Khamis, 14 Jun 2012

....May 2012....

tahun 2012 nie byk masalah aku timbul...maklumlah shj tpaksa memikirkan masa depan kelak,terlalu byk perancangan aku lakarankan tapi semuanya sekadar rancangan sahaja sbb aku sendiri hancurkannya..=( DUNIA CINTA....aku sudah rimas dgn dunia percintaan ini,aku xtau sebenarnya apa kehendak aku dalam dunia ini??Hurmm,pilihan aku sebenarnya simple aja iaitu sedap mata memandang,berkerjaya dan mudah medampingi aku...tapi sampai skrg belum ada yang bkenan.Adakah sbb aku terlalu memilih atau aku mmg xmampu memilikinya apa yang aku inginkan..Sebenarnya aku dh ada kapel sebenarnya,dia ada ciri2 fizikal yang aku inginkan tapi malangnya dia gagal dalam tingkahlaku..Dia seorg penipu,pandai mereka cerita (aku tau dia menipu tapi aku senyum shj)dan curang.Mungkin semulajadi usia sebegini tak mudah untuk setia dan jujur dalam percintaan.Sering kali aku membuat dia menangis dan insiden ini membuat aku mempercayai cintanya tapi rupa-rupanya sekadar sandiwara supaya aku tidak melepaskannya.Aku akui aku benar2 cintakan dia tapi dia sering kali membuat aku kecewa teramat sgt.Mulai saat itu aku mganggap dia sekadar ADIK yang memerlukan kasih sayang sbg seorg abang bukannya kekasih.Mungkin dgn cara ini aku takkan selalu kecewa,sakit hati dan emosional dgn tingkahlakunya yang menghancurkan perasaan cinta aku seperti dahulu percintaan kami.Biarlah dia dgn sikapnya suka mendampingi orang lain drpd aku melihat tangisan palsunya sekali lagi...=) DUNIA KERJA....aku baru mgerti kadangkala perbuatan buruk penah kita lakukan pada org lain akan kembali pada tuannya sendiri.Mcm tulah apa yang aku lihat dalam persekitaran kerja aku skrg.Ada kelompok yang suka mgumpat,menjadi astro ketua dan suka memburukkan seseorg akhirnya secara tidak sedar menerima pembalasannya.Benarlah kata mummy,sabar aja lah daniel dgn perbuatan buruk org tapi sepatutnya kita bsyukur kerna tidak menjadi seperti mereka.Setiap perbuatan jahat mereka pada aku dahulu sebenarnya sudah dibalas oleh ALLAH cumanya aku tidak menyedari bagaimana rupa balasan itu.Cukuplah hati aku mengetahui bahawa tiada manusia boleh lari dari pembalasan atas dosa mereka sendiri.Kadangkala aku kecewa dgn sesetgh individu,mulanya terlalu rapat dgn kita,byk habiskan masa berkongsi minat,kerja dan masalah dan bgurau senda bagaikan dunia ini kita yang punya dimana akhirnya sudah berubah paksinya.Bagaikan ada magnet pada mulanya saling menarik antara satu sama lain dan akhirnya menolak kerna bbeza paksi.Kadangkala kita terpikir dimana silap kita sampai hubungan dahulu kala berubah drastik seperti skrg.Bukan aku myatakan kami sudah bermusuhan atau bergaduh tapi apa yang aku ingin katakan disini ialah hubungan kami sama seperti kenalan biasa.Mungkin beginilah manusia sebenarnya,pada mulanya mencari keserasian sahaja.Tapi biasalah lumrah manuasia,berubah sama seperti masa.Tidak mengapalah jikalau aku tiada kwn sekeja yang terlalu rapat dgn aku kerna aku masih ada keluarga yang sangat sygkan aku dan kawan baik sentiasa disini aku...=)..Mulai saat itu,aku berkerja kerna ALLAH dan memikirkan kepentingan diri aku yang tidak akan menyusahkan orang lain...=)

Ahad, 25 Disember 2011

Wake Me Up When Disember End

Tahun 2011 ini banyak memori yang cukup bmakna buat aku..mana taknya tahun ini juga aku kehilangan cinta dan kehancuran hidup aku gara2 perbuatan seorang bergelar SAHABAT tapi pada tahun ini juga aku banyak mendapat keinginan yang aku inginkan selama ini..
tahun ini juga aku dah ada rumah sendiri (walaupun sewakan pada orang lain),ada rumah sewa sendiri yang cukup sempurna untuk sepasang suami isteri...hehehehe dan paling penting aku ada motor lagenda 115z milik sendiri (walaupun patah sayap kirinya gara2 langgar motor orang,oppp...minta2lah xde orang tau motor mana aku langgar,he3).Aku ada laptop sendiri dan unifi VVIP5 yang sangat laju..(puas hati aku pakai dan tiada istilah maki hamun skrg)..wow,bestkan aku tahun ini,walaupun tpaksa menelan kepahitan yang telah menghancurkan kehidupan aku tetapi muncul sinar kebahagiaan yang cukup memberi kenangan terindah dalam hidup aku...
CINTA...aku dah lama putus dgn dia sejak bulan 8 lepas gara2 aku dah bosan dengan perangai dia dan memaksa aku memilih perpisahan adalah jalan penyelesaian dalam erti kata yang sebenar.Walaupun bertahan selama 2 tahun tapi demi kebahagiaan masing2 aku memutuskan hubungan dia..Sebenarnya salah aku juga sebab tidak jujur padanya dan jarak jauh yang menyebabkan curiga dan tiada kepercayaan dalam hubungan kami.Tapi xpelah dia skrg telah aku anggap saudara kandung sendiri.Padanya,semoga berbahagia dengan orang tersayang dan aku doakan kejayaan ko sepanjang hidup ko..AMIN
CINTA BARU...aku sebenarnya masih single lg(penipu,hahahaha).Yang sebenarnya aku sedang bercinta dengan seseorang yang selama ini aku inginkan tapi lebih kepada kawan sahaja sebabnya aku tidak pernah percayakan dia dan dia memang PLAYBOY..(bodohnya aku)Xpelah sebab katanya dia sayangkan aku dan ikhlas terima aku sebagai kapelnya(boleh caya ke???)Lantaklah apa status hubungan kami sebab aku xkisah pun klu aku single dalam erti kata sebenar.Atlest aku ada teman berborak walaupun cerita dalam selimut dan paling penting DATING menjelajah dunia percintaan..Aku pantang klu kekasih aku penipu sebab aku xpenah menipu dan suka cakap besar tapi hakikatnya miskin tapi semua itu aku tak kisah sebab aku cuma nak ada seorang bergelar KEKASIH shj..Dia xdelah teruk sangat pun:good looking,bukan songsang,badan tiptop dan keje promoter je.Pape pun aku tetap kekasihmu walaupun kamu banyak menipu aku hidup2 dan suka bangga diri daripada aku (aku pun satu xgtau pun semuanya soal peribadi aku dan kerjaya aku kat dia tapi takot dia rendah diri pulak kannnnzzz...berlagaknya aku,astaga)dan baby,i love u so much walaupun u ada orang lain.
KERJAYA..aku suka kerjaya aku sekarang sebab aku dapat gaji masyuk dan paling penting keja GOVERMENT..aku keje kuli je sebenarnya dalam KKM dan penuh kesabaran serta kekuatan menghadapi pancaroba kerjaya pilihan aku ini..Walaupun dulu masa dlm pembelajaran diploma aku banyak maki2 pilihan aku ini tapi sekarang AKU SEDIA BERKHIDMAT UNTUK SEMUANYA..hahahaha...Dalam kerja aku ni kena banyak bersabar dengan perwatakan serta ragam orang,yelah siapalah manusia tau bersyukur dan berpuas hati untuk sesuatu termasuklah aku juga.Tapi xpelah demi dapatkan pahala dan niat kerna ALLAH aku telan semua kepahitan dilemparkan padaku janji tiap2 bulan gaji masuk dalam akaun bank...HAHAHAHA..
RUMAH PERTAMA....klu aku ceritakan soal ini mesti korang semua kutuk habis tindakan aku ni...(hahahahaha).Ceritanya mcm nie,aku sebenarnya sahaja je mendaftar nama untuk beli rumah lelong CIMB PROPERTY (mulanya aku memang nak beli pun sebab aku nak merasa rumah sendiri,bolehlah aku hias2 cantik2 rumah aku tapi bila aku buat perbentangan bajet barulah aku tau sebenarnya aku masih xmampu lagi)So aku pun dipanggil untuk membida rumah tu kat HOTEL ISTANA sebelah monorail Raja Chulan...Aku excited untuk kalah sebenarnya sebab aku yakin mesti ramai berminat nak beli rumah tu..Yang aku sakit hati pulak sebab masa aku mendaftar nama sebagai pemBIDA tu,aku ada tepon mangkuk cina ni (rupanya agen hartanah dan dialah settledkan soal pendaftaran aku)dan dia ikut aku sepanjang hari tu.Katanya ada 3 orang pembida yang masuk bertanding rumah ini tapi klu aku nak menang aku kena bayar RM3K pada pembida lain...Yang bodohnya aku tersebut BOLEHLAH,AKU SETUJU(ingatkan pembida lain bersungguh nak rumah tu walaupun aku bayar RM1k tiap seorg)dan tetiba berlaku sepantas kilat aku diberitahu agen hartanah tu yang dorang bersetuju tarik diri untuk betanding(betul ke ni??entah2 aku kena tipu kot dengan agen hartanah tu yang hakikatnya aku seorang je sebenarnya bertanding).Dan majlis PEMBIDAAN pun bermula,yang bestnya rumah tu yang pertama dibentangkan.TAUKE cina tu menyebut nama aku dan dia cakap ENCIK,TAHNIAH ANDA MENANG TANPA BERTANDING...(alamak,matilah aku)..Keputusannya aku dah berjaya dapatkan rumah tu dan aku terpaksa bayar RM3K pada mangkuk cina tu.Harga rumah dijual RM75K dan aku dah bayar deposit 5% sebanyak RM3750 dan diberi 90+30hari settledkan pembayarannya.Mujurlah masa tu,sahabat baik aku sanggup beri aku duit untuk bayar deposit rumah dan mangkuk cina tu..Beberapa pembentangan idea telah aku rangka dan akhirnya aku dah buat keputusan membuat overlap bank rakyat(dari rm70k kepada rm100k,dapatlah dalam RM22K untuk settledkan hutang sahabat baik aku,deposit 5% lg untuk rumah tu dan masalah keluarga aku)dan aku telah membuat pinjaman perumahan bersama CIMB ISLAMIC sebab dia beri tawaran paling hebat dari MAYBANK,RHB ISLAMIC,PUBLIC BANK dan paling senang melakukaknnya(maklumlah aku keje kerajaan tpaksa lakukan penyediaan borang paling rumit sekali).Skrg aku dah pun berjaya memiliki rumah pertamaku walaupun terpaksa sewakan untuk orang lain(yang penting dapat sikit duitnya).....hahahahahhaa
Sekian diari aku untuk bulan 11 nie dan bangunkan saya untuk DIARI DISEMBER pulak..

Sambut Birthday ke 23 di Genting Highland

WElComE tO My LIfe..
Setelah masalah kewangan aku bjaya diselesaikan, aku berhasrat utk memberi Hadiah kepada diri aku setelah bsedih dan sengsara diataskan masalah tbesar .Aku masih xdpt memaafkan diri aku lg atas kebodohan ini tapi sampai bilakan aku terus begini..Syukur kpd Allah memberi jalan penyelesaian tbaik yg aku harus aku lakukan....the end... Atas kejayaan ini maka aku harus mendapat Hadiah utk diri sendiri kerna bjaya mgharunginya wlpn pahitku rasa...Bsempena Birthday aku y ke 23 tahun ini dan kejayaan diri aku ini , maka aku memilih enjoy di Genting Highland (satu2nya Theme Park di Malaysia ) .BTW ini adalah tempat perjudiaan tbesar di Asia dan pemiliknya adalah lelaki cina Singapore


Perjalanan ke GH..
Seawal jam 8am aku sudah bertolak ke KL Sentral coz kat sini ada bas ke direct GH. Aku menaik bas Go Genting bharga RM10.30 (tmasuk tiket bas dan Skyway Transfer).Sykt bas nie ada juga mjual tiket masuk Genting sekali tapi aku rasa lebih baik beli dari sana .Nanti kalau hujan confim Outdoor Theme Park akan ditutup ( dah rugi kt situ) . Lgpn aku nak ambik All Park (kira indoor n outdoor sekali ) Jadual ini adalah senarai harga masa tahun 2011 .


Aku beli tiket Bas pukul 930am dan balik dari GH pukul 830 pm ( tiket balik kena beli awal2 coz takot nanti dah hbs dijual dah xboleh balik KL semula (dah lah Hotel kt sana confim mahal gilee kot utk satu malam)
Perjalanan ke GH (klu x sesak/jem) dalam sejam je..
inilah bentuk bas (sgt eksklusif kn) dan korang kena tunggu tingkat bawah KL Sentral
Apabila korang sampai ke GH , korang ada 2 pilihan samaada nak naik bas je direct GH (bila korang smpi je kt Skyway Terminal ,korang kena naik bas lg ke atas ) atau menaiki Skyway (kira korang naik cable car utk naik kat atas) . Aku sarankan better ambik y Skyway coz rugi beb klu xnaik dan sambil2 tu korang boleh melihat pemandangan hutan .

nasib baik aku dtg awal klu x mmg confim aku byk hbskn masa kt sini
Ni lah cable car dan utk naik korang kena beratur pjg beb (klu musim cuti lah)
inilah pemandangan semasa naik cable car
muka aku ketakutan (manalah tau tjatuh kot2 ke bwh )
Apabila korang sampai je kat GH , korang kena naik sampai tingkat atas sekali (penat juga naik eskalator berulang kali ) .Syukur Alhamdulillah masa tu xhujan pun cuma kabus je ) Sampailah aku ke tingkat atas sekali dan mbeli tiket kat kaunter dia. Yg bestnya aku dapt FREE coz Hari tu kan Birthday aku (kata kakak kaunter tu aku dpt free tiket klu dtg pada hari birthday)... Alangkah gembiranya aku masa tu coz xpayah bayar pape pun . Maka bermulalah pgembaraan aku di Genting Higland....

OUTDOOR THEME PARK

train kononnya melihat hantu (x seram mana pun)
Monorail
(korang boleh melihat sekitar outdoor )


Space Rocket
(ni games wajib naik)




INDOOR THEME PARK





 SNOW WORLD



Apabila semua games dah main confimlah lapar , Kt sini mmg xde food court pun dan makanan pun mmg mahal gilee (mybe sbb atas bukit). Kebykn western food je like Kenny Rogers , Mcd ,MerryBrown  (inilah makanan y aku pilih  coz paling murah yg aku jumpa setakat itu ) dan harga xsama pun dgn harga biasa kt KL.

Rabu, 23 November 2011

....CIINTA dan BENCI.....

Aku telah bcinta dgn pilihan aku selama ini tapi aku terlalu curiga padanya.Yelah siapa xtahan tgk kelebihan yang dia ada dibandingkan dgn aku yang kurang sifat..Aku happy akhirnya aku dah dapat apa yang aku inginkan selama ini..(GOOD LOOKING,str8 acting dan body solid)Aku bahagia dengannya dan aku puas hati apa dia miliki tapi....
Disebalik kelebihan yang dia miliki tsimpan sejuta kelemahan,yelah siapalah sempurna kat dunia ni..Dia memang seorang penipu sangat2,apa yang dia cakap xsemuanya betul dan dia penuh kepura-puraan dalam tiap perkataannya.Mungkin naluri seorg manusia xpenah berlaku jujur dalam menceritakan dirinya untuk pengetahuan orang ramai..Siapa tak sakit hati bila kita kena tipu hidup2?Susah sangat ke nak berlaku jujur semuanya.Yea aku memang sukakan kau tapi janganlah kau seksa aku mcm nie..Tiap masa aku tfikir kau berlaku curang padaku dan tiap masa aku fikirkan kau bersama orang lain aka skandal aka abg angkat??Salahkan aku bila aku terlalu mencintaimu?Salahkah jikalau kau hanya mencintaiku sahaja?Entahlah kenapa aku terseksa sebegini dan kenapa aku terlalu bodoh menjeratkan diriku dalam dunia percintaan lagi..
Aku tahu dia memang ada LELAKI lain selain aku?Aku tahu dia tidak pernah jujur dalam hubungan ini dan Aku tahu dia hanya mempergunakan aku saja tapi salahkan aku telah jatuh cinta padanya?Aku tahu dia mudah menarik perhatian orang lain dan aku memang tidak layak bertanding dengannya tapi jujur aku katakan yang aku sudah jatuh cinta padanya..
Mungkin ini memang jalan hidup mencintainya tapi dicinta tapi tidak mengapa bagiku kerana mencintainya membuat hidupku bahagia seketika..Mungkin aku terlalu bodoh untuk mengenal dunia percintaan.Bercinta dengan orang yang salah yang membuat diriku menderita kerananya dan aku hanya dipergunakan sahaja dan ini hukuman yang harus aku terima atas mencintainya.Aku memang cintakan kau.....!!!!Kau selalu kikis duit aku dan curang dibelakang aku sedangkan aku merelakan semuanya berlaku dan setia padamu seorang sahaja.Tiap masa memikirkanmu sahaja...
TAK mengapalah sebab aku hanya ingin dicintai walaupun hanya kepalsuan sahaja dan ingin merasai dunia percintaan walaupun dengan orang yang salah asalkan aku bahagia dengan pilihan aku walaupun seketika sudah memadai buatku....

Sabtu, 23 Julai 2011

buLAn RAmadhAN....

huraaayy....!!!
bulan pose nak dekat dah,lagi beberapa hari je lagi menjelang tiba tapi aku masih belum besedialah soal zahir dan batin(oopppss..ni pun nak mention juga).Maklum je lah beban keje yang berlambak,bos yang GILA KUASA,perut buncit dahagakan makanan dan nafsu syalwat yang bertuankan SETAN...semuanya dugaan dan kegagalan menguasai diri sendiri...
Aku ingat lagi masa bulan pose tahun lepas,aku banyak ponteng pose gara2 penat keterlaluan dan tpaksa berjimat cermat gara2 baru sahaja mula bekerja di sebuah SYARIKAT yang diarahkan oleh kerajaan..adoooiiii,seksa saat masa tu,dah lah kena buli dengan senior2 dan selalu kena perli depan2 pulak tu..aku rasa nak berhenti je kerja masa tu n minta tukar tempat keje tapi kawan baik aku cakap"JANGAN LARI DARI MASALAH NESCAYA MASALAH AKAN KERJAKAN KO WALAU DIMANA PUN KO BERADA".Akhirnya aku berjaya berdepan dengan mereka dan mula berkawan dengan sesiapa yang boleh saya percayai..Cerita soal kawan setugas ni pulak,aku benar2 terasa dan tersedar dari lamunan bahawa kawan semuanya xboleh dipercayai apabila melibatkan duit...emmm,aku terkena lagi tapi xdelah aku kehilangan duit cuma aku terasa dengan perangainya yang lupa ingatan akan pertolongan aku dulu...Dulu aku selalu tolong dia dan sedaya upaya aku akan tolong(ni lah sikap aku yang susah nak kikis iaitu suka menolong orang)tapi rupa-rupanya dia burukkan aku di belakang aku n cerita keburukan pada semua rakan sekeje,YA ALLAH,ni kan balasan yang aku dapat selepas semua pertolongan aku padanya...Susahkan nak cari insan yang benar2 ikhlas kawan dengan kita....Dan perkara yang xdapat aku lupakan ialah perjalanan aku ke tempat keje teramat jauh dan menyeksa diri aku sangat2..cuba bayangkan aku tpaksa bangun sekitar 5am dan berjalan kaki untuk ke LRT dan tempat keje yang teramat jauh dan lewat sampai ke tmpt keje pulak tu..Sampai tempat keje pulak dengan blambak beban keje dan tagging dengan senior yang suka melepaskan perasaan je...balik keje pulak kena tunggu bas yang kadang2 lewat gila br sampai...memang memenatkan sangat2 bulan pose tahun lepas..!!AHHHHHH,aku berjaya juga luahkan melalui blog aku nie tentang perjalanan perit hidupku di bulan pose tahun lepas...Semuanya dugaan hidup n cabaran besar aku masa bulan pose tahun lepas yang menyebabkan aku tewas dengan godaan diri sendiri....OH TUHANKU,ampunkanlah hambaMU ini yang sangat BANYAK MELAKUKAN DOSA....AMIN.....

BULan pose tahun nie semuanya sangat baik...aku dah xde alasan bodoh yang boleh aku jadikan alasan untuk ponteng pose(padan muka aku)Walaupun hajat membeli kereta x kesampaian dan musnah gara2 masalah kewangan mendesak aku hancurkan harapan memilikinya,.Aku berharap bulan pose tahun nie akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya....aku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna agar dapat aku lalui dengan sempurna...AMIN

Rabu, 30 Mac 2011

INsidEN moTOrsikal Vs kereta SWIft


salam 1 malaysia semua walaupun aku yakin xde yang membaca blog ak nie(perasan je lebih..hehehhe)xsangka skrg nak bulan APRIL dah...aku ingatkan masih bulan JANUARI..ALHAMDULILAH aku masih sihat sepenuhnya dan aku bersyukur pada ALLAH kerana atas segalanya..bulan MAC nie aku dah beli motor baru taw,aku beli motor LAGENDA 115Z.aku beli secara tunai sebanyak RM4900 hasil dari aku buat LOAN baru2 nie..Sebenarnya aku menyesal juga mulanya sebab aku beli motor lebih daripada bajet aku iaitu bawah RM4000 je tapi biarkan aku suka pakai motor nie...atlest xdelah aku datang lewat dah masuk keje skrg.

Pada 27/3/2011,masa tu aku baru balik keje pada pukul 910pm..adalah insiden menakutkan dan buat aku trauma bawa motor mulai saat tu..macam mana aku boleh xsedar insiden nie berlaku secara tiba2 jea..huihuhuhu,pada malam insiden 2 aku baru balik keje selepas syif petang.semasa aku otw nak balik umah 2 aku ikutlah JALAN PAHANG yang teramat sibuklah masa 2..aku bawa motor pun xdelah laju sgt pun dalam 80km/jam je dah cukup sesuai sangat utk kesesakan jalan raya nie kat KL.Masa tu aku nak potong kete depan aku,so aku tgklah side miror sebelah kanan supaya xde kete or motor melintasi masa 2..Tiba2 kete depan aku nie boleh berhenti mengejut pulak 2,so aku apa lagi brek lah mengejut tapi aku tetap langgar juga belakang kete dia...(aku rasa kete dia SWIFT kot)..ALAMAK,HABISLAH AKU..2 lah dalam fikiran aku masa 2..aku cuba minta maaf kat dia tapi masa 2 aku kena HON kete belakang coz berhenti tengah jalan,pemilik kete 2 pun bg isyarat suruh aku beredar jea..so,aku jalan lah dulu,masa 2 memang banyak perkara bermain dlm fikiran aku,mcm mana ak nak bayar,agak2 dia minta berapa ganti rugi dan mesti dia tengking aku sebab cuai bawa motor..Aku pun baliklah ke rumah sebab aku xnampak kete dia berhenti mana2 pun tapi akhirnya aku ternampak kereta org 2 berhenti otw nak balik rumah aku..aku pun berhentilah kat dia dan aku bawa berbincang mcm mana nak settlekan masalah 2...Rupa2nya pemilik kereta 2 adalah lelaki dan bawa family lagi(aduh,habislah aku kena tengking nie),aku pun mulakan cerita dengan meminta maaf dan buat muka seposen supaya dia belas kasihan kat aku yang terlalu cuai bawa motor nie...SYUKUR ALHAMDULILLAH,dia x marahkan aku dan xde minta ganti rugi pun...dia cakap XPELAH ADIK,CALAR SIKIT JE NIE.LAGIPUN BUKAN SALAH ADIK SEORG JE SBB ABG PUN BERHENTI TIBA2 MASA 2..LAIN KALI BAWA MOTOR 2 JGNLAH LAJU SGT DAN HATI2...baiknya abang nie,terima kasih yea ABG SWIFT..mulai saat 2 aku dah lebih cermat bawa motor dan tegakkan slogan BERHATI-HATI DI JALANRAYA DAN INGATILAH ORANG TERSAYANG...mcm 2 lah lumrah manusia,bila dah terkena baru BERinGaT...emmmm,PADAN MUKA AKU!!..heehhehehehehe

Sabtu, 12 Mac 2011

bulan MAC..

Bulan Mac dh ke nie??hehhehhe...cepatnya masa berlalu,rasa mcm sekejap je n tak sedar pun masa berlalu pergi,unur aku pun dh bertambah iaitu tahun ni aku dah 25tahun dh,tuanya aku skrg,,,hehehe...
berbalik pada masalah LOAN tahun lepas dh pun settle,ALHAMDULLILAH,ALLAH membuka hati aku untuk melihat jalan keluar dari masalah ni,,terima kasih pada BIG BOSS aku,keluarga tersayang dan sahabat terbaik aku sebab memudahkan jalan penyelesaian aku ni..Aku telah memikirkan hampir sebulan jawabnya memikirkan jalan penyelesaian ni(padahal jalan penyelesaian dh ada cuma buat keputusan je yang makan masa lama,hehehehe)Dengan segala hormatnya dan keputusan yang muktamad aku membuat keputusan untuk melakukan proses OVERLAP bermaksud gandakan jumlah pinjaman dan pendekkan jumlah bayaran tetapi tempoh pembayaran balik selama 20tahun..emmm,klu korang dengar mesti tindakan gila kan??hehehe,xpelah itu je jalan penyelesaian yang ada daripada aku tak buat pape pun lagi menambahkan penderitaan dan sengsara jawabnya.Yelah bayangkan selama 7TAHUN aku kena bayar RM890 sedangkan melalui cara tersebut dimana aku sekadar bayar RM600je wlpn tempoh terlalu lama.Lantaklah orang nak cakap pape pun yang penting aku rasa aku dah buat keputusan yang terbaik.Lagipun aku dapat duit lebih lagi selepas aku selesaikan LOAN sebelum ni yang buat aku jadi gila dan menyumpah SETAN tu..
SYUKUR ALHAMDULILAH skrg aku dah kembali pada diri sebenar dan selesai masalah aku yang membebankan selama 3 BULAN yang berlalu.Aku dah boleh memikirkan masa depan aku dan merealisaikan impian aku sekarang.BESTNYA,terima kasih pada MAHA PENCIPTA kerana mendengar luahan perasaanku selama ini.Aku dah tak perlu bersedih lagi,perasaan aku sudah terkawal dan aku gembira menjalani kehidupan harian kelak....
AMIN...

Jumaat, 26 November 2010

I'M SORRY GOODBYE - KRISDAYANTI



WElComE tO My LIfe..

jAWaPAN seTIAp MusIBAh hIDupKU

Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah ambillah kesombonganku dariku."Allah berkata, "Tidak. Bukan Aku yang mengambil, tapi kau yang harus menyerahkannya. "

Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah sempurnakanlah kekurangan anakku yang cacat."Allah berkata, "Tidak. Jiwanya telah sempurna, tubuhnya hanyalah sementara."

Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah beri aku kesabaran."Allah berkata, "Tidak. Kesabaran didapat dari ketabahan dalam menghadapi cobaan, tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri."

Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah beri aku kebahagiaan. "Allah berkata, "Tidak. Kuberi keberkahan, kebahagiaan tergantung kepadamu sendiri untuk menghargai keberkahan itu."

Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah jauhkan aku dari kesusahan."Allah berkata, "Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu pada-Ku."

Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah beri aku segala hal yang menjadikan hidup ini nikmat." Allah berkata, "Tidak. Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmati segala hal."

Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah bantu aku MENCINTAI orang lain,Sebesar cinta-Mu padaku.

Allah berkata... "Akhirnya kau mengerti .!!"

Kadang kala kita berpikir bahwa Allah tidak adil, kita telah susah payah memanjatkan doa, meminta dan berusaha, pagi-siang-malam, tapi tak ada hasilnya.

Kita mengharapkan diberi pekerjaan, puluhan-bahkan ratusan lamaran telah kita kirimkan tak ada jawaban sama sekali, sementara orang lain   dengan mudahnya mendapatkan pekerjaan.

Kita sudah bekerja keras dalam pekerjaan mengharapkan jabatan, tapi justru orang lain yang mendapatkannya- tanpa susah payah.

Kita mengharapkan diberi pasangan hidup yang baik dan sesuai, berakhir dengan penolakkan dan kegagalan, orang lain dengan mudah berganti pasangan.

Kita menginginkan harta yang berkecukupan, namun kebutuhanlah yang terus meningkat.

Coba kita bayangkan diri kita seperti anak kecil yang sedang demam dan pilek lalu kita melihat tukang ais.

Kita yang sedang panas badannya merasa haus dan merasa dengan minum ais dapat mengubati rasa demam (maklum anak kecil). Lalu kita meminta pada orang tua kita (seperti kita berdoa memohon pada Allah) dan merengek agar dibelikan ais.

Orang tua kita tentu lebih tahu kalau ais penyakit kita lbh parah. Tentu dengan segala dalih kita tidak dibelikan ais. Orang tua kita tentu ingin kita sembuh dulu baru boleh minum ais yang lezat itu. Begitu pula dengan Allah, segala yang kita minta Allah tahu apa yang paling baik bagi kita.

Mungkin tidak sekarang, atau tidak di dunia ini Allah mengabulkannya.

Karena Allah tahu yang terbaik yang kita tidak tahu.

Kita sembuhkan dulu diri kita sendiri dari "pilek" dan "demam".... dan terus berdoa.


haHAhahA...

suatu hari, 3 orang lelaki telah ditangkap oleh satu puak Kannibal (makan orang punya spesis). Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dlm hati. Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.

Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan ke dalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.
Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan kita tu keluar dengan membawa buah durian!!!....

Selasa, 10 November 2009

Jelajah Hatyai..Pertama Kali ke Thailand

Aku pernah ke Hatyai dulu dgn kawan2 org Perak tapi tak pernah pulak aku mengarang  blog pun tentangnya..Yelah tetiba tahun nie je bersemangat aku ingin menceritakan pengalaman aku dalam bentuk blogspot supaya menjadi tatapan aku apabila dah tua..Hehehe.Yelah apabila kita tua mungkin daya ingatan tak sehebat sekarang.Haraplah aku masih gagah perkasa dan sihat walafiat masa tua nanti..Aku sebenarnya tak tahu mcm mana aku boleh menjadi serajin begini..Yelah mengarang blog nie bukannya senang kerana memerlukan sifat kerajinan dan penggunaan otak yang banyak..Tapi tu lah aku dah berjaya membuat banyak blog2 juga tahun nie..Aku menulis blog nie pun bukanlah untuk menarik perhatian org lain (kebetulan je kot klu org berminat mem
baca) tetapi tujuan asalnya adalah aku dpt mengimbas kembali memori ini..Semoga memori ini berterusann dan mengabadikan sejuta kenangan terindah atau terpahit sepanjang aku hidup di dunia nie..Amin... Berulang je ayat aku nie..0_0...Untuk pengetahuan kebanyakkan blog2 yang aku berjaya siapkan bukanlah dibuat pada tahun tersebut..Sebenarnya aku membuatnya pada tahun ini.2014. Aku cuma tetapkan tarikh jadual blog tersebut kepada tarikh dimana peristiwa itu berlaku..paham tak?!!!!hehehe....
Aduhai panjang pulak celoteh aku kali nie,..hehe..Berbalik semula kepada pengembaraan Hatyai.. Masa tu umur aku dalam 21 tahun semasa menuntut di KKI,Ipoh..Aku dapat join pun melalui kawan aku nie yang membuat percutiaan ke Hatyai.Kalau tak silap aku cuma membayar RM200 je untuk pengangkutan,Hotel dan makanan tengah hari je selama 3hari 2 malam je..Agak okeylah Hatyai nie cuma tempat nie banyak sangat pondan/maknyah dan juga pelacuran..Boleh dikatakan setiap malam di sepanjang deretan kedai mmg berlambaklah disini..Huhuhuhu...
Pintu Masuk Imigresen
Aku ke Hatyai melalui jalan darat je iaitu di sempadan Bukit Kayu Hitam..Aku kesini pun melalui bas ekspres tapi perlu berhenti di Imigresan Malaysia dgn Thailand..Kalau kat malaysia sekejap je cuma check Border Pass (pas sempadan nie untuk negeri sempadan thailand je) dan jalan..Tapi kalau kat Thailand lama sikit sbbnya kena cop masuk thai kat border pass korang dan kena bayar duit kopi RM1..What??Rasuah bodoh2 mcm tu je bayar rm1 kat dia.Sepatutnya takpayah pun tapi tu lah terpaksa juga kerana nak masuk thai punya pasal. Lagipun rm1 je pun.Cuma itulah pandangan pertama pada Thailand sangat teruk dan mungkin rasuah sangat bermaharajalela disini.Kalau kat Malaysia,confim dah kena tindakan undang-undang serta-merta..betul tak??
Berbalik pada Border Pass nie..Kalau korang penduduk asal kelantan,kedah dan Perak kira korang beruntunglah sbb boleh memohonnya kat Jabatan Imigresan je.Korang hanya perlu bayar RM10 je berbanding passport kena bayar RM100 ( utk TEMPOH 3 tahun)..Tapi border pass nie bertahan 6 bulan sahaja dari tarikh permohonan.Kelonggaran diberikan juga kalau korang yang dah menetap lebih 3 tahun disitu (misalnya macam aku...)..Dah selesai pemeriksaan Imigresan,korang akan menuju ke bandar Hatyai sejauh 60km..
Sampai je bandar Hatyai,kami dibawa ke tempat2 agensi pelancongan disini.Agak awal jugalah sampai di sini dalam pukul 9 pagi.Mujurlah kali nie aku cuma tak payah buat pape je disitu dan menunggu ketua kami mencari van mewah untuk ke tempat2 pelancongan nanti.. Agak lama jugalah sbb harga yang diberikan mahal sangat.Nasib baik lah ketua kami nie dah biasa dgn harga2 disini.
Dah selesai sewa van,kami bergerak ke hotel pulak tapi ada masalah baru pulak yang timbul..Kami hanya dibenarkan masuk hotel puko 2pm.Sekarang baru pukul 11pagi.Dah minta masuk awal tapi tak boleh juga kerana penghuni biliknya tak check out lagi.Aduhai menunggu lagi kami lah jawabnya..huhuhu..Patutlah kami disuruh tunggu dulu di kedai agensi pelancongan..Alang2 masih lambat lagi untuk check in,kami berjalan-jalan dulu di bandar Hatyai nie..Agak janggal dan jakun juga apabila berada di negara nie.Yelah bahasa,budaya,tulisan dan ragam orang sangat bbeza dgn negara kita..Dah lah kebanyakan tulisan pada kedai2,papan jalanraya dan mcm2 lagi dalam bentuk tulisan thai..bertambah jakunlah aku dibuatnya....
Hotel yang kami booking ialah Sakol Hotel yang terletak di pusat bandar Hatyai..Hurmmm sebenarnya aku dah lupa pun memori semasa berada disitu..Jadi aku tak dapat mceritakan hari demi hari aku berada disini.Harap maklum...
OKlah aku cuma dapat selitkan gambar-gambar yang sempat aku ambik dari facebook kawan aku tu.Maklum je lah gambar2 dulu dah hilang..hehehe..

                                     Pengangkutan ..

Bot besar membawa kereta/motorsikal...
jalan pintas untuk ke tempat dituju....
seronok dan tenang juga naik bot versi kenderaan
Pengangkutan rasmi sepanjang 3 hari disini..kebanyakannya ke tempat2 jauh je...
sangat mewah beb van nie dan harga pun murah je...
kalah van pelancongan kat malaysia...
pengangkutan sampingan je sbb kami sempatlah juga jalan2 ke shopping mall disini..Dipanggil tuk-tuk dan pengakutan awam versi bas mini...
susah sikit nak komunikasi kerana diorg sbb tak paham bahasa inggeris..
kena sebut tempat dgn jelas supaya diorg paham..okey..

Makanan
   
breakfast makan roti canai je dgn milo ais..
disini takde kedai mamak..okey..
agak susah juga cari kedai makan muslim di sekitar bandar hatyai..
sarapan yang nie je peniaga muslim sbbnya pakai tudung..
yang lain tu agak ragu-ragu..
aduhai keadaan kedainya nampak daif sgt...hurmm
Lunch dgn masakan thai..
sedap mmg tak terhingga...
harga agak mahal jugalah
Yang nie kami makan di medan selera shopping mall...
kena tanya peniaga dulu sebelum pesan...
sbb makanan halal dan tak bercampur je kedai2...
mee sup nie sedap juga..pedas..rasa pelik tapi halal..okey
Yang nie makan kat warung pasar malam sekitar bandar hatyai...
biasanya dibuka sekitar 6pm-11pm--
ABC versi thailand
sedap..banyak bahan..halal..rasa kelainan je...

 Senarai tempat2 lawatan
Samila Beach..terletak di Songkhla...
salah satu tempat wajib dikunjungi..
banyak pelancong suka datang sini..
terdapat banyak arca patung di sepanjang pantai dan juga sejarahnya...
banyak peniaga2 makanan yg halal dan nampak kelainan...
berkelah di pantai sambil melihat panorama waktu senja
Arca Ikan Duyung berada di tepi pantai samila..
menurut lagenda Phara Apaimanee terdapat seorg ikan duyung sedang myikat rambut diatas batu pada gemerlapan bulan purnama,tiba-tiba kelibatannya dilihat oleh nelayan..Duyung nie pun melompat masuk kedalam dan melarikan diri..
salah satu arca patung terkenal diantara kesemua arca patung di Songkhla.
 paling ramai orang bergambar dgnnya...
Khlonghae Floating Boat
terkenal dgn peniaga menjual makanan di atas sampan...
kena pandai memilih juga kerana makanan halal dan tak bercampur,,,
biasanya mula operasi pkul 2pm-11pm..
ada juga menjual cenderahati,t-shirt dan macam2 lagi...

saja singgah disini kerana kebanyakan yg ikut adalah pekerja tesco..
harga pun hampir sama je dgn harga kita...
sempatlah beli seluar jeans harga 3500batt @rm35...
takde pulak jual t-shirt ataupun souvier kat sini...


Sabtu, 8 September 2007

Pulau Pangkor..Budget Murah 0_0

Aku ke Pulau Pankor dulu masa aku masih belajar Diploma kat Lumut,Perak.. Kolej aku sebenarnya xdelah tletak kat Lumut cuma cawangan je dan pusat pentadbiran semuanya kat Ipoh. Lumut nie sebenarnya sebuah daerah di Perak yg berada di pinggiran pantai..Seronok juga wei apabila korang boleh menikmati panorama pantai tiap2 hari.. Setiap petang je,aku pergi kt tepi pantai utk tenangkan fikiran yg sesak dgn study. Jarak kolej aku dgn pantai pun cuma 500 meter je coz kolej aku betul2 atas bukit dan berhampiran dgn Pengkalan Tentera. Melihat derauan ombak nie boleh membuat diri kita rasa tenang je dan ditambah pulak dgn udara persekitaran yg nyaman. Lepas itu jalan2 pulak kat WaterFront di sepanjang pinggiran pantai Lumut ni..Aduhai indahnya perasaan aku masa tu.. Btw lupa pulak nak cakap,mesti korang pelikan Apa kena mgena Lumut dgn Pangkor nie,hahahaha...? Lumut nie sebenarnya sgt dekat dgn Pulau Pangkor dan utk ke P.Pankor korang kena naik feri selama 30-40minit dari sini. Ada satu lagi Jeti utk ke Pangkor selain disini iaitu kt Jeti Marina Island betul2 berdekatan dgn Teluk Batik, 15minit dari Lumut. Cuma bezanya 2 jeti nie,kat Lumut nie meriah sikit dgn kedai2 souvier,kedai2 jual satay/keropok/ sotong dan ikan,kedai2 makan,hotel2 dan paling penting ada Terminal Bas utk public transport ataupun bas ekspress.. So sesiapa kalau nak naik bas je,maklumlah nak budget trip punya pasal bolehlah naik bas je dan terus turun kt Lumut nie. Kalau sesiapa yg bawa kete sendiri pun boleh je dan xpayah parking merata2 kt Lumut nie coz kt sini ada Kompleks Parking Bertingkat yang mana lebih besar dr tempat parking kat jeti kat Marina Island tu..

OKEY cukup cete pasal Lumut dan sekarang kita berjalan2 ke Pulau Pangkor pulak.. Tambang feri dari Lumut ke Pulau Pangkor cuma RM10/pax seorg dewasa dan kanak2 pulak ,RM5/pax tapi kalau2 budak2 bawah 4tahun free je. Terdapat 3 syarikat feri yg aku tahu lah iaitu Duta Pangkor,Pan Silver dan Mesra Feri . Masa korang nak naik feri tu,pilihlah yg ada 2 tingkat coz korang boleh je jalan2 kat deck free air kt tingkat atas feri sambil menikmati panorama laut sepanjang ke P.Pangkor nanti ( biasanya yg feri berwarna putih, Pan Silver dan warna kuning,Duta Pangkor)..Mmg rugi wei klu korang xcuba pengalaman nie tapi klu dah xde feri mcm tu xpayahlah tunggu sampai feri 2 tingkat ni muncul coz aku confim ramai gilee kot tunggu giliran nak naik feri tu..0_o
Dalam perjalanan ke sana,korang akan berhenti di 2 perhentian iaitu perhentian 1 adalah Jeti Sg.Pinang (pkampungan nelayan) dan perhentian yg terakhir jeti utama Pulau Pangkor..
Sampai je kat pulau pangkor nie,korang kena naik Van Teksi yg berwarna Pink Colour k coz situ je teksi utama yg bbeza dr tempat lain. Ada juga teksi yg biasa punya tapi susah nak dapatlah coz hampir 80% public transpot dikuasai oleh vank pink nie. Harga pun mungkin bbeza mengikut destinasi yg korang nak pergi. Masa aku pergi kat Pulau Pangkor dulu aku xdelah bermalam disana cuma mandi-manda dan berjalan2 diseluruh Pangkor nie. Masa tu aku dtg dgn kawan2 kolej aku dalam 7 org dan kami sewa van pink nie seharian je. Kalau xsilap aku kena caj RM 70 kira setiap seorg kena bayar RM10 je beb. Mula2 driver itu akan bawa kami mjelajah tempat2 yg korang nak pergi dulu dan seterusnya dia akan tinggalkan korang di tempat mandi-manda. Driver tu akan minta nombor tepon korang utk ambik korang bila korang nak balik semula ke Jeti nanti.. Kalau sesiapa yg naik berdua (honeymoon katakan) better sewa motor je beb coz lg bbaloi (sewa 24jam cuma RM30 je) beb coz sukahati korang je nak pergi mana2.. Lgpn Pangkor nie xdelah besar sgt pun mcm P.Langkawi cuma paling susah sikit adalah jalan naik/turun atas bukit je (berliku2 tajam gua ckp lu..)
Okey jom ikut aku jalan2 di Pulau Pangkor nie yg sempat kami jelajah dulu..
Kota Belanda merupakan salah satu tarikan utama bila korang berada disini. Tempat nie xdelah mcm rumah cuma struktur binaannya sgt unik beb dan terletak di Teluk Gedung.. Mengikut sejarah, Kota ini dibina oleh Syarikat Hindi Timur Belanda sbg tempat penyimpanan bijih timah tapi telah dimusnahkan.. Sbb itulah senibina pun mcm xcukup sifat je coz yg itu je sempat diselamatkan sblm diwartakan sbg monumen negara..
Berhampiran dgn tempat nie ada satu lg peninggalan sejarah iaitu Batu Bersurat. Dikatakan batu ini dipahat oleh tentera2 belanda yg penah menjaga Kota Belanda dahulu (huruf ringkas spt 'IK' 'R.O' 'VOC ) dan dgr cerita kononnya batu ini  juga dipahat oleh penduduk disitu sbg tugu peringatan peristiwa kematian seorg anak pembesar yg dimakan oleh binatang buas (harimau) kerana terdapat gambar budak dibaham harimau..
Destinasi seterusnya ada Tokong Fu Ling Kong dan dimana sgt sesuai utk ambik gambar di kawasan sekitar tokong nie. Susah taw nak jumpa Tokong Buddha yg boleh dibenarkan masuk.. Yelah itukan tempat sembahyang agama Buddha xkanlah agama lain nak masuk rumah ibadat agama lain. Nanti dorg ingat korang penganut Buddha pulak,hahaha.. Disini mmg banyak replika/senibina yg unik dan menarik  mcm Grestest Wall China.. Dan menjadi tarikan utama org ramai dtg kesini adalah disbbkan terdapat ikan besar gileee hampir 170cm panjangnya kott..Hebat betul dorg nie coz boleh bela sampai jadi besar mcm tu sekali..
Seterusnya kami ke Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin coz kononnya disinilah pembekal satay ikan/sotong.. Banyak juga aku beli coz aku nak kirim buat family aku yg dh order awal2 lg masa aku nak pergi Pangkor (sbnrnya aku minta duit sikit dari mama tersayang sbb tu kantoi..haha)
Kalau korang nak beli satay yg murah better beli je kat sini coz kebanyakan kedai2 satay pun beli kat sini juga.. Kilang nie xdelah jual satay ikan je coz dorg pun jual benda lain juga mcm satay sotong,ikan kering,keropok dan mcm2 lagi...
Dan last stop kami pergi adalah melihat burung enggang.. Susah nak cari burung enggang kat malaysia nie kecuali klu korang pergi zoo negara. Kat sini free je klu nak tgk...
Kat sini korang boleh melihat spesis burung nie bebas berterbangan terutamanya di kawasan hutan otw nak ke Teluk Nipah.. First time juga aku dpt tgk spesis burung mcm nie coz paruhnya besar gile dan jinak pulak tu. Aku siap bagi makan guna tangan lg okey..hehe!!
Tapi driver van tu cakap burung enggang nie mungkin akan pupus satu hari nanti sbb ada penduduk2 sini tangkap burung dan lepas tu jual kat.. Sayang gilee beb klu bterusan mcm nie coz mungkin Pulau Pangkor ini akan kehilangan salah satu daya tarikan utama pelancong dtg kat sini kelak..
Aktiviti seterusnya adalah aktiviti yg aku tunggu selama ini adalah mandi-manda..Dah lama aku mengidam nak mandi laut nie sejak kat Lumut lg cuma kat Lumut tu xsesuai utk mandi coz lautnya x sejernih mcm kat pulau pangkor nie..Kat P.Pangkor nie terdapat 2 tempat yg paling femes utk mandi2 iaitu Pantai Teluk Nipah dan Pantai Pasir Bogak tapi better ke Teluk Nipah coz disana lg meriah.. Hotel2/chalet pun banyak..kedai2 makan pun ada,kedai2 jual souvier pun banyak dan paling penting banyak pakej bot yg boleh korang pilih mengikut selera anda.. Hari itu aku dan kawan2 aku memilih utk meronda2 dulu lepas itu pilih tempat snorkeling..Sbb masa kami jalan2 nak pilih pakej bot kt situ ada Abg bot ini bg kitaorg harga terbaik punya,Rm10/seorg siap dgn pakej ronda2 naik bot sblm ditinggalkan kt tempat utk snorkeling .. Harga ini paling murah punya masa kami mencari (mybe sbb kami ramai kot dah cukup utk satu bot) coz rata2 kami tanya harga puratanya RM20-RM35/seorg kott.. Kat situ pun ada juga aktiviti lain seperti banana boat. Semasa membuat rondaan atas bot nie,korang boleh melihat bbagai2 bentuk batu menyerupai sesuatu.. Pandai juga penduduk sini cari keunikan batu2 terbentuk secara semulajadi siap ada cerita dongeng lg...hahaha.. Utk snorkeling pulak tempat2 yg femes spt Pulau Giam, Carol Island dan Pulau Mentagor.
Seronok juga rasanya dapat melihat ikan2 tapi kebanyaknnya kecik je beb.. Kalau korang nak bagi ikan makan atas bot pun boleh (bawalh roti xpun bawa je makanan ikan terus dari rumah,hahaha )

Batu2 myerupai sesuatu

bentul Epal dimakan separuhnya..
anjing tgh berak..haha
penyu bertelur...
batu bbentuk kaki
batu bbentuk penyu

kepala ikan Paus