kena sediakan dokumen-dokumen berikut:

Antara sijil yang diperlukan (asli dan fotostat) dan juga FAIL PERIBADI untuk membuat orang yang temuduga berasa kagum melihat fail peribadi korang seperti berikut (yang ini lebih bagus, korang photostat 3 keping setiap satu untuk hari lapor diri nanti jika korang berjaya temuduga ini) :
  1. Sijil lahir
  2. Kad pengenalan diri
  3. Sijil lahir ibu bapa atau waris
  4. Sijil SPM
  5. Sijil Diploma
  6. Sijil Pendaftaran Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)
  7. Sijil Annual Practicing Certificate (terbaru)
  8. Transkrip Akademik Diploma
  9. Sijil Postbasik/Diploma Lanjutan (inilah penyelamatan aku supaya dapat potong Q walaupun datang lambat masa tu..Hahahahaha).
  10. Sijil Malaysian University English Test (MUET). Kononnya nak muet tapi aku tengok ramai je tak ambik muet pun lagi.
  11. Empat (4) keping gambar berukuran passpot.
  12. Sijil yang berkenaan macam sijil penyertaan,perhargaan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang (kononnya aku nak bodek jurutemuduga nanti) dan sebagainya (yang ni semua tak payah potostat yeaaa sebab pihak uitm tak minta pun).
Sebelum terlupa, pastikan korang sudah mengisi kehadiran (balas melalui email yang dia hantar tu) dengan kadar segera supaya nama korang tersenarai dalm sesi temuduga itu nanti. Masa korang tengok surat tawaran temuduga tu, korang tengok tempat dan masa temuduga diadakan supaya korang tak lambat nanti (macam aku lah senang cerita). Tempat temuduga aku hari tu kat Uitm Shah Alam, seksyen 7 di Institut Pendidikan Neo (iNed), Aras 2, Uitm-MTDC Technopreneur Centre Uitm pada pukul 8.30 pagi.. Masa aku nak pergi sana, aku terlupa nak bawa transkrip diploma aku (aku dah masukkan dalam kereta tapi takde pulak masa nak pergi tu), terpaksalah aku cari cybercafe untuk print transkrip tu yang aku dah save dalam bentuk pdf dalam gmail aku. Jadinya, aku memang datang lambat wei pada hari temuduga tu.
Apabila aku sampai kat sana, mujurlah orang tengah beratur panjang lagi (tak silap aku dalam 120 orang tapi dia ambik 90 orang sahaja). Aku pun beraturlah juga dan aku adalah orang ke2 terakhir masa tu. Punyalah mesra alam aku ni, berkenalan lah dengan budak belakang aku ni yang katakan bini dia sakit jadi dia yang beratur bagi pihak bini dia. Kebetulan weiii, suami dibelakang aku tu adalah budak MA yang keje HKL juga kt Unit Transplant (kecik betul dunia ni).
YANG SEBENARNYA, korang kena hantar senarai dokumen2 yang dia nak tu kat kaunter depan sekali (sebelum pintu masuk bilik temuduga) baru beratur...Masya Allah, mujurlah staf yang menjaga tu pergi ke belakang untuk tanyakan sesiapa lagi belum hantar borang. Punyalah gelabah masa tu..Hahahahaha...
Lepas je hantar borang ke kaunter tu, tak sampai 10 minit nama aku dengan bini budak MA ni dipanggil serta-merta untuk masuk bilik temuduga...Fulamak bangga gilaaa sial aku masa tu sebab berjaya potong Q yang panjang sedangkan kami adalah orang terakhir sekali...Hehehehe... Masuk je bilik temuduga tu, terus orang penemuduga minta fail yang aku dah sediakan.. OMG...please speak in english language...Aduhai mati mak nakkkk...Tutur bahasa aku memang mcm Phua Chu Kang lah (rojak stail)..Pertanyaan dia bukan macam pergi mohon kerja yee tapi ada 5 soalan sahaja ditanya mereka....Antara soalan yang ditanya:
  1. Kenapa ko pilih UITM sebagai platform sambung belajar..Jawapan aku adalah sebab murah, ada pengalaman dari kawan2 kerja yang dah nak hbs kat sini dan jawapan paling hebat aku bagi adalah MENDAPAT PENGIKTIRAF MQA yang diperakui oleh KKM.,.hebat tak jawapan aku?
  2. Kali ke berapa korang mengisi borang uitm?..jawpan aku adalah 4kali bahhhh
  3. Adakah mendapat kelulusan Ketua Matron.?Masa ni aku tak tahu lagi keputusan ketua matron aku (padahal dia rejek dah pun tapi lambat hantar kt matron aku), jadi aku jawab SUDAHHH..
  4. Mampu ke bayar yuran UITM ni??ofcos lah mampuuu tapi aku dah pasang niat mohon PTPTN nanti...hihihihihi...
  5. Sanggup ke menghadapi perjalanan sebagai pelajar nanti?GIve to me, madammm...im already since 4 yearss agoo....
  6. Soalan khas untuk aku (tak tahu lah knp aku selalu jadi mangsa)...susah tak jadi Diabetic Educator kat HKL dan apa health education selalu ko bagi kat pesakit....sukaaa sangatttt (dalam hati menyumpah2 je sebabnya aku kan keje Klinik Staf yang tiada Pakar FMS, mananya nak doktor2 kt situ nak rujuk kat aku pun untuk bagi diabetic kaunseling).
Hari Menjejak kaki ke UITM sebagai pelajar baru...

Syukur Alhamdulillah, aku berjaya menjejakkan kaki ke Uitm dengan berjayanya...Yahoooo...Berbaloilah usaha aku selama ini...Untuk tawaran kali ini, korang akan mendapat surat tawaran bertulis yang akan dihantar terus ke rumah korang dan juga EMAIL (selalu check email yeee sampai akhir bulan september). Dalam surat tawaran tu, pihak uitm ada bagi dokumen2 yang korang perlu lengkapkan sebelum hari melapor diri nanti.

Untuk pendaftaran pelajar baru biasanya lebih awal sebelum sesi kelas bermula (kebiasannya kelas bermula pada bulan september). Macam aku hari tu, pihak uitm suruh lapor diri pada 18 Ogos 2019 (Ahad) pada pukul 8.00 pagi di Dewan Agong Tunku Counselor (DATC), Uitm Shah Alam *(seksyen 7 taw)...Dalam tawaran tersebut, pihak uitm ada suruh sediakan dokumen-dokumen penting (sama je macam dokumen yang uitm minta masa temuduga) dan pemeriksaan perubatan (full medical checkup). Memandanng aku keje kat klinik staf, semua menjadi mudah seperti ABC untuk lengkapkan medical checkup aku dalam seminggu (HIV,Hep B,Hep C dan urine drug serta CXR with reporting). Kalau korang ada penyakit NCD mcm darah tinggi,diabetes dan sebagainya. JANGAN RISAU, korang boleh je teruskan pengajian uitm ini pun.Kalau ada HIV, Hep B,Hep C dan urine for drug adalah POSITIF sahaja akan ditolak tawarannya dengan serta-merta..
Masa aku lapor diri ni, dia bagi beg kain tu secara percuma dan juga borang2 uitm yang perlu korang isi..Banyak juga program pengajian selain Nursing yang ada masa tu,, Jadi korang kena tengok kod pengajian korang iaitu HS240 (ni korang boleh tengok dalam surat tawaran dia)... Dalam dewan ni memang bisinglah macam kat Terminal Bus station je dan korang kena lengkapkan station2 yang telah ditetapkan seperti berikut:
  1. Station taklimat pengajian dan penyerahan fail peribadi uitm (yang ni korang kena masukkan dokumen2 dan juga letak gambar kt depan fail tu).
  2. Station Pembayaran Yuran.. yang ni korang boleh inform yang korang boleh minta bayar 3 kali atau tunggu tawaran PTPTN. Kalau korang selesai bayar yuran ni, korang dapat beg UITM secara percuma (hadiah sebab bayar yuran penuh).
  3. Station membuat Kad Pelajar Uitm. Kat sini ada 2 keje yang ko kena buat iaitu sesi foto dan sesi menunggu kad pelajar siappp...Seronok je rasa bila aku tengok kad pelajar uitm aku ni..BTW, yang ni korang kena bayar tunai dalam RM30 tak silap aku (*dah lupalah sebab dah setahun lebih).
  4. Sation Penyerahan Dokumen dan Fail Peribadi. Kat sini lah aku berjaya serahkan SEMUA dokumen2 yang uitm nak dengan lengkap sekali...yahoooooo...
  5. SELESAI.....balik ke rumahhh...

Pengalaman menjadi pelajar Uitm bagi Ijazah Kejururawatan

Untuk menjadi pelajar ijazah kejururawatan secara pjj di uitm ini memang benar2 menguji jiwa dan fikiran aku wei sepanjang pengajian aku (sehingga hari ini, September 2020)...Terlebih dahulu, aku cerita serbah sedikit pasal program pengajian aku:
  • Kampus pengajian aku terletak di UiTM puncak alam yeee bukan di Uitm Shah Alam
  • Ada 9 semester tapi kalau korang lepasan diploma macam aku, korang boleh melompat terus ke semester 4.Jadi ada 6 semester je yang korang kena habiskan.
  • Satu semester bersamaan dengan 6 bulan. Kiranya ada 3 tahun untuk korang habiskan pengajian ini.
  • Setiap semester tu kos pengajian sekitar RM1900-RM2500 saja.
  • Kuliah korang berada di bangunan Fakulti Sains Kesihatan (FSK 7 kott).Semester 5 ak tak pergi kelas pun gara2 COVID-19 ni jadi dah lupa FSK brp dahhh....
  • Laman web sebagai pelajar yang paling kerap korang rajin online adalah ICLASS,UFUTURE dan ILEARN.Katanya nanti pengajar akan bagi markah kesian kalau korang tak cukup markah untuk lulus EXAM FINAL jika korang aktif.. Semua sesi perbelajaran (nanti pengajar akan bagi soalan2 untuk korang jawab) dan juga test online semua menggunakan laman sesawang ni. Tapi ada juga laman web yang lain (apabila perlu) yang digunakan masa pendaftaran,bayaran yuran,daftar kod subjek,daftar slip peperiksaan dan tengok keputusan exam final.
  • Setiap aturcara program pengajian dan juga subjek sentiasa dirombak dan tidak akan sama pun dengan senior korang yang lepas2 punya..Kira korang kena tanya senior yang beza 1 atau 2 semester je kalau nak minta nota2 yang sama dengan semester korang.
  • Ada 10-15 hari je untuk kelas dan juga bergantung kepada program pengajian korang yeaaa...Tak banyak pun kelas yang korang hadir dalam satu semester tu. Kalau OUM dan MAHSA memang banyak kelas korang kena hadir dalam setiap semester tu.
  • Permarkahan pulak masih bergantung kepada FINAL EXAM kalau nak cemerlang. Permarkahan dibahagikan kepada 2 iaitu 30% carried mark utk asignment dan 70% untuk final exam (bergantung kepada semester juga).
  • Yang betul2 menguji jiwa dan menyakitkan hati adalah sesi pengajaran dan pembelajaran secara PJJ ni... Korang kena belajar sendiri yeaaaa.. Pengajar yang masuk pun kadang2 tak mengajar pun dan mengajar pun setakat yang mampu je (yelah nak habiskan semua subjek dalam waktu singkat memang begitulah caranya).SEMUANYA korang kena selfstudy sahaja yeaa..Macam cara aku,memang banyak tanya kawan2 satu batch kalau ada nota-nota senior, soalan past year (lama gilaa punya soalan final yg aku dapat,sekitar tahun 2005-2010) dan tengok youtube je.
Rasanya sampai disini sahaja lah blog perkongsian aku tentang pengalaman menjadi pelajar UITM ini. Aku harap boleh membantu korang serbah sedikit tentang gambaran kepada sesiapa yang nak menjejak kaki sebagai pelajar macam aku ni iaitu Ijazah Sains Kejururawatan (Kepujian) di UITM Puncak Alam ini. Kalau rasa nak tanya soalan, jangan segan meninggalkan komen dibawah ni..Insya Allah akan aku jawab untuk korang semua....Seronok sebenarnya belajar balik sebagai pelajar IPTA ni jika dibandingkan belajar kat Kolej Kejururawatan dibawah KKM nie... Kali ini lagi dahsyat gilaaa dan perjalanan sangat berliku-liku untuk lulus (dengan cemerlangnya,,AMINNN) dalam program pengajian uitm ini...JOM semua,marilah kita belajar Ijazah Kejururawatan supaya boleh mohon jadi Matron U41 ataupun kalau berminat mengajar pun boleh mohon sebagai pengajar di kolej sains kesihatan bersekutu bawah KKM nanti....

Khamis, 3 September 2020

Pulau Perhentian...Percutian musim Covid-19


Sudah lama rasanya tidak menaip dalam blogger ini. Maklum sahaja sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak lelaki yang comel dan banyak karenahnya (mybe masa kecil aku mmg banyak songeh kot....hahahahaha). Bulan 11 ni tahun 2020 dah setahun pun...perhhhhh mcm2 perangai kena menghadap anak laki aku ni. Aduhai anakkk..
Berbaik kepada tajuk blog ni, aku ingin berkongsi pengalaman dan bajet mahal sepanjang bercuti di Pulau Perhentian yang sudah lama aku idamkan selama ini.. Alhamdulillah termakbul juga hajat yang sudah lama terpendam selama ini.Bersempena juga dgn pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia.
Jom ikuti pengembaraan aku dengan bajet mahal serta mewah di PULAU PERHENTIAN...yeahhhh

DAY 1 (4-5/9/2020)

Kami bertolak ke sana dengan menaiki bas je  (nak jimat katanya) iaitu BAS SANI EKSPRESS pada pukul 11.30 pm dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS-BTS) dgn harga RM45/seorang. TERLEBIH dahulu, jangan lupa booking siap2 dengan agen2 yang dipercayai sebelum korang berhajat ke Pulau Perhentian. Sebabnya, korang tak boleh booking melalui laman web mcm agoda,booking,Trivago dll kerana banyak chalet yang tak berdaftar dengan laman2 web taw.. 
Alhamdulillah aku sempat tanya kwn2 aku yang pergi sana menggunakan AGEN2 yang boleh dipercayai. Nama agen ni Pakej Pulau Perhentian HANA (no telepon dia nanti minta komen kat bawah yee sebab SULIT )...Tak pasal2 aku kena maki berjemaah sbb bagi no telepon dia dlm blog aku ni..HAHAHAHAH...Tapi servis agen HANA ni memang terbaik sbb dia akan bimbing ko sepanjang ko berada di pulau perhentian nie. Siap dapat diskaun lagi kt Kedai Makan ILHAM (tapi sedihhh aku tak dapat pun).Chalet yang kami pilih adalah Beach Guesthouse yang berharga RM258/seorang (tidak termasuk makan dan minum yee).
Untuk bercuti di Pulau Perhentian ini, korang kena pilih ikut citarasa korang..sbb ada 2 pulau yang korang boleh pilih..Ada pulau kecik dan pulau besar.. Macam aku mmg suka tempat2 yang meriah dan ramai orang, jadi aku pilih sekitar LONGBEACH di pulau kecik..

TIPS PENTING Pulau Perhentian
Aku bagi cadangan untuk pertama kali pergi mcm aku ke Pulau Perhentian ni, pilihlah chalet sekitar LONGBEACH jeee sebab semua kemudahan ada dan wisata pun dekat je (nanti aku cete wisata2 menarik di sekitar Longbeach).Tapi kalau korang sukakan kedamaian dan ketenangan, pilihlah chalet di sekitar Pulau Besar sbb situ tak ramai orang yang pilih dan sunyi je tempat dia bila waktu malam. Jadi, pilihlah chalet sekitar Longbeach je, ok!!!!
Untuk makluman,bila ko pilih pakej Hana, dia akan bagi ko senarai chalet2 yang masih kosong sebab cepat habis dibooking. Tetapi kalau ko diberi pilihan, carilah chalet yang tandas di dalamnya sebabnya tak payah nak berebut dgn penghuni yang lain..DAN paling penting sekali, carilah chalet yang 24jam ada elektriknya. Kebanyakkan chalet sini mmg tidak ada elektrik waktu tengah hari sampai pukul 7.00 malam...JANGAN lupa beli air mineral 5Liter kalau korang pergi ramai2 sbbnya air mineral kt sini dah sama harga dengan air minuman dia...pokaiiii weiii...

Berbalik kepada hari pertama aku ke sana, kami menaiki bas je ke Kuala Besut yeee sebab berdekatan je dengan jeti pulau perhentian. Kami sampai ke sana dalam puko 6.30 pagi tapi sayang betul.  berhenti kat Bus Station Kuala Besut bukannya jeti.. Jadi kenalah berjalan kaki sejarak 1 KM ke jeti kuala besut tu..Aduhai nasib. Kalau nak naik teksi memang dia paww ko RM7 weiiii sedangkan dekat je pun. Grabcar pulak mcm tak laku kt sini sbb kami ada booking tapi tak LAYAN. Mybe mereka ambik yang jarak jauh je kot..
Apabila sampai kat jeti selepas penat berjalan kaki, misi mencari makan pun bermula. Terjumplah satu kedai ni yang buat aku rasa NASI LEMAK dia paling sedapp selama aku hidup di dunia ni..Kedai Makan dia betul2 blkg tembok besar tulisan Selamat Datang ke Kuala Besut tu. Macam2 ada meniu yang dijual kt sini seperti nasi lemak, nasi dagang,nasi minyak,roti canai dan macam2 lagi..Harga pun takdelah mahal sgt mcm kt KL tu.. Yang penting sambal nasi lemak dia memang sedap dan lain dari yang lain. Sebelum balik pun sempatlah juga makan kt sini lagi sebelum berangkat ke KL balik..JADI jangan lepaskan peluang anda merasai masakan org TERENGGANU pulakk.
Hari pertama kami pun bermula lah selepas sarapan pagi yang sangat lazat ni. Kami menunggu agen pakej Hana yang bertugas kt jeti kuala besut supaya memberi tiket transfer boat ke Longbeach, Perhentian Kecik (termasuk dalam pakej Hana). Untuk masuk ke Pulau Perhentian ni, korang kena bayar lagi yee RM5/seorang untuk pintu masuk sebelum korang dibenarkan masuk ke dalam Transit boat tu. 
Fulamak tengok laut kt jeti ni pun dah jernih weii apatah lagi bila kat pulau kecik nanti. Mesti lagi jernih....Ramai juga orang ramai  yang bercuti musim PKPP ni. Maklumlah semua nak balas dendam sebab terkurung berbulan-bulan kat rumah sejak covid-19 sedang mengganas kt Malaysia ni. Nak pergi luar negara memang TAK BOLeh pulak...Jadi, marilah kita menyahut seruan pelancongan Malaysia kita....Cuti-cuti di dalam Malaysia ajaa lahhhhh....hihihihihi...Sementara menunggu boat kami ni, aku berjaya menghasut rombongan aku utk membeli sarung untuk telepon supaya bolehlah ambik gambar atau video bila pergi snorkeling anti. YESS!!!. 
TAPIIII...rupa-rupanyaa pakej Hana dengan baik hatinya bagi kami PERCUMA je weiiii sarung telepon tu kerana sebagai cenderahati sbb tukar chalet kami last minutes.. Sepatutnya kami dapat Awatif Chalet tapi sehari sebelum bertolak, kami diberikan Beach GuestHouse Chalet sebabny Boss Awatif chalet tak beritahu awal2 agen Hana yg chalet dia FULL HOUSE .. Tak kisahlah wei janji dapat juga sekitar Longbeach je.. Tapi itulah sayang duit aku dah melayang RM15 woooooooo semata-mata nak beli sarung telepon sedangkan boleh dapat FREE je weiii...
KALAULAH aku boleh bersabarrr....HUHUHUHUHU....Jadi nasihat aku kepada semua yang ambik pakej Hana atau mana2 pakej, silalah bertanya dahulu sebelum membeli....
Sebenarnya okey je Beach Guesthouse Chalet ni sbb bilik dia bagi betul2 depan pantai cumanya tandasnya jauh banget pulak...Terpaksa merentas jalan2 berpasir (kawasan pantai) klu nak ke tandas tu..Lepas tu kena cuci kaki pulak sebelum nak masuk bilik dia. Harga semalam termasuk pakej snoorkeling murah je dalam RM258/seorang..Elektrik takde pulak waktu tengah hari sehingga pukul 7.00 malam.
Seronok je rasa bila korang menaiki bot ke Longbeach sambil melihat kejernihan lautan sampai korang boleh melihat ikan berenang lagi. Menyesal tak pergi pulau perhentian ni. Agen Hana tu cakap kalau bulan November hingga Februari memang pulau perhentian ini ditutup kerana ombak bergeloran masa tu. Jadi korang tanya dulu ye agen yang korang pilih tu supaya tak menyesal di kemudian hari. 
Perjalanan ke Longbeach ni mengambil masa hampir 45 minit. Bot akan berhenti mana2 perhentian sebelum sampai ke Longbeach. Cara terbaik adalah banyak bertanya kepada pemandu bot tu supaya korang tidak tersalah turun.
Sampai je ke Jeti Longbeach,korang akan jumpa Hotel Mimpi dulu sebelum korang berjalan jauh di panas matahari yang terik ke Chalet korang tu. Banyak juga kedai2 makan, kedai runcit,surau dan chalet2 di Longbeach ni. Kalau bukan musim covid confim mesti ramai mat/minah salleh berjemur di sekitar pantai sekarang ni..Memang meriah jugalah Longbeach ni dengan orang ramai jika dibandingkan dengan yang lain. DAN paling penting sekali di Longbeach ini ada Kincir  Angin yang wajib korang pergi apabila sampai ke Pulau Perhentian. 
Sampai je di Longbeach,berpeluh mencari chalet kami dengan panas terik lagi.. Tapi memang mcm Krabi je rasa bila lihat permandangan di sekitar Longbeach ni. Lautan yang jernih dan biru serta decoration kedai2 makan dan chalet2 yang cantik membuatkan kita terlupa sekejap masalah2 yang dihadapi masa tu. Sampai je kt chalet kami ni terus dibenarkan check in walaupun jam baru puko 11.00 pagi....
Yahoooooo...letak beg semua bagai dan bersiap2 untuk makan tengah hari kt Kedai Makan Ilham yang kononnya dapat diskaun.Tapi hakikatnya takdapat pun...mybe tiada rezeki masa tu..Huhuhuhuhu
Harga makanan kat sini memang mahal teramat banget tapi nak buat macm mana.
Harga nescafa ais je sekitar RM4-RM6 dan nasi goreng dia pulak sekitar RM8-RM15. Bolehlah kalau sekadar nak mengisi perut. Tapi kalau makan malam, kami dah jumpa kedai makan yang paling murah antara semua kedai2 makan kt sini iaitu KEDAI MAKAN KAK YAH (lupalah nama kedai tu). Kedai makan ni betul2 kat belakang chalet kami (Beach GuestHouse) dan jalan menghala ke Coral Bay.
Harga murah sikitlah dari kedai2 makan yang lain tapi masa tu, kedai makan ni tak buka waktu pagi. Hanya buka waktu malam je bermula 7.00 malam. Kat sini ada pilihan pakej seafood bakar sekali dengan air yang berharga RM20/seorang.
Hari pertama kami di Longbeach ni banyak habiskan masa dengan mendaki bukit untuk ke Kincir Angin (Hiking Windmills kata mereka). Sebenarnya matlamat hiking ni bukanlah nak tengok kincir angin pun tapi ada jambatan yang menghadap lautan untuk korang bergambar berlatarbelakang pemandangan laut. Nak hiking bukit ni pun betul2 mencabar jiwa dan tenaga. Katanya 15 minit tapi masa tu aku mendaki memang sejam weiii (mybe aku lembik kot bila aktiviti hiking ni)...Sangat memenatkan. Untuk pergi ke Kincir angin ni, korang kena cari dulu Syukur Chalet sebelum korang meneruskan hiking korang mendaki bukit....Memang cantik gambar ko kat jambatan ni...bolehlah upload dalam Facebook,Instagram aku...Hihihihihi.


Lepas dah puashati bergambar dan melepak kt jambatan ni..Destinasi seterusnya adalah melihat pemandangan kt Coral Bay yang kononnya disini memang banyak kulit batu karang di persisiran pantai. Untuk ke destinasi ini, kami kena balik semula ke chalet kami ( Beach Guesthouse) kerana laluan utama ke Coral Bay ini mesti melalui chalet kami dan juga kedai makan Kak Yah yang aku cakap makanan paling murah sekali di Longbeach ni.




Cukuplah aktiviti kami pada hari pertama disini. Sebelum balik ke Chalet kami,sempatlah juga mandi laut sebelum makan malam nanti kat Kedai Makan Kak Yah untuk menikmati pakej seafood bakar yang harga RM20 tu... Sebenarnya kami dapat percuma Kayak Transparent tapi dia bagi 30 minit je untuk berkayak di sekitar Longbeach tu..Takpelah berenang lagi seronok weii daripada berkayak.

DAY 2 (6/9/2020)

Inilah hari yang ditunggu-tunggu iaitu SNORKELING full day. Tapi sebelum nak pergi tu, bergaduh pulak dengan team2 aku ni yang banyak drama Queen sangat..Mujurlah snoorkeling diteruskan, kalau tak memang membazir je lah pergi pulau perhentian ni..huhuhuhuhu.
Antara tempat-tempat snorkeling dan juga makan tengah hari merangkap minum petang kami adalah seperti berikut:
  1. Berkumpul di Kedai Makan Ilham (kedai yang aku tak dapat diskaun ni)..
  2. Snorkeling 3+1 point iaitu Teluk Keke, Turtle Point,Fish Point dan Coral Point.
  3. Snorkeling Shark Point
  4. Mandi air sejuk kat Lata Air Berani (sejuk gilaa air dia weii)
  5. Lunch dan minum petang di Kampung Nelayan (makan sotong celup tepong yang besar dan sedap berharga RM25, harga sama je wei macam kat Kedai Makan Kak Yah)







Memang seronok gila weiii snoorkeling disini. Buat pertama kalinya dalam hidup aku menggunakan sarung telepon itu sambil merakam video atau bergambar di dalam laut..Perhhh jakun sangat hidup aku selama ni sebab tak pernah guna benda ni untuk merakam video atau ambik gambar dalam laut. Hahahahahaha....
Memang bahagia sangat hidup aku apabila bercuti di pulau perhentian ni.. Walaupun duit banyak habis tapi berbaloi lah dengan pengalaman terindah disini..Terima kasih Pulau Perhentian..
Untuk sebelah malam pulak, aku banyak menghabiskan masa melihat derauan ombak kecil memukul pantai dan keindahan pantulan cahaya bulan ke laut..Bestnya masa ni...Boleh lupa semua masalah-masalah yang aku tinggalkan di KL tu...



DAY 3 (7/9/2020)

Sayangnya nak tinggalkan pulau ni..Tak puas lagi rasanya nak snoorkeling lagi di sini dan mandi laut sampai terbakar kulit aku. Tapi sudah tiba masanya meneruskan lagi kehidupan yang realiti di KL dan kembali semula ke pangkal jalan yang sebenarnya..Hehehehe..Jom balik KL....
Makluman semuanya, kami diberitahu bahawa untuk balik ke jeti Kuala Besut hanya ada 3 waktu je iaitu pukul 8.00 pagi, 12.30 tengah hari dan  4.00 petang sahaja. Memandang Bas SANI ekspress kami bertolak pukul 1.30 petang. Terpaksalah booking waktu 8.00 pagi sahaja supaya takde lah kelam kabut nanti..Untuk berurusan dengan boat transfer ni, korang boleh berurusan je dengan agen yang korang pilih. Macam aku memang dah booking siap2 kat agen Hana nie..Dia banyak membantu kami sepanjang berada disini siap ada whatsap group lagi untuk kami berurusan dengan sesiapa yang terlibat dalam pakej percutian kami. Truster Agen sangatttt

Selamat tinggal kenanganku di Pulau Perhentian, aku pasti kembali lagi disini..Aminnn



Jumaat, 20 Mei 2016

Jelajah Jakarta 2016

Sudah lama rasanya saya tidak dapat meneruskan misi menjelajah Asia pada tahun nie..hehe...Sebenarnya memang ada pun cuma sekitar Jakarta sahaja buat masa ini. Lagipun kekangan masa dan wang menjadi punca utama saya tidak dapat ke senarai tempat2 Asia yang dikehendaki.Oleh itu saya sekadar ke sekitar Jakarta sahaja memandangkan saya ada BFF kt sana.
Jadi,blog kali ini saya akan menghimpunankan tempat2 yang sempat saya jelajah sepanjang tahun nie..

Taman Wisata Alam Angke Kapuk

Tempat ini sesuai untuk mereka melihat persekitaran atau suasana keindahan hutan paya bakau. Tempat ini dikenali juga sebagai Hutan Mangrove Pantai Indah Kapuk yang terletak di Jalan Kamal Muara,Pantai Indah Kapuk,Jakarta Utara..Agak jauh jugalah kalau korang nak datang kesini kalau dari bandar jakarta.Kalau berkeras juga nak datang,korang ke naik busway transjakarta dari Halte Monas dan cari busway yang tulis PIK (Pantai Indah Kapuk)..Lepas tu cakap kat drive bus nak turun kat Yayasan BuddhaTzu Chi.Lepas tu korang kena jalan kaki lagi untuk sampai kesini..Tiket masuk kesini agak mahal untuk pelancong mcm kita iaitu sebanyak Rp250 000 tapi boleh je kalau korang nak menyamar jadi orang tempatan (Rp25 000) sbbnya bahasa kita pun haampir sama je dgn mereka.Perlu diingatkan jangan sesekali tunjuk camera korang sbbnya kena bayar lagi linkungan Rp1juta taw..Tempat ini seluas 99.82hektar dan terdapat banyak aktiviti bertemakan hutan paya bakau seperti penanaman pokok,perkhemahan,jelajah sungai buatan dengan bot/kapal dan sebagainya..

Waterbom Pantai Indah Kapuk

Kalau korang pengemar Taman Tema Air,inilah tempat yang sesuai untuk korang.Tempat ini berdekatan je dengan Hutan Mangrove PIK. Kalau korang naik busway cakap je dgn pemandu bas yang korang nak turun kesini.. Bas tu akan turunkan korang betul2 di hadapan pintu masuk.. Aku tak galakkan sangat pergi tempat nie kerana tiketnya agak mahal juga dlm +Rp250 000/seorang. Tempat ni sama je macam taman tema air yang ada kat Malaysia cuma bezanya bertemakan hutan. Aku datang sini pun sebabnya kawan aku dapat tiket diskaun yang hampir tamat tempoh..Alang2 dah dapat tiket murah apalagi gunalah kesempatan yang ada..hehehe...Lagipun aku belum pernah lagi ke taman tema air versi Indonesia.. Agak menyeronokkan jugalah kerana ada 2 dari 5 wahana/permainan yang betul2 membuat terkeluar sifat kejantanan aku kat situ.. Terutama sekali dalam gambar yang aku sertakan ( namanya speed slide ) kerana sangat tinggi iaitu 20.7 meter dan panjangnya dlm 113 meter.. Taubat!!!! aku tak ulang lagi kali ke 2 lepas itu..hahahahaha...

Kota Tua Jakarta

Tempat ini boleh dikatakan tempat paling wajib setiap kali aku datang ke Jakarta.Tak kiralah malam atau siang,aku mesti singgah sebentar disini. Tempat ini memang sesuai untuk melepak atau beriadah bersama keluarga sambil menikmati pemandangan bangunan bersejarah iaitu bekas balai kota peninggalan ( juga dikenali Stadhius Batavia) gabenor VOC.. Tempat ini ala2 mcm Dataran Merdeka KL atau Dataran Pahlawan Melaka dimana tempat ini sesak dengan orang2 tempatan.. Tak susah pun kalau korang nak datang kerana disinilah tempat terakhir Busway Transjakarta berpusat dan juga Stasiun Keretapi pun ada.. Memang seronok juga kalau korang melepak sekitar sini kerana dari sini lah kjorang boleh melihat gelagat/persekitaran masyarakat tempatan..Tapi paling tak bestnya,masa korang tengah melepak mesti diganggu oleh gelendangan/pemuzik jalanan yang kerap kali datang kat aku tanpa dijemput pun..Lebih baik korang sediakan duit siling banyak2 ye...!!!!
Sebenarnya ada juga yang  part paling best iaitu korang boleh melawat muzium2 yang berhampiran sekitar tempat ini. Tapi ada masa dan hari tertentu je museum2 nie buka,(mungkin waktu pejabat sahaja rasanya).Memang banyak gila muzium2 yang ada disini iaitu

  • Museum Mandiri merupakan perusahan dagang milik Belanda yang berkembang menjadi bank.
  • Museum Bank Indonesia merupakan bank pertama yag dibina sebelum kedatangan penjajah ke indonesia. yang menempatkan area bekas gedung bank pertama.
  • Museum Sejarah Jakarta atau Museum Fatahillah yang korang nampak dari gambar aku tengah posing..hehe...merupakan museum peninggalan VOC (gabenor belanda) semasa menjajah indonesia dahulu
  • Museum Seni Rupa dan Keramik merupakan pejabat kehakiman peninggalan Hindi Belanda dahulu sebelum dijadikan museum kebudayaan Indonesia
  • Museum Wayang merupakan Gereja Belanda dahulu sebelum dijadikan museum pelbagai jenis dan bentuk wayang dari seluruh indonesia

  • Taman Margasatwa Ragunan

    Tempat ini umpama kebun binatang yang menempatkan +2000 spesis binatang yang mengekalkan kehidupan habitatnya hakiki..Tempat ini mcm zoo negara lah cuma yang membezakan kebanyakan zoo yang lain ialah tempat ini mempunyai Pusat Primata Schmutzer. Iaitu pusat pemeliharan dan pemulihan habitat terutamanya spesis monyet,gorila,beruk,orang utan dan seumpamanya yang mengekalkan struktur kehidupan mereka yang sebenarnya..Tiket masuk pulak,korang kena bayar 2 kali iaitu masa masuk pintu utama Taman Ragunan sebanyak Rp4000-Rp5000 dan juga pintu masuk ke Pusat Primata Schmutzer sebanyak Rp6000-Rp7500.Paling menarik disini ialah korang boleh melihat kehidupan Gorila yang hidup bebas dan tidak dikurung seperti kebanyakan zoo. Dimana Gorila ini ditempatkan didalam kiub gergasi/kandang yang sangat besar..Korang boleh melihat gorila ini di atas jejantas yang menyeberangi kiub ini ataupun di bawahnya sahaja..Hurmmm,rasanya aku nak melihat Gorila nie je sebenarnya..Untuk kesini memang senang je kerana korang boleh menaiki busway transjakarta yang menuju ke Halte Busway Ragunan. Tempat ini betul2 berhadapan dengan Halte/bus stesen Ragunan...

    MONAS @ MOnumen NASional
    Aku dah pernah datang kesini semasa pertama kali datang ke Jakarta dahulu...boleh rujuk blog aku yang sebelum ini..pertama kali ke jakarta..monanumen nasional atau nama panggilannya monas atau tugu monas adalah tanda peringatan perjuangan rakyat indonesia menuntut kemerdekaan dahulu. Monas didirikan setinggi 132 meter dan Bentuk Lidah Api atau obor di puncak tugu ini diselaputi emas yang mencapai 38kg..
    Masuk di pekarangan tugu monas ini adalah percuma sahaja tetapi untuk masuk ke muzium di bawah tugu monas ini mungkin dikenakan bayaran sebanyak Rp20 000.. Selain itu,korang  boleh juga pergi ke puncak tugu monas nie yang dikenakan tiket masuk sebanyak Rp7 500. Dari puncak ini,korang bolehlah melihat pemandangan bandar jakarta.. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sekitar tugu monas ini untuk menandakan korang sudah berada di Jakarta,Indonesia.. Tak susah pun untuk datang ke sini kerana terdapat banyak pengangkutan untuk kesini..Sama ada dengan transjakarta busway,stesen keretapi ataupun Bas Damri dari Soakerno Airport.. Terdapat juga muzium yang korang boleh kunjungi jiakalau korang peminat sejarah/muzium seperti
    Muzium Nasional ataupun muzium Gajah yang terletak di sebelah Halte/stesen busway monas. Muzium in banyak mempamerkan arca/artifak/perabot/seramik/muzik tradisional/perhiasan/kain dan lain2 koleksi milik negara Indonesia yang terbesar. Terutamanya patong/arca berbentuk Gajah..

    Rabu, 18 Februari 2015

    Jelajah Malang 2015....Wisata Paling Lengkap

    Malang adalah tempat yang sering disebut-sebut oleh kawan backparker aku nie..Boleh dikatakan setiap masa jugalah dia menyebutnya tanpa henti..Makin teruja pulak aku dibuatnya dan akhirnya impiannya tercapai juga..AMIN Ya Allah...
    Baru je 2 minggu lepas berada di Solo dan sekarang pulak ke Malang...Memang kaya gilee aku nie beb..Percutian kali ini betul-betul mencabar fizikal dan mental aku sepanjang hidup aku..Hehehe..Mantel atau emosinya kerana cuti aku tak diberi oleh Ketua aku yang kononnya aku dah pun bercuti tapi skrg memohon cuti lagi..Memang kecewa jugalah kerana ketidakadilan pemberian cuti dan aku betul-betul buntu memikirkan soal nie...Syukur Alhamdulillah aku diberikan kawan2 sekerja yang berjiwa mulia sanggup menggantikan kerja double shift kerana aku... Memang terharu tahap gaban lah aku masa tu dan kesanggupan mereka nie tidak dapat aku lupakan..Souvier dari Malang buatmu kawan2ku..
    Fizikalnya pulak ialah misi pengembaraan ini bermula lewat malam sehingga petang esoknya diteruskan tanpa henti...Memang seksalah ketahanan fizikal aku hari tu...
    Malang nie memang terkenal dengan wisata gunungnya iaitu Gunung Bromo yang selalu menjadi igauan setiap pelancong..Selain itu disana juga terdapat wisata2 yang lain yang menjadi tarikan pelancong2 asing seperti kami nie..Ayuhhh ikuti pengembaraan kami ke daerah Malang ini...bak kata pepatah aku..,Malang yang berbau wisata yang menarik orang ramai berpusu-pusu mengunjunginya...

    DAY 1-SURABAYA KE BATU

    Masih teringat lagi insiden mengerikan pernah berlaku dalam dunia penerbangan Malaysia iaitu Flight AirAsia terhempas ke dalam laut semasa perjalanan Surabaya ke Singapura, membuatkan aku tidak mengambil perjalanan terus ke Surabaya dari KLIA 2...Transit dari Jakarta dulu baru ke Surabaya..Tapi kenapa tak ambik terus ke Malang je??Mana taknya,tiket flight dari Jakarta ke Malang 2xganda harganya berbanding ke Surabaya..Remember,ini backparker punya stail..kena cari harga paling murah punya..
    Macam biasa perjalanan ke KLIA 2-Jakarta mengambil masa 2 jam manakala Jakarta ke Surabaya pulak dalam sejam lebih perjalanan...Syukur Alhamdulillah kami selamat mendarat di Juanda Airport,Surabaya...Airport agak besar juga dan takdelah serabut pun mcm tempat lain.. Memandangkan kami berada di Surabaya,kami terpaksa mencari pengangkutan ke Malangn pulak..Jarak ke sana pun mengambil masa 2 jam lebih jugalah..Mujurlah kami dah tempah awal kereta kongsi sebelum kesini..Kalau bidan terjun je memang terpaksalah cari teksi je dan rasanya memang mahal juga bayarnya nanti..Sebab itu perancangan awal wajib dilakukan sebelum melakukan pengembaraan backparker..Harga tambang yang kami bayar utk sekepala cuma 75 000rp dan terus dihantarkan ke hotel penginapan kami iaitu The Batu Villas.
    Untuk makluman,hotel ini terletak di daerah Batu yang mengambil masa sejam perjalanannya lagi ke Malang.. Kami ingin menjelajah Batu dahulu disebabkan terlalu banyak tempat2 menarik disini berbanding Malang yang sekadar bandar saja.. Sepanjang perjalanan dari surabaya airport ke Batu memang sangat menyeksakan kerana selalu je terperangkap dalam kesesakan lalulintas..Syukur Alhamdulillah kami selamat sampai ke hotel kami sekitar jam 11am tapi masih tak boleh check in disebabkan biliknya masih berpenghuni lagi.Kami dibenarkan masuk pun dalam pukul 1-2 petang je. Motorsikal yang kami booking pulak akan dihantar ke hotel pada pukul 2pm .huhuhu...sedihnya...
    Tak kisahlah semuanya tu kerana berhampiran hotel kami nie boleh je jalan kaki sekitar 1km ke wisata yang baru sahaja dibuka tahun lepas iaitu
    Pasar Apung
    Dah namanya pasar memang mcm pasarlah tempatnya nie.hehehe...Cuma bezanya pasar apung nie banyak menjual cenderahati/souvier dan juga makanan je bukannya mcm pasar tani/ikan/borong.. Memang struktur dan senibinanya bercirikan pasar diatas sungai buatan atau pasar terapung yang sangat unik dan cantik gilee beb..Masuk pun percuma je dan korang bolehlah bergambar seakan disini..
    Museum Angkut
    Tempat nie bersebelahan je dengan pasar apung..Hari tu kami tak dapat masuk kerana memang full house gileee sambutannya..
    Tak sanggup rasanya nak beratur panjang semata-mata nak masuk museum je..
    Museum angkut nie banyak mempamerkan pelbagai jenis kenderaan darat,laut dan udara seluruh dunia yang meliputi kenderaan zaman dahulu,sekarang mahupun kereta movie star seperti mr Bean, ataupun superhero spt Batman... Harga masuk berbeza mengikut harinya dan mungkin sekitar 50 000rp-100 000rp /seorang.. Aku nasihatkan korang datanglah pada hari bukan cuti kerana jumlah pengunjunginya memang memeranjatkan korang nanti..haha... Disebabkan kami tak dapat memasuki museum angkut nie,terpaksalah kami habiskan masa di Pasar Apung je...
    Lepas je check in dan motor yang kami booking pun dah sampai maka pengembaraan Batu diteruskan...ayuhh ikuti pengembaraan kami di sekitar Batu ini...:
    Pemandian Tirta Nirwana
    Terletak di kaki pergunungan dan tak jauh pun dari hotel kami..Tempat nie memang sesuai utk mereka suka berenang atau pun berendam dalam kolam air panas..Tak dikenakan bayaran pun kalau korang sekadar berjalan-jalan sekitar tempat nie tapi kalau nak mandi kolam tu memang patotlah kena bayar...heheheh..Tapi aku baca dalam blog2 yang pernah pergi kesitu ada dikenakan bayaran masuk sekitar 10 000rp-15 000rp/seorang.. Mungkin rezeki aku kot tak payah bayar pape pun kecuali bayar parking motor je sebanyak 2 000rp..
    Di sekitar sini memang banyak kedai2/toko2 menjual cenderahati/souvier ,makanan,pasar tani/basah atau perkakas pun ada..Memang besar juga pasar disini bersesuaian dengan kepadatan pengunjung yang datang kesini...Kolam air panas dari sumber mata air panas semulajadi pun ada iaitu Papa Songgorita yang yang bersebelahan dengan Candi Songgoriti..
    Candi sanggariti atau dikenali juga songgoriti merupakan candi tertua di jawa tengah dan didirikan disitu dengan harapan penduduknya mampu meraih kemakmuran..Bersesuaian dengan kedudukannya berdekatan dengan punca sumber air panas...
    Alun-alun Kota Wisata Batu
    Merupakan ikon kota batu dan tempat yang wajib dikunjungi.Tempat nie mcm tempat melepak bersama keluarga/kawan2 atau pun nak berdating pun boleh.. Tiada sebarang bayaran dikenakan kecuali kalau naik alun-alun.. Disini memang lengkap dengan taman permainan,air pancut,taman dan yang menjadi tarikan ialah Alun-alun..Merupakan satu-satunya di Indonesia yang memiliki Ferris Wheel atau roda pintal. Tapi hari tu ditutuplah disebabkan hujan yang berterusan..huhuhu...sedihnya...
    Harga bayaran untuk naik alun-alun nie dalam 3 000rp-5 000rp/seorang .. Tempat nie memang dijaga bersih punya kerana terdapat security menjadi pemerhati kebersihan dan juga juruheboh yang selalu mengingati orang ramai menjaga kebersihan..
    Batu Night Specktacular
    Merupakan theme park yang beroperasi sehingga lewat malam dalam pukul 1200 pagi..Tempat nie pun takdelah jauh pun dari kota batu dan memang ramai gilee pengunjung yang datang disini..Bayaran masuk dalam 12 500rp-15 000rp.. Tapi ini cuma bayaran masuk je dan kalau nak main permainan disitu korang kena bayar setiap permainan.. Memang berbaloi kalau cara mcm nie kerana takdelah membazir duit nanti kalau taknak main/sekadar masuk saja atau fobia nak main permainan tu (macam aku..hahaha).. Selain themes park terdapat juga Lampion Garden (kota lampu mcm i-city shah alam) yang dikenakan bayaran masuk 10 000rp-15 o00rp dan juga kedai2/toko2 menjual cenderahati/makanan di pintu keluar nanti... Cukuplah untuk hari nie yang agak memenatkan tapi seronok kerana dapat melawat kesemua tempat2 yang kami nak pergi..hehehe...

    DAY 2 - JELAJAH KOTA BATU DAN SETERUSNYA KE KOTA MALANG
    Hari ini diteruskan lagi misi menjelajah kota batu yang tak sempat kami kunjungi semalam sebelum bertolak semula ke kota malang.. Sarapan dulu di hotel dan check out siap2 sebelum meneruskan misi...Syukurlah hotel nie boleh simpan beg2 kami sampai jam 2pm walaupun sudah check out..
    Air Terjun Coban Ronde
    Salah satu wisata alam yang wajib dikunjungi apabila berada di kota batu nie.. Air terjun disini bukan untuk mandi-manda tapi sekadar melihat wisata alam semulajadi yang sangat unik dan cantik.. Air terjunnya jatuh sangat tinggi dan memang sakit gilee lah kalau korang sanggup berani berdiri dibawahnya..Tambahan pulak suhu disekitar air terjun nie yang sangatlah sejuk.Bayaran masuknya 10 000rp-15 000rp/seorang.. Kalau nak pergi ke tempat nie korang harus menempuh jalan hutan dahulu yang agak jauh.. Coban ronde nie terletak pada ketinggian 1135 meter dari permukaan laut dan memiliki ketinggian curahnya sebanyak 85 meter.. Harus diingatkan,jangan membawa sebarang makanan atau plastik yang ada makanan kalau korang tak mahu berebut dengan spesis monyet yang banyak berkeliaran di sepanjang jalan ke air terjun nie.. Trauma aku dibuatnya insiden berebut dengan spesis monyet nie...
    Jawa Timur Park
    Juga dikenali sebagai Jatim Park. Merupakan theme park terbesar di jawa timur dan paling ramai dikunjungi orang ramai apabila berada di kota malang.. Tempat nie memang menjadi wisata wajib dikunjungi apabila berada di Malang dan rasanya tak lengkap percutian ke Malang korang kalau tak pergi tempat nie.. Dulu cuma ada Jawa timur park 1 sekadar theme park games outdoor sahaja dan seterusnya dikembangkan lagi dengan pembinaan taman tema yang baru yang dirangkumkan dalam Jawa timur park 2..Meliputi museum satwa dan Batu Secret Zoo Park.. Selain Jatim 1 dan 2 nie terdapat juga taman tema yang lain iaitu Eco Garden Park,museum tubuh dan juga Pohon Inn.. Memang besar gilee tempat ni dan aku gerenti punya tak cukup sehari untuk korang kunjungi kesemuanya..Aku pun dapat pergi ke museum satwa dan batu secret zoo je.Itu pun dah seharian kami habiskan masa untuk ke2 tempat nie..Jatim Park 1 memang tak pergi pun sbbnya aku tak suka themes park pun.Aku memang anti-theme park sejak kecik lagi,..haha..Harga tiket mungkin berbeza setiap tempat2 ini dan rasanya korang boleh memilih pakej2 yang ditawarkan mengikut pilihan tempat yang korang  nak..hahaha.. okeylah jom aku ceritakan setiap tempat nie supaya korang boleh memilih yang mana menjadi pilihan hatimu..hehehe...
    Pohon Inn nie cuma hotel saja yang senibinanya menyerupai pohon..
    Berada di tengah2 antara Batu Secret Zoo dengan Museum Satwa..
    Batu Secret Zoo nie cuma sekadar zoo yang menempatkan pelbagai spesis haiwan dalam senibina setiap zone yang modern dan kreatif..Korang takkan merasa seperti didalam hutan tetapi gayanya seperti melihat haiwan2 ini berinterkasi dengan anda di kawasan bandar..hehe...
    Selain melihat binatang,korang turut disajikan dengan theme park outdoor dan juga taman tema air..
    Harga masuk untuk ke batu secret nie tak pasti kerana dimasukkan sekali tiket ke museum satwa sebanyak 100 000rp/seorang 
    Museum Satwa nie adalah museum memperkenalkan struktur habitat dan kehidupannya..
    Haiwan yang telah mati diawetkan dan dipamerkan di setiap ruangan..Terdapat juga lakaran struktur tulang dinasour dahulu kala di pintu masuk museum nie..
    Jatim Park 1 sekadar taman tema berkonsepkan education dan Tourism yang takde kaitan dengan binatang/haiwan.. Aku memang taknak pun pergi kesini kerana banyak theme park outdoor yang akan menjadi fobia keterlaluan aku nanti...hahaha..
    Harga tiket sekitar 65 000rp-85 000rp/seorang
    Eco Green Park ini termasuk dalam lingkungan Jatim Park 2 dan 5 minit ke Jatim Park 1. Disini korang akan disajikan dengan persekitaran kehutanan sambil menikmati wahana2 yang terdapat didalamnya seperti Jungle Adventure,Rumah Terbalik dan sebagainya..
    Tempat nie aku tak sempat pergi sbbnya tak cukup masa nak habiskan Batu Secret Zoo..huhu..
    Harga tiket sekitar 30 000rp-40 000rp/seorang


    DAY 3 :Jelajah Kota Malang dan Gunung Bromo
    Lepas kami menghabiskan menjelajah seharian suntuk di Kota Batu,kami bergerak terus ke Malang pulak untuk misi seterusnya menjelajah Gunung Bromo. Perjalanan dari Kota Batu ke malang mengambil masa sejam lebih jugalah.. Syukur alhamdulillah kami selamat sampai di hotel kami iaitu  Merbabu Guest House..Kadar rate semalam hotel nie dalam RM110 dengan percuma breakfast dan tea time.. Hotel nie memang terbaiklah sbbnya struktur interior design sangat unik dan modern yang membuatkan kita seperti berada di rumah sendiri..hehehe.. Untuk makluman,hotel nie berkonsepkan guest house ye dan bukannya hotel yang biasa korang pergi tu.. Sebelum kami meneruskan trip ke Gunung Bromo pada pukul 1130malam.. Kami menjelajah dahulu kota malang nie...Ayuhh ikutan pengembaraan yang kami sempat pergi sebelum trip ke Gunung Bromo....:
    Bakso President
    Yang nie wisata kuliner yang cukup terkenal dan merupakan tempat wajib untuk peminat2 bakso seperti aku nie.. Malang memang terkenal dengan keenakan dan kelazatan bakso aslinya.. Korang akan menemuikan bakso dijual dimana-mana sahaja sekitar kota malang samaada Gerobak sampai ke shopping mall.. Bakso President namanya tersohor dengan kelazatan baksonya dan juga lokasinya yang sangat unik iaitu disebelah landasan keretapi.. Maknanya sambil2 korang makan bakso bolehlah korang tengok keretapi melaluinya nanti..hehehe.. Harga bakso disini takdelah mahal pun sekitar 10 000rp-25 000rp/semangkuk mengikut citarasa masing2..
    Taman Tugu Balai Kota Malang
    Merupakan ikon utama dan juga simbolik kepada pengenalan kota Malang nie..
    Turut dikenali dengan istilah Alun-alun Bunder,Taman Tugu Bunder ataupun Alun-Alun tugu.. Terletak di sekitar Balai Kota Malang atau bahasa mudahnya pejabat pemerintah kota malang yang merupakan bangunan peninggalan zaman Belanda.. Taman Tugu ini berbentuk bulatan besar dan pusatnya terdapat monumen tugu yang meperingkatkan kemerdekaan Kota Malang.. Disekeliling tugu ini juga terdapat lingkungan beralaskan kolam air dengan teratai yang mekar yang tumbuh segar.. Lingkuangan seterusnya adalah sebuah taman tanaman hiasan dan bunga... Pada waktu malam pulak mcm yang kami pergi hari tu,terdapat lampu hiasan yang merangkai monumen tugu dan juga sekeliling taman nie..
    Inggil Museum Resto
    Kalau namanya pelik mesti korang ingat ini adalah muzium sejarahkan?Hehehe...sebenarnya tempat nie adalah sebuah restaurant berkonsepkan muzium didalam restaurant yang sangat unik dan klasik.. Bolehlah korang menikmati makan malam korang sambil melihat keunikan senibina bangunannya dan koleksi barang2 antik yang berasal dari nusantara Jawa sehingga ke pengaruh Belanda.. Yang lagi romantiknya, makan malam korang akan ditemani oleh persembahan nyanyian lagu jawa dengan menggunakan alatan muzik tradisional jawa.. Kalau sesiapa belum pernah dengar lagu jawa bolehlah menikmatinya disini.. Cuma harganya agak mahal sikitlah mengikut kemampuan ekonomi akulah ..hehehe
    Toko Oen
    Lepas kami makan makanan malam,kami terus pulak ke restaurant ais krim yang sangat lagenda ataupun bersejarah di kota Malang iaitu Toko Oen.. Toko Oen ini adalah restaurant ais krim yang mulai beroperasi sejak tahun 1930... Mak aikkkk,dah berapa generasi2 kot restaurant ini diwarisi sehingga sekarang..hehehe...
    Disini memang ais krim mereka memang dibuat mengikut resepi sendiri sehingga mampu bertahan sehingga sekarang.. Keuzuran restaurant ini sangat terasa dari arsitekturnya yang berkonsepkan pengaruh Belanda... Harga ais krim pun takdelah mahal sangat pun sekitar 20 000rp-50 000rp je dan nama menunya pun macam bahasa belanda je rasanya..hehehehe..
    Tempat nie memang sangat popular dan sering menjadi kunjungi orang ramai untuk mencuba ais krim ciptaan mereka yang sangat legendaris ini... Jangan lupa untuk datang kesini nanti... Tempat ini adalah tempat terakhir untuk jelajah kami di kota malang nie.. Masih banyak lagi tempat yang korang kunjungi mengikut citarasa korang..Jadi pandai2 lah mencari dalam Mr Google..okey.. Kami balik ke hotel semula untuk berehat sebelum meneruskan plan kemuncak kami iaitu jelajah Gunung Bromo...

    Untuk makluman,trip kami ke Gn Bromo kami menggunakan pakej kerana memang tak boleh beb kalau korang pergi mcm tu je kerana Gn Bromo ni adalah khazanah kerajaan,Taman Nasional Bromo Tengger Semeru dimana ada protokol/syarat2nya..Lagipun kalau nak pergi ke sana memang kena guna Jeep beb dan memang susah gilee nanti kalau teringin juga bawa kenderaan sendiri.Untuk itu,Kami menggunakan pakej melalui nusantaratrip.com yang berharga 350 000rp/seorang tapi kalau warga asing kena topup 300 000rp lagi..  Satu jeep boleh muat dalam 6 orang je..Harga nie pun dah merangkumi kesemuanya iaitu 

    • pengangkutan pergi-balik hotel (dari Malang ke Gn Bromo)
    • Tiket masuk Gn Bromo
    • Jeep
    • makanan tengah hari
    • jelajah tempat2 sekitar Gn Bromo

    Inilah kali pertama dalam hidup aku menjelajah gunung bromo tanpa perlu mendaki puncaknya tetapi dengan menaiki Jeep sahaja. Kami akan bergerak ke sana pada pukul 11 malam nanti kerana kami harus tiba awal  di Pos Wonokriti,sebuah tempat untuk transit pintu masuk Gn.Bromo untuk melihat sunrise di puncak Gn Bromo nanti.. Hurmmm janjinya puko 1130malam akan dijemput di Hotel tapi hari tu,mereka datang puko 12malam baru sampai..Biasalah mungkin ada sebab kot mereka lewat...hehehehehe.. Ingatkan diorang terus ambik dengan kereta jeep tapi rupanya dengan kereta minivan okey...
    Perjalanan dari Malang ke Gn Bromo mengambil masa 2 jam juga lah..Syukurlah jalan takdelah sesak sangat sepanjang ke sana kerana kami dimaklumkan hari tu memang banyak gilee orang nak ke Gn Bromo nanti.. Sampai di Pos Wonokriti,kami dikehendaki menunggu giliran pulak untuk menaiki jeep untuk ke Puncak Penanjakan Gn Bromo....okey lah jom ikuti pengembaraan kami sepanjang berada di Gunung Bromo ini..
    Tunggu giliran di Pos Wonokriti untuk menaiki jeep..
    Memang sejuk gilee suhu disini sampai kena beli sarung kepala yang berharga 

    10 000rp..
    Agak ramai jugalah pengunjung2 disini sehingga kami dinasihatkan untuk bergerak awal
    Dah sampai pun di Puncak Penanjakan Gn Bromo setinggi 2700m yang ditempuh dengan jeep sekitar 30-40minit..
    suhu sekitar sini memang sejuk nak mampus 5-15*celcus..
    Disini memang ada kedai mkn utk korang minum kopi/teh/makan maggie
    kena berjalan kaki lg untuk ke pos utk melihat sunrise
    Inilah sunrise di puncak Gn Bromo
    Dari sini korang boleh melihat puncak Gn Batok,Gn Kursi dan Gn Semeru

    Agak lama juga rasanya nak menunggu sunrise nie sekitar puko 610am.
    Sambil2 tu lebih baik korang minum air panas dulu kt kedai2/toko disitu
    Lautan Pasir @ataupun dikenali sebagai Pasir Berbisik..
    Jangan lupa bergambar dengan kawah Gn Bromo yee..hehe

    Rasa mcm berada di padang pasir je mcm kt Mesir tu cuma bezanya pasir sini lembap

    Inilah jeep yang kami naiki sepanjang berada disini..
    Rasa mcm meredah kawasan hutan je dgn menaiki Jeep..
    Dapatlah juga merasa pengalaman menaiki Jeep yang aku rasa takkan mencubanya
    Agak seksa juga sbbnya kami duduk berdua di depan sekali...
    Padang Savvanah @teletubbie yang penuh dengan tumbuhan hijau tumbuh membukit.
    Bolehlah bermimpi mcm dalam dunia teletubbies
    menuju ke kawah Gn Bromo yang agak jauh..
    Disini terdapat Pura Poten yang masih aktif digunakan oleh suku Tengger
    Berjalan kaki sejauh 2 km menuju ke puncak kawah Gn Bromo..
    Agak memenatkan juga mcm marothan pun ada kerana masa diberikan pun sejam je..
    Disini ada servis naik kuda utk ke puncak kalau tak larat berjalan kaki
    Lepas sampai di kaki kawah kena mendaki tangga pulak  sebanyak 250

    Alhamdulilah sepanjang berada disini,kami selamat dari kemalangan dan malapetaka.. AMIN
    Agak seronok juga trip menjelajah Gunung Bromo nie walaupun seharian kami tak tidur pun.. Pengalaman takdapat dilupakan sampai mengucap banyak kali ialah dengan perjalanan menaiki Jeep nie.. Aduhai rasa mcm nak terbalik je rasanya Jeep yang kami naiki nie semasa melalui jalan yang berlubang/berkopak di sekitar pasir berbisik dengan padang savvanah.. Yang paling menakutkan melalui lereng gunung yang agak curam.. Semua ini telah berbayar dengan melihat keindahan alam semulajadi di sepanjang melalui jalan Gunung Bromo ini.. Rasa mcm berada di syurga je rasanya apabila melihat betapa hebatnya ciptaan Yang Maha Esa...Syukur masih diberikan kesempatan merasai pengalaman sebegini.. 
    Trip ini adalah trip terakhir kami berada di kota malang dan juga penutupan sementara misi menjelajah kami di sekitar Asia Tenggara.. MISI MENJELAJAH seterusnya akan diteruskan lagi apabila ekonomi sudah pun stabil..Huhuhuhu... =_+