Khamis, 18 Disember 2014

Jelajah Medan secara Backparker 2014

Jelajah medan ini adalah jelajah terakhir untuk tahun 2014..Boleh dikatakan sebulan sekali jugalah aku menjelajah ke semua destinasi yang dirancang..Yang paling penting ialah semuanya dgn cara backparker ..Hurmm..Sebenarnya takdelah backparker sgt pun sbbnya kami takdelah tidur dalam asrama,naik public transport dan makan pun mewah2 je,..hehehe.. Bajet kami paling mahal pun dlm RM1000/seorg meliputi flight pergi-balik,hotel,makan dan semuanya sekali..Pernah juga terpikir nak ambik pakej pelancongan je tapi cuti kami pun bukannya tetap pun dan sentiasa berubah.
Oklah jom aku ceritakan jelajah backparker kami ke medan pulak..Aku pernah pergi ke medan dulu bersama keluarga dan mengambil pakej pelancongan.Korang boleh je klik nie Medan. Kali nie aku menjelajah semuanya sendiri tanpa ambik pakej pape pun..Semua persediaan dan pengetahuan telah aku persiapkan supaya tak sesat nanti disana..Syukur Alhamdulillah semuanya selamat walaupun berlaku kejadian berbahaya berlaku (nanti aku ceritakan k!!).Orang2 melayu banyak gilee bercuti disini...Pergi mana2 je di pelusuk medan mesti jumpa rombongan org2 melayu kita..Rasa mcm berada di negara sendiri pulak,,hehe,
Medan nie bagi aku adalah destinasi terbaik untuk korang ingin bercuti secara bajet murah sahaja..Sbbnya disini semua barang2 murah belaka dan kos perbelanjaan pun rasanya takdelah mahal sangat.Mcm bajet korang bercuti di Malaysia je cuma bezanya kena naik flight.Kalau takot sangat ambiklah pakej pelancongan dan kalau nak backparker boleh ikut jelajah kami nie..Jom ikuti pengembaraan kami...

DAY 1-Kualanamu-Parapat-Danau Toba-Samosir

Hari pertama kami sampai di medan pada pukul 830am..Inilah kali pertama kami sampai di destinasi seawal begini..selalunya sampai lewat malam...hehehe...Sampai je di medan korang akan mendarat di Kualanamu.Dulu airport kat pusat bandar medan iaitu di Polonia. Tapi skrg agak jauh sikitlah airport nie dan hampir sejam juga perjalanan ke kota medan..Itu pun kalau tak sesak lah..Fuhhhh!!! Kalau korang terperangkap dalam kesesakan di medan nie memang menangis tak berlagu lah jawabnya..Ditambah pulak bunyi bising punca dari org indo yang suka gilee tekan Honn.. Hari tu kami takdelah terus ke kota medan sbbnya kami ingin ke tempat utama iaitu Danau Toba. Inilah tarikan utama orang2 kita suka sangat ke medan nie selain suka shopping seakan disini..Mana taknya danau toba nie adalah danau terbesar di Asia Tenggara dan paling dekat je dgn semenanjung.Mcm aku pulak ingin bermalam dan menjelajah Pulau Samosir yang berada di tengah2 Danau Toba.Dalam sejam penerbangan dari klia.. Tapi kalau nak kesini memang sangatlah jauh gilee...Hampir 4-5 jam juga perjalanannya dari kualanamu..Fuhhh@!!!! memang perjalanan yang sangat memenatkan badan dan mental..Dulu masa 1st datang sini memang sakit kepala jadinya.Nasib baiklah bawa Panadol banyak2..Bagi pengangkutan pulak korang takpayah risau sbbnya untuk ke danau toba nie mmg banyak pilihan yang korang boleh pilih..Samaada dgn bas lompat atau turun di kota medan dan ambik teksi kat Raja Taksi ke Parapat ataupun cara paling mudah ialah ambik teksi kongsi kat Kualanamu airport terus ke Parapat.Macam apa yang kami lakukan nie ambik teksi kongsi je terus ke parapat..Senang dan selesa pulak tu..Kaunter teksi nie betul2 pintu keluar airport di tingkat bawah..Ada banyak pilihan teksi yang ada tapi aku cadangkn ambik NiceTrans sbb menjadi pilihan blogger2.Kalau nak cuba teksi lain pun tak salah tapi tak tahulah mcm mana...
Perjalanan ke Parapat nie agak memenatkan juga..Dengan menaiki Exora buatan malaysia bersama 4 org sekeluarga memang agak unik dan selesa jugalah. Tambang pun dalam 85 000rp/seorg.Dia akan berhenti sebentar di Rumah Makan Muslim. Kalau korang nak tahu,kebanyakan org medan nie adalah suku Batak.Dimana percakapan mereka agak kuat seperti nak marah gayanya.Tapi sebenarnya tak pun.Memang cara mereka begitu..Lupa pulak nak beritahu,kalau nak ke danau toba korang harus ambik destinasi ke Parapat sbbnya betul-betul berada di pinggiran danau toba nie..Sampai je kat Parapat,korang cakap kat driver teksi tu untuk turun di Terminal Feri Tiga Raja.Sampai je di Tiga Raja,korang boleh menaiki feri ke 2 tempat je iaitu Tuk-Tuk dan Tomok. Sebelum pergi ke Samosir,kami booking teksi kongsi pulang ke medan semula..Kedai teksi nie betul-betul di pintu masuk laluan ke feri.Nama kedai tu PT Bagus Holiday yang disyorkan oleh blogger2.Harga teksi dalam 150 000rp/seorg dan akan singgah di Air Terjun Sipiso-piso dan Berastagi.Dua tempat nie mmg dalam senarai tempat wajib aku di medan nie..

Hari tu kami menginap di Tuk-tuk sbbnya disitu banyak hotel murah dan dekat je wisata yang kami nak pergi..Aku tgk ramai gilee nak pergi tomok berbanding tuk-tuk..Mungkin mereka cuma berjalan-jalan dan tak bermalam kot di Samosir nanti..Tambang feri nie cuma 15 000rp/seorg je dan mengambil masa antara 30-40 minit perjalanan..Indah je rasanya apabila merestasi danau toba yang sangat besar.Sampai je di tuk-tuk kami disuruhnya turun di tempat yang salah..Sepatutnya feri nie akan memberhentikan kami di hotel kami terus tapi disbbkn kami pun tak tahu pada asalnya terpaksa ikut je arahannya..Lepas tu dia suruh jalan kaki sendiri ke hotel kami..Mak aiii...jauh gileee kot hotel nie dalam 20 minit perjalannya..Hehehehe..kami takdelah berjalan kaki pun sbbnya kami sewa motor je terus memandang beg kami pun besar2 je..Nak mampus angkat beg2 besar nie merempuh perjalanan 20-30 minit..Sewa motor sini agak mahal jugalah sbbnya berada di pulau..Kadar rate antara 100 000-150 000rp/24jam.Hari tu kami mendapat harga terbaik punya iaitu 150 000rp/2 hari je..Semuanya adalah hasil dari bakat meniru percakapan orang2 Batak...Hahahahaha...Bravo!!!
Kami pun meneruskan perjalanan ke hotel kami di Samosir Cottage.Hotel nie mmg terbaik punya sbbnya menghadap danau..Harga pun sangat murah dalam RM165/2 malam termasuklah sarapan..Memang sgt berbaloilah dan selesa..Untuk makluman semua hotel di samosir nie takde memang kipas ataupun aircond disebabkan suhu di samosir pun cukup dingin terutamanya waktu malam...Dingin nak mampus..!!Hari tu kami cuma sempat ke Desa Ambarita memandangkan waktu malam disana pukul 6pm..
Batu Persidangan Raja Siallagan
Terletak di Desa ambarita yang merupakan desa yang pertama bertapaknya orang batak di samosir nie. Disini korang akan menemukan sejarah masyarakat Batak sebelum kedatangan agama lain..Dimana mereka mengamalkan cara hidup Cannibal dan pelaksanaan hukum adat yang tak masuk akal dan menakutkan.Bukti peninggalan sejarah batak seperti susunan kerusi batu melingkar di sebelah pepohon yang sangat besar merupakan persidangan Raja Siallagan melakukan pelaksanaan hukum adat terhadap pesalah..Sekiranya didapati bersalah maka pesalah akan dibawa ke tempat pelaksanaan hukum potong kepala...Didalam kawasan nie,korang akan melihat 8 buah rumah adat Batak dahulu yang berbeza struktur mengikut darjatnya.Cukuplah untuk hari nie yang agak memenatkan dan seterusnya mencari makanan halal..Tak susah pun kalau nak mencari rumah makan muslim sbbnya di Tuk-tuk nie pun ada..Cuma jgn bermimipilah nak mencari kfc,pizzahut,Mcd dan western food..

DAY 2- Jelajah Samosir
Hari ini kami akan menjelajah samosir pulak..Setelah diingatkan oleh makcik tuan motor nie untuk menggunakan laluan dari Tuk-tuk-Ambarita-Simianindo-Parbaba-L.Suhi-Suhi-Buhit-Pangururan sahaja..Katanya laluan lain jalannya rosak untuk laluan darat dan takde wisata pun menarik..Terima kasih makcik utk nasihat itu..hehehe..Destinasi pertama kami ialah di sekitar Tomok memandangkan tempat ini berdekatan je dgn Tuk-tuk.Tempat ini menjadi kunjungan utama para pelancong dan katanya salah satu tempat wajib apabila berada di danau toba..Disini banyak peninggalan sejarah yang melambangkan kebudayaan Batak dahulu.. Jarak dari Tuk-tuk kesini takdelah jauh sgt pun dan mungkin dalam 10minit je.. Dari sinilah menjadi titik permulaan kami menjelajah seluruh samosir.. Oklah jom ikuti kami berjalan-jalan disekitar desa Tomok nie dan seterusnya di tempat lain yang menjadi tarikan  di Pulau Samosir ini...Ayuhhh!!!!
Museum Batak
Muzium menyerupai Rumah Bolon yang merupakan rumah adat khusus untuk Raja dan keluarganya..Didalam ini korang boleh melihat pakaian tradisional batak,barang2 peninggalan sejarah batak dan keseniaan buatan tangan Batak untuk dijual..Harga masuk muzium nie taktahu lah berapa sbbnya takde kaunter tiket masuk dalam muzium nie..
Makam Raja Sidabutar
Tak jauh pun dari muzium batak nie dan rasanya dalam 100meter je jaraknya.Sebelum masuk kedalam makam nie,korang diwajibkan memakai ulos (kain adat batak) sebagai menghormati makam ini..Tiket masuk pun takde sbbnya penjaganya meminta derma seikhlas hati korang je untuk memelihara makam nie..Makam nie didirikan diatas bukit dimana korang dikendaki mendaki tangga.Kalau korang perasaan kebanyak tempat2 wisata di sekitar samosir nie mesti ada ukiran payudara dan juga cicak.. Hehehehe... Maksudnya kalau cicak itu bermakna hidup seperti cicak yang boleh hidup menempel dimana-mana saja tempat manakala payudara nie bermaksud harus banyak anak..
Sigale-gale
Tempat terakhir kami mengunjungi desa tomok.. Disini katanya boleh melihat tarian sigale-gale tapi ada masa tertentu juga persembahannya.. Hari tu kami taknak tgk tarian pun disebabkan masa mencemburui kami..Disini korang akan melihat patung sigale-gale yang mempunyai sejarahnya sendiri..Tiket masuk disini takde okey bererti percuma.. Menurut sejarahnya patung sigale-gale diukirkan untuk mengubati sakit rindu Raja Rahat yang kematian putranya yang bernama sigale-gale semasa peperangan. Maka dijadikan upacara memanggil roh si gale-gale untuk memasuki patung yang diukirkan menyerupainya dan kemudiaan patung itu hidup menari dengan iringan khas muzik batak.. Selesai pun semua wisata kami kunjungi di tomok dan seterusnya kami meneruskan perjalanan ke arah Parguruan pulak..Sambil2 tu kami mengunjungi tempat2 menarik disepanjang perjalanan nanti seperti..:
Museum Huta Bolon Simianindo
Terletak di desa simianindo dan jaraknya dalam 20km dari desa ambarita.. Tempat nie sesuai untuk korang melihat tarian orang batak mengikut muzik mereka.. Muzium ini merupakan rumah adat warisan Raja Sidauruk dimana muzium ini mengetengahkan peninggalan sejarah Raja Sidauruk seperti rumah bolon,kapal,makam dan juga seni kebudayaan..Tiket masuk cuma 10 000rp/seorg tapi kalau nak tgk tarian kena tambah lagi 100 000rp/seorg rasanya.. Hari tu kami tak sempat pun tgk tarian sbb mengejar masa nak tawaf satu samosir nie. Kalau korang ada masa tgklah tarian disini malah korang boleh join sekali..
Pantai Pasir Putih 
Jangan terkejut kalau di tengah danau toba nie nie ada pantai pasir putih.. Terletak di area Parbaba yang menjanjikan sebuah pemandangan tepi pantai je rasanya.. Dimana terdapat aktiviti air seperti banana boat,kapal dan juga villa2 yang berdiri megah disepanjang pantai ini.. Disini kami sempat menaiki kapal itik bersiar-siar disekitarnya..Memang agak menyeronokkan jugalah pengalaman ini meninjau danau toba..Dengan hembusan angin sempoi-sempoi dan juga desiran ombak di bibir pantai menjadikan suasana indah dan dapat menghilangkan fikiran kita yang bermasalah..
Aer Rangat Panguruan
Kalau diterjemahkan dalam bahasa kita aer rangat bermaksud air panas yang terletak di bawah kaki gunung Pusuk Buhit. Gunung ini merupakan tapak bermulanya penempatan orang batak dan merupakan puncak tetinggi di samosir ini. Kolam air panas nie sekarang dah takde yang percuma dah disebabkan dikelola secara swasta oleh masyarakat setempat. Kalau korang nak mandi juga silalah pergi kesini tapi kena bayarlah beb.. Harga aku taktahu berapa..Keistimewaan air panas disini dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kulit disebabkan zat sulfur yang terkandung dalamnya memberi kesan antioksidan.. 
Danau Sidihoni
Terletak 8km dari Panguruan dan perjalanan kesini memang sangat sunyi dan jalannya pun banyak yang rosak. Aku rasa mesti takde pun pelancong datang kesini selain kami..hahahaha.. Dah lah takde signboard menuju ke danau nie.Terpaksalah tanya orang2 tempatan di sepanjang jalan kesini..Lepas tu jalan pun berlubang sana sini..Macam terpencil pun ada..Mungkin sbb tu takde orang kesini kot.. Takde bayaran akan dikenakan memasuki danau nie.. Aku nasihatkan korang supaya datang waktu siang je kerana takde satu pun lampu tiang akan menyinari jalan ke danau ini..Selain danau sidihoni terdapat satu lagi danau yang terdapat di danau toba nie iaitu Danau Aek Natonang.. Cukuplah pengembaraan kami di pulau samosir nie dan rasanya hampir kesemua tempat2 tarikan utama dah pun kami pergi.. Kalau nak balik semula ke hotel kami pulak menjadi kepenatan berpanjangan kerana terpaksa menempuh sejam lebih perjalanan.. Disepanjang jalan pulang,kami disajikan dengan pemandangan alam sekitar yang sangat menakjubkan seperti gunung/bukit menghijau,hamparan sawah padi dan juga kesegaran udara di pulau samosir ini..

DAY 3 - Samosir-Parapat-Berastagi-Medan
Selesai sudah menjelajah pulau samosir yang berada di tengah2 Danau Toba nie..hehe..Skrg kami menjelajah ke kota medan pulak... Kalau nak pergi ke kota medan korang boleh je cari van kongsi kat terminal tiga raja..Harga dalam 150 000rp/seorg dan perjalanan mungkin dalam 4jam lebih..Pasal nie aku agak kecewa sangat2 kerana ditipu hidup-hidup oleh agensi van kongsi nie.. Katanya pemandu akan berhenti sekejap di Sipiso-piso dan juga pasar buah berastagi sebelum meneruskan perjalanan ke kota medan..Tetapi yang berlaku hari tu ialah pemandu langsung taktahu menahu soal berhenti 2 tempat nie dan katanya dia menerima arahan untuk terus ke kota medan.. Geramnya wei!!!.. Hurmm,,,..apa boleh buat masa tu coz nasi sudah menjadi bubur..Takpelah takde peluang aku lagi melihat 2 tempat nie... Korang boleh je lihat blog aku yang ini..Sipiso-piso dan Berastagi..Lupa pulak nak beritahu cara ke terminal tiga raja dari pulau samosir nie..
Senang je caranya beb,korang cuma tunggu di depan hotel yang korang menginap dan tunggu je feri datang kearah korang. Korang boleh tanya je hotel korang untuk beritahu tempat menunggu untuk feri ke terminal tiga raja. Untuk tahu feri yang betul,dia akan membunyikan Honnn..Feri nie akan ada setiap sejam setiap hari bermula pukul 7 pagi.. Sepatutnya pada hari pertama ketibaan di samosir nie,feri ini akan menurunkan kami betul-betul didepan hotel kami.. Tapi disebbkn taktahu inilah terpaksalah kami berjalan kaki sejauh 5KM.. Cukup soal feri skrg pulak nak beritahu pulak pengalaman sakit hati naik van kongsi nie.. Secara keseluruhannya,van kongsi nie agak selesa juga.. Kami ditemani oleh 3org sekeluarga,seorg lelaki lokal dan juga seorg mat salleh yang sangat hensem orgnya..Mana taknya,mata kawan aku nie melekat tengok kelibat mat salleh nie..hehehehehe...Sepanjang perjalanan,hati aku tak habis2 menyumpah orang yang menipu kami tu...Geramnya!!!....Kami selamat sampai di kota medan dalam 3pm dan kami dihantarkan terus ke hotel kami iaitu Hotel Citi Internasional Palang Merah. Memandang semua wisata dah tutup terpaksalah kami banyak buangkan masa di shopping complex je yang berhampiran dengan hotel kami je..
Makan malam pulak kami di Tip Top Restaurant..Katanya disini makanannya sangat murah dan sedap..Ramai blogger syorkan tempat nie dan sangat popular di Kota Medan..hehehe..Bagi aku makanannya bolehlah tahan dan sedap..Mereka masak pun sangat cepat cuma harganya agak mahal sikitlah.. Untuk makluman kami dah pun sewa motor untuk menjelajah tempat-tempat wajib di kota medan nie..Syukur Alhamdulillah harga sewa motor takdelah semahal di pulau samosir tu..Untuk 3 hari je kami cuma 150 000rp termasuklah kos hantar dan ambik motor oleh mereka..Okeylah cukuplah untuk kepenatan hari nie dan misi menjelajah kota medan diteruskan ke-esoknnya..

DAY 4 - Jelajah Kota Medan
Awal pagi lagi bangun untuk menunaikan hasrat untuk menjelajah kota medan dalam sehari.. Hehehehe..Kami berjaya juga menjelajah hampir kesemuanya dan tak sesat pun.. Kota medan nie kecik je sebenarnya cuma tak tahan dgn jalan sesak gilee.. Bunyi HONNnn yang sudah sinonim dgn mereka jangan cakaplah..memekak je memanjang..Oklah jom ikuti pengembaraan kami disini..
Istana Maimun
inilah tempat pertama kami untuk hari nie.. Merupakan istana kesultanan Deli yang menjadi ikon kota medan..Rata-rata pengunjung luar wajib berkunjung kesini..Tempat nie tak jauh pun dan berada di tengah2 kota medan..Tiket masuk cuma 5 000rp/seorg je.. Istana ini bukan sahaja tertua di indonesia dan struktur binaannya sangat unik yang memadukan unsur kebudayaan melayu dengan gaya islam dan juga eropah.Agak luas juga tempat nie dan rasa mcm sultan pulak apabila berada disini..Disini korang boleh je mencuba memakai pakaian tradisional sultan deli dulu..siap boleh bersanding lagi di kerusi milik sultan dulu..
Masjid Raya Medan
Tempat nie tak jauh pun dari istana maimun..korang boleh je jalan kaki ( dalam 500meter je ).Tempat nie salah satu tempat wajib apabila berada di medan nie..Masjid nie menjadi saksi sejarah yang membuktikan kehebatan bangsa melayu dahulu di bawah pimpinan kesultanan Deli..Senibina dipengaruhi unsur timur tengah,india dan juga sepanyol..Tapi sayang gile,masjid ni tidak dijaga dgn baik kerana kerosakan pada struktur binaannya mencacatkan kemegahan sejarah masjid ini..Tiket masuknya mestilah percuma je tapi ikut budi bicara koranglah nak menderma seikhlas hati..
Rahmat Internasional Wildlife Museum and Gallery
Tempat nie agak jauh sikitlah dari istana maimun..tapi dont worry k sbbnya masih berada di kawasan kota medan..Tempat ini adalah peluang untuk korang melihat gallery pemburu yang bernama Rahmat Shah dimana hasil buruan bnatangnya diawetkan yang berasal dari pelusuk dunia..Ada juga binatang pemberian yang telah mati dari kerajaan indonesia untuk dipamerkan didalamnya..Didalam nie korang berpeluang melihat pelbagai binatang liar yang korang teringin sanat mendekatinya semasa hidup..Tiket masuk dalam 50 000rp/seorg je..Agak menarik juga tempat nie kerana korang boleh melihat sendiri bentuk asal binatang buas yang ada didunia ini dan korang boleh bergambar lagi seakan.Replika binatang disini seolah-olah betul je rasanya..
Taman Buaya Asam Kumbang
Tempat nie mmg sangat jauh gilee dari kota medan.Dalam 30minit juga perjalanannya yang terletak di Jalan Bunga Raya.Jalannya pun agak mengelirukan dan sangat terpencil kedalam kawasan perumahan..Taman buaya nie dikatakan paling terbesar di Indonesia malah terbesar juga di Asia Tenggara..Tapi sayangnya tempat nie tak menarik langsung dipandang dan seolah-olah seperti kawasan penternakan je..Didalamnya ada buaya didalam sangkar yang diasingkan mengikut usia..Yang menjadi tarikan ialah landskap taman buaya yang sangat besar dan cantik yang menempatkan beribu-ribu buaya didalamnya..Korang bolehlah melihat habitat binatang nie menyamar didalam landskap nie.. Tiket masuk dalam 5 000-8 000rp/seorg
Rumah Tjong A Fie
Tempat nie tak jauh pun dari Restaurant Tip Top dan rasanya sejalan dgnnya..Rumah ini disejarahkan dan dijadikan peringatan kepada seorang bangsawan cina yang bernama Tjong A fie yang sangat dermawan di zaman kesultanan deli lagi..Boleh dikatakan tempat2 bersejarah seperti Istana Maimun,Masjid Raya dan juga gedung2 terpenting adalah hasil dermawan beliau..Tempat ini akan membawa korang bernostalgia ke era Baba dan Nyonya yang lengkap dengan sejarahnya dan tradisinya...Agak besar jugalah tempat ini dan lengkap dengan perabot2 antik yang melambangkan pengaruh budaya china..Harga masuk dalam Harga tiket masuk sini agak mahal sikit dalam 35 000rp/seorang dan percuma kalendar kecik lagi..Hurmm takde pape pun disini selain pengenalan kepada sejarah dan rumah kediaman tauke cina nie..
Merdeka Walk
Tempat nie agak popular untuk tujuan melepak je..Berlambakan kedai2 makanan samaada makanan tempatan dan juga fastfood yang tersusun cantik di sepanjang jalan nie..Tempat nie memang banyak dipenuhi orang ramai yang ingin beriadah di tamannya atau yang bercinta berkeliaran disekiling ataupun tempat melepak je bersama kawan2.Tempat nie agak besar juga dan sangat meriah dgn orang ramai.Tempat nie bersebelahan je dgn shopping mall yang baru dibuka iaitu Lotte Martt. Shopping mall nie lah bagi aku yang layak digelar shopping complex kalau dibandingkan diantara mall yang terdapat di kota medan nie..Mall yang sepatutnya banyak menjual barang2 berjenama dan juga interior design dalamannya yang mewah dan esklusif seperti Pavillion,KLCC dan juga OneUtama.. Aku dah menjelajah kesemua mall yang ada di medan nie dan aku rasakan Lotte Mart je lah yang paling terbaik. Disekitar merdeka walk nie jugalah korang boleh temui bangunan2 bersejarah di kota medan seperti Kantor Pos dan juga Titian Gantung. Kantor Pos masih berdiri kukuh sejak didirikan sekitar tahun 1911..Gaya binaannya dipengaruhi ideologi pengaruh Belanda dan masih mengekalkan fungsi utamanya iaitu sebagai pejabat pos..Manakal titian gantung bersebelahannya juga masih kukuh digunakan orang ramai sampai sekarang..Titian gantung nie dalam bahasa melayu maksudnya Jambatan yerr...Hurmm jambatan nie adalah tempat yang aku tak akan boleh dilupakan seumur hidup aku.Kerana aku hampir dirompak oleh 2 orang tempatan yang tiba-tiba datang menghampiri kami yang sedang melepak disitu.Aku pun sebenarnya tak sedap hati sejak mula lagi dan ingin beredar disitu semasa mereka datang kononnya bertanya khabar..Lepas tu diorang ugut nak larikan motor sewa kami tu kalau tak bagi 100 000rp/seorang.Aku apa lagi,menjerit-jeritlah kat dia kononnya aku takde duit nak balik rumah nanti..Mujurlah ada seorang tempatan nie yang badan dia agak besar dari kami semua bertanyakan kenapa aku menjerit2 kat orang tu..Apalagi takotlah 2 orang perompak nie sampai berpura-pura kononnya kami yang bagi duit tu..Padan muka korang!!!!!!..nasib baik aku tak bawa kes nie sampai ke balai polis.Syukur Alhamdulillah sangat aku hari tu kerana insiden berlaku takdelah melibatkan nyawa cuma trauma emosi je..Selalu bila kena rompak nie kena parang lah,pisau lah dan macam2 lagi..Ya ALLAH..aku bersyukur sangat kepadamu..Insiden begini nie lah aku trauma kalau nak berjalan-jalan di tempat terpencil begini..Sejak hari tu,aku cuba jauhkan diri berada di tempat terpencil dan sunyi lagi..()_()

DAY 5-Medan ke Kualanamu
Selesai pun misi menjelajah kami ke kota medan nie secara backparker sahaja..Sebenarnya wisata2 menarik banyak lagi di kota medan nie tapi bergantung kepada citarasa masing-masing..Kalau sesiapa yang suka shopping pun boleh je tapi takdelah berjenama ataupun factory outlet mcm kat Bandung tu. Kira mcm korang memborong kat kelantan/terengganu je gayanya.Kalau aku,lebih suka kepada tempat2 tarikan utama pelancong dan tempat2 yang murah je..Oklah jom ikuti pengembaraan kami ke tempat terakhir sebelum pulang semula ke tanah air..??



Museum Negeri Provinsi Sumatera Utara
Kami takde peluang pun masuk kedalam museum nie kerana jatuh pada cuti umum.. Museum ini dikatakan terbesar di sumatera utara dan senarai museum terbaik di indonesia..Didalamnya macam biasalah di kesemua muzium yang korang pergi mestilah ada sejarah,budaya hidup,kesenian dan sosioekonomi peribumi negeri.. Tiket masuk disekitar
3 000rp/seorang yang aku rasa sangatlah murah sampai beria-ria nak pergi kesini..Tapi akan daya museum ini tutup pada hari ketibaan kami..Aku pun bukanlah peminat muzium pun cumanya disebabkan tiket masuknya sangatlah murah dalam RM1 je rasanya sudah cukup bagi aku masukan kedalam senarai tempat wajib di medan nie.. Lagipun boleh jugalah kami berteduh didalam tempat beraircond daripada kehangatan matahari yang menukar warna kulit aku...hehehehe....
Bolu Meranti Tempat nie bukan wisata ye tapi sesuai kepada mereka yang ingin membeli buah tangan berbentuk kek..Kalau di medan nie memang terkenal dengan pelbagai jenis kek seperti kek Ambon,kek lapis dan sebagainya..Tapi bagi aku,lebih suka kek gulung bolu meranti kerana rasanya sangatlah sedap,murah dan banyak pulak tu..Satu gulung kek nie cuma sekitar 50 000/rp je..Rasanya pun sedap gilee yang membuat aku ketagih sangat nak bawa balik.. Kami singgah disini pun sebabnya terminal bas ke airport berhampiran je sekitar sini iaitu di sebelah mall Plaza Medan Fair. Mall nie banyak menjual alatan gadget dan elektronik seperti Low Yat KL tu..Bas stesennya betul2 di sebelah mall nie je dan tempatnya kecik nak mampus...Macam bus stop je bentuknya.. Kalau sesiapa nak menaik bas ke Airport silalah beritahu pemandu anda untuk bawa korang ke Plaza Medan Fair dahulu dan seterusnya berjalan kaki ke sebelah mall nie..Tiket bas dalam sekitar 20 000rp/seorang dan perjalanan dalam kurang sejam je ke airport.Setiap sejam jaraknya kalau korang tunggu untuk naik bas yang seterusnya.. Berakhirlah pengembaraan kami di kota medan nie..Tempat pelancongan yang memberi kenangan terindah dan juga kenangan menakutkan yang pernah berlaku didalam hidup aku. Tetapi insiden ini masih belum mematahkan semangat aku menjelajah ke seluruh Asia Tenggara.
Terima Kasih Kota Medan memahat pelbagai memori dalam hidupku...+_0
















5 ulasan:

  1. Wah bisa omong batak jg ya jd dapat murah sewa motornya..haha
    Danau Toba.. Cantik banget !!!
    Love to read your story :)

    BalasPadam
  2. terima kasih kembali bapak yudha..hehehe

    BalasPadam
  3. Melancong medan

    4D3N MEDAN LAKE TOBA TOUR
    (1Nite Parapat, 1 Nite Berastagi, 1 Nite Medan
    --------------------------------------------------------------------
    DAY 01 : ARRIVAL MEDAN – TEBING TINGGI – PARAPAT (L,D)
    Arrival at Kuala Namu International Airport. After customs clearance, meet our representative and Tour Guide who will take you to start the tours by using tourist Coach or Van. Transfer to the local restaurant for lunch. Then, depart to Parapat-drive along the road which offers the endless view of Rubber and Oil Palms Plantations through the journey. Stop should be made at Pematang Siantar for shopping of local product such as Kacang Tumbuk “Ting Ting, Teng Teng”, Other snacks Etc. Arrived in Parapat then check in to hotel for overnight stay, the rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 02 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI (B,L,D)
    After breakfast at hotel, ready for Samosir island excursion by Boat to visits
    Tomok village, to see the Tombs of The King Ompu Sidabutar & Shopping place. Ambarita village, to see the Traditional Batak village with ancient megalithic Furnitures. Return to Parapat for lunch at local restaurant. Afterwards proceed to Berastagi–a mountains resort with it’s refreshing weather and magnificent mountains scenery which has an abundance of Flowers, Vegetables and Fruits. En-route stops at Panorama Simarjarunjung hill (Sanitary stop),Sipiso-Piso waterfall. Arrived in Brastagi then to visit the Central Fruits Market (Shopping Place). Afternoon check in to hotel. The rest of the day is free  on your own leisure. Dinner served at the hotel or local restaurant.

    DAY 03 : BERASTAGI – MEDAN (B,L,D)
    After breakfast, proceed on two hours down the hill to Medan. Visit Lumbini Park. Arrival in Medan then city sight seeing to visit a several points of interest such as the Maimoon Palace, Al-Matshun Grand mosque. After lunch at the local restaurant, and then proceed to the shopping areas as follow Danar Hadi Batik emperium and others whole Batik sellers in Medan, including to Pasar Ikan market and Malls. Afternoon check in to hotel for overnight stay. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 04 : HOTEL – AIRPORT (B)
    After breakfast, free program before transfer to the airport for your flight home..END OF SERVICE



    Thanks /Regards

    HAMZAH SARAGIH
    Tour Guide Medan Sumatra Utara - Indonesia
    Telp/WhatsApp:+6282160211106
    Email:hamzahsaragih@ymail.com
    Web:http://hamzahsaragih.blogspot.com
    Facebook:Hamzah Saragih
    Ym:Hamzah Saragih

    BalasPadam
  4. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.



    SERVICES TERMASUK :
    • TRANSPORT
    • PEMANDU PELANCONGAN
    • HOTEL 3 BINTANG
    • BREAKFAST 3X
    • MAKAN TENGAH HARI 3X
    • DINNER 3X
    • SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    • KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    • MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

    BalasPadam