Oklah jom aku ceritakan jelajah backparker kami ke medan pulak..Aku pernah pergi ke medan dulu bersama keluarga dan mengambil pakej pelancongan.Korang boleh je klik nie Medan. Kali nie aku menjelajah semuanya sendiri tanpa ambik pakej pape pun..Semua persediaan dan pengetahuan telah aku persiapkan supaya tak sesat nanti disana..Syukur Alhamdulillah semuanya selamat walaupun berlaku kejadian berbahaya berlaku (nanti aku ceritakan k!!).Orang2 melayu banyak gilee bercuti disini...Pergi mana2 je di pelusuk medan mesti jumpa rombongan org2 melayu kita..Rasa mcm berada di negara sendiri pulak,,hehe,
Medan nie bagi aku adalah destinasi terbaik untuk korang ingin bercuti secara bajet murah sahaja..Sbbnya disini semua barang2 murah belaka dan kos perbelanjaan pun rasanya takdelah mahal sangat.Mcm bajet korang bercuti di Malaysia je cuma bezanya kena naik flight.Kalau takot sangat ambiklah pakej pelancongan dan kalau nak backparker boleh ikut jelajah kami nie..Jom ikuti pengembaraan kami...
DAY 1-Kualanamu-Parapat-Danau Toba-Samosir
Kami pun meneruskan perjalanan ke hotel kami di Samosir Cottage.Hotel nie mmg terbaik punya sbbnya menghadap danau..Harga pun sangat murah dalam RM165/2 malam termasuklah sarapan..Memang sgt berbaloilah dan selesa..Untuk makluman semua hotel di samosir nie takde memang kipas ataupun aircond disebabkan suhu di samosir pun cukup dingin terutamanya waktu malam...Dingin nak mampus..!!Hari tu kami cuma sempat ke Desa Ambarita memandangkan waktu malam disana pukul 6pm..
Batu Persidangan Raja Siallagan
Terletak di Desa ambarita yang merupakan desa yang pertama bertapaknya orang batak di samosir nie. Disini korang akan menemukan sejarah masyarakat Batak sebelum kedatangan agama lain..Dimana mereka mengamalkan cara hidup Cannibal dan pelaksanaan hukum adat yang tak masuk akal dan menakutkan.Bukti peninggalan sejarah batak seperti susunan kerusi batu melingkar di sebelah pepohon yang sangat besar merupakan persidangan Raja Siallagan melakukan pelaksanaan hukum adat terhadap pesalah..Sekiranya didapati bersalah maka pesalah akan dibawa ke tempat pelaksanaan hukum potong kepala...Didalam kawasan nie,korang akan melihat 8 buah rumah adat Batak dahulu yang berbeza struktur mengikut darjatnya.Cukuplah untuk hari nie yang agak memenatkan dan seterusnya mencari makanan halal..Tak susah pun kalau nak mencari rumah makan muslim sbbnya di Tuk-tuk nie pun ada..Cuma jgn bermimipilah nak mencari kfc,pizzahut,Mcd dan western food..
DAY 2- Jelajah Samosir
Hari ini kami akan menjelajah samosir pulak..Setelah diingatkan oleh makcik tuan motor nie untuk menggunakan laluan dari Tuk-tuk-Ambarita-Simianindo-Parbaba-L.Suhi-Suhi-Buhit-Pangururan sahaja..Katanya laluan lain jalannya rosak untuk laluan darat dan takde wisata pun menarik..Terima kasih makcik utk nasihat itu..hehehe..Destinasi pertama kami ialah di sekitar Tomok memandangkan tempat ini berdekatan je dgn Tuk-tuk.Tempat ini menjadi kunjungan utama para pelancong dan katanya salah satu tempat wajib apabila berada di danau toba..Disini banyak peninggalan sejarah yang melambangkan kebudayaan Batak dahulu.. Jarak dari Tuk-tuk kesini takdelah jauh sgt pun dan mungkin dalam 10minit je.. Dari sinilah menjadi titik permulaan kami menjelajah seluruh samosir.. Oklah jom ikuti kami berjalan-jalan disekitar desa Tomok nie dan seterusnya di tempat lain yang menjadi tarikan di Pulau Samosir ini...Ayuhhh!!!!
Muzium menyerupai Rumah Bolon yang merupakan rumah adat khusus untuk Raja dan keluarganya..Didalam ini korang boleh melihat pakaian tradisional batak,barang2 peninggalan sejarah batak dan keseniaan buatan tangan Batak untuk dijual..Harga masuk muzium nie taktahu lah berapa sbbnya takde kaunter tiket masuk dalam muzium nie..
Tak jauh pun dari muzium batak nie dan rasanya dalam 100meter je jaraknya.Sebelum masuk kedalam makam nie,korang diwajibkan memakai ulos (kain adat batak) sebagai menghormati makam ini..Tiket masuk pun takde sbbnya penjaganya meminta derma seikhlas hati korang je untuk memelihara makam nie..Makam nie didirikan diatas bukit dimana korang dikendaki mendaki tangga.Kalau korang perasaan kebanyak tempat2 wisata di sekitar samosir nie mesti ada ukiran payudara dan juga cicak.. Hehehehe... Maksudnya kalau cicak itu bermakna hidup seperti cicak yang boleh hidup menempel dimana-mana saja tempat manakala payudara nie bermaksud harus banyak anak..
Museum Huta Bolon Simianindo
Pantai Pasir Putih
Aer Rangat Panguruan
Danau Sidihoni
Terletak 8km dari Panguruan dan perjalanan kesini memang sangat sunyi dan jalannya pun banyak yang rosak. Aku rasa mesti takde pun pelancong datang kesini selain kami..hahahaha.. Dah lah takde signboard menuju ke danau nie.Terpaksalah tanya orang2 tempatan di sepanjang jalan kesini..Lepas tu jalan pun berlubang sana sini..Macam terpencil pun ada..Mungkin sbb tu takde orang kesini kot.. Takde bayaran akan dikenakan memasuki danau nie.. Aku nasihatkan korang supaya datang waktu siang je kerana takde satu pun lampu tiang akan menyinari jalan ke danau ini..Selain danau sidihoni terdapat satu lagi danau yang terdapat di danau toba nie iaitu Danau Aek Natonang.. Cukuplah pengembaraan kami di pulau samosir nie dan rasanya hampir kesemua tempat2 tarikan utama dah pun kami pergi.. Kalau nak balik semula ke hotel kami pulak menjadi kepenatan berpanjangan kerana terpaksa menempuh sejam lebih perjalanan.. Disepanjang jalan pulang,kami disajikan dengan pemandangan alam sekitar yang sangat menakjubkan seperti gunung/bukit menghijau,hamparan sawah padi dan juga kesegaran udara di pulau samosir ini..
DAY 3 - Samosir-Parapat-Berastagi-Medan
Selesai sudah menjelajah pulau samosir yang berada di tengah2 Danau Toba nie..hehe..Skrg kami menjelajah ke kota medan pulak... Kalau nak pergi ke kota medan korang boleh je cari van kongsi kat terminal tiga raja..Harga dalam 150 000rp/seorg dan perjalanan mungkin dalam 4jam lebih..Pasal nie aku agak kecewa sangat2 kerana ditipu hidup-hidup oleh agensi van kongsi nie.. Katanya pemandu akan berhenti sekejap di Sipiso-piso dan juga pasar buah berastagi sebelum meneruskan perjalanan ke kota medan..Tetapi yang berlaku hari tu ialah pemandu langsung taktahu menahu soal berhenti 2 tempat nie dan katanya dia menerima arahan untuk terus ke kota medan.. Geramnya wei!!!.. Hurmm,,,..apa boleh buat masa tu coz nasi sudah menjadi bubur..Takpelah takde peluang aku lagi melihat 2 tempat nie... Korang boleh je lihat blog aku yang ini..Sipiso-piso dan Berastagi..Lupa pulak nak beritahu cara ke terminal tiga raja dari pulau samosir nie..
Senang je caranya beb,korang cuma tunggu di depan hotel yang korang menginap dan tunggu je feri datang kearah korang. Korang boleh tanya je hotel korang untuk beritahu tempat menunggu untuk feri ke terminal tiga raja. Untuk tahu feri yang betul,dia akan membunyikan Honnn..Feri nie akan ada setiap sejam setiap hari bermula pukul 7 pagi.. Sepatutnya pada hari pertama ketibaan di samosir nie,feri ini akan menurunkan kami betul-betul didepan hotel kami.. Tapi disebbkn taktahu inilah terpaksalah kami berjalan kaki sejauh 5KM.. Cukup soal feri skrg pulak nak beritahu pulak pengalaman sakit hati naik van kongsi nie.. Secara keseluruhannya,van kongsi nie agak selesa juga.. Kami ditemani oleh 3org sekeluarga,seorg lelaki lokal dan juga seorg mat salleh yang sangat hensem orgnya..Mana taknya,mata kawan aku nie melekat tengok kelibat mat salleh nie..hehehehehe...Sepanjang perjalanan,hati aku tak habis2 menyumpah orang yang menipu kami tu...Geramnya!!!....Kami selamat sampai di kota medan dalam 3pm dan kami dihantarkan terus ke hotel kami iaitu Hotel Citi Internasional Palang Merah. Memandang semua wisata dah tutup terpaksalah kami banyak buangkan masa di shopping complex je yang berhampiran dengan hotel kami je..
Makan malam pulak kami di Tip Top Restaurant..Katanya disini makanannya sangat murah dan sedap..Ramai blogger syorkan tempat nie dan sangat popular di Kota Medan..hehehe..Bagi aku makanannya bolehlah tahan dan sedap..Mereka masak pun sangat cepat cuma harganya agak mahal sikitlah.. Untuk makluman kami dah pun sewa motor untuk menjelajah tempat-tempat wajib di kota medan nie..Syukur Alhamdulillah harga sewa motor takdelah semahal di pulau samosir tu..Untuk 3 hari je kami cuma 150 000rp termasuklah kos hantar dan ambik motor oleh mereka..Okeylah cukuplah untuk kepenatan hari nie dan misi menjelajah kota medan diteruskan ke-esoknnya..
DAY 4 - Jelajah Kota Medan
Awal pagi lagi bangun untuk menunaikan hasrat untuk menjelajah kota medan dalam sehari.. Hehehehe..Kami berjaya juga menjelajah hampir kesemuanya dan tak sesat pun.. Kota medan nie kecik je sebenarnya cuma tak tahan dgn jalan sesak gilee.. Bunyi HONNnn yang sudah sinonim dgn mereka jangan cakaplah..memekak je memanjang..Oklah jom ikuti pengembaraan kami disini..
Istana Maimun
Masjid Raya Medan
Rahmat Internasional Wildlife Museum and Gallery
Taman Buaya Asam Kumbang
Rumah Tjong A Fie
Merdeka Walk
DAY 5-Medan ke Kualanamu
Selesai pun misi menjelajah kami ke kota medan nie secara backparker sahaja..Sebenarnya wisata2 menarik banyak lagi di kota medan nie tapi bergantung kepada citarasa masing-masing..Kalau sesiapa yang suka shopping pun boleh je tapi takdelah berjenama ataupun factory outlet mcm kat Bandung tu. Kira mcm korang memborong kat kelantan/terengganu je gayanya.Kalau aku,lebih suka kepada tempat2 tarikan utama pelancong dan tempat2 yang murah je..Oklah jom ikuti pengembaraan kami ke tempat terakhir sebelum pulang semula ke tanah air..??
Museum Negeri Provinsi Sumatera Utara
Kami takde peluang pun masuk kedalam museum nie kerana jatuh pada cuti umum.. Museum ini dikatakan terbesar di sumatera utara dan senarai museum terbaik di indonesia..Didalamnya macam biasalah di kesemua muzium yang korang pergi mestilah ada sejarah,budaya hidup,kesenian dan sosioekonomi peribumi negeri.. Tiket masuk disekitar 3 000rp/seorang yang aku rasa sangatlah murah sampai beria-ria nak pergi kesini..Tapi akan daya museum ini tutup pada hari ketibaan kami..Aku pun bukanlah peminat muzium pun cumanya disebabkan tiket masuknya sangatlah murah dalam RM1 je rasanya sudah cukup bagi aku masukan kedalam senarai tempat wajib di medan nie.. Lagipun boleh jugalah kami berteduh didalam tempat beraircond daripada kehangatan matahari yang menukar warna kulit aku...hehehehe....
Bolu Meranti
Tempat nie bukan wisata ye tapi sesuai kepada mereka yang ingin membeli buah tangan berbentuk kek..Kalau di medan nie memang terkenal dengan pelbagai jenis kek seperti kek Ambon,kek lapis dan sebagainya..Tapi bagi aku,lebih suka kek gulung bolu meranti kerana rasanya sangatlah sedap,murah dan banyak pulak tu..Satu gulung kek nie cuma sekitar 50 000/rp je..Rasanya pun sedap gilee yang membuat aku ketagih sangat nak bawa balik.. Kami singgah disini pun sebabnya terminal bas ke airport berhampiran je sekitar sini iaitu di sebelah mall Plaza Medan Fair. Mall nie banyak menjual alatan gadget dan elektronik seperti Low Yat KL tu..Bas stesennya betul2 di sebelah mall nie je dan tempatnya kecik nak mampus...Macam bus stop je bentuknya.. Kalau sesiapa nak menaik bas ke Airport silalah beritahu pemandu anda untuk bawa korang ke Plaza Medan Fair dahulu dan seterusnya berjalan kaki ke sebelah mall nie..Tiket bas dalam sekitar 20 000rp/seorang dan perjalanan dalam kurang sejam je ke airport.Setiap sejam jaraknya kalau korang tunggu untuk naik bas yang seterusnya.. Berakhirlah pengembaraan kami di kota medan nie..Tempat pelancongan yang memberi kenangan terindah dan juga kenangan menakutkan yang pernah berlaku didalam hidup aku. Tetapi insiden ini masih belum mematahkan semangat aku menjelajah ke seluruh Asia Tenggara.
Terima Kasih Kota Medan memahat pelbagai memori dalam hidupku...+_0
Terima Kasih Kota Medan memahat pelbagai memori dalam hidupku...+_0