Jumaat, 28 November 2014

Jelajah Bandung...Sesat di Ladang Teh

Aku pernah menjelajah ke Bandung dulu pertama-kali-ke-luar-negara-indonesia tapi takdelah menjelajah pelosok Bandung pun. Hari tu pun aku cuma sempat ke beberapa tempat sahaja dan lebih kepada factory outlet saja. Masa diperuntukkan pun takde banyak..hehehe.. Kali nie siri menjelajah Bandung diteruskan lagi untuk ke tempat2 pelancongan tetapi dengan syaratnya backparker saja. Hurmm sebenarnya berlaku juga peristiwa yang sangat memalukan dalam hidup aku tapi tidak diceritakan disini ye..Simpan dalam memori sahaja..
Bandung nie sebenarnya sesuai untuk shopping saja disebabkan terlalu banyak factory outlet yang membuat jualan murah dan berjenama.. Ramai gilee orang malaysia datang disini untuk niat itu..
Bagi aku pulak lebih suka kepada menjelajah tempat pelancongan saja dan membeli souvier untuk koleksi aku je..Okeylah jom mengikuti pengembaraan aku Bandung...+_+

Day 1- Jakarta ke Bandung
Aku ke Bandung sama je seperti aku ke Jelajah Jogjakarta iaitu mendarat di Jakarta dan seterusnya ke Bandung dengan menaiki keretapi intercity. Aku naik di Stasiun keretapi Gambir yang terletak bersebelah dgn tugu monas (monumen nasional Indonesia). Aku terpaksa ambik cara nie kerana tiket flight terus ke Bandung terlalu mahal dan masa pulak tak kena dgn jadual aku..hehe.Cuma menjadi masalahnya pulak ialah cara ke stasiun Gambir nie pulak.Senang je sebenarnya,kalau dah biasa datang jakarta. Sesiapa menaiki AirAsia korang akan mendarat di SHIA3 (Soerkarno Hatta Internasional Airport 3) dan seterusnya pergi ke stesen bas awam untuk naik bas percuma ke SHIA2.. Dah sampai SHIA2 korang berjalan sampai ke hujung untuk pergi ke Stasiun Bas Awam..Cari bas Damri ke Gambir dan korang mesti cakap dgn jelas untuk berhenti di Stasiun Keretapi Gambir!!Harga mungkin dalam 20-30k rupiah/seorang je dan mengambil masa diantara 40-60 minit..Agak leceh juga kan cara mcm ni...mcm2 kerja korang kena buat seperti beli tiket keretapi online lps tu kena berada pulak di stasiun Gambir tepat pada masanya..hehehehe...Jangan risau beb..sebenarnya ada je cara paling senang cuma aku nie nak sangat tengok pemandangan dalam keretapi disepanjang perjalanan dari Jakarta ke Bandung..Caranya ialah apabila korang dah berada di stasiun Bas Awam di SHIA2 tu terus je beli tiket van sewa ke Bandung. Harga mungkin dalam 100-250k Rupiah/seorang dan terus dihantar ke hotel penginapan korang..(0_0)..

Sampai je kat Bandung,kami menginap di Hotel Amaris di Jalan Cihampelas. Kami menginap di area jalan Cihampelas ini kerana disinilah jalan paling meriah dan selalu sesak dengan orang ramai. Terlalu berlambak factory outlet yang berdekatan sahaja. Shopping complex terbesar di Bandung pun ada disini iaitu Cihampales Walk dimana reka bentuknya sangat unik kerana berkonsepkan open air dan forest.Lengkap dgn butik2 berjenama dan berkualiti didalamnya.Tambahan lagi panggung wayang pun ada beb. Bolehlah aku tengok midnight movie nanti.Di sepanjang jalan cihampelas nie memang berlambaklah peniaga2 tepi jalanan menjual souvier Bandung seperti t-shirt,keychain dan macam2 lagi.Yang paling penting sekali ialah terdapat transport terus ke Airport Jakarta pun ada iaitu Xtran Travel dan Daytrans.Jadi memang senanglah dan mudah kalau korang menginap di sepanjang jalan Cihampelas nie.Tak payah risau dan mencari lagi.
Kami sampai di Bandung pun dah pukul 4pm. Banyak masa kami habiskan berjalan-jalan di sekitar jalan cihampelas je,Lepas tu tengok wayang, Cuma kami makan malam agak jauh sikitlah sampai ke hutan tu di Kampung Daun..Hehehehehe..;. Masa diambik kesana dalam 20 minit tapi itupun kalau jalan tak sesak lah (macet bilangnya). Pastikan korang wajib datang ke sini dan mesti masukkan dalam senarai tempat wajib. Konsep restaurant nie sangat unik dan pelik sikitlah kerana menggunakan konsep DIdalam Kehutanan.. Korang akan menikmati makan malam korang seperti berada didalam hutan je rasanya...Cuba bayangkan kawasan kedesaan yang tenang dan menyegarkan.Ditemani bunyi air terjun yang menambahkan suasana yang agak sejuk.Pokok2 dan tumbuhan menjalar disekelilingnya.Sambil menikmati makanan di dalam kabin yang cantik yang tersusun secara membukit..Memang suasana romantik dan cantik gilee kan..Harganya takdelah mahallah pun dan rasanya masih mampu lagi untuk korang bayar. 

Day 2- Jelajah Ciwidey,Bandung
Seperti biasalah mana-mana tempat aku pergi di Indonesia dan Malaysia mestilah dengan sewa motorsikal.Cepat,murah dan mudah digunakan.Takpayah terperangkap dalam kesesakan jalanraya dan senang nak parking dimana-mana saja..Cuma menjadi masalahnya sesat dan tayar bocor..Dah 2 kali motor yang kami pakai bocor dan sekali juga kemalangan iaitu di Jogja.Dan yang paling kerap berlaku ialah sesat..Inilah insiden yang selalu menjadi punca aku selalu panas baran tiba-tiba..Tapi bila dah selalu kena dah menjadi perkara biasa pulak bagi aku.Hehehe..Alhamdulillah.Untuk hari ini kami akan ke area Ciwidey kerana tempat ini memang sangat popular dgn wisata alam semulajadi.Disepanjang perjalanan kesana,korang boleh melihat pemandangan menghijau yang memanjakan mata.Ditambahkan pulak gunung dan perkebunan yang subur dan sistematik..Okeylah jom mengikuti pengembaraan aku di sini
Kawah Putih
Salah satu lokasi pengembaraan Filem cinta Indonesia My Heart yang pernah popular dulu sekitar 2004..Tapi perjalanan kesini memakan hampir 2jam 30minit okey!!!!Itu dah termasuk sesat lagi..hahaha..Terletak menghala ke barat bandung di kawasan Ciwidey..Kawah putih nie merupakan sebuah danau yang berwarna keputihan yang terbentuk akibat letusan Gunung Patuha..Tempat nie memang sangat menyakitkan hidung dan mata korang.Jadi jangan lupa bawa topeng mulut ataupun cermin mata kerana aku yakin korang takkan tahan punya dengan udara disini yang sangat menyakitkan..Disini memang banyak jugalah korang kena bayar seperti berikut...
Parking kenderaan bergantung jenis 
Motor =5000rp
Kereta: 6000rp
Bas : 25000rp

Topeng mulut dan hidung
5000rp/satu
Kereta Shutter (bentuk mcm van diubahsuai)
13000/seorang
Tiket masuk
Local :15000rp
Foreigner :30000

Sampai je gerbang masuk Kawah Putih,korang diwajibkan menaiki kereta shutter mereka ke lokasinya.Perjalanan mungkin mengambil masa 10minit juga merentasi hutan.Memang tak dibenarkan pun korang membawa sendiri kenderaan ke situ kerana jalannya yang berbatu-bata dan agak teruk..Aduhai cara diaorang bawa van shutter nie agak menakutkan jugalah kerana aku terpaksa memegang dengan kuat supaya tak terjatuh pulak..Perlu diingatkan pastikan korang memakai baju sejuk yang tebal kerana udara disini terlalu dingin dan sejuk gilee.Menggigil tubuh aku dibuatnya..
Pemandian Air Panas Walini ciwidey
Tak jauh pun dari kawah putih dalam 5km je rasanya.
Ini adalah wisata yang sangat merugikan bagi aku..huhuhuhu...Sebenarnya aku nak pergi bergambar di ladang teh disini tapi tak sangka pulak kami termasuk kedalam sini semasa mencari parking.Aku nak cakap je kami nak parking didalam je dan taknak masuk kolam air panas ni.Tapi disebabkan muka bengis penjual tiket tu dan beberapa orang beratur dibelakang kami terpaksalah pendam dalam hati je..Sekali masuk je dah kena bayar 20000rp/seorang dan termasuk 3000rp/parking motor.Lepas tu dapat percuma 2 packet teh uncang walini..Dalam kawasan kolam nie memang banyak gile pengunjung2 lokal berkelah disini..
Perkebunan Rancabali Ciwidey
Perkebunan ladang teh berada pada level ketinggian 1,628m diatas permukaan laut dengan panorama alam khas perkebunan teh yang berbukit dan berlekuk-lekuk.Selepas je korang sampai ke Kolam air panas Walini disepanjang jalan,korang disajikan panorama perkebunan ladang teh yang luas terbentang dan memikat hati..Inilah sebenarnya tempat yang aku nak sangat sampai tersesat ke pintu gerbang kolam air panas walini.Padahal boleh je korang parking mana2 tepi jalan dan seterusnya berjalan-jalan merestasi ladang teh nie..Memang sangat besarlah ladang teh disini dan hampir luas macam Cameron Highland.
Situ Patengggang atau Situ Patengan

Kalau tadi disajikan dengan danau berwarna keputihan dan sekarang korang akan menikmati danau yang sebenarnya didalam hamparan perkebunan Rancabali.Lokasinya agak jauh sikit dari Kolam Air Panas Walini dan juga kawah putih. Tiket masuknya 15000rp/lokal atau 50000rp/foreigner dan juga parking kenderaan mengikut jenis yang dibawa..Tempat nie memang sesuai untuk beriadah ataupun berkelah sambil menikmati panorama ketenangan danau..Disini korang boleh menaiki perahu/bot itik dan bot laju mengeliling danaunya..Aku memang suka pemandangan disekeliling danau nie.Selain hamparan ladang teh yang menghijau,disajikan pulak ketenangan air danau membuat aku tergamam sebentar betapa hebatnya ciptaan Tuhan..Betapa beruntungnya hidup ini dapat menikmati pemandangannya yang begitu sukar digambarkan dengan perkataan..Tempat ini adalah destinasi terakhir sebelum pulang semula ke kota bandung yang aku rasa agak menyedihkan dengan jaraknya..huhuhuhu...Terpaksa lagi merempuh 2 jam perjalanan pulang ke hotel kami..Takpelah apa boleh buat...Lagipun aku percaya kepada peribahasa aku sendiri Jauh Perjalanan Luas Pemandangan..

Day 3 -Kota Bandung
Seawal 6pagi lagi kami dah bangun untuk pergi ke Tangkuban Perahu yang terletak ke arah utara Bandung dan mengambil masa sejam perjalanan ke sana.Aku dah pernah pergi ke Tangkuban Perahu dulu tapi tak puas lagi rasanya menikmati gunung berapi yang masih aktif ni..Lagipun bila lagi nak merasa pengalaman melihat pemandangan gunung berapi..TAPI!!!!! Hari itu adalah hari yang sangat menyedihkan dan mengecewakan bagi aku.Hampir 4 jam kami masih gagal menemui lokasinya.Seperti biasa kami biasanya menggunakan GPS je kalau nak pergi ke mana-mana tempat.Tapi hari tu gps seolah-olah bermain kasar dengan kami..Adakah patot dan tak logik langsung arahan gps membawa kami ke ladang teh dan kawasan kampung?Yang aku rasa tidak pernah dilalui oleh mana-mana kenderaan pun lagi..Dan paling bodohnya aku bekeras juga percaya pada gps nie..Sampailah berlakunya peristiwa yang sangat memalukan aku sepanjang hidup didunia ini..huhuhuhu..+_+
Terpaksalah kami batalkan niat ke Tangkuban Perahu dan bergerak seterusnya ke tempat lain..Sedih,kecewa,marah,malu dan macam-macam ada perasaan masa tu..
Trans Studio
Tempat nie tak payah mengembara jauh lagi kerana lokasinya terletak di kota Bandung saja.Trans Studio ini dikatakan diantara indoor themepark ke 2 dibina pada 2011 selain Trans Studio Makassar. Merupakan diantara indoor themepark paling terbesar didunia.Tapi bagi aku permainannya takdelah best atau semegah sangat pun.Itulah kalau sesiapa yang dah pergi ke Universal Singapore Studio pasti setuju dengan cakap aku ni,..USS lagi best dan terbaikk punya.Cuma tiket masuk USS terlalu mahal sangat tapi bagi aku sudah berbaloi dengan permainannya yang sangat hebat dan ekstremm...Aduhai dah melalut ke USS pulak..hehehe..Tiket masuk Trans Studio nie disekitar 150000rp untuk weekday dan 250000rp untuk weekend..Dan disini aku senaraikan permainan yang wajib korang cuba..okey!!
Studio Centrel--Menggunakan konsep westren dimana struktur arkiteknya dan apabila berjalan disekitar sini korang akan menjumpai beberapa kostum mirip Holloywood 60-an seperti Marilyn Monre,Elvis Presley,Michael Jackson dan macam-macam lagi.Antara permainan yang wajib cuba ialah Trans city theater,roller coster,vertigo,transcar Rasing dan yang paling menakutkan sekali ialah Giant swing..Tapi syukur Alhamdulliah hari tu ditutup kerana penyelenggaraan..Kalau tak memang dipaksalahnya aku masuk sekali..
Lost City--Pengembaraan mencari harta-karun ataupun mencari bandar yang hilang.Aku rasa disini permainannya paling banyak aku sukalah kerana takdelah ekstrem sgt pun..hahaha..
Diantaranya ialah Jelajah (confim basah dibuatnya) dan Kong climb.
Magic Corner--Pekenalan kepada dunia misteri,magik dan dunia lain..Disini takde permainan ye selain kepada pendedahan kepada dunia selain manusia seperti hantu,ahli sihir dan raksasa..Diantaranya ialah Special Affect Action (pembuatan filem ekstrem),Dunia Hantu dan Negeri raksasa..
KartikaSari
Kalau sesiapa ke bandung pasti tahu kedai nie dan mesti singgah dulu untuk ole-ole korang..
Kedai nie bukan tempat pelancongan taw tapi diantara kek,brownise dan roti yang terkenal di kota bandung..Rata-rata orang malaysia suka sangat datang kesini.Macam hari tu,hampir kesemua pengunjungnya yang ada adalah orang kita..Rasa mcm berada di negara sendiri pulak..hahahaha..Harga pun murah dan rasanya pulak memang sedap..Aduhai teringin pulak rasanya nak makan lagi..
Rumah Mode
Merupakan factory outlet yang sangat terkenal di kalangan blogger..Aku pun sendiri taktahu kenapa ramai sangat suka datang kesini..Boleh dikatakan tempat nie selalu penuh dan sangat padat.Senibina tempat nie memang sangat cantik dan unik..Sangat berlainan dan modern bebanding factory outlet yang lain.Keluasannya pun paling besar dan rasanya lengkap dengan restaurant,servis memotong dan menjahit lebihan seluar serta mudah untuk parking.Memang ramai jugalah orang kita selalu shopping disini..Hurmm,bagi aku harganya agak mahal jugalah dan rasanya lebih baik beli di negara sendiri je..Pilihan untuk pakaian lelaki pun tak banyak sangat pun..
Sebenarnya masih banyak lagi factory outlet di bandung nie cuma aku suka datang ke Rumah Mode ini kerana tetarik dengan struktur arkiteknya yang sangat unik dan lengkap..Lagipun bolehlah aku mengimbau kembali kenangan aku dulu yang pernah datang kesini..Bergambar seakan lagi disini..Shopping memang taknaklah kerana aku lebih suka shopping di butik2 berjenama aku sekitar KL..
Hari tu kami tak sempat pergi ke Pasar Baru Trade Centre yang cukup terkenal tu..Dikatakan pasar nie memang pasar yang terbesar dan tertua di Bandung.Apa yang korang nak semuanya ada disini.Tapi aku rasa tempat nie memang sesuailah kepada perempuan je terutamanya yang sudah berusia..Rombongan che kiah lah senang cerita...hahahaha...
Batagor Kingsley
Aku makan malam di sini yang terletak di Jalan Veteran 25 di sekitar kota bandung.Kedai nie memang diantara kedai paling ramai dikunjungi dan sangat popular di Bandung..Terdapat 2 jenis hidangan saja iaitu batagor dan siomay..Aku nie memang peminat batagor..Dah banyak versi batagor yang dah pernah aku makan sepanjang menjelajah Indonesia nie..Kali ni aku mengambil kesempatan untuk mencuba batagor asli Bandung pulak..hehehehe..Batagor Kingsley nie memang terkenal di kalangan orang indonesia sebagai kuliner makanan wajib apabila mengunjungi Bandung..Rasanya memang sedap juga tapi masih tak menandingi batagor jogja..Sampai skrg aku masih ingat batagor jogja.hehehe...
Tamatlah sudah penjelajah kami di kota Bandung nie..Memang agak seronok juga rasanya berada di negara orang kerana aku banyak belajar tentang budaya hidup dan aktiviti kemasyarakatan warganya disini...Kota Bandung ni memang sesuai kepada mereka yang suka shopping kerana berlambak factory outlet yang berjenama dan murah disini..Betullah kata-kata orang kita,kota bandung ini seperti syurga membeli-belah dengan harga yang sangat berpatotan..Terima Kasih Bandung Untuk Memori Terindah dan Terpahit....=_=


Selasa, 4 November 2014

Jelajah Krabi 2014....Jelajah Pulau yg Memenatkan

Bercuti je aku seakan tahun ni.Boleh dikatakan tiap-tiap bulan je aku keluar malaysia.. Almaklum je lah hidup membujang mcm nie kenalah gunakan manfaat sebelum berumah-tangga..Nanti kalau dah kahwin mesti dah tak boleh backparker lagi dgn kawan-kawan..Lagipun bajet percutiaan aku setiap kali ke mana2 tak sampai RM1000 pun. Itu pun dah termasuk kesemuanya sekali seperti flight AirAsia pergi-balik,Hotel,makan dan macam2 lagi.Okey lah kot..hehehe...Selalu mukadimah memanjang mcm nie..lepas gian buat blog katakan.Berbalik kepada topik utama,aku berkesempatan lagi ke krabi yang dah lama aku idamkan selama ini. Ini pun aku terlajak ke sana disebabkan promosi AirAsia cuma RM70 je untuk sehala (pergi-balik baru RM180)..Murah wei....!!!...mana nak cari tiket semurah begini.. Dah dapat tiket flight maka bermulalah perancangan bajet murah kesana.. Sebelum nie aku pernah ke Thailand cuma Jelajah Hatyai je dan sekarang aku berkesempatan lagi kesana iaitu Krabi.. Aku tengok Krabi nie lebih kepada jelajah Pulau2 kecik je ataupun lebih kepada aktiviti pantai je..Kebiasaanya kalau sesiapa pergi krabi mesti ambik pakej2 jelajah pulau ataupun pakej2 lain.Cara nie lebih mudah kerana pakej nie dah merangkumi transport,makanan dan tiket masuk ke tempat2 yang dituju..Tak payah pening2 pikir nak pergi kemana2 lagi.Tempat paling popular di krabi nie ialah sekitar Pantai Ao Nang je..Tak payahlah cari hotel di bandar Krabi tu sbbnya takde pape pun disitu selain dari bandar mati je. Kalau cari hotel pulak lebih baik cari berdekatan dengan pantainya sbb lagi meriah.. Berlambak kedai2 cenderahati,massage,pub2/clubbing,pakej2 pelancongan dan juga hotel pun banyak disekitar situ..Kalau nak cari kedai makanan HALAL pulak di sekitar masjid je. Tapi nak jalan kaki kesini memang jauh gilee lah dalam 5km..Okeylah jom ikuti pengembaraaan aku ke krabi pulak..Sawadekapp...

Day 1-Jelajah 7 Pulau 
Hari tu aku selamat tiba ke Krabi pada pukul 8am. Waktu Krabi dgn KL nie tak sama ye sbbnya lewat 1 jam dari kita.Untuk ke Pantai Ao Nang,korang boleh buat 2 pilihan iaitu dgn Bas je mcm yang kami buat nie ataupun kalau berempat tu better ambik teksi je.Sbbnya tambang bas cuma 150batt/seorg manakala sebuah teksi pulak dlm 600batt. Perjalanan ke pantai Ao Nang dalam satu jam je. Kaunter tiket bas/teksi nie betul2 berada di pintu keluar Airport..Sebelum sampai tu,bas nie akan berhenti di depan agensi pelancongan diorang dan seterusnya ke pantai Ao Nang..Kalau korang jenis muka tak malu boleh je korang ajak orang lain kongsi teksi bersama korang...hehehe..Kalau jenis mcm aku nie (pemalu dan sombong gilee) terpaksalah naik bas dan tunggu sehingga semuanya penuh..Memang ramai gilee orang kita bercuti di Krabi..Dah rasa mcm negara sendiri pulak boleh cakap melayu je...
Bas pun berhenti betul2 di depan hotel kami J Hotel...Hotel nie memang mendapat rate tertinggi dlm Booking.com dan juga Agoda.com...Harga pun berpatotan (rm90/mlm) dan sangat dekat dgn pantai Ao Nang (Jalan kaki 5 minit je rasanya)..
Sekarang kami mencari pakej2 murah pulak di sekitar pantai Ao Nang.Di krabi nie mmg terkenal dgn jelajah pulau2 disekitarnya.Pulau2 disini mmg betul2 cantik,jernih dan banyak.Ada juga jelajah tempat2 tarikan di krabi ni..Tapi kebanyakan yang datang ke krabi nie adalah menikmati keindahan pulau2 nya yang sangat mengoda dan mempersonakan..
Memang berlambak jugalah agen2 pakej pelancongan disini dan korang kena pandai tawar-menawar berani mati supaya dapat yang murah punya..Mcm kami hari tu,kawan aku nie memang terbaik punya bab2 tawar menawar nie...hehehe..Kami dapat beli 3 pakej utk 3 hari disini berjumlah 2000batt je...murah tak??!!! Untuk makluman utk setiap pakej2 yang ada semuanya bermula jam 8.00am..Ada juga pakej2 pukul 2.00pm tapi jumlahnya sangat sedikitlah..Mcm apa yang berlaku hari tu,kami ambik pakej 7 island tour utk hari pertama,Jungle Trekking utk hari ke2 dan Phi Phi Island Tour utk hari ke3..
Okeylah untuk hari pertama kami menjelajah 7 island dulu..Antara pulau2 yang kami jelajah ialah
Tup Island-terdapat hamparan pasir putih (seperti jambatan) menghubungkn ke Si Island yang mengakibatkan pertembungan 2 arus ombak yang berbeza..Agak aneh bin ajaib juga melihat fenomena alam semulajadi nie..
Chicken island-pulau yang menyerupai bentuk ayam je..Disini memang sesuai sangat untuk aktiviti snorkeling..
Poda island-melihat matahari terbenam dan makan malam disini..Makanan dia mestilah halal okey dan sedap juga..Banyak juga masa dihabiskan disini kerana menunggu matahari terbenam.
Tang Ming island-sesuai untuk snorkeling je dan tak jauh pun dari Poda Island pun..Bentuk batu besar nie membolehkan korang snorkeliling di tempat yang teduh..Maklum je lah panas terik je matahari disini..
Phra Nang Cave-bentuk gua yang agak menakutkan..hehe..Sesuai untuk mereka yang suka memajat bukit
Railay Beach-sesuai utk mandi manda atau berkelah di tepi pantai...Disini terdapat tempat pemujaan berbentuk konek laki kononnya berbulan madu...Lucu dan malu je rasanya bila tengok perempuan berada disitu..Aduhaiii...

Aduhai agak memenatkan jugalah hari pertama kami dengan 7 pulau nie...Lagi teruk dengan menaiki Longtail boat..Taubat aku taknak naik dah bot mcm nie..Hampir termuntah aku dibuatnya.Jadi aku nasihatkan kepada sesiapa yang naik longtail boat nie lebih baik korang jangan berada terlalu lama diatasnya semasa bot berhenti.Kerana bot nie akan terumbang-ambing mengikut arus ombak yang boleh membuat korang muntah.Tapi kalau speed bot rasanya takde masalah punya..Dan lagi satu,naik muak pulak aku dengan jelajah banyak2 pulau mcm nie dan tak cukup rasanya tenaga nak menghabiskan semuanya..Sbb tu aku berada diatas bot je untuk selebihnya tapi nak muntah pulak jadinya. Mana taknya selain 7 pulau nie terdapat juga snorkeling kat tempat2 lain ataupun berenang..Hari yang betul2 sangat memenatkan dalam hidup aku..Sebelah malam pulak,kami makan malam di sekitar masjid di Ao Nang kerana memang berlambak disitu restaurant halal berbanding di sekitar pantai..Ada juga restaurant halal di sekitar pantai cuma harganya mahal gilee..

Day 2-Jungle Trekking
Hari ke 2 pulak kami menjelajah hutan..hehehe..Takdelah yang sebenarnya ada sebahagian tempat2 yang kami tuju terletak didalam hutan .Jadi terpaksa meredah hutan dahulu sebelum sampai ke destinasinya.Trip ini memang betul2 memenatkan kaki dan memerlukan tenaga yang banyak..Aduhai memang betul mencabar ketahanan fizikal dan mental betul beb..huhuhu..Perjalanan ke sana pun memang jauh jugalah dalam satu jam dengan menaiki van mewah yang sangat selesa dan rasa mcm VIP pulak.

Emerland Pool-kolam berwarna hijau yang sangat jernih dan bersih.. Terdapat juga Blue Pool tapi jaraknya sangatlah jauh nak mampus..Nak jalan kaki ke emerland pool pun dah jauh apatah lagi nak tambah lagi ke blue pool..seksa jawabnya
Hot Spring-memang bestlah berenang dalam kolam air panas..tak payah pergi sauna semata nak mandi air panas
Tiger Cave Temple-kuil nie tak payah meredah hutan pun untuk sampai kesini cuma menjadi tarikannya ialah mendaki tangga sebanyak 1,237...memang betul2 gilee lah siapa yang sampai keatas...aku pun sampai 600 tangga je dah nak setengah mati.. 
Elephant Trekking-pengalaman dalam hidup aku naik diatas gajah sambil merestasi hutan..Tapi yang tak bestnya pendek sangat jaraknya.


Aktiviti hari nie walaupun berjalan kaki jauh2 tapi takdelah sepenat hari pertama.Hari pertama memang betul2 penat nak mampus punya..hehehe..Disebabkan masih gagal mencari Yamilah Pancake pada hari pertama,misi diteruskan lagi pada hari ke-2..Akhirnya kami berjaya menjumpainya apabila berjalan kaki sejauh 3km dari hotel kami mengelilingi pinggir pantai Ao Nang.Gerai nie memang sebaris dengan gerai2 makanan halal dan dia paling hujung sekali..Memang sedap jugalah makanan wajib krabi nie..Pancake yang paling aku suka perisa banana+cheese.. Yamilah Pancake nie memang sangat terkenal di kalangan blogger2 yang pernah ke krabi..Best sangat rasanya apabila menikmati pancake sambil melihat derauan ombak memukul pantai..Rasa tenang je rasanya dan nyaman.Malam tu juga kami berjalan-jalan mencari t-shirt yang murah,fridge magnet dan juga key chain di sekitar Walking Street Ao Nang tapi aduhai mahalnya..Takpe esok ada sempat lagi kot misi mencari souvier yang murah...hehehe


Day 3-Phi Phi Island
Hari ke 3 adalah menjelajah phi phi island yang sangat terkenal tu..Rata-rata pelancong disini akan memilih kesini kerana keindahan pulau phi phi yang sangat menakjubkan dan menarik perhatian.Rugi je rasanya kalau korang tak berkesempatan kesini..hehehhe..Jadi jangan lepaskan peluang korang menikmati phi phi island nie...Kalau bermalam disini pun boleh sbbnya phi phi island dah macam pekan pun.Berlambak hotel2 murah,kedai2 makan dan sebagainya berada disini..Umpama seperti Pulau Pangkor lah senang cerita.
Lupa pulak nak beritahu,.jelajah pulau2 phi phi nie kami takdelah menaiki longtail boat lagi seperti hari pertama tu tapi dengan speed bot mewah okey!!!...Dimana terdapat banyak syarat2 dikenakan oleh pemilik speed bot nie seperti kena cuci selipar dgn kaki dulu sebelum naik bot dia,dilarang berjalan2 didalam bot semasa bergerak dan macam2 lagi..hehehe...Aku pun tak sangka pulak kena marah dengan Dia nie. Sbbnya aku dah lah tak tahu berenang tapi taknak pulak pegang tali yang dia suruh semasa snorkeling.. Hahahahaha.Sebenarnya aku tak dengar pun dia cakap dan aku nie pun bukannya paham sangat faham bahasa Inggeris.. Mujurlah masa tu bukan aku seorang je yang kena marah tapi hampir 5 orang jugalah kena dgn dia...Fuuhhhh Nasib baik sgt...Kalau tak memang malu besarlah jawabnya..








Akhirnya selesai pun aktiviti2 terakhir kami disini..hehehe. Agak seronok juga rasa menjelajah pulau2 nie dan memberi pengalaman baru pulak. Yelah selama nie jelajah ikut jalan darat je dan tak pernah lagi guna jalan laut. Untung juga rasanya bercuti disini kerana berjaya mengurangkan pemikiran aku kepada masalah2 yang sedang aku hadapi.. Alhamdulillah..=_=
Memandangkan esok pagi waktu flight kami pada pukul 7.50am jadi kami terpaksalah sewa teksi untuk ke airport.Sebernarnya boleh je menaiki bas awam jikalau nak jimat.Tapi takot tak sempat pulak dan tak berani nak ambik risiko..Harga teksi pun dalam 500batt je...Kalau korang nak mencari sewa teksi nie boleh je korang pergi mana2 agensi pelancong disekitar pantai Ao Nang ataupun hotel juga ada...So tak payahlah korang bermalam di bandar Krabi semata-mata takot tertinggal flight...hehehe...
Selamat Tinggal Krabi..Terima Kasih untuk pengalaman terindah ini...


Jumaat, 17 Oktober 2014

Jelajah BALI 2014..Mimpi Menjadi Realiti..

Dah lama sebenarnya nak bercuti kat bali nie tapi disebabkan tiket flight selalu lingkungan RM600 (pergi-balik) terpaksa terkubur aja..huhuhu...Syukur Alhamdulillah apabila selalu tengok tiket flight AirAsia akhirnya aku berjaya mendapatkan tiket RM350 je...Yess!!!
Bali nie memang tempat yang aku nak sangat pergi kerana terkenal dengan keindahan Pantainya dan semangat upacara keagamaan yang membuak2 di kalangan masyarakat.Aku tengok boleh dikatakan setiap hari mereka sibuk melakukan ritual keagamaan.Dan yang sebenarnya menarik perhatian aku adalah senibina Kuil (disini dikenali sbg Pura ) yang bagi aku sangat menakjubkan dan bijak menggunakan keindahan alam semulajadinya sebagai lokasi pembinaannya.Memang betul2 cantiklah pemandangan apabila berada disekeliling Pura disitu.Sepanjang aku berada disini memang aku jelajah betul2 hampir kesemua tempat yang wajib dikunjungi..Tapi yang menjadi masalahnya pulak nak mencari makanan halal je sbbnya majoriti masyarakat Bali bukan beragama islam..So pandai2 lah mencari kedai2 makan halal dan diharap jgnlah termakan Babi Guling pulak..hahaha..

Day 1 :Seharian di Kuta
Seperti biasalah sampai je mana2 tempat percutiaan mesti waktu malam.Maklum je lah masing2 sibuk dengan kerjaya (termasuklah aku).Di bali nie korang akan mendarat di Airport Denpasar Bali juga dikenali sbg I Gusti Ngurah Rai..Waktu disini sama je mcm waktu kita kerana jaraknya yang sangat hampir jika dibandingan negeri2 Indonesia yang lain..Contohnya Jakarta yang lewat 1 jam dari Malaysia..Disini mmg takde bas awam pun untuk kemana2 yang korang nak pergi..Teksi pun kena pandai mencari juga sbbnya ada sesetgh teksi suka kenakan tambang mahal kepada pelancong2 luar seperti kita..(seberang laut je pun..hehe).Kalau nak mencari teksi bajet disana korang pergi ke kaunter sebelah Pintu Ketibaan Domestik..Hari tu aku ke Pantai Kuta je dulu memandangkan kami tiba di bali pun sudah pukul 830malam.Tambang teksi ke pantai kuta mungkin sekitar 60k-75k rupiah.Jarak untuk ke pantai kuta takdelah jauh pun mungkin dalam 10 minit dah sampai ..Untuk pengetahuan,sunset disini lebih awal mcm di sabah pada pukul 6pm yea..So kalau sesiapa yang nak tengok sunset tu dtglah sekitar waktu tu..Hotel yang kami booking melalui booking.com ialah Bali Summer Hotel yang tidak jauh pun jaraknya ke pantai Kuta..Kadar sewa semalam dlm RM104 termasuk sarapan.Okeylah hotel nie,dah lah murah lps tu ada swimming pool lagi..Bilik pun mmg besar dan ada balkoni lagi untuk korang bersantai.Cuma sarapan je tak berapa okey sgt sbbnya yang dihidangkan cuma nasi goreng dgn roti bakar je.
Hari pertama nie,kami banyak habiskan masa dengan berjalan2 je disekitar pantai kuta..Agak meriah jugalah pantai Kuta nie dgn pelbagai pelancong2 asing berkeliaran disini dan berderetan butik2 berjenama di sepanjang jalan.Pub2 dan clubbing mmg bsepahlah di sepanjang jalan. Hard Rock Cafe pun ada disini tapi takdelah sebesar mcm di Penang tu..Shopping complex pun ada juga iaitu Beachwalk mall.Mall nie pun banyak butik2 berjenama antarabangsa dan sudah tentulah harganya pun mengikut nilai harga USD..!!!Kalau nak mencari kedai makan disini kenalah rajin bertanya soal halal kerana takot termakan yang haram pulak..hehehe..

Day 2 : Dari Tanah Lot ke Ubud
Pengembaraan kami kali nie sudah tentu dengan motorsikal lagi..Motor je pengangkutan yang murah dan cepat untuk setiap kali percutiaan..Cuma yang menjadi masalahnya beg besar dan juga hujan..Huhuhu..=( ..Dah namanya percutiaan bajet terpaksalah menempuh liku2 kehidupan yang mencabar dan memenatkan..Kami dah booking siap2 dgn mas bali disini dgn kadar 50k rupiah /seharian..Motornya pun nampak baru dan layanan mas bali nie mmg puas hatilah..Tak banyak songeh dan permintaan sgt..
Hari ke 2 nie lebih banyak kami habiskan diatas motor je disebabkan jarak setiap destinasi memakan masa hampir 2 jam..Boleh tumbuh kematu kat punggung aku nie disebabkan duduk terlalu lama sgt..hehehe..Tapi pengalaman tu yang susah dicari..oklah jom ikuti pengembaraan jarak jauh kami ke tempat2 menarik (wisata bilangnya)..
PURA TANAH LOT
Terletak di pinggir pantai Desa Beraban,daerah Tabanan. Tempat nie dikatakan wisata yang wajib dikunjungi apabila berada disini dan memang rugilah kalau tak pergi..huhuhu.Memang sangat jauh tempat nie dari kuta iaitu sekitar 20km dan kalau menaiki motor mungkin memakan masa 40minit jugalah. Wisata nie terkenal dgn keindahan 2 Pura yang kedudukannya sgt unik iaitu diatas bongkahan batu dan diatas tebing.. Pura nie dibina oleh agama hindu bertujuan untuk pemujaan dewa2 penjaga lautan.Pura yang berada diatas bongkahan batu tu yang paling unik kerana apabila laut pasang,Pura itu seolah2 terapung di atas laut je..Harga masuk Rp 30,000 untuk seorang dan setiap kenderaan pun dikenakan bayaran juga (kalau motor cuma dikenakan Rp5000).Di awal jalan masuk ke pura ini terdapat berderet Art Shop spt baju,topi,souvier dan mcm2 ada untuk korang membeli-belah.. Ombak disini mmg kuat dan tidak sesuai untuk korang mandi..Lagipun aku tengok mcm takde org pun berkelah disitu..Kalau yang selfie tu mmg berlambaklah.(termasuklah aku)..hehehe... 
PURA ULUN DANU
Kalau yang nie pulak kedudukan Pura berada di kawasan danau.Danau (atau tasik pun boleh) terbentuk akibat matinya gunung berapi. Wisata ini terletak di Danau Bratan di pergunungan Bedugul yang jaraknya 40km dari Pura Tanah Lot..Aduhai hampir 2 jam kot aku berada diatas motor..Dah lah jalan kesini berbukit bukau mcm jalan ke Cameron Highland tu..Tetapi pemandangan disepanjang jalan mmg menyenangkan dgn pelbagai tanaman hijau dan udaranya pulak sejuk/nyaman..
Pura Ulun Danu Bratan ataupun dikenali sbg Pura Ulunwatu merupakan candi air terbesar di Indonesia.Tiket masuk ke pura ini sebanyak Rp10,000 dan Rp2000 untuk parking motorsikal..Kalau korang perasan duit Rp50,000 menggunakan Pura nie sbg lambangnya..cuba check??Pura ini merupakan gabungan hindu-buddha yang digunakan untuk pemujaan dewi-dewi Danu,dewi air danau dan sungai yang mana memberikan kesuburan tanaman mereka..Sebelum kami bersiar-siar di Pura nie,kami singgah makan dulu di restaurant muslim yang bertentangan dgn Pintu Masuk Pura nie..Aku cuba rasa ayam betutuk yang popular disini...Hurmmm...mmg sedap gilee ayam nie..
Cukup rasanya pengembaraan kami pada hari nie dan seterusnya kami akan bermalam di Ubud.Kerana disitu banyak juga wisata2 yang kami akan pergi di sekitarnya. TAPI....!!!!!Perjalanan ke sana sama je mcm dari tanah lot ke pura ulundanu nie..Sekitar 45km jaraknya....OMG sekali lagi..Macam aku naik motor je dar kl ke klang.Aduhai..
Sbb tu lah aku cakap,kebanyakan masa hari nie aku banyak habiskan diatas motor je..Sakit pinggang aku dibuatnya. Malang tak berbau,tertiba motor kami pulak pancit semasa di pertengahan jalan ke sana.Aduhai,banyak dugaan betul.. Mujurlah masa pancit tu betul-betul di hadapan kedai motor.Syukur Ya ALLAH.. Alhamdulillah. Kalau tak,memang seksalah nasib kami nanti terpaksa menolak motor sambil membawa beg2 besar nie...Syukur Ya Allah...=)..Plan kami untuk melihat tarian Barong dan juga pemandangan sunset di Ubud terpaksa dibatalkan.Semuanya gara-gara motor pancit..=(

Day 3 : Seharian di Ubud
Sampai je kat Ubud pun dah waktu malam.Dah lah sesat lagi masa mencari hotel kami nie iaitu Omah D'Taman guest house yang terletak di bandar ubud.hehehe..Aku terlupa pulak yang kami terbooking guesthouse bukannya hotel. Aduhai nie lah pertama kali aku tidur di guesthouse. Selalunya hotel je..Hurmmm... So far mmg okeylah biliknya cuma kedudukan hotel nie berada di dalam kawasan perumahan orang je..Harga semalam pun murah je dalam RM80 dan termasuk sarapan sekali..Takpelah okey je kot lagipun aku nak tidur je pun bukannya bersantai.
Untuk maluman Ubud nie mmg sangat popular di kalangan pelancong2. Bahkan Ubud pernah dijadikan sebagai tempat pergambaran filem Eat,Pray,Love.Apa yang aku pelajari apabila berada disini ialah nilai keagamaan mereka sangat tinggi malah berterusan sampai ke generasi muda.Boleh dikatakan setiap hari mereka melakukan ritual keagamaan.Biasalah di kawasan perkampungan nie akan mengekalkan budaya dan keagamaan yang mendalam.Daripada di kawasan bandar,nilai2 ini semakin hari semakin lupus ditelan perubahan zaman.Oklah dah byk sgt aku berceloteh..jomlah ikuti pengembaraan sepanjang berada disini:
Sawah Tegalalang
Jaraknya dalam 8.5km dari hotel kami dan memakan masa hampir 30minit jugalah..Disini kita akan melihat pemandangan hamparan sawah padi secara bertingkat yang sangat indah dan memukau..Disini kita akan disajikan bagaimana kehebatan sistem perairan dahulu kala sehingga kesuburan sawah nie berkekalan sehingga sekarang..Tempat nie merupakan salah satu tapak UNESCO yang dimiliki oleh Indonesia. Persawahan membentuk anak tangga dengan hamparan padi seperti permaidani berwarna hijau menyiratkan sebuah misteri tersendiri...Fulamak ayat aku mcm penulis cerpen pulak..hahaha
Monkey Forest
Yang nie tak jauh pun dari bandar ubud dalam 3km je jaraknya dari hotel kami..Merupakan sebuah hutan kecil yang menjadi tempat tinggal ratusan habitat monyet..Aku tak masuk pun sebenarnya tempat nie disebabkan fobia dgn spesis nie.Aku nasihatkan janganlah masuk kedalam kalau korang sedang bawa makanan/beg/topi atau pape saja. Sbbnya tak pasal2 nanti berebut dgn spesis nie. Disini terdapat juga pura hindu-buddha dimana terdapat ritual keagamaan dijalankan disini..
Muzium Puri Lukisan
Lokasinya berada di bandar ubud iaitu berdekatan je dgn Puri Ubud dan Pasar seni ubud. Tempat nie sangat sesuai untuk mereka yang sukakan karya seni lukisan dan seni ukiran kayu..Harga masuknya dlm Rp50,000/seorg dan percuma satu botol mineral..Di depan pintu masuk nie,korang bolehlah  bergambar dgn patung2 dewa mereka mcm yang aku pernah buat..hehehe.
Puri Ubud dan Pasar seni Ubud
Puri nie terletak betul bertentangan dgn pasar ubud.. Puri nie takde pape pun selain senibina ukiran pada struktur binaanya yang sangat halus dan mengekalkan ciri2 budaya hindu-buddha.Nama puri nie adalah Puri Saren Agung yang pernah menjadi tempat tinggi raja Ubud..Hampir setiap malam,puri ubud ini diadakan pentas kesenian tari seperti tarian Barong Ubud..Dihadapannya pulak pasar seni dimana berderetan kedai2 menjual souvier dan lukisan.Memang banyak gilee kedai2 menjual souvier disini..Disini jugalah kami hampir disaman oleh pak polisi disebabkan melawan arah jalanraya..hehehe.Mujurlah kawan aku nie buat muka bodoh kononnya taktahu jalan disini..Kalau tak memang habislah duit kami membayar saman nanti.Lepas selang beberapa minit kemudian,aku ternampak sebuah motor juga mengikut seperti tapi tak sangka pulak dorang kena saman.Ingatkan terlepaslah juga mcm kami tadi.
Goa Gajah
Semasa dalam perjalanan ke goa gajah nie,kami sempat singgah dulu makan kegemaran aku iaitu Bakso.Aduhai dah lama aku mengidam sebenarnya makan bakso nie sejak hari pertama lagi.Nak pulak original dari tangan asli Indonesia pulak.hehe..Aku tak tahu mcm mana aku boleh melekat sukakan bakso nie..Mulainya dulu aku mencari masakan indonesia yang boleh lidah aku terima seperti masakan padang,batak,jawa,sundak dan mcm2 lagi tapi semuanya takboleh kecualilah bakso.hehehehe. Dari situlah aku mula ketagih makan bakso nie..
Goa gajah nie terletak 6km dari bandar ubud yang mengambil masa 20minit je perjalanan.Lokasinya betul2 berada di tepi jurang dan merupakan pertemuan dari sungai di desa itu.Goa ini dinamakan goa gajah kerana penemuan Dewa Ganesha.Dalam mitos Hindu,dewa Ganesh adalah dewa yang mukanya meyerupai gajah .Dari pintu masuk nanti,korang akan menempuh berpuluh2 tangga untuk sampai ke bawahnnya.Terdapat sebatang pepohon yang sangat besar dan agak menakutkan yang dikatakan telah berusia ratusan tahun.Harga tiket dalam Rp15,000/seorg dan sesiapa yang berseluar pendek dikehendaki memakai kain yang disediakan.
Pura Tirta Empul
Tempat nie pun aku sesat juga mencarinya .. hehehe. Sebenarnya takkan sesat pun cuma kawan aku nie tersilap nama tempat.Dia ingatkan Tampak Siring (tampak siring nie adalah istana kerabat diraja bali) tapi rupa-rupanya tirta empul..hehehe.Takpelah dia dah banyak berjasa dan aku sangat2 terhutang budi padanya. Kerana dialah menjadi tour guide yang membawa aku menjelajah wisata2 di Bali nie.Untung betul mempunyai dia..
Tirta Empul nie adalah nama sebuah pura yang digunakan oleh masyarakat agama Hindu untuk permandian dan juga air suci..Tempat nie juga merupakan salah satu dari tapak Unesco yang dimiliki oleh Indonesia.Tiket masuk ialah Rp15,000/seorg..Di pintu masuk korang akan diberikan kain kuning sbg tanda menghormati tempat mereka..Masuk ke area pemandian,korang akan melihat mereka beratur untuk mandi di salah satu pancuran air.Terdapat 30 pancuran berbentuk patung tradisional Bali yang masing-masing memiliki nama dan fungsi yang bbeza.. Tempat nie merupakan wisata terakhir untuk hari ni sebelum kami bertolak semula ke Kuta semula..

Day 4 : Dari Kuta ke Uluwatu dan Jimbaran
Kami pulang semula ke Kuta nie kerana wisata2 seterusnya berdekatan sahaja dari sini. Yang penting sekali ialah Airport nya berdekatan je dari sini.Takdelah nanti kami berkejar-kejaran masa nak balik.Tak pasal-pasal insiden kemalangan di Jogja berulang kembali.Puncanya adalah mengejar masa..Oh Tuhanku..tak sanggup rasanya menahan semula keperitan itu.!!
Agak kecewa sedikitlah kerana hotel yang kami booking ni agak jauh dari pantai Kuta. Kena berjalan kaki pulak tu dalam 5km. Kalau kami tahu lokasinya begini sudah tentu kami booking balik hotel yang hari pertama kami tiba..hehehe..Hotel yang kami booking nie ialah The Flora Kuta agak okey jugalah terutamanya sarapannya (lebih banyak pilihan!!!!). Kadar semalam pun sekadar RM100 je. Sudah lengkap dgn balkoni setiap bilik dan juga kolam renang.. Memang murah2 gilee hotel2 kat bali nie,. Kalau kat Malaysia jangan haraplah dapat hotel dgn harga mcm nie..Okey lah dah banyak sgt membebel nie...Ayuhh dong ikuti gue jalan2
Krisna
Yang nie adalah kedai menjual souvier dan oleh-oleh yang terbesar di Bali nie.Ada banyak cawangan di sekitar Bali. Harganya pun murah2 dan terlalu banyak pilihan. Aku rasa lebih baik korang beli disini je daripada korang membeli kat tempat wisata2 yang dikunjungi.Dah lah taktahu samaada ditipu oleh mereka dan paling teruk main paksa2 pulak tu suruh beli. Aku pernah ada pengalaman mcm nie dulu. Dan paling sedihnya aku terpaksa beli juga walaupun taknak pun kerana takot berlaku pergaduhan..Kesiankan aku..=(
Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana
Juga dikenali dgn nama singkatan GWK bali dan merupakan wisata yang wajib dikunjungi. Tempat nie agak jauh jugalah dari Kuta sekitar 9km yang memakan masa 15-20minit..Terletak di Kuta Selatan,Kabupaten Badung dan tempatnya betul-betul berada di dalam kawasan Universitas Udayana..Daya tarikan utamanya ialah patung gergasi dewa Wisnu dan juga Garuda,ketulan batu gergasi berbentuk segiempat sama yang sangat besar dan persembahan tarian seni Bali ..Memang besar gile juga patung2nya nie.. Aku paling suka bergambar dgn ketulan batu besar tu sbbnya pemandangannya mmg cantik beb..Macam persis Model je aku bergambar..hehehe.. Tiket masuk sekitar Rp50,000/seorg tapi tak termasuk kenderaan yang korang bawa ye. Harga kenderaan kena bayar lain..Kira mcm korang bayar parking lah..Serius aku cakap tempat nie mmg betul-betul menakjubkan dan mempersonakan. Jangan lepaskan peluang korang untuk berkunjung ke tempat nie,okey!!!
Wisata seterusnya adalah pantai Dreamland tapi disebabkan kami sesat lagi sekali maka wisata ini terpaksa kami batalkan.huhuhu..sedihnya. Salah aku sebenarnya tak tengok peta dgn betul. Adakah patot kami boleh ikut jalan kampung lps tu jalan hutan dan paling tak tahannya jalan berbatu-bata mcm tak pernah pun kenderaan lalu kat situ...hehehee..Hampir satu jam lebih jugalah kami sesat yang kami sendiri taktahu tempatnya. Nasib baiklah kami sempat berpatah balik semula untuk ke Pura Uluwatu sebelum sunset..Kalau tak memang rugi gilee lah booking untuk tgk tarian kacek dance kat sana...

Pura Luhur Uluwatu dengan Tarian Kecak Dance
Pura Uluwatu nie adalah pura yang terletak di tepi tebing tinggi dan pura merupakan tempat pemujaan Dewa Rudra dalam agama Hindu.Lokasinya sejauh 23km yang memakan masa 40minit dari Kuta.  Tempat nie rasanya  adalah antara tempat yang paling aku sukakan sangat dan merasa betapa hebatnya keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan.Aduhai memang aku rasa sangat teruja dan seronok je berada disini..Mana taknya cuba korang bayangkan perasaan korang apabila berada di puncak tebing tinggi sambil melihat pemandangan sunset.Ditambahkan pulak kejernihan air lautan dan ombaknya yang sempoi-sempoi bahasa.. Aduhai,aku rasa sangat beruntung betul berada disini.Harga masuk dalam Rp20,000 untuk seorang.. Disinilah tempat yang sesuai untuk korang tengok tarian Kecak Dance berlatarbelakang senja kemerahan. Dimana korang boleh melihat tarian itu sambil melihat sunset dari puncak tebing tinggi..Aduhai kenangan tu mmg takdapat aku lupakan smpi skrg..hehe.. Lupa pulak nak beritahu tarian Kecak Dance nie,tarian nie adalah pertunjukkan paling popular dan selalunya penuh dgn penonton..Ciri khas tarian nie adalah gabungan suara dan gerakan yang ditampilkan oleh puluhan lelaki dan semuanya itu dilakukan tanpa ada seorang komando..Kira mcm acapella lah senang cete.].Lepas itu tempat duduknya pulak melingkar keatas bak Colleseum dan kedudukannya menghadap tebing tinggi menambahkan kesan magis pada tarian itu..Harga tiket dalam Rp100,000 untuk seorang..Tarian kecak biasanya diadakan setiap malam menjelang waktu senja dalam sekitar 6pm.Tarian ini biasanya berlangsung dalam 1 jam 30 minit.Tarian ini menceritakan usaha Dewa Rama yang cuba menyelamatkan Dewi Sita yang diculik oleh Rahwana.Dia ada meminta bantuan dari adiknya Laksamana dan Sang Jatayu,burung Garuda tetapi gagal.Akhirnya dia berjaya mendapatkan Dewi Sita melalui bantuan Sang Hanoma,panglima perang pasukan Kera. Korang akan melihat pelbagai kostum2 yang mewakili Dewa Rama,dewi sita,Raja Rahwana,Laksamana,Garuda dan kera putih.Jangan lepaskan peluang ye menonton persembahan ini...!!!?


Dinner di Pantai Jimbaran
Lepas je hbs tgk tarian Kecak Dance,kami bertolak ke pantai jimbaran pulak untuk menikmati makam malam di pantai Jimbaran..Aduhai memang romantik gilee lah makan malam sambil ditemani lilin..Lokasinya hampir 13km dari Uluwatu dan mungkin memakan masa 30minit perjalanan..Masa perjalanan kesini pun kami sesat juga,.hehehe..Sesat kerana tersalah nama kedai makan..Kami cari Jimbaran Bay Seafood tapi taktahu mcm mana tersesat pulak ke Jimbaran Bay Club nie.Nama pun dah sama tapi 2 tempat yang berbeza. Boleh bergaduh kami dibuatnya sbbnya masing2 yakin dgn fikiran sendiri..Yang seorg percaya pada maps (itu akulah) dan seorg lagi ternampak papan tanda kedai makan tu...Aduhai mcm2 kenangan pahit-manis berada disini...=)
Makanannya hampir sama je mcm di Malaysia cuma pemandangannya sgt agak romantik dan tenang.Maklum je lah sambil makan sambil tgk pantai jimbaran nie..Sambil layan pemuzik datang ke meja kita...sambil tgk flight landing kat airport...sambil tgk derauan ombak yang tenang...Memang layan perasaan je lah malam tu...Harga pun takdelah mahal sgt dan rasanya lebih murah dibandingkan di negara kita..Restaurant ni lokasinya betul2 terletak di pintu gerbang Pantai Kuta.Jadi,tak susah kalau nak mencarinya. Jangan lepaskan pelang menikmati makan malam korang dengan penuh romantik dan indah disini..

Day 5 : Jelajah Denpasar 
Hari terakhir kami hanya berada disekitar Denpasar..Maklm je lah taknak terlepas flight pulak nanti.Dah lah harga tiket pun mencecah RM200 untuk sehala. Flight kami pun pukul 630pm masih cukup untuk kami teruskan lagi menjelajah wisata berhampiran sahaja.Dengan membawa beg2 pun masih mampu meneruskan jelajahnya.Kami taktahu nak letak mana beg nie sebenarnya selain terpaksa pikul bersama.Tawakal je lah kalau hilang pun sbbnya letak kat atas motor je.Takkan nak pikul pulak masa jalan2 nanti..Tapi Alhamdulillah masih selamat ...hehehe. Bandara Denpasar nie mmg agak sibuk jugalah maklum je lah dasar kerajaan Indonesia menjadikannya sebagai Pembangunan Kebudayaan kelak dan mendapat jolokan nama Kota Kreatif Berbaris Budaya Unggulan.Ini terbukti dengan pelbagai bahan peninggalan sejarah dan monumen peringatan dibina.Contohnya yang terkenal disini ialah Jalan Gajah Mada.Termasuk dalam salah satu Herritage kerana kawasan kota tua dan pernah menjadi pusat kawasan perdagangan dahulu sehingga sekarang.Disebabkan berdekatan dgn 2 pasar terbesar Bali iaitu Pasar Badung dan Kumbasari Art Market.Jln Gajah Mada dijadikan Herritage disebabkan senibina bangunannya seperti old school architectural sytle dan berusia dgn sejarah..
Okeylah jom pulak kita menjelajah wisata2 lain berhampirannya..:
Taman Budaya Bali
Lokasinya berada di kota Denpasar terletak di Jln Nusa Indah kira-kira 15km atau sejam perjalanan dari Airport Ngurah Rai.. Merupakan bangunan untuk tempat pementasan seni dan juga pengembangan seni kebudayaan rakyat Bali.Akan diadakan Pesta Kesenian Bali yang diselenggara hampir sebulan penuh setiap tahun diwarnai dengan hiburan tarian tradisional,pameran kraftangan Bali,aktiviti keagamaan dan budaya2 lain.Kompleks nie memang luas dan struktur arkitek dengan gaya tradisional yang halus dan terbaik..Kalau masuk kedalam nie kena bayar sebenarnya tapi hari tu nasib kami baik tak payah bayar pun...hehehe..Dewan pementasannya seperti panggung terbuka dan bentuk masih mengekalkan struktur binaan tradisi Bali..Terdapat juga muzium dibina yang menceritakan budaya dan sejarah tentang Bali..
Monumen Bajra Sandhi
Tempat nie tak jauh pun dari Taman Budaya Bali dalam 3km atau 7 minit je perjalanan motor.Diberi nama Bajra Sandhi kerana bentuk muzium nie menyerupai Bajra atau genta yang dipakai oleh ketua pendeta/ketua semasa ritual keagamaan Hindu.Merupakan monumen perjuangan tokoh2 pahlawan dan tempat persemaian jiwa perjuangan rakyat Bali untuk generasi berterusan semasa penentangan zaman Belanda.Tempat nie mmg cantiklah  dan terletak di tengah2 padang yang sangat luas.Tiket masuk dalam Rp2,000 untuk seorang.Kalau korang dah berada disini,jgn lepaskan peluang untuk mendaki anak tangga ke loteng menara ini..
Monumen Lapangan Puputan Badung
Jarak dari monumen Bajra Sandhi sekitar 4.2km atau 8 minit perjalanan motor dan dari taman budaya bali 2.6km atau 5 minit perjalanan motor..Tempat nie mcm taman terbuka je dan terdapat monumen. Monumen ini sebagai simbol peringatan rakyat Bali menentang penjajahan Belanda.Dimana tempat ini menjadi sejarah tapak medan pertempuran rakyat bali dahulu berperang dengan Belanda..Kata Puputan itu sendiri bermaksud bererti habis-habisan.. Ini adalah destinasi terakhir sebelum kami bergerak ke Airport Ngurah Rai.Maka tamatlah sudah penjelajah ke Bali..